Thursday 8 January 2015

Merancang Untuk Bercuti #4

Part 4 (Rancang Aktiviti)


Entry ni bersambung dari entry lepas..Kali ni pasal aktiviti pulak.

1. Travel Guide.
Biasa kalau dah buntu sangat orang akan ambik keputusan untuk ambik Travel guide je senang. Semuanya dah diatur, tempat-tempat nak lawat pun dah ada. Tak yah lah korang sebok-sebok nak google-google. Tapi pada yang nak pergi sendiri pun tak ada masalah, usaha tangga kejayaan.

2.Plan Aktiviti yang semua orang boleh join.
Korang jangan nak syok sendiri buat aktiviti yang korang je suka, pastu orang-orang pergi dengan korang tu makan hati je. Kalau korang pergi dengan budak-budak kecik...aktiviti tu kenalah sesuai dengan budak-budak jugak..takkan nak pergi hiking bukit 30minit bawak budak kan? Tak pun kalau ada orang tua korang nak ajak dieorang panjat tangga 140 anak tangga..tak sesuai sangat nokk!

3. Book awal.
Kalau aktiviti yang korang nak buat tu ada masa-masa tertentu ataupun contohnya macam special event, baik korang book awal.

4.Plan surprise. 
Biasanya ni untuk yang pergi dengan orang yang special-special lah, macam family, honeymoon ke kan. Rancangan lah special dinner ke..apa-apa lah aktiviti yang surprise untuk orang-orang yang tersayang. Barulah terpahat dalam lubuk hati gitu!!.


5. Adakan masa untuk bersenang-senang.
Janganlah padatkan sangat jadual aktiviti korang sebab korangkan pergi bercuti bukan pergi rombongan sekolah. Nanti terkejar sane terkejar sini, orang balik cuti relax..korang balik cuti penat tahap gaban. Biarkan masa korang tu buat korang tenang je.


6.Listkan mana yang penting.
Kalau korang ada list yang panjang berjela-jela, banyak sangat tempat korang nak pergi dan masa pulak tak berapa nak ada. Apa yang korang perlu buat adalah korang kena listkan mana tempat paling penting untuk korang lawati ataupun tempat yang paling korang nak pergi. kalau rasa tak berapa nak sangat tu korang boleh letak bawah-bawah.

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...