Sunday 6 August 2017

Aktifkan Pembelian Online Debit Card Maybank

Sejak beberapa bulan lepas aku ada masalah untuk buat pembayaran online guna Debit card, aku fikir mungkin jugaklah sebab ni debit kad baru. Dulu masa sebelum aku tukar debit card baru boleh je aku buat online payment guna debit card tapi bila dah tukar tak bolehlah pulak. Aku sedar dah lama dah bila aku try nak bayar Expedia tapi Debit asyik error/decline je padahal duit cukup je  nak bayar hotel masa tu. Tapi masa tu aku malas nak fikir jadi aku ignore jelah. Sekarang ni baru lah aku nak sebok-sebok selesaikan masalah aku..

Jadi lepas aku google-google aku tak dapat lagi jawapan macam mana nak aktifkan benda alah ni. Dulu aku baca adalah MSOS (Maybank Secure Online Shopping) kena dafta lah ape, tapi bile aku cari dalam maybank2u tak ada pulak benda tu. Puas mengoogle akhirnya aku jumpa 1 blog yang menyelesaikan masalah aku ni. Rupenya aku kena aktifkan dulu purchase online ni barulah aku boleh guna debit card ni untuk beli apa-apa.

Tapi korang kena chek juga apa masalah card debit korang sebelum buat apa-apa, ni salah satu dari masalahnya lah. Ada juga error sebab credit limit. Korang set credit limit 1000 tapi korang nak bayar 1500 yang tu memang die reject lah kan. 


Domestik & International

Untuk aktifkan debit card ni ada dua step, tapi terpulanglah pada korang, korang nak guna debit untuk beli-beli dekat mana. Kebetulan aku call centre Maybank ni dapat yang bijak die ada juga terangkan dekat aku apa aku perlu buat.

Jom aku tunjuk macam mana.

Domestik. 

Untuk pembelian dalam Malaysia ni a.k.a website-website Malaysia korang bolehlah aktifkan e-commerce. Caranya :-

1) Call Customer Centre Maybank 1 300 88 6688

2) Tekan 1 Untuk English, 2 Bahasa Melayu

3) Tekan 0

4) Tekan 4

Bila dah dapat bercakap dengan Pegawai tu, korang bagitaulah nak aktifkan Debit card untuk beli online atau korang nak nampak acah-acah bijak bagitau nak aktitfkan e-commerce.

Seperti biasa dieorang akan buat pengesahan identiti korang dulu dan lepas tu die akan terangkanlah serba sedikit pasal e-commerce ni. Korang boleh Deactivated kan semula kalau korang rasa tak perlu dah benda ni dan setiap transaksi dia akan bagi sms pada korang. Kalau korang dapat SMS tapi korang tak ada buat transaksi apa-apa cepat-cepat call Maybank .

Habis panjang lebar die terangkan dia akan bagitau bila Debit Card korang dah aktif. 

International  

Itu untuk dalam Malaysia dan ada website luar negara yang korang kena aktifkan debit card korang untuk buat transaksi luar negara contohnya Agoda, trivago dan etc..korang memang perlu untuk aktifkan International ni. Caranya....

1) Kena aktifkan guna Maybank2u...kalau tak ada boleh tengok SINI

2) Login Maybank2u

3) Click Home dan dekat Home tu Click Card Management macam dekat gambar bawah ni

Click ikut kotak Purple

4) Lepas tu click Overseas ATM Facility


Click Kotak Purple



 5)Pilih "Activation" untuk Aktifkan Card atau Deactivation untuk tamatkan perkhidmatan dan click continue

Select Active




 6) Pilih Start Date..Bila tarikh nak aktifkan dan masukkan tarikh tamat. Maximum adalah 1 tahun dan click continue




Pilih Ikut suka

 7) TAC windows akan pop ups dan korang clicklah Request TAC. Aku lupa nak screen shot. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang korang register  untuk akaun Maybank korang. Masukkan Nombor TAC dan click continue

8) Korang akan nampak screen macam dekat bawah ni dengan status Successful. 




Successful

9) Bila dah siap semua Maybank akan hantar 1 SMS pada nombor telefon korang bagitau yang Activation overseas ATM facility dah sucessful.

10) Bereh sudah..bolehlah korang membeli

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...