Saturday 17 January 2015

Hotel Di Pulau Perhentian (Perhentian Besar)

Assalamualaikum...Salam Sejahtera..Salam 1 Malaysia(Gitu!). Entry kali ni aku nak share sikit pasal Hotel/Resort/Chalet yang ade dekat perhentian berserta harga sekali. Dalam aku tengah nak mencari-cari hotel untuk bulan 3 ni kan..ape salahnya aku share sekali dengan korang sekali . Sharing is Caring katanya.

Macam yang korang tau..Perhentian ni terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Terpulang pada kehendak hati korang nak duduk dekat mana, apa yang aku boleh cakap, Perhentian Besar korang boleh berenang-renang sambil tengok Batu karang dengan ikan dekat Pantai depan-depan tu je. Kalau Perhentian Kecil pulak ada 2 bahagian jugak..belah depan orang panggil Coral Bay kalau belah belakang tu dieorang panggil Long Beach. Coral Bay ni dia tenang sikit lah berbanding Long Beach yang orang cakap ade Party-party..pastu malam-malam ada buat pertunjukan Api..telan api, Sembur api(macam Naga Tasik Chini) walaupun aku tak pernah tengok naga Tasik Chini....kire aku punya imiginasi memang tahap tak masuk akal  sikit.

Coral Bay VS Long Beach


Apa beza Coral Bay dengan Long Beach? Aku sebenarnya mula-mula pergi tu aku duduk dekat Coral Bay (Sharila Resort) memang agak tenang sikit, lagi pun kat sini tak banyak sangat tempat tinggal..cuma ade 4,5 Hotel macam tu. Long beach aku tak pasti macam mane rupenya sebab aku tak pergi lagi. InsyaAllah bulan 3 nanti aku nak tour semua, nanti aku akan update lagi pasal tu. Mengikut apa yang aku baca dan pemerhatian aku, Long Beach pantai dia lagi cantik dari Coral bay, kalau coral Bay banyak bot dekat tepi-tepi pantai tu. Mungkin jugak dekat situ tak banyak Batu Karang. Tapi kalau korang duduk dekat Sharila..Sharila ade private beach, air dia memang lagi cantik lah dari pantai dekat area jetty Perhentian Kecil(Coral Bay) tu.

Tapi dari Coral Bay ke Long Beacj korang boleh jalan kaki je, laluannya korang kena masuk kat Ombak Resort pastu pergi belakang. Kat Long Beach tu ada Kincir Angin..kat Kincir Angin tu korang boleh tengok Pemandagan yang cun melecun. InsyaAllah aku akan mendaki jugak bulan 3 nanti. 

Panjang beno mukadimah aku. Ok mari kita teruskan dengan list hotel yang ade dekat Pulau Pehentian, aku akan bagi link sekali untuk memudahkan korang click hotel yang korang rasa sesuai sangat dengan jiwa nurani korang. Baik tak aku? baikkan? hahah

Kita mula dengan Pehentian Besar dulu.


1. Abdul Chalet
   Harga : RM 170 - RM 270
   Website : AbdulChalet

2. Coral View Island Resort
    Harga : RM 149 - RM 583
    Website : Coral View
    Agoda : Agoda

3. Perhentian Island Resort
    Harga : RM 318 - RM 528
    Website : Perhentian Island

4. The Reef Chalet Perhentian
     Harga : RM 120 - RM 350
     Website : Facebook

5. Newcocohuts Chalet
   Harga : RM 180 - RM 260
   Website :  Newcocohuts

6.D'Ayumni Chalet
  Harga : RM 160 - RM 300
  Website  : D'Ayumni

7.Arawana Perhentian Eco Resort
   Harga : RM 162 - RM 672
   Website : Arawana

8. Flora Bay Chalet (service untuk confirmkan payment sgt lambat,Sebulan tak dapat apa-apa, balas email pun sgt slow)-
   Harga : RM 70 - RM 350
   Website : FloraBay


9. Alu-Alu Chalet
   Harga : RM 75 - RM 200
   Website : Alu-Alu


10. Fauna Chalet
     Harga : RM 60 - RM 180
     Website : Facebook Fauna Chalet


11. Samudera Chalet 
     Harga : RM 70 - RM 150
     Website : Samudera

12. Mama Chalet
     Harga : RM 65 - RM 350
     Website : Mama Chalet

 **Harga tertakluk pada Low,Peak, Super Peak Season. Korang kena tengok harga dekat Website hotel yang aku bagi tu. Ada juga harga yang aku bagi tu tak termasuk Tax. 


Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Thursday 8 January 2015

Merancang Untuk Bercuti #5

Part 5(Kemas dan Prepare untuk berjimba)


Last part ni...dah nak sampai ke hujung dah ni. Masa ni mood memang dah nak berjalan je. Nak pergi kerja pun dah malas dah. Tapi sebelum nak pergi tu..ada beberapa perkara perlu korang ambik berat..last lah ni.

1.Simpan Duit.
Ni kira bukan last minit lah..lepas korang dah tau berapa budget nak pergi bercuti korang kenalah pandai-pandai simpan duit sampailah tarikh korang nak berangkat tu. Jangan lupa duit extra kalau ada apa-apa kecemasan. Jangan lupe jugak check mana-mana tempat yang kena TAX.


2.Listkan barang penting untuk dibawa.
Yang ni korang boleh buat sikit-sikit,kot-kot ada benda yang penting korang kena bawa. teringat terus tulis dalam buku ke ape..masukkan dalam list korang. Takut nanti terlupa. Selain dari tu ada beberapa perkara penting yang korang titik beratkan masa nak buat list ni antaranya:-

*Benda-benda penting yang korang selalu guna dan perlu digunakan setiap hari. Contohnya charger,Ubat Gigi, etc.

*Benda yang sangat perlu dan sangat penting(SUPER Penting). Contohnya Duit,Pasport,Ubat-ubat,ect

*Kena tau juga kalau negara korang nak pergi tu musim ape. Bawalah apa yang sepatutnya.

*Kalau dah malas sangat nak fikir,korang boleh lah search checklist untuk vacation. Print.

*Jangan Main packed je pastu tak ingat berapa limit berat beg tu kan. Tak pasal-pasal kena charge lebih kang. Janganlah nak pergi bercuti macam nak pindah rumah.

*Kalau perjalanan tu panjang, elok kalau korang sediakan lah MP3, download game banyak-banyak. Nanti bosan beb..

3.Binatang Peliharaan.
Siapa-siapa yang ada bela kucing,kambing,lembu..arnab. Korang kena fikir juga mana nak letak hewan-hewan tu. Korang suka-suka cuti..kesian binatang tu. Nak bela sangat kan??


TIPS: 


a) Prepare kalau negara korang pergi tu kena ada VISA atau pun tidak. Kalau perlu VISA korang kena prepare awal. Jangan last minit. 

b) Kadang-kadang sesetengah Airport Kastam dieorang sangat-sangat strict jadi tolong search dulu sebelum korang kena soal siasat atau pun barang korang kena rampas.

c) Jangan Lupa charge bateri camera,handphone yang pentingnya memory card tu bagi besoo sikit. 

d) Seeloknya ambillah travel insurance, walaupun boleh je kalau tak ambik..tapi..yelahkan malang tak berbau. Manalah tau nak cancel last minit ke kan. 


Oklah...aku rasa tu je yang aku boleh kongsi. Semoga mendapat manfaat. Selamat bercuti..

Merancang Untuk Bercuti #4

Part 4 (Rancang Aktiviti)


Entry ni bersambung dari entry lepas..Kali ni pasal aktiviti pulak.

1. Travel Guide.
Biasa kalau dah buntu sangat orang akan ambik keputusan untuk ambik Travel guide je senang. Semuanya dah diatur, tempat-tempat nak lawat pun dah ada. Tak yah lah korang sebok-sebok nak google-google. Tapi pada yang nak pergi sendiri pun tak ada masalah, usaha tangga kejayaan.

2.Plan Aktiviti yang semua orang boleh join.
Korang jangan nak syok sendiri buat aktiviti yang korang je suka, pastu orang-orang pergi dengan korang tu makan hati je. Kalau korang pergi dengan budak-budak kecik...aktiviti tu kenalah sesuai dengan budak-budak jugak..takkan nak pergi hiking bukit 30minit bawak budak kan? Tak pun kalau ada orang tua korang nak ajak dieorang panjat tangga 140 anak tangga..tak sesuai sangat nokk!

3. Book awal.
Kalau aktiviti yang korang nak buat tu ada masa-masa tertentu ataupun contohnya macam special event, baik korang book awal.

4.Plan surprise. 
Biasanya ni untuk yang pergi dengan orang yang special-special lah, macam family, honeymoon ke kan. Rancangan lah special dinner ke..apa-apa lah aktiviti yang surprise untuk orang-orang yang tersayang. Barulah terpahat dalam lubuk hati gitu!!.


5. Adakan masa untuk bersenang-senang.
Janganlah padatkan sangat jadual aktiviti korang sebab korangkan pergi bercuti bukan pergi rombongan sekolah. Nanti terkejar sane terkejar sini, orang balik cuti relax..korang balik cuti penat tahap gaban. Biarkan masa korang tu buat korang tenang je.


6.Listkan mana yang penting.
Kalau korang ada list yang panjang berjela-jela, banyak sangat tempat korang nak pergi dan masa pulak tak berapa nak ada. Apa yang korang perlu buat adalah korang kena listkan mana tempat paling penting untuk korang lawati ataupun tempat yang paling korang nak pergi. kalau rasa tak berapa nak sangat tu korang boleh letak bawah-bawah.

Wednesday 7 January 2015

Merancang Untuk Bercuti #3

Part 3 (Cari Tempat Tinggal)


Tempat tinggal sepanjang korang bercuti sangat-sangatlah penting. Ada juga orang yang tak kisah sangat, asalkan boleh tidur sudah. Tapi pada aku, aku sangatlah memerlukan tempat yang selesa tak semestinya mahal,bersih,selamat dan yang pentingnya under budget. Tak semua bende yang bagus tu mahal kan?

1.Pilih Hotel yang sesuai dengan budget.
Sekarang ni dah macam-macam website dah aku tengok ada untuk search hotel kat seantero dunia ni. Jadinya tak ada masalahlah korang nak pilih hotel mengikut kehendak korang. selain dari tu jangan lupa baca reviews. sangat penting!! Compare sekali dengan official website hotel tu sendiri sebab kadang-kadang dieorang ada buat offer.

2.Listkan facilities yang korang perlukan.
Selain dari harga korang kena tengok juga apa yang korang perlukan masa duduk kat hotel tu contohnya Wifi, breakfast,mini fridge,microwave,TV..kalau murah tapi hape bende pun tak ada..susah juga kan? Selain dari tu kena tengok juga sekeliling hotel, mungkin lebih elok kalau dekat dengan tempat makan,public transport atau kedai-kedai serbaneka..

3. Berapa banyak masa korang duduk dalam bilik.
Hotel mahal...tapi bilik buat tido je. Tak ke rugi tu tuan-tuan dan puan-puan. Hahaha.. fikir-fikirlah sikitkan, tapi kalau mampu ikut koranglah.

4.Option lain selain Hotel.
Ni biasanya kalau orang-orang yang tak kisah sangat pasal hotel ataupun nak cuba lain dari yang lain. Banyak sebenarnya option lain selain dari duduk dekat hotel antaranya ialah:-

*korang boleh duduk/tumpang rumah kawan ke  atau duduk dekat guesthouse yang memang harga murah dari hotel.

*Kalau korang pergi ramai-ramai macam rombongan Cik Kiah korang boleh sewa apartment service,condo atau rumah. Selain boleh jimat(tong-tong) korang boleh lah  masak sendiri makanan.

*Sewa RV(recreational vehicle) selain dari boleh jalan-jalan...boleh tidur sekali pastu leh masak...semua all in 1. Tapi pepandai korang lah nak parking kat mana.

*Camping.. yang macam ala-ala adventure tu, boleh lah camping-camping kan. Sangat Murah!. mampu ke tidak jelah.


Merancang Untuk Bercuti #2

Part 2 (Buat Arrangement- Transport)


Mungkin biasanya kita akan lebihkan tempat tinggal(Hotel) atau pun Makan(Tu aku)..kekadang kita tak tengok pun ticket flight tapi dah search dah tempat makan sedap(Membuka pekong didada). Tu kira macam side dish lah sebenarnya kan, buat sedap-sedap hati.

oklah...tolong baca kat bawah ni untuk mendapatkan sedikit idea untuk percutian korang. enjoy!! hahaha

1. Buat Perbezaan tiket flight.
Kalau korang berniat nak naik flight korang kena tengok jugak kadang-kadang harga tiket tu lain-lain, ada yang mahal ada yang murah. Jadi tolong compare harga tiket sebelum beli tiket yang nanti akan buat korang rasa Alamak!! ruginyeeeeeee..apesal aku tak tengok Airasia!!(CONTOH!) ni contoh eh.

2.Cari website yang ada offer(flight + Hotel)
Ni kadang-kadang boleh pakai jugak. Sebab dah include semua, Hotel dengan Flight. Kalau murah apa salahnya kan?


3.Cari Pengangkutan Alternatif.
Naik flight tu memang laju dan cepat. Tu memang aku tak boleh nak sangkal. Tapi mungkin korang boleh cari altenatif lain kalau korang nak travel jauh sikit dari tempat korang nak pergi tu. Contohnya nak travel ke daerah lain ke. Mungkin korang boleh cari Train,Bas atau pun bot. Mungkin lebih menjimatkan.


4.Masukkan semua transport yang ada.
Korang kena fikir,sampai je kat airport korang nak naik apa pas tu? Dari airport nak ke hotel, lepas tu hotel ke tempat-tempat menarik yang korang nak pergi. Semuanya korang kena tengok. Ok ke tidak pengangkutan awam dieorang? Kalau tak ,mungkin korang kena sewa kereta , motor atau kena ambik Travel guide.


5.Service kereta
Yang ni kalau korang plan nak travel guna kereta/kenderaan korang, Manalah tau kan nak naik lori bercuti. Boleh jugak! Kena check apa yang patut,kalau dah sampai masa kena service tu service lah. Mana yang kena tukar tu tukar, check wiper,lampu, break.. semualah. Jangan Lupe tayar spare tu.Mentang-mentang tersembunyi..buat tak tahu je(aku lah tu).

Merancang Untuk Bercuti #1

Percutian sepatutnya menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan(Beriye ayat aku kan). Ok kembali kepada diri aku balik. Tak payah nak beriye sangat berayat-ayat sempurna. Mampu ke nak tulis pasal ni? Mampu ke tidak tu tak tahu lah...tapi mengikut apa yang aku tau aku tulis..bukan nak buat buku pun kan..nak berkongsi-kongsi je. Alright folks..hahah Entry kali ni aku nak berkongsi pasal macam mana nak merancang percutian.. kalau yang berduit tak berduit tu kena rancang jugak..main pergi je kang...mati kutu kat tempat orang...mulalah, itu tak best..ini tak best..siapa salah?? korang lah salah!! sebab tak rancang apa yang patut. Kadang-kadang duit bukanlah segalanya..hahaha

Oklah kurangkan membebel...

Part 1 (Pilih Destinasi)


Ada part-part tak tahan..banyak kot aku nak cite ni. Aku kan rajin..sebelum korang nak pergi bercuti mesti  ada dalam benak fikiran korang beberapa pilihan tempat korang nak pergikan? tapi ada jugak yang tengok tiket dulu..nampak je murah pastu baru tengok ada apa eh kat tempat tu?? kan-kan? sebab aku pun macam tu jugak..hahaha.

Macam mana nak pilih tempat bercuti? Meh aku kongsi sikit...banyak-banyak tak boleh sebab aku pun bukan reti sangat.

1. Buat list tempat-tempat yang korang nak pergi.
kalau korang  nak pergi bercuti dengan orang lain..korang boleh tanya juga pendapat dia. Mungkin dalam fikiran korang ada beberapa tempat korang nak pergi kan? Ala-ala tempat impian gitu.


2. Kenapa korang nak bercuti?
Ni korang je boleh jawab, kenapa korang nak keluar dari sarang korang tu dan bercuti. Nak relax? lari dari kesibukan kota? stress? saja nak jalan-jalan atau nak pergi tengok tempat-tempat bersejarah atau saja nak buang duit? Kalau korang dah tau matlamat nak bercuti mungkin senang nak listkan tempat korang nak pergi. contohnya kalau nak hilangkan stress takkan korang nak bercuti kat KL kan???


3. Bincang dengan kawan sepercutian korang.
Ni salah satu dari aktiviti yang sangat bagus untuk dibuat. Korang boleh bincang macam-macam supaya korang tak salah pilih tempat. Masing-masing boleh search dulu apa-apa yang menarik sambil bagitau pendapat masing-masing apa yang menariknya tempat tu. Tapi janganlah rasa bagus sangat sampai pendapat orang korang buat tak tahu je. Sekarangkan dah moden...leh buat group wasap pastu boleh lah bincang apa yang patut. Kalau jumpa apa-apa yang menarik boleh kongsi link.


4. Dengan siapa korang nak travel? 
Ni pun salah satu benda yang penting korang kena ambik berat, kalau korang travel mungkin ada anak kecil, orang tua atau Orang Kelainan Upaya , korang memang kena ambik berat pasal hal ni. Sesuai ke tak tempat tu.


5. Budget. 
kalau korang dah ade list tempat-tempat korang nak pergi, budget ni kadang-kadang akan jadi batu penghalang paling beso nak merealisasikan percutian impian korang. Jadinya buatlah simple-simple online search pasal tempat yang korang nak pergi tu. Hotel,makan,aktiviti,flight,pengangkutan awam. Apa-apa lah berkaitan dengan Cost yang bakal korang keluarkan. Mana-mana yang melebihi budget korang, bolehlah korang campak je ke tepi.


6. Pilih Tempat Bercuti.
Lepas-lepas dah buat semua diatas,pilihlah tempat yang sesuai untuk korang..dan pastikan orang yang travel dengan korang pun suka dengan pilihan korang tu. Jangan nak fikir kite je happy. Kalau lah ada antara korang yang tak setuju...korang kena pepandailah nak buatkan dia setuju..mungkin jugak korang boleh gilir-gilir. Mungkin next destination kita pergi apa yang dia nak. Kalau dah tak boleh sangat...tinggal je. hahaha

Itu jelah kot Part 1 ni...Selamat bercuti...


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...