Sunday 6 August 2017

Aktifkan Pembelian Online Debit Card Maybank

Sejak beberapa bulan lepas aku ada masalah untuk buat pembayaran online guna Debit card, aku fikir mungkin jugaklah sebab ni debit kad baru. Dulu masa sebelum aku tukar debit card baru boleh je aku buat online payment guna debit card tapi bila dah tukar tak bolehlah pulak. Aku sedar dah lama dah bila aku try nak bayar Expedia tapi Debit asyik error/decline je padahal duit cukup je  nak bayar hotel masa tu. Tapi masa tu aku malas nak fikir jadi aku ignore jelah. Sekarang ni baru lah aku nak sebok-sebok selesaikan masalah aku..

Jadi lepas aku google-google aku tak dapat lagi jawapan macam mana nak aktifkan benda alah ni. Dulu aku baca adalah MSOS (Maybank Secure Online Shopping) kena dafta lah ape, tapi bile aku cari dalam maybank2u tak ada pulak benda tu. Puas mengoogle akhirnya aku jumpa 1 blog yang menyelesaikan masalah aku ni. Rupenya aku kena aktifkan dulu purchase online ni barulah aku boleh guna debit card ni untuk beli apa-apa.

Tapi korang kena chek juga apa masalah card debit korang sebelum buat apa-apa, ni salah satu dari masalahnya lah. Ada juga error sebab credit limit. Korang set credit limit 1000 tapi korang nak bayar 1500 yang tu memang die reject lah kan. 


Domestik & International

Untuk aktifkan debit card ni ada dua step, tapi terpulanglah pada korang, korang nak guna debit untuk beli-beli dekat mana. Kebetulan aku call centre Maybank ni dapat yang bijak die ada juga terangkan dekat aku apa aku perlu buat.

Jom aku tunjuk macam mana.

Domestik. 

Untuk pembelian dalam Malaysia ni a.k.a website-website Malaysia korang bolehlah aktifkan e-commerce. Caranya :-

1) Call Customer Centre Maybank 1 300 88 6688

2) Tekan 1 Untuk English, 2 Bahasa Melayu

3) Tekan 0

4) Tekan 4

Bila dah dapat bercakap dengan Pegawai tu, korang bagitaulah nak aktifkan Debit card untuk beli online atau korang nak nampak acah-acah bijak bagitau nak aktitfkan e-commerce.

Seperti biasa dieorang akan buat pengesahan identiti korang dulu dan lepas tu die akan terangkanlah serba sedikit pasal e-commerce ni. Korang boleh Deactivated kan semula kalau korang rasa tak perlu dah benda ni dan setiap transaksi dia akan bagi sms pada korang. Kalau korang dapat SMS tapi korang tak ada buat transaksi apa-apa cepat-cepat call Maybank .

Habis panjang lebar die terangkan dia akan bagitau bila Debit Card korang dah aktif. 

International  

Itu untuk dalam Malaysia dan ada website luar negara yang korang kena aktifkan debit card korang untuk buat transaksi luar negara contohnya Agoda, trivago dan etc..korang memang perlu untuk aktifkan International ni. Caranya....

1) Kena aktifkan guna Maybank2u...kalau tak ada boleh tengok SINI

2) Login Maybank2u

3) Click Home dan dekat Home tu Click Card Management macam dekat gambar bawah ni

Click ikut kotak Purple

4) Lepas tu click Overseas ATM Facility


Click Kotak Purple



 5)Pilih "Activation" untuk Aktifkan Card atau Deactivation untuk tamatkan perkhidmatan dan click continue

Select Active




 6) Pilih Start Date..Bila tarikh nak aktifkan dan masukkan tarikh tamat. Maximum adalah 1 tahun dan click continue




Pilih Ikut suka

 7) TAC windows akan pop ups dan korang clicklah Request TAC. Aku lupa nak screen shot. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon yang korang register  untuk akaun Maybank korang. Masukkan Nombor TAC dan click continue

8) Korang akan nampak screen macam dekat bawah ni dengan status Successful. 




Successful

9) Bila dah siap semua Maybank akan hantar 1 SMS pada nombor telefon korang bagitau yang Activation overseas ATM facility dah sucessful.

10) Bereh sudah..bolehlah korang membeli

45 comments:

  1. yang aktif untuk domestik tu mmg kene call center dia ea? kalau melalui online tak boleh atau sms?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Kalau debit kad awk dah boleh guna untuk online tak perlu aktifkan kot. Macam sy punya debit memang dia xboleh jadi sy kene aktifkan dengan cara call center. Cara lain sy tak tahu pula boleh ke tak.

      Delete
    2. Saya pakai maybank2u. Tapi beli pakai debit card dia decline. Knp ehh. Tak boleh active kan pakai maybank2u ke ?

      Delete
    3. Hi Azizul, Yang tu kena check beberapa perkara.
      1) Transaction Limit Debit card - Mungkin apa yang awk nak beli tu lebih dari limit Debit card, cth Limit Debit card per transaction RM1000 tp barang tu harga RM1100, yg ni boleh check dekat Maybank2u (Home ->Card Management ->Debit Card Purchase Limit.
      2) Yang Keuda mungkin juga Debit card belum diaktifkan untuk purchase online. Yang ni boleh call Maybank call centre.
      3) Baki dalam account tak cukup? tapi yang rare lah, sebab sebelum beli mesti kita dah tahu baki dalam account berapa.
      Kalau semua pun ok, try call customer service untuk check. Tq

      Delete
  2. Kalu untuk international tu, lps tekan customer service, nk tekan nombor ape pulak lps tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya baru sempat nak tengok komen, lepas tu tekan pasal kad debit je.

      Delete
  3. Terima kasih!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih bosku..sangat membantu artikel ni

    ReplyDelete
  5. Hai saya nk tnya sikit,saya nk buat bayaran kredit,dia mntk msos code.Tapi dia hntr msos code dkt nbr yg dh lama x aktif..Blh buat online sndri atau direct call maybank ya?

    ReplyDelete
  6. Hai saya sebelum ni boleh je pakai debit card, macam pergi shopping or makan kat restaurant pun kadang2 pun pakai debit card. Baru-baru ni saya ada buat tempahan hotel. Then, card saya kena decline. lepastu saya terus tak boleh guna card saya. Everything declined. Saya call pihak bank kata kena aktifkan e-commerce tapi pada masa yang sama saya tak faham kenapa sebelum ni saya guna debit card boleh je. Pihak bank hanya cakap e-commerce saya tidak aktif. Limit buat dekat Maybank2u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Pembayaran direct debit menggunakan fizikal card mcm bayar untuk shopping atau makan adalah berbeza dengan e-commerce. e-commerce perlu diaktifkan untuk pembelian atas talian (online) apatahlagi kalau buat bayaran online ke luar negara contohnya tempahan hotel luar negara dan sbgnya.

      Delete
  7. Bulan lpas sya ade aktifkn e commerce direct kol mybnk. Adakah sya perlu aktifkn semula mgunakan mybank2u. Tujuan pengaktifan sya utk byaran hotel pda 25 hribln nie. Adakah kad debit sya boleh trus dgunakan utk byran booking sya. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Aktifkan e-commerce memang kena call maybank, dekat maybank2u awk kena check credit limit. Kalau default credit limit tu cukup untuk buat bayaran hotel boleh teruskan buat booking. Tapi kalau credit limit tu rendah awk kena naikkan dulu lepas tu baru boleh buat booking hotel, sy lupa berapa default credit limit.
      Untuk set credit limit melalui maybank2u ----> Home ->Card Management ->Debit Card Purchase Limit.

      Delete
  8. Hai. boleh tahu tak berapa lama untuk tunggu card active?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Card active untuk e-commerce adalah serta merta selepas call customer service. Thank You

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Hai. boleh tahu tak berapa lama untuk tunggu card active utk interntional?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Setahu saya kalau card baru mmg kita boleh guna terus tanpa ada activation. Tapi kalau macam tak berapa yakin boleh call bank centre untuk activation dan biasanya dieorang akan tanya tarikh pergi dan balik untuk pengaktifan. Jadi sepanjang dekat sana tu mmg akan aktif lah..

      Delete
  11. hii dah saya dah aktifkan International debit card dlm maybank2u macam yg awak tunjuk kat atas tu. Tapi lepas baca komen, confius still kene call bank ke untuk aktifkan transaction luar negara? Sebab saya nak buat bayaran untuk tempahan hotel kat luar negara. Tu dipanggil e-commerce ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Myraa, Kalau untuk buat bayaran online untuk cthnya penempahan hotel luar negara atau buat bayaran online dalam negara kita panggil e-commerce dan boleh aktifkan ikut maybank2u.

      Kalau awk nak guna card masa dekat sana (luar negara) kalau dulu mmg kena call bank tapi sekarang ni ada bank yang tak perlu call pun sebab mmg dah sedia aktif untuk digunakan di luar negara. Jadi untuk lebih confident boleh call bank awk dan tanya perlu ke aktifkan setiap kali nak ke luar negara.

      Delete
  12. Thank you so muchhh! Tak tau nak habaq mcm mn bersyukurnya saya jumpa blog ni. Seharian "gedebak gedebuk" pikiaq mcm mn nk activate tu. Dah la tak jumpa MSOS tu dlm m2u. TQTQ! Moga murah rezeki. Keep it up!

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Kalau tak boleh kena call maybank, dieorang boleh check.

      Delete
  14. untuk arahan call center tu mmg kena tekan 0 dan diikuti 4? banyak kali call service center..mmg xdpt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena dengar arahan betul2 option die bagi. Masa sy dulu itulah optionnya sekarang mungkin dah berubah. Dengar option, dan tekan ikut mana yg berkaitan, kalau ya pun salah operator akan sambungkan pada tempat yg betul. Tak tahu mcm mana awk call, tapi tunggu option disebut baru lah tekan.. Cthnya call centre, dia suruh pilih bahasa lepas tu tunggu lagi option yg akan diberikan dengar dan pilih, dan tunggu lagi option barulah tekan no pilihan yg berkaitanberkaitan.

      Delete
  15. Hai..saya nak guna untuk beli mcd delivery ...bila nak bayar dekat Web mcd tu dia kata no tel tak daftar utk visa kad maybank saya...boleh tak bagi info mcm mana saya nak buat melalui online sahaja..sebelum ni kalau beli apa² dekat lazada shopee lepas je...setiap pembayaran tu akan dapat no TAC dekat no tel yg saya da daftar...mcm mana saya nak daftar no tel utk visa pulak??

    ReplyDelete
  16. untuk aktifkan pembelian dkt luar negara contoh aliexpress memg kna kol operator ka... dh aktifkan pkai mybank2u... tggu msos tak dapat2... ke kna kol gak untuk aktifkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada apa2 masalah call je customer service, lebih mudah.

      Delete
  17. Salam.. kalau MSOS code tu tak dpt sbb registered mobile tu nombor phone lama skrg dah pakai nombor baru mcm mana ya? Kena pergi tukar nombor phone dkt kaunter jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Boleh tukar dekat ATM machine yg terpilih. Ada machine ATM yang tak ada options lain selain dari keluar duit, check baki, transfer.

      Delete
    2. Salam tuan, boleh detailkan tak 'atm terpilih' tu. Sebab saya pun menghadapi masalah yg sama. Tq

      Delete
    3. Salam Farouk, ATM terpilih tu bermaksud kalau tak silap sy ada sesetengah ATM tak byk options..ada yg hanya untuk keluarkan duit, check balance , transfer tapi ada juga ATM machine yg banyak option contoh nak bayar bill, top up touch n go, tukar no phone, tabung haji etc jadi sebelum apa2 baca dulu dekat signage atas machine ATM tu apa option yg ada, dieorang akan lists kan semua option yang ada untuk machine ATM tu. Sebelum beratur panjang lagi2 masa PKPB ni baik baca dulu sebelum buang masa beratur lepas tu tak boleh pun tukar no phone dekat ATM tu, tapi kalau nak senang pergi je ke machine ATM dekat cawangan Bank sana banyak pilihan. Kalau pergi machine ATM dekat stesen minyak, mall,7 E memang kadang2 tak ada yang banyak options sekadar keluar duit, check balance, transfer yang basic2 je. Lagi satu kena cari machine ATM yang sama company Maybank carilah Maybank, CIMB carilah CIMB...nak tukar nombor phone bukan macam nak keluarkan duit asal ada MEPS je boleh.

      Delete
  18. Assalamualaikum, kalau no telefon yg kite daftar mase buat akaun maybank dh blocked mcm mane nak tukar ya? Sbb sy nk buat bayaran ansuran dkt shopee, pastu die sruh masukkan CODE MSOS yg die hantar dkt no phone yg kite daftar buat akaun tu. Stress betul sy nih. No tu dh lama kena block. Mcm mane nak tukar ya? Mintak kerjasama bro, please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...Pergi mana2 Branch Maybank dan tukar no phone dekat mesin ATM.

      Delete
  19. Nak beli kat AliExpress patutlah Kene reject je..tgk duit ada je..tq bro..sgt2 membantu..♥️👍

    ReplyDelete
  20. Salam....sy dh pergi ke mesin ATM untuk updated no hp yg baru kerana no hp sy yg lama yg didaftar dkt maybank telah terminated. Tetapi di mesin tersebut bertulis kena pergi ke counter cawangan maybank utk pertukaran hp number. Tak boleh updated di mesin atm.kenapa ye?

    ReplyDelete
  21. salam nk tanya kenapa kad debit saya xboleh guna untuk bayar shoping mall ke bayar kedai makan ke?? guna pin dengan paywave dua2 pun xboleh...macam mana nk aktifkan pembayaran guna kad debit tu ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, selalunya kalau kad debit yg baru tak perlu aktifkan apa2 untuk guna secara fizikal cth dkt kedai makan atau mall. Rsnya skg ni semua kad lama dh tukar ke debit kad baru. Cuba check expired date dkt kad tu.. Mungkin dh expired. Kalau dh expired kena pergi bank utk tukar kad baru. Expired date boleh check dekat depan kad dgn format mm/yy contoh 04/21 bermaksud kad expired April 2021.

      Delete
  22. assalamualaikum, nk tnya. sy nk sewa beli penapis air. bila time nk buat pembayaran, ye bagitaw no telefon x daftar utk buat online transaction with visa. ni ad kaitan ke dgn e-commerce? kena enable setting dkt m2u ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, kalau tak salah sy kes mcm ni kene pergi ATM dan update no phone.

      Delete
  23. Salam, sy nk tnye knpe transaction declined bile sy nk bayar guna google play store? Sbb bile nk update payment method pun transaction declined jgk.

    ReplyDelete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...