Tuesday 25 July 2017

Random Q&A

Aku sebenarnya tak ada apa nak buat entry saje lah nak update jugak, kang berdebu blog aku ni...

Jom jelah tengok random Q&A yang selalu orang tanya..

1) Tak nak expose ke? 
     * Idok lah cik kiah, kita tak meletop macam FarahLee,Cik Epal,Red Mummy, KekNis semua tu. Jadi dok diam sudahlah.

2) Banyak ke dapat pendapatan dari blog ni? 
    * Hmmm..iklan dari nuffnang tu Alhamdulillah tak pernah putus-putus. Tapi bila traffic tak banyak sangat(Purata View aku sehari dalam 300-500)
       Jadi tak berapa sangatlah, lagipun iklan ni dieorang biasa letak bukan waktu-waktu biasa. Kdg-kdg tengah malam dok putar-putar iklan.

3) Selain nuffnang ape lagi boleh dapat duit? 
    * Banyak..adsense dari google sendiri, lepas tu bolehlah jadi affiliate pada mana-mana company yang buat program ni.
       Aku buat affiliate dengan booking.com

4) Nak itinerary boleh ke? Free ke bayar? 
    * Boleh je, free jelah tak payah nak bayar. Aku mudahkan kerja korang. InsyaAllah adalah tu ganjaran untuk aku.

5) Soalan PTPTN sama je, tak bosan? 
    * Gile tak bosan? hahaha. Tapi apa yang aku boleh cakap, semua soalan insyaAllah aku kan jawab sepenuh jiwa dan raga aku walaupun soalan
        tu dah berkali-kali dijawab.

6) Nak popular ke buat blog? 
    * Tak nak!!

7) Kenapa nak buat blog? Sekarang orang masih baca blog ke? 
    * Mula-mula memang aku buat blog ni nak cari duit lah konon-kononnya, tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Kalau ko baru nak
       berblog tak kan lah viewer ko dah berjuta kan? Tapi lama-lama aku jadi suka nak share cerita,pengalaman aku. Sekurang-kurangnya kalau
       aku lupa aku bolehlah baca blog sendiri. Biasa-biasa je kot, aku punya traffic boleh tahanlah dalam sehari tu. Kalau medium lain macam FB,
       IG pun byk jugaklah bergantunglah pada orang-orang ni.

8) Bucket list? 
   * Bucket list? Aku punya bucket kena besar gabak sebab aku banyak sangat impian aku ni. Antaranya ... 
      Mekah,Madinah,Istanbul,Greece,Maldives,India,Europe,Nak Naik Emirates,Qatar,Qantas, Nak try Business Class,Nak Jelajah Pulau. Nampak? 
      Impian..berangan tak bayar wey!!

9) Tempat yang akan dilawati lagi?
   * Phuket lah mana lagi..Phuket ni akan jadi acara tahunan aku.Hahah Opening katanya!! Setiap tahun insyaAllah Phuket dulu sebelum pergi
      lain, aku suka phuket tanpa alasan..dah jatuh cinta. Kalau Nora Danish Kg die Bali,Awal Scha Kg die Jepun,Che Ta dok ulang alik London. Lofa
      asyik pergi Koh Samui je,Aku nak jugaklah..Kg aku Phuket!!

10) Plan untuk tahun ni dan Tahun Depan? 
   * Tahun ni Kalender aku dah Penuh..Bulan 9 Australia/NZ, Bln 12 Bali, Tahun depan Opening Phuket InsyaAllah tapi belum ada tarikh lagi. Tapi
       Confirm!! Lepas tu..InsyaAllah dalam tahun depan juga kalau ada rezeki lebih Kiteorang akan ke Istanbul dan Greece. Tu jelah Setakat ni.

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...