Friday 16 June 2017

Melaka (3H 2M)

Day 1

Ni kira weekend gateaway juga lah ni pada kiteorang, hari tu lepas balik dari Langkawi bulan 2 hari tu sampai lah ke bulan 5 ni barulah nak berjalan balik. Baru 3 bulan tapi rasa dia macam dah 3 tahun tak berjimba. Suruh kerja malas kalau suruh berjalan tu sanggup je meredah hutan berlukar(Poyo!!).

Aku ambik half day hari Jumaat hari tu semata-mata nak pergi berjalan bukan jauh sangat pun. Melaka je kot. Melaka ni entah berapa puluh kali dah pergi, dari zaman sekolah dulu ada rombongan sampai kesudah sebenarnye tak habis pusing lagi Melaka ni. Nampak ke kecil tapi padat sebenarnye.

Budget

Kiteorang punya budget pergi Melaka ni paling sikit seantero perjalanan. Berapa?? RM150 je sorang untuk 3H 2M..sebab apa? sebab hotel orang sponsor!! kalau tak memang tak dapat lah RM150 sorang cik adik oii...kurang-kurang pun RM300 sorang. RM150 tu termasuk lah minyak,Tol dan makan. Makan memang budget die besar sikit padan lah dengan kiteorang yang besar-besar ni kan??

Makan + Tol + Minyak

Untuk 3 benda ni kiteorang peruntukan makan RM100/sorang, minyak dari Puchong ke Melaka pusing melaka semua selama 3 hari tu dalam RM60, ikut kereta lah eh..korang pakai kereta 2.0 lepas tu nak cakap ikut budget aku, memang aku luku je kepala tu. Ni RM60 ni untuk kereta Myvi 1.3. Tol memang standard je..dari UPM - Ayer keroh RM15.10 lepas tu ada 1 tol aku kena lalu dekat LDP tu RM2.10 jadi pergi balik dalam RM 34.40 , Jadi total kehangusan kiteorang adalah RM147.20 lebih kurang RM150 jelah. Aku memang tak masuk dah zoo ke, taman buaya lah ape tu. A'Famosa, Taming sari semua dah pergi sebab dah pernah pergi dah dulu. Jadi Admin Fees memang tak ada, kalau korang nak pergi semua tu sila masukkan dalam budget.

Hotel

Hotel kiteorang duduk ni 5 Bintang..hahaha 5 bintang ko!! mampu tengok jelah kalau tak ada orang nak belanja. Kiteorang duduk dekat Ramada Plaza Hotel, aku booking guna booking.com dapatlah 2 malam RM550 termasuk GST tapi tak termasuk Heritage fees RM2 yang tu memang setiap hotel dekat Melaka ni akan charge RM2/Malam...jadi total semua termasuk heritage fees tu RM554 adalah sen-sen aku tak ingat berapa sen. Bila aku tengok harga bilik dekat website dieorang bilik yang aku duduk tu harga RM450 kot semalam..mujurlah dapat murah.

Ramada Plaza


Apa yang aku boleh cakap bilik dia memang selesa sangat lah, dah lah besoo hawau!! ganas betul..
dalam komen aku masa booked tu aku tulis kalau boleh tak nak connecting room. Tak suka beno aku conneting room ni sebab kalau dia punya bilik tu bukan sound proof memang dengar sebijik-bijik apa orang sebelah cakap, yang tu memang aku tak gemar bebenar..lagi-lagi dapat yang tengah honeymoon kan?? bukan di kira apa...haisshh!! Masa aku nak check in nasib lah dapat receptionist yang ok dan dia pun bagi aku bilik King Room..katil king, tak connecting, bilik besar..syiookk woo!!

Apa yang aku Suka

Apa yang aku suka pasal bilik ni, 1) Luas 2) Carpet 3)Sejuk 4)Sofa Bed 5)Selesa 6) Rain shower Power 7) Bersih 8) Lengkap 9) Iron + Iron Board 10)Sejadah

Apa yang aku tak suka?

Aku tak suka bantal dia lembik sangat lepas tu TV channel mak ooii kodokut bona..cuma ada TV1,2,3,NTV7,BBC,Fox Movie dengan Fox Sport je. Laluan nak naik ke parking memang mencabar sikit dengan selekohnya lepas tu agak sempit jugaklah laluan dia,aku tengok dinding tepi-tepi tu habis calar balar kena seret dek kereta orang..bosan wehh kalau tak keluar. Lain-lain tak ada memang aku puas hati lah.

Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah

Tu baru mukadimah, jadi itinerary kiteorang hari pertama ni nak JJCM je sebenarnye.. pertama ni nak mencari asam pedas,kuih keria lepas tu nak rehat-rehat jelah. Lepas je tol Ayer Keroh tu aku pun try lah nak cari jalan ke Kuih Keria Hjh Rahmah tapi benda alah tu cakap closed today..dah pulak..closed lah pulak!! tulah kan buat iti konon-konon dekat buat tak endah je, hambek ko!! closed.. rupanya memang dia closed hari Jumaat..hari lain buka 2PM-7PM. Jadi siapa pergi hari Jumaat tu memang tak dapat lah..Kuih Keria Hj Jalil pun sama eh..closed hari Jumaat beza dia cuma Hj Jalil buka awal sejam 1PM-7PM.

Coconut Shake Klebang

Sebab dah closed tu kiteorang pun mencari coconut shake Klebang, dulu pernah tengok dekat TV ada orang cakap dah kurang sikit rasa dia. Tapi sebab aku tak pernah rasa sebelum ni, jadi aku try jelah. tengok orang pun tak ramai beratur boleh lah cuba. Coconut shake harga tak mahal RM2.70 je..siapa nak take away boleh beratur dekat depan je. Tapi siapa nak duduk-duduk makan dekat situ boleh masuk dalam lagi. Lepas rasa..apa aku boleh cakap..mmm memang tak sedap mana pun.tapi oklah bolehlah..nak cuba lagi sekali?? pada aku tak kot!! sekali jelah cukup..aku minum 5min je dah lupa rasa dia macam mana..

Coconut Shake Take away

Check in Hotel

Lepas dah basahkan tekak semua, kiteorang check in dulu sebab nanti baru nak keluar balik mencari asam pedas. Hotel aku dah cerita dekat atas jadinye tak payahlah nak cerita lebih-lebih.

Lunch + Dinner

Lepas dah mandi-mandi rehat, siap tidur lagi kawan aku tu. Kiteorang pun keluar nak mencari asam pedas..tapi sebab banyak sangat asam pedas dekat Melaka ni sampai tak tahu mana yang betul-betul sedap. Kiteorang ni memang kalau tengok review tu rasa nak percaya tak caya je sebab dah kena banyak kali viral-viral popular-popular tapi makanan biasa je, semua main ikut-ikut je. Tu yang aku rasa nak hempuk je kepala masing-masing.

Comel betul beca dia


Asam Pedas Claypot

Yang ni pun sama juga sebab ikut sangat kan orang, tengok review macam best je.Bila dah  makan..ermmm biasa je..so-so pada aku memang tak berapa kick lah..lidah aku memang tak berapa best. Aku ambik ikan kembung, kawan aku ikan pari..lepas tu minum sirap limau 2, ada otak-otak 6 ketul..serve memang cepatlah. Lepas tu tak payah nak panggil-panggil pelayan. Ko duduk je dia akan terus datang ambik order..set asam pedas ni sekali dengan nasi+sambal belacan+telur masin+sayur kubis goreng. Total kiteorang makan semua sekali tu RM39. Mahal kan? boleh lah kalau tengok apa yang kita dapat tu. Aku tak recommended!! cari lah tempat lain. Nak rasa boleh, tapi kepuasan..memang extremely unsatisfied gitu!!

Hmm jelah


Balik

Lepas tak berapa kenyang sangat,kiteorang balik jelah beli jajan dekat KK mart sebelah hotel. Lepas tu duduk je dalam bilik mengumpat lagi pasal Asam Pedas Claypot.

Day 2

Hari kedua iti pun lebih kurang JJCM tapi ada aktiviti sikit, cewah!! aktiviti mende ape tak tahu lah kan..

1) Breakfast
2) Padang Pasir, Klebang
3) Kuih Keria Antrabangsa
4)  Rehat
5) Dinner-Ikan Bakar Parameswara

Breakfast Ramada

Aku dengan kawan aku ni kan food lover(konon!!) jadinye sebab orang dah nak belanja aku pun pilih lah hotel yang ada breakfast, breakfast dekat Ramada ni memanglah banyak..kire orang ckp macam-macam makanan lah ada dari nasi goreng,nasi lemak,ke sausage,yogurt,roti, mee sup segala macam tapi bila benda sama je ulang kali kedua muak juga weh!! makanan dia nak kata sedap tu tak ada lah sedap sangat tak boleh lawan breakfast dekat concorde Shah Alam, still no.1 dekat list aku. Makanan dia ok ok jelah..tak adalah tak sedap dan tak juga sedap. Orang kata Croissant dia sedap  tapi pada aku biasa je, boleh dapat dekat kedai roti macam tu..croissant terbaik dekat Adya Hotel,Langkawi. Lepas dah kenyang kiteorang pun menuju ke destinasi Padang Pasir, Klebang

Padang Pasir

Tempat ni sebenarnya boleh dikatakan tarikan tersembunyi (Hidden attraction) nampak tak aku direct translate je, kawasan ni kalau untuk ambil gambar memang cun melecun lah..sebab mana nak cari Padang Pasir dekat Malaysia ni kan? dah lah pasir dia putih, walaupun tak adalah putih halus mulus tapi tetap cun.

Padang Pasir


Menuju ke alam Desert

Macam mana nak pergi Padang Pasir tu?? tulah yang aku fikir jugak ari tu. Macam mana nak pergi situ macam pelik je kan? Dari arah mana pun korang. Korang kena cari Dataran 1 Malaysia dulu..lepas dah sampai Dataran 1 Malaysia tu..korang kena cari lambang 1 Malaysia tu..lambang tu kene belah kanan korang, kalau belah kiri tu kira korang pergi tempat lain lah tu..kena sebelah kanan kire korang nampak lambang tu sebelah belakang lah..lepas tu korang terus je..memang nampak macam tak ada apa pun nama pun padang pasir kan??  teruskan jalan sampailah jalan tar bertukar menjadi batu-batu, siapa sayang tayar kereta turun sikit ke sebelah kiri ada pasir-pasir situ..lalu ikut laluan tu sampai lah jumpa halangan paip air besar. Korang kena letak kereta dekat situ sebelum kena jalan kaki pergi dekat area Padang Pasir ni.

Cun juga dekat sini


Jauh jugak beb!! peluh jugak lah..aku cadangkan korang datang sebelah pagi-pagi buta atau pun petang yang ala-ala nak sunset mcm tu kalau tak panas..confirmed!! kalau tak nak juga bawalah payung..kalau tak korang pergi ala-ala Dato Vida balik-balik Datuk Arumugam lah korang.

Singgah Beli mango shake


Kawasan dia memang cantik untuk ambil gambar, kalau berangan nak pre-wedding ala-ala make up cair tu bolehlah try buat dekat sini.

Kuih Keria Antrabangsa

Kononnya nak pergi rasa Kuih Keria ni, dari hari pertama sampai kesudah tak dapat. Lepas dah berjimba dekat Padang Pasir tu tengok jam baru pukul 11..mak aiihh..Kuih keria ni bukak pukul 2PM jadinya malasnye nak tunggu, kiteorang tangguh lagi ke esoknya(Ahad) konon citelah ni..

Dua-dua kuih keria ni Hjh Rahmah dengan Hj Jalil ni dekat-dekat je sebenarnye, seberang jalan. Jadi pandai-pandai korang nak pilih yang mana 1. Kalau larat nak beratur boleh lah try dua-dua. Aku dua-dua pun tak..tak gigihlah weh nak beratur.

Balik Hotel

Apa nak buat kan balik jelah hotel terus rehat tunggu petang simpan perut nak makan seafood dekat Ikan Bakar Parameswara.

Ikan Bakar Parameswara

Hamboiii! sekali lagi kiteorang ikut kate netizen..yang ala-ala food reviewer gitu!! walaupun dah berapa kali kena makanan tak berapa nak wow!! tapi ikut juga. Oklah kali ni kita cuba Ikan Bakar Parameswara, dari hotel kiteorang adalah dalam 30min nak sampai sana. Dia buka pukul 5PM kiteorang pukul 4.30PM dah gerak dah kesana sebab tak nak ramai orang. Ikut apa yang aku baca dieorang cakap kalau lambat atau dalam kata lain malam pukul 8PM keatas tu memang packed gile babas lah..walaupun tempat tu besar gabak..banyak sangat meja tapi tetap packed cam ne tu??

Ikan Bakar Parameswara


Kawasan nak masuk tu memang confius sikit sampai kawan aku macam caya tak caya je nak masuk dalam tu. Siap ada tempat ternak lembu bagai..tapi bila dah sampai kagum gak lah aku..besar betul!!

Seafood

Kiteorang memang blur ayam masa sampai tu tak tahu mana nak duduk, apa nak buat. kalau korang tak biasa memang korang akan blur sikit sebab tempat die besar banyak meja. Yang penting korang kena cari meja dulu mana korang nak duduk lepas tu ingat nombor meja, dah ingat tu pergi dekat tempat pilih seafood, pilih lah ikut suka korang..dekat situ ada harga jugak..jangan main ambik je cik kak..kang kene basuh pinggan korang kang. Dah ambik-ambik tu, nanti ade lah pekerja die akan timbang dan tanya nak masak apa? tapi kalau dia macam malas-malas nak layan tu biasa lah tu..dah bosan lah tu kerja. Asyik tanya soalan sama je kan. Budak tu pun akan tanya meja berapa korang duduk, jadi nombor meja tu memang penting. Dia akan bagi korang resit siap tulis berapa gram semua..lepas  tu koran tunggu jelah kat meja.. masa tunggu tu nanti akan ade orang bawa buah-buah potong letak dekat meja korang. Kalau korang nak makan makan lah..tapi harga lain eh.dalam RM4 tak silap aku satu pinggan tu, dalam tu adalah betik, jambu dengan tembikai.

Makan Dalam Bot


Makanan dekat sini masa aku tu tak payah tunggu alam kejap je dah sampai dah..aku ambik udang masak sambal, Ikan siakap bakar sambal dengan sotong celup tepung. Nasi putih 2..lepas tu buah tu aku makan..air sirap limau 2 gelas..semua sekali RM77. Bayar lepas korang makan semua dekat 1 lagi kaunter..bawak lah semua resit-resit bagi dekat dieorang.

Makan dekat sini nak kata wow sangat tu tak adalah wow sangat. Bolehlah...so-so nak kate tak sedap boleh tahan, macam tulah kaedahnye..lepas dah kenyang. Aku pulak rasa nak makan benda manis-manis...nak makan kawan aku tuu boleh jugak tapi manis sangat die tak tahan pulak aku luruh gigi nanti. hahahah

Jadi kiteorang pun pergi membeli Strabuck green tea cream...tak ada dalam list pun..tapi gitulah dah suke sgt kan??

Balik rehat..esok hari terakhir dah...nak balik sudah..

Day 3

Macam biasalah hari last ni kan, apa lagi nak dibuat..breakfast, rehat jelah kejanya

Breakfast hari ni menu dia sama je yang bezanya cuma semalam mee goreng hari ni kuew tiew goreng..yang lain hampir 99% sama.

Dah kenyang semua kiteorang rehat-rehat jelah nak tunggu check out. Kiteorang check out pukul 12PM dan sekali lagi konon-konon nak pergi lah beli Kuih Keria Antarabangsa tu. Cubaan kali ketiga..tengok-tengok orang dah beratur dah..Hj Jalil dah bukak tapi dia punya beratur makk aihh panjang beno. Hjh Rahmah pun sama yang ni lagi dasat..belum bukak dah beratur..apakah???

Sebelah Masjid ni Hj Jalil

Beraturlah weh!! kedai tak bukak lagi


Kiteorang pun malas nak memikior lama terus je mencari asasm pedas, sebab hari tu tak puas hati makan asam pedas. Jadi nak pergi mencari lagi asam pedas untuk memuaskan nafsu serakah kiteorang ni. Last-lastnya makan dekat foodcourt depan Dataran 1 Malaysia..situ lagi banyak lauk.

Okk jugaklah asam pedas dia..bolehlaa dari tak ada. Dah makan kenyang makan pun RM29 je..boleh tahan murah lah.Aku ambik Ikan terubuk asam pedas seketul + kerang sambal sikit + Ulam, kawan aku makan Pari asam pedas + sayur kot + telur masin sebelah, air kiteorang minum ABC

Dah siap semua, kiteorang pun pulang ke pangkal jalan...habislah cerita shortvacay aku ke Melaka. Balik tu entah macam mana kiteorang keluar dekat Tol Simpang Ampat tapi best jugak lalu jalan dalam sebab banyak kedai-kedai tepi jalan. Jual Belacan,cencaluk, Dodol..seronok habis!! cuci mata.

Habis sudah..tunggu lah jelah bulan 9 ni mereput menrenyuk aku nak menanti bln 9. Harapnya semuanya oklah.InsyaAllah....

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...