Kalau cakap pasal dua tempat ni aku rasa memang ramai yang dah pergi dan ramai yang baru nak berjinak-jinak nak pergi. Kalau korang mencari perbezaan antara dua tempat ni meh aku bagi point sikit untuk bezakan antara dua ni.
1) Krabi lagi besar dari Phuket..itu fakta yang korang perlu tahu dimana keluasan Krabi adalah berganda-ganda lebih besar dari Phuket. Krabi mengikut yang aku google keluasannya adalah 4,709 km2 dan Phuket keluasannya cuma 576 km2.
2) Phuket lebih banyak Pantai berbanding Krabi...Phuket ni dikelilingi dengan Pantai. Manakala Krabi cuma beberapa daerah sahaja yang boleh jumpa Pantai contohnya Ao Luek, Mueang Krabi, Nuea Khlong,Khlonh Thom dan Ko Lanta.
3) Phuket ni kalau nak iikutkan lebih mahal berbanding Krabi. Contohnya sewa motor/Skuter dekat Phuket harga biasa dalam 250-400THB bergantung kepada size motor kalau dekat Krabi rata-rata harga dalam 200THB sahaja untuk 24jam kalau sewa lama mungkin boleh nego murah lagi.
4) Untuk Teksi dari Airport Phuket ke Patong biasanya dalam 800THB kalau nak murah kena share naik minibus, kalau Krabi Airport ke Ao nang harga normal 600THB.
5) Makanan halal lagi banyak dekat Krabi, kalau area Ao nang tu memang banyak sangtalah makanan halal. Tapi Phuket pun senang nak cari makanan halal cuma kalau ikut jumlah memang Krabi lagi banyak.
6) Makanan pun lebih murah dekat Krabi berbanding Phuket.
7) Kalau yang suka lepak-lepak tepi pantai aku cadangkan pergi Phuket.
8) Night Market dekat Krabi lebih banyak dari Phuket.
9) Kalau tanya aku mana satu aku suka, kalau bab makan aku pilih Krabi. Tapi kalau view aku pilih Phuket.
10) Harga Hotel lebih kurang sama je.
11) Area Ao nang tak sepadat patong. Kalau siang hari memang agak clear sebab ramai yang pergi snorkeling. Kalau Patong siang malam ramai orang.
Showing posts with label Krabi. Show all posts
Showing posts with label Krabi. Show all posts
Tuesday, 26 June 2018
Wednesday, 17 August 2016
Antara Phuket,Krabi dan Koh Samui
Q&A
1.Mana yang senang nak pergi?
Mana yang senang eh? Paling senang pun tak senang sangat lah. Kalau tanya senag tu mungkin aku boleh pilih Krabi sebab sampai je Airport terus ambik teksi,minta die hantar ke Ao Nang atau mana-mana korang pergi. Phuket pun macam tu juga yang buat susah tu sebab jalan die naik turun bukit. Selekoh sana sini, tu yang buat pening kepala tu. Kalau Koh Samui direct flight paling senang lah kot antara tiga-tiga ni. Cuma kalau yang tak direct tu memang paling susah lah kot. Kena naik Flight,Bas,Ferry lepas tu Teksi.
2.Yang Paling Cantik?
Antara 3 ni aku pilih Phuket, kalau kita jalan naik motor memang akan lalu tepi pantai. Turun naik bukit pun die punya view memang paling awesome.
3.Jalan Raya mana paling sibuk?
Jalan raya paling sebok eh? Ikut kawasan jugak..kalau dekat bandar tu semua pun sibuk. Tapi Kalau yang area orang jalan-jalan tu yang paling sibuk aku rasa Koh Samui sebabnye jalan die tu je, lepas tu jalan die kecil sikit berbanding Phuket dengan Krabi.
4.Makanan Halal?
Makanan halal memang ade dekat semua tempat tu. Cuma tahap kesukaran nak dapat tu pada aku paling susah dekat Koh Samui, walaupun ada tapi limited. Kalau korang tak duduk dekat area tempat makan yang ada halal memang kena pakai kenderaan untuk cari makan.
5.Kuasa Membeli?
Tak Kuasa nak membeli!haha kalau nak kata yang paling mahal..aku akan pilih Koh Samui, sebab die pulau..kalau dah pulau paham2 jelah kan. Barang semua datang dari darat..nak bawak tu kene naik ferry tentulah kena kos tambahan. Makanan, baju-baju kebanyakannya mahal sikitlah.
6. Tempat Snorkelling paling best?
Setahu aku Phuket dengan Krabi die akan pergi tempat snorkelling yang sama, cuma Koh Samui je yang lain. Tapi Koh Samui aku tak pergi snorklling jadi aku tak boleh nak cakap mana paling cantik.
Apa yang boleh aku cakap,pulau dekat Thailand ni memang cantik, sebab die ade batu-batu besar mcm tu. Air die pun jernih..
7.Mana yang paling aku suka?
Mana eh?? Aku paling suke Phuket..sebab setiap kali jalan tu memang terasa kecantikannya..luas mata memandang. Makan pun sedap-sedap, kalau Koh Samui aku suka hotel yang aku duduk tu, tempat pun relax. Tapi makanan tak sesedap dekat Phuket atau Krabi.
8.Mana satu nak ulang lagi?
Kalau boleh nak ulang Phuket lagi, sebab masa aku pergi tu hujan..jadi air laut tak membiru sangat. Tapi tetap menjadi Pujaaan hatiku.
9.Thailand Bahaya?
Mana-mana tempat pun bahaya sekarang ni. Aku pun tak paham kenapa orang suka sangat nak bom-bom ni. Ape faedah pun aku tak tahu..nak membunuh orang tak bersalah. Apa pun, kena sentiasa berhati-hati. Aku pun terkejut dengan berita pasal bom dekat beberapa buah tempat dekat Thailand baru-baru ni..semoga semua ni akan berakhir.
10.Kos?
Kos yang paling mahal Koh Samui sebab aku duduk hotel mahal sikit. Phuket dengan Krabi aku duduk hotel murah-murah je. Apa pun terpulang pada budget korang..nak murah beli tiket promo, hotel murah..makan budget..aku rasa tak ada masalah. Kena pandai-pandai budget.
Thursday, 11 February 2016
Krabi ( 4H 3M)
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
Like FB : GedebakGedebuk
Part 1
Macam yang dah ditentukan aku akan ke krabi dengan kawan aku dan adik-adiknya(skema) pada bulan June ni…jadinya pada 7hb hari tu aku dah pun ke sana dengan jaya dan seronok bagai nak rak!..Luar dari kemampuan fikiran aku nak fikir macam mana seronoknya krabi ni…aduyaiii!
Tiket Flight
Murah tak murah aku dapat Free Seat yang tak berapa nak free dari AA dengan harga RM 569.90 untuk tambang pergi balik untuk 4 orang..murah tak Kak Ton???
Tiket untuk 4 orang RM 0.00…Free seat la katekan…tetapi!!! Airport tax RM 300.00 …Fuel Surcharge RM 160.00…add on lagi…4 X pick a seat RM 48.00…Skybus 4 orang RM 61.60…aku tak ambil Insure..redha jelah…hehe..Total semua adalah RM 569.90…lebih kurang RM 142.48/seorang pergi balik…amacam? Murah?? Murahkan…tapi aku tengok ada orang dapat lagi murah dari ni…apa nak buat masa tu aku pulak yang tak ada duit…hehe
Krabi yang oooossseeemm!
Dulu masa aku nak pergi Bali aku tersilap pergi gate Y sekarang ni nak pergi Krabi ambik ko gate Y yang ko nak sangat tu!..flight aku bertolak dari LCCT ke Krabi pukul 1.15PM sampai sane 1.40PM sebabnya masa dieorg lewat sejam dari Malaysia..untung aku! Hehe
![]() |
| Pantai Ao nang |
Perjalanan dari LCCT ke Krabi dalam 1 jam 15 minit lebih kuranglah..aku pun tak tau kenapa mata ngantuk sangat…aku memang tidur jelah kejenya…tengok2 dah sampai krabi…
Airport Krabi
Airport Krabi agak tersusun dan kemas…orang pun tak ramai sangat masa aku sampai tu..sampai2 je..aku terus ke kaunter nak ambil taxi ke Ao nang…keluar-keluar dari pintu tu je..dah boleh Nampak banyak kedai-kedai sewa kereta/motor/ taxi dekat depan tu..korang pilih jelah mane yang korang nak..aku pergi sebelah kanan sekali..dia dah siap terpampang harga jadi dari jauh dah boleh budgetlah nak ambil yang mana satu…dari Krabi airport ke Ao nang untuk taxi…600 THB( RM 60.90) mahal jugaklah tapi bila korang dah naik..memang korang rasa harga tu berbaloilah sebab jauh jugak..dalam 40 minit macam tu…
![]() |
| Tak sabar rasanye |
Sebelum tu korang kena bayar dekat kaunter..dan dieorg akan bagi resit dan no pemandu.Bila korang keluar dari airport tu pemandu teksi akan pergi kat korang dan tunjuk nombor dekat jaket yang dieorg pakai…korang kena bagi resit pembayaran dekat pemandu teksi tersebut..tapi aku dapat pemandu yang tak pandai sangat cakap English..(macam lah aku reti sangat) haha
Dalam perjalanan tu tetiba pakcik tu berenti dekat satu kedai…dalam hati aku mesti die nak offer island hoping ke pakej-pakej tah pape..macam aku baca dalam blog-blog sebelum aku pergi krabi..jadi bila ada sorg ppuan ni keluar dan pergi dekat aku..aku dah malas nk layan dah…rupenye die nak tanya aku duduk hotel mana..pakcik tu tak tahu rupenye..tulah tadi aku nak bagi alamat blagak!...cakap tau..tau…kesian betullah pakcik ni…
Smile Hotel Ao nang..
Aku kan suka yang murah-murah je..jadi lepas tengok-tengok kat agoda…Smile hotel ni antara yang murah dan dekat dengan pantai Ao nang…jadinya aku dah booked melalui agoda…harga dari agoda untuk 3 malam RM 186.90…oklah kan tak delah mahal sangat…
![]() |
| Towel gajah |
Sampai-sampai je…orang kaunter dah tersengih-sengih..mungkin aku sorang je yang booking dari agoda atau pun aku je yang booked bilik dengan dieorg..sebabnya bila aku cakap aku dah booked die terus cakap agoda..hehe..bagus2…
Tapi de sikit rasa tak puas hati bila bilik tu tak boleh nak sumbat 4 orang disebabkan rules dia kate boleh duduk 2 orang sahaja…abeh tu budak dua orang ni mana aku nak campak?? Nak cancelled dah bayar..
Lepas bincang-bincang aku ambil lagi satu bilik dengan harga 600THB/semalam (RM 60.90)…huhu murah sikit dari aku punya agoda..tak pelah..bilik pun dekat-dekat selang sebilik je..
![]() |
| Cantik |
![]() |
| Dari bilik hotel |
![]() |
| Pemandagan dari bilik |
Bilik memang sangat puas hati…siap ade peti ais satu pintu lagi..mana nak dapat kat Malaysia..mimpi jelah!...Air mineral 2 botol free tiap-tiap hari yang penting jangan bagi hilang botol eh!!!...TV ada..A/C jenis yang gabak..siap ada balkoni lagi..pemandangan memang cantik sebab dieorg dah siapkan aku bilik yang mengadap laut..peerrgghhh!!! gile cantik! Dan sangat-sangat puas hati…
![]() |
| Balkoni siap kerusi dan tempat sidai baju |
![]() |
| Peti gabak |
Cari Pakej Menarik
Lepas dah rehat-rehat..perkara pertama yang kiteorg buat adalah cari pakej yang berbaloi-baloi untuk island hoping esok dan lusa…ikut perancangan nak ke Phi Phi Island Tour dengan 4 Island…dari Smile hotel nak ke kaunter-kaunter dan kedai-kedai memang tak jauh…5 ke 10 minit dah sampai dah…
![]() |
| Money exchange bersepah-sepah |
![]() |
| Kedai sekitar Ao nang |
![]() |
| Banyak kedai depan hotel |
![]() |
| Bus awam ke bandar Krabi |
![]() |
| Bus stop |
![]() |
| Map sekitar Ao nang dan Krabi |
![]() |
| Tuk TUk..kot nama dia |
Dari satu kaunter kiteorg pergi satu kaunter lain…last-last jumpa juga satu kaunter yang boleh lah di ajak berunding hal-hal harga ni…jadinya last price..untuk Phi Phi Island dengan speedboat kami dapat 930THB/seorang ( RM 94.40) dan 4 Island dengan longtail 300THB/seorang ( RM 30.45) oklah tu under budget lagi..lengkap dengan lunch, kelengkapan snorkeling dan jugak dieorg akan ambil/hantar kat hotel…nama agency ni Champion tours..kaunter die agak terkebelakang sikit..kalau tak tengok bebetul memang tak nampak...
Makan
Makan dekat Ao nang tak susah nak cari makanan halal..tapi yang susahnya nak cari makanan halal dan murah…hehe…aku dah jalan lepas dari McD pun tak jumpa kedai murah-murah Nampak jugak restoran Halal tapi macam mahal je..lepas jalan-jalan singgah tengok-tengok barang dekat satu kedai nama Vogue agak murah jugak barang-barang kat situ..sempatlah beli beberapa barang…kat situ tapi perut lapar ni belum tau nak makan apa…
![]() |
| Dekat dengan McD |
Rupenya depan hotel kiteorg tu malam-malam akan ade orang bukak gerai-gerai jual souviner dan makanan…rupenye!! Dah lama aku tunggu akhirnya si pencari makanan pun bawak balik hasil tangkapan…punyelah sedap!!! Malam tu aku belasah pad thai..ayam ala-ala ayam bakar…banana pancake plain( tak sedap)…total semua-semua 100THB(RM 10.15)…kenyang!!
Kalau dah kenyang tu apa lagi…hehe..bersambung part 2…
Monday, 3 March 2014
Krabi vs Pulau Pangkor vs Pulau Perhentian
Banyak soalan yang selalu ditanya antara tiga-tiga tempat di atas...jom aku jawab soalan2 tersebut...
Perhentian - Cantik, Tenang dan Privacy.
Pangkor - Ok je , Hotel murah dan Pengalaman.
Kalau Perhentian tempat snorkellingnya memang tak banyak..tapi isi perut laut tu yang membuatkan aku teruja..berbanding dengan Krabi..Perhentian ada banyak batu karang yang sangat cantik..rumput2 laut yang warna warni...luar dari kotak fikiran kitalah..ikannya pun banyak dan berjenis2..jerung, penyu semuanya ada..Perhentian pada aku Syurga isi lautan(wah!! gitu)..
kalau nak happening korang pilih Krabi...kalau nak habiskan duit Pangkor..kalau nak privacy..tenang2..Pilihlah Perhentian.
Alright itu aje..semoga korang mendapat pengetahuan sikit2 pun..sebenarnya kalau mana pun kita pergi tak ada yang merugikan sebab setiap apa yang kita nampak dan lalui itulah pengalaman dan pengajaran yang paling berharga untuk kita...
1. Mana yang best?
- Soalan ni sgt ssh nak dijawab sebab terpulang pada individu lah,..kalau yang nak pergi luar negara tu pilih Krabi sebab ada variety bukan Pulau semata-mata..macam tu jugak dengan Pangkor..tapi kalau Perhentian..untuk orang yang memang nak tengok laut..duduk dekat pulau..tak ada motor,kereta..basikal..yang ada pun bot...tapi kalau aku secara peribadi aku pilih Perhentian..2. Tempat yang mana mahal?
- Mahal..erm..susah jgk nak pilih...Krabi kena naik flight tapi kalau dapat free seat xde masalah..makanan murah, hotel murah...brang pun murah. Perhentian..Makanan mahal,hotell boleh tahan mahal jgk, barang pun mahal..Kalau tmbang bas dan bot tu..bolehah...Pangkor?? Makanan biasa,barang pun biasa je harganya, tambang bas(bergantung) tapi feri murah...Kalau akulah tak termasuk pengangkutan aku rasa Perhentian agak mahal.3. Tiga perkataan mengambarkan Krabi,Perhentian dan Pangkor.
- Krabi - Makanan, Pemandangan dan Murah.Perhentian - Cantik, Tenang dan Privacy.
Pangkor - Ok je , Hotel murah dan Pengalaman.
4. Antara tiga mana yang akan pergi lagi?
- Antara tiga ni aku memang confirm akan ke Perhentian semula...pertamanya sebab hari tu aku pergi sorang tak happening sangat..lepas ni aku akan bawak rombongan cik kiah pulak..keduanya tak puas snorkelling hari tu..nak snorkeling lagi..ketiganya aku nak ke pulau redang pulak...keempat..sebab pada aku perhentian sangat mendamaikan jiwa....hahaha5. Snorkeling kat mana lagi best?
- Kalau aku memang pilih Perhentian...kalau nak di bezakan memang ada beberapa perbezaanlah..nak bandingkan tu aku rasa aku awal2 nak tolak pangkor sebab..memang tak terbanding dengan Krabi dengan Perhentian..jadi aku comnpare krabi dengan Perhentian jelah..Kalau Krabi apa yang kita tahu kat sane pernah kena Tsunami jadi banyak batu karangnya mati dan ikan2 yang ada pun agak kurang juga dari jenis2 nya dan jugak size2 nya..masa aku snorkeling tu ikan sama je aku nampak..kalau ada yang besar pun tak banyak..airnya tak boleh nak cakaplah sebab memang jernih..pemandangan dekat sana pun cantik..itu memang aku tak boleh nak sngkal...tempat snorkelling pun banyak..banyak pulau2 yang boleh kita pergi..Kalau Perhentian tempat snorkellingnya memang tak banyak..tapi isi perut laut tu yang membuatkan aku teruja..berbanding dengan Krabi..Perhentian ada banyak batu karang yang sangat cantik..rumput2 laut yang warna warni...luar dari kotak fikiran kitalah..ikannya pun banyak dan berjenis2..jerung, penyu semuanya ada..Perhentian pada aku Syurga isi lautan(wah!! gitu)..
6. Perbezaan ketara antara tiga?
- Ketara?? yang ketaranya adalah namannya..haha..Apa ek?? Krabi memang uniklah sebab negara luar..selain dari pantai dekat Ao nang boleh ke bandar dia...kiranya korang boleh buat macam lagi selain dari duduk dekat pantai...Kalau Pangkor..bandar dia kecik sikit..tapi bolehlah nak jalan2..walaupun..tak berapa sangat...Perhentian..erm..pada org yang suka nak buat banyak aktiviti memang tak sesuai sangat sebab memang tak ada aktiviti apa sangat..selain dari berjemur, mandi..snorkelling..makan..korang memang kena campak dekat pulaulah kiranya..kalau nak berdansa2 pun tunggu malam jelah ke long beach..kalau nak happening korang pilih Krabi...kalau nak habiskan duit Pangkor..kalau nak privacy..tenang2..Pilihlah Perhentian.
7. Mana paling senang nak pergi?
- Semuanya kena naik sekurang nya dua kenderaan...Kalau Krabi flight..pastu teksi..kalau Pangkor..mungkin naik kereta atau bas pastu feri..kalau Perhentian sama jugak kereta atau bas lepas tu kena naik bot..tak de yang senang dalam dunia ni..tapi tak ada ah smpai susah sangat. Biasa je..same.8. Berapa budget boleh pergi?
- Rata-ratanya RM 500.00 cukup..kalau aku. Terpulang pada poket masing2..tapi RM 500 pada aku dah cukup sangat untuk 3H 2M.9. Baik pergi sendiri atau ikut agent?
- Pergi sendirilah!! tak payah agent...mahall ikut agent sedangkan kita boleh direct terus dengan hotel,pengangkutan tanpa bayar extra untuk agent dapat untung..boleh?? pendapat peribadi,..jangan marah haaa...10. Perkara penting perlu tahu tentang ketiga2 nya?
- Panas...jangan lupa bawak sunblock dan juga aloe vera gel!Alright itu aje..semoga korang mendapat pengetahuan sikit2 pun..sebenarnya kalau mana pun kita pergi tak ada yang merugikan sebab setiap apa yang kita nampak dan lalui itulah pengalaman dan pengajaran yang paling berharga untuk kita...
Tuesday, 17 September 2013
krabi (4h 3 m)
Part 3
Sebenarnya kisah krabi aku ni tak habis lagi..ade lagi cerita yang aku tak tulis..sebabnya aku malas...kisah naik longtail ke 4 pulau...dan ke night market...Longtail
Hari ke tiga aku akan ke 4 pulau..ikut baracudas jugak..seperti biasa dieorg akan ambil dekat hotel..dan bawa pergi depan kaunter baracudas dan seperti biasa jugak dieorg akan bagi sticker...![]() |
| Kaunter Barracudas |
Kali ni aku pilih untuk naik longtail..murah dan mencabar...apa tak mencabarnya..nak naik pun susah..kalau semalamnya naik speedboat senang lenang je...nak naik longtail ni..kena panjat tangga...adelah 5 anak tangga..ramai tu memang lagi ramailah..kalau naik speedboat dalam 10 ke 15 org je..naik longtail ni aku rasa ada 30 orang...ke lebih..besar tu boat die..
![]() |
| Tangga longtail |
Hujan
Masa aku pergi ni hujanlah pulak..dah habis semua basah kuyup..duduk pulak kat depan..dengan air hujannya...dengan air laut yang splash2 naik ke atas...fuh macam kat sunway lagoon aku rasa...hahaha....Snorkelling time hujan memang menakutkan...kalau rasa tak berani tu xpayahlah turun...tunggu air tenang baru turun..bahaya wooooo!
Untuk 4 pulau ni...pulau2 yang kiteorg singgah memang sangat cantik...best gile..air jernih dan sangat oooseeeeemmm?!
![]() |
| Jernih sesangat |
| |
| pemadangan memang osseemmm |
Last pulau yang kiteorg pergi adalah pulau yang terbelah kat tengah2 tu..aku pun lupa nama..pulau tu kalau air surut boleh jalan tengah2...aku tak kisah sangat terbelah ke tak..yang penting aku nak mandi...kat sana ikan ppeeeeehhhhh! Banyak gilak...main2 kat kaki je...walaupun air cetek...dengan mentimun lautnye...hahaha...
![]() |
| Banyak batu2 mcm tu kat krabi |
![]() |
| Tak hengat dunia |
Makan pun disediakan jugak kali ni..seperti biasa..nasi..ayam goreng paha kecik dengan
sayur..dalam longtail dapat air dengan makan tembikai...memang best!
![]() |
| Peha ayam kecik... |
Night market krabi town
Malam tu kiteorg ke krabi town..untuk ke night market...best tol kat situ...makanan banyak..siap ada meja2 lagi..korg boleh duduk dan makan..sambil tengok org berkarok2...ok lah layankan aje...![]() |
| Landmark krabi town |
![]() |
| Pentas tempat karok2 |
![]() |
| Kedai pad thai |
![]() |
| Udang berlambak |
![]() |
| Pilih je nak duduk mana |
![]() |
| Makanan memang Superb |
Malam tu aku makan sup...mee sup die..perrrrhhhhh gilak sedap! RM 5 je...bbdk ni sorg dah gila ngn pad thai..jadi makan pad thai lagi...sorg lagi makan nasi briyani..ape kehal nasi briyani karbi..tapi sedap...memang makanan thai ni sedap2 blaka...murah pun murah strawberry blended baru RM 2 kateko! Dah r sedap...
![]() |
| Sedap woooo!!! |
| |
| antara yang menarik Krabi market |
![]() |
| Key chain |
Ooo lupa nak cakap...dari ao nang aku naik tuk tuk..harga RM 60
LEbih kurang 600thb...die hantar siap tunggu lagi...sampai ko siap habiskan duit kat sana..pastu die bawak balik...tapi korang kena pepandai lah..mintak kurang...ada jugak bas ke sana tapi aku tak tau mana nak turun...
![]() |
| Harga |
Disebabkan flight aku awal pagi...jadinya malam tu lepas balik dari krabi tidur2 dan esok balik sudah...aku dah tempah teksi ke airport harga sama je dengan airport ke hotel...
Sampai airport...boleh terus masuk..tapi sebab bebudak ni shopping shampoo, air....... jadinye bagi free jelah kat kastam tu...hahhaha hasilnye kan...gitulah..org kate xboleh bawak liquis keluar nak jugak...dah bagi free je kat dieorg..patut r rambut masing2 cantik je..shampoo free...hahaha
Pape pun aku memang sangat suka krabi...dan krabi sangat best...
Rating:
Keseronokan: 4.5/5
Makanan: 5/5
Kuasa membeli: 4/5
Cuti2: 5/5
Orang tempatan: 5/5
Monday, 22 July 2013
Krabi(4H3M)
Part 2
Lama gila tangguh nak tulis part 2 ni..ade masa..malas pulak..tengah rajin masa pulak xde..skg ni..buat jelah..kang makin lama..makin x ingt pulak nak tulis apa..
Hari kedua (phi phi island tour)
Hari kedua..kiteorg bangun awal..sebab dah terang benderang walaupun masa tu baru pukul 6 pagi...sementara nak tunggu orang ambik untuk ke Phi phi island tour kiteorg lepak dekat balkoni sambil menghirup dan menyedut udara krabi yang segar..cewah! sambil-sambil tengok pemandangan tu telinga kiteorg asyik terngiang-ngiang dgn bunyi cable letrik yang kusut masai depan hotel kiteorg bunyi die ala2 bbzzzzzZZzzz…tunggu masa je cable tu…![]() |
| Pemandangan indah |
Tunggu punya tunggu…dalam pukul 8.40am adelah lori pickup datang ambil kiteorg…masa tu kiteorg kire org yang pertama.. xde lagi org lain kat pickup tu..pastu dieorg pergi la..hotel-hotel lain tuk ambik org..last-lastnya penuh pickup tu…masa tu adalah dalam 10 org…semuanya berdua2..kiterorg je berempat…ade org Malaysia..de org india..omputeh pun ade..
Pickup tu berhenti dkat depan pantai ao nang…depan satu agent nama barracudas..dieorg ni dikira syarikat besar jugaklah sebab dieorg lengkap ada speedboat,longtail sume2lah…tempat yang aku beli tiket tu mungkin xde speedboat tu sume…tu yang die kumpul semua bagi kat barracudas ni..aku tengok banyak org yng beli tiket dari agent lain tapi semua kumpul ikut barracudas…memula lepas turun dari pickup tu..ada org barracudas dh siap tunggu nak tanya korang ambil pakej yang mana…ada 4 island, phi phi island tour,hong island…lepas dh bgtau mana satu pakej tu dia akan tunjuk group mana korg kene pergi..kat situ kena bagi resit pembayarn dan dieorg akan bagi sticker…sticker tu bolehlah korg tampal kat baju ke..kat lengan ke…asal boleh Nampak…
![]() |
| Barracudas |
Speedboat
![]() |
| nilah seepppiitboot nya.. |
![]() |
| Laju beb! |
Bamboo Island
Destinasi pertama dekat bamboo island..tapi yang suspennye belum smpai bamboo island ttbe boat rosak…skru enjin tercabutlah pulak…dah tersadai kat tengah laut..tp pemandangan cantik…lepas sume dah ok sikit…boat pun mula gerak balik dan kiteorg pun sampai dengan selamat dekat bamboo island…yehooooo!!!! Air jernih cantik gilessss! Berenti dekat sini adalah dalam 1jam..boleh mandi-manda..sambil org boat betulkan boat die semula…![]() |
| Memang cantik rrr |
![]() |
| Terbaik! |
Snorkeling
Snorkelling pertama dekat tengah laut..ikan banyak gile..air pun jernih..tapi ikannya sama je lebih kurang ikan hitam belang kuning..kalau kat bawah2 tu adalah ikan besar…besar xdelah besar gabak…besar sikitlah…ade jugak landak laut..kalau kena tu memang best!Sepanjang tour ni kiteorg snorkeling 3 kali sepatutnya 2 kali je…tapi disebabkan kiteorg tak pergi maya bay..dieorg ganti dengan snorkeling…tapi tulah aku pun xtau kenapa banyak sangat agent yang dah xnak pergi maya bay tu..macam-macam alasan!...ombak kuatlah, enjin dual ah..cuaca xeloklah…aduyaiii!
Tapi pengalaman snorkeling ni memang syok! Sesapa yg xpernah bolehlah try..walaupun masa memula masuk air tu…rasa mcm nak tenggelam je..tapi kalau dh biasa jadi xnak naiklah pulak..
Tapi batu karang kat situ kebanyakannya mcm dah mati sebab tsunami..nak wat macam mana kan tapi yang penting air die jernih..pemandangan die cantik…fuhh!!! Memang best gilesss
![]() |
| Seronok sangat |
![]() |
| Teropong apalah gaknya masing-masing |
![]() |
| Solo je abang ni snorkelling |
Makan di Phi Phi don
Sebelum kiteorg lunch pihak baracudas ade sediakan makanan ringan…maknan ringan ke?? Die bagi kek dengan tembikai..air mineral tu memanglah..sedap pulak makan tembikai tengah laut..hahaha…Untuk lunch kiteorg sedaplah jugak walaupun de yang pelik2 sikit…rasanya..yang penting ayam goring..yang penting lagi..paha ayam..peha ayam die kecik-kecik je..tp sedap! Ada sup kosong..nasi..spagethi..ade ayam masak macam paprik paprik ke? Lebih kuranglah tapi rasa dia pelik sikit..manis2..
Yang penting kenyang…
Balik tu die akan berenti dekat pantai apa aku pun xtau..yang penting kena tunggu lori ambiklah..die akan hantar kite dekat hotel masing-masing…
Sangat best…Phi Phi island..kalau pergi krabi tak pergi pulau-pulau die tu..rugi besar!
![]() | ||
| Tak jemu mata memandang ewah! |
Maklumat lanjut: Barracudas Tour
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2
Day 2 (Keelung - Heping Island) Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...
-
Sadis sungguh entry aku kali ni, memang sadis sangat..ketar kepala lutut aku. Ape nak di kata?? sendiri salah..tulah orang suruh bayar main-...
-
Booking Online Kali ni aku nak kongsikan perbezaan dan macam mana nak booking online supaya apa yang korang nak tu korang akan puas hati....
-
Memandangkan passport aku dah mati bulan Mac lepas, nak pergi Bali ni aku kenalah buat passport. Sebelum buat passport macam biasalah a...








































