Thursday 11 February 2016

Krabi ( 4H 3M)


Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
Like FB : GedebakGedebuk

 Part 1

Macam yang dah ditentukan aku akan ke krabi dengan kawan aku dan adik-adiknya(skema) pada bulan June ni…jadinya pada 7hb hari tu aku dah pun ke sana dengan jaya dan seronok bagai nak rak!..
Luar dari kemampuan fikiran aku nak fikir macam mana seronoknya krabi ni…aduyaiii!
 

Tiket Flight

 Murah tak murah aku dapat Free Seat yang tak berapa nak free dari AA dengan harga RM 569.90 untuk tambang pergi balik untuk 4 orang..murah tak Kak Ton???
 

Tiket untuk 4 orang RM 0.00…Free seat la katekan…tetapi!!! Airport tax RM 300.00 …Fuel Surcharge RM 160.00…add on lagi…4 X pick a seat RM 48.00…Skybus 4 orang RM 61.60…aku tak ambil Insure..redha jelah…hehe..Total semua adalah RM 569.90…lebih kurang RM 142.48/seorang pergi balik…amacam? Murah?? Murahkan…tapi aku tengok ada orang dapat lagi murah dari ni…apa nak buat masa tu aku pulak yang tak ada duit…hehe

 

Krabi yang oooossseeemm!

Dulu masa aku nak pergi Bali aku tersilap pergi gate Y sekarang ni nak pergi Krabi ambik ko gate Y yang ko nak sangat tu!..flight aku bertolak dari LCCT ke Krabi pukul 1.15PM sampai sane 1.40PM sebabnya masa dieorg lewat sejam dari Malaysia..untung aku! Hehe
 
Pantai Ao nang

Perjalanan dari LCCT ke Krabi dalam 1 jam 15 minit lebih kuranglah..aku pun tak tau kenapa mata ngantuk sangat…aku memang tidur jelah kejenya…tengok2 dah sampai krabi…

Airport Krabi

Airport Krabi agak tersusun dan kemas…orang pun tak ramai sangat masa aku sampai tu..sampai2 je..aku terus ke kaunter nak ambil taxi ke Ao nang…keluar-keluar dari pintu tu je..dah boleh Nampak banyak kedai-kedai sewa kereta/motor/ taxi dekat depan tu..korang pilih jelah mane yang korang nak..aku pergi sebelah kanan sekali..dia dah siap terpampang harga jadi dari jauh dah boleh budgetlah nak ambil yang mana satu…dari Krabi airport ke Ao nang untuk taxi…600 THB( RM 60.90) mahal jugaklah tapi bila korang dah naik..memang korang rasa harga tu berbaloilah sebab jauh jugak..dalam 40 minit macam tu…
 
Tak sabar rasanye

Sebelum tu korang kena bayar dekat kaunter..dan dieorg akan bagi resit dan no pemandu.Bila korang keluar dari airport tu pemandu teksi akan pergi kat korang dan tunjuk nombor dekat jaket yang dieorg pakai…korang kena bagi resit pembayaran dekat pemandu teksi tersebut..tapi aku dapat pemandu yang tak pandai sangat cakap English..(macam lah aku reti sangat) haha

Dalam perjalanan tu tetiba pakcik tu berenti dekat satu kedai…dalam hati aku mesti die nak offer island hoping ke pakej-pakej tah pape..macam aku baca dalam blog-blog sebelum aku pergi krabi..jadi bila ada sorg ppuan ni keluar dan pergi dekat aku..aku dah malas nk layan dah…rupenye die nak tanya aku duduk hotel mana..pakcik tu tak tahu rupenye..tulah tadi aku nak bagi alamat blagak!...cakap tau..tau…kesian betullah pakcik ni…


Smile Hotel Ao nang..

Aku kan suka yang murah-murah je..jadi lepas tengok-tengok kat agoda…Smile hotel ni antara yang murah dan dekat dengan pantai Ao nang…jadinya aku dah booked melalui agoda…harga dari agoda untuk 3 malam RM 186.90…oklah kan tak delah mahal sangat…
 
Towel gajah

Sampai-sampai je…orang kaunter dah tersengih-sengih..mungkin aku sorang je yang booking dari  agoda atau pun aku je yang booked bilik dengan dieorg..sebabnya bila aku cakap aku dah booked die terus cakap agoda..hehe..bagus2…
 


Tapi de sikit rasa tak puas hati bila bilik tu tak boleh nak sumbat 4 orang disebabkan rules dia kate boleh duduk 2 orang sahaja…abeh tu budak dua orang ni mana aku nak campak?? Nak cancelled dah bayar..
Lepas bincang-bincang aku ambil lagi satu bilik dengan harga 600THB/semalam (RM 60.90)…huhu murah sikit dari aku punya agoda..tak pelah..bilik pun dekat-dekat selang sebilik je..
 

Cantik
Dari bilik hotel
Orang kaunter siap hantar aku naik atas dan buka kan pintu lagi..tengok-tengok bilik besar dan selesa..wah!! tak rugi aku pilih hotel ni…
 

Pemandagan dari bilik

Bilik memang sangat puas hati…siap ade peti ais satu pintu lagi..mana nak dapat kat Malaysia..mimpi jelah!...Air mineral 2 botol free tiap-tiap hari yang penting jangan bagi hilang botol eh!!!...TV ada..A/C jenis yang gabak..siap ada balkoni lagi..pemandangan memang cantik sebab dieorg dah siapkan aku bilik yang mengadap laut..peerrgghhh!!!  gile cantik! Dan sangat-sangat puas hati…

Balkoni siap kerusi dan tempat sidai baju
Peti gabak


Cari Pakej Menarik

Lepas dah rehat-rehat..perkara pertama yang kiteorg buat adalah cari pakej yang berbaloi-baloi untuk island hoping esok dan lusa…ikut perancangan nak ke Phi Phi Island Tour dengan 4 Island…dari Smile hotel nak ke kaunter-kaunter dan kedai-kedai memang tak jauh…5 ke 10 minit dah sampai dah…

Money exchange bersepah-sepah
Kedai sekitar Ao nang
Banyak kedai depan hotel
Bus awam ke bandar Krabi
Bus stop
Map sekitar Ao nang dan Krabi
Tuk TUk..kot nama dia
Jalan-jalan punya jalan berenti lah dekat beberapa buah kaunter..tapi rata-rata letak harga lebih kurang sama je…dekat signboard tulis 1000THB ( RM 101.50) untuk Phi Phi Island tour..dengan speedboat..kalau  4 Island start dari 750 THB ( RM 76.13)…mintak kurang pun dapatlah 950 THB( RM 96.43) untuk Phi Phi Island..kalau 4 Island tu kurang-kurang pun dia nak bagi 600THB( RM 60.90) tu kira naik speedboatlah…kalau naik longtail murah sikit…
 

 Dari satu kaunter kiteorg pergi satu kaunter lain…last-last jumpa juga satu kaunter yang boleh lah di ajak berunding hal-hal harga ni…jadinya last price..untuk Phi Phi Island dengan speedboat kami dapat 930THB/seorang ( RM 94.40) dan 4 Island dengan longtail 300THB/seorang ( RM 30.45) oklah tu under budget lagi..lengkap dengan lunch, kelengkapan snorkeling dan jugak dieorg akan ambil/hantar kat hotel…nama agency ni Champion tours..kaunter die agak terkebelakang sikit..kalau tak tengok bebetul memang tak nampak...
 


Makan

Makan dekat Ao nang tak susah nak cari makanan halal..tapi yang susahnya nak cari makanan halal dan murah…hehe…aku dah jalan lepas dari McD pun tak jumpa kedai murah-murah Nampak jugak  restoran Halal tapi macam mahal je..lepas jalan-jalan singgah tengok-tengok barang dekat satu kedai nama Vogue agak murah jugak barang-barang kat situ..sempatlah beli beberapa barang…kat situ tapi perut lapar ni belum tau nak makan apa…
 

Dekat dengan McD
Lepas dah penat dan rasa kebosanan cari makanan aku naik bilik..dan penjelajahan mencari makanan di teruskan oleh kawan aku dan adik-adiknya…hehe…
 

Rupenya depan hotel kiteorg tu malam-malam akan ade orang bukak gerai-gerai jual souviner dan makanan…rupenye!! Dah lama aku tunggu akhirnya si pencari makanan pun bawak balik hasil tangkapan…punyelah sedap!!! Malam tu aku belasah pad thai..ayam ala-ala ayam bakar…banana pancake plain( tak sedap)…total semua-semua 100THB(RM 10.15)…kenyang!!
 

Kalau dah kenyang tu apa lagi…hehe..bersambung part 2


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...