Showing posts with label Booking Online. Show all posts
Showing posts with label Booking Online. Show all posts

Tuesday, 22 January 2013

Booking Online

Booking Online


Kali ni aku nak kongsikan perbezaan dan macam mana nak booking online supaya apa yang korang nak tu korang akan puas hati..Layak ke aku nak kongsi dengan korang ni??(bolehlah..)

Kalau diikutkan banyak website-website yang ada dekat alam maya ni untuk korang pilih untuk korang booking bilik hotel-hotel dari hotel budget sampailah hotel 5 bintang dan berbintang-bintang..dari Malaysia sampailah ke benua-benua yang ada atas muka bumi ni…

Tapi yang paling popular dan menjadi kesukaan ramai adalah:-

Booking.com : Booking.com
Asiarooms:Asiarooms
Agoda : Agoda
Expedia :Expedia
Wotif : Wotif
Trivago : Trivago


Apa beza website-website ni?  

Sebenarnya tak banyak beza..kerja dieorg sama je..menyediakan perkhidmatan untuk korang memilih hotel yang korang mahukan..atau pun sebagai bahan rujukan untuk harga bagi sesebuah hotel..

Jadi perbezaannya?

Perbezaannya adalah..ada yang booking tanpa bayaran(hanya authorize credit card) korang sahaja dan  ada yang booking dan terus buat bayaran…


Mana yang lebih bagus?


Sebenarnya dua-dua ada pro and conts..kalau korang rasa tak berapa yakin nak duduk kat satu-satu hotel atau korang was-was nak pergi ke tak satu-satu tempat tu..korang bolehlah booking tanpa bayaran..sebab korang boleh cancelled dan booking hotel lain kalau korang rasa hotel lain lebih bagus dari hotel tu..tapi kena ingat tengok sama ada dieorg ada kenakan cancellation fee tak kalau ada..alert dengan tarikh tu..sblum tarikh yang ditetapkan korang bolehlah nk cancelled atau  adjust mana yang patut…tapi kalau korang dah malas nk fikir banyak baik korang booking dan terus buat bayaran je.

Update: Sekarang ni Agoda, Expedia dengan booking.com tengah berlawan nak ade benefits, contohnya travel credit, bonus dan points. Lagi banyak korang duduk lagi banyak korang boleh jimat.

Harga?

Ok..yang ni ada sedikit kekeliruan sebenarnya..kalau korang nak pastikan betul-betul murah, kenalah korang check betul-betul harga yang dieorg tulis tu termasuk tax ke tak..lagi satu kalau yang booking tanpa bayaran tu..biasanya harga yang dieorg tulis tak termasuk tax..dan bayaran adalah semasa check in..jadi harga dalam website tu kadang-kadang murah tapi bila sampai hotel dieorg minta harga lain sebab??sebabnya korang tak baca betul-betul..include tax atau x..kalau booking terus bayar tu..hal korang dengan website tu..kalau website tu murah dan hotel mahal…korang untungla..jadi apa-apa pun check la betul-betul..


Website mana yang booking tanpa bayaran?

Website yang booking tanpa bayaran adalah booking.com dan asiarooms..untuk agoda,expedia dan wotif mereka terus ambil bayaran masa booking online dan kebanyakan yang aku jumpa harga yang guest bayar lebih murah dari harga bilik kat hotel tu..sangat-sangat jimat.


Selamat ke booking tanpa bayaran?

Selamat…biasanyalah kalau hotel aku keje tu dia akan hold sampai pukul 6PM..dan kalau Peak season pihak hotel akan telepon guest untuk confirm kan sama ada guest tu akan datang atau tak..jadi kalau isi form untuk booking tu tolonglah tulis no.telepon korang ya..senang kalau pihak hotel nak telefon..kalau korang akan datang lewat boleh inform dengan menelefon atau isi pada ruangan request dalam form masa buat booking tu..barulah booking korang tu tak akan di delete..begitu sahaja..

 Kalau booking dan bayar tapi nak cancelled macam mana?

Itu korang kena tengok pada cancellation policy pihak mereka lah..biasa dieorg akan tetapkan tarikh-tarikh tertentu dan akan tertera semua tu dalam korang punya confirmation voucher…ada juga yang tak kenakan sebarang penalty kalau korang cancel


Mana nak tau hotel tu bagus?

Kalau Korang nak tau hotel tu bagus atau tak..korang boleh baca reviews dari guest yang pernah duduk hotel berkenaan..baca betul-betul sebelum booking,kalau banyak komen negative baiknya tak payahlah..dengan tengok pada rating pun boleh juga..kalau rasa malas nak baca komen..

Trivago.com


Ok..Trivago ni aku tengok iklan masa nk tengok Youtube..macam best je kan..aku pun try pergi website die..dan baru je update hari ni (10/05/2014) kat post ni...apa yang aku faham die macam satu website yang akan bagi korang harga termurah dan dieorg sendiri akan compare kan harga untuk korang..dan akan bagi korang harga terendah antara website2 tu..contohnya Hotel Y dari agoda RM 50.00,Booking.com RM 60, Expedia RM 65... jadi korang tak payahlah susah2 nk check kat expedia pastu agoda ke ape..sangat senang kan?? boleh try tgk kat link kat atas...

Note: pastikan korang dapat confirmation dan print confirmation tu selepas buat booking, kalau tak dapat terus hubungi dieorg jangan hubungi hotel sebab dieorg pun kadang-kadang tak dapat booking dari pihak berkenaan…apa yang aku tahu proses dia lebih kurang macam ni..


Korang booking--->pihak website tu akan bg confirmation pada korang biasanya via email--->pihak berkenaan akan hantar booking pada hotel--->pihak hotel akan buat booking.

** Paling elok korang kena check jugak dekat Website Hotel tu sendiri.. sebab kadang-kadang harga dieorg yang sebenar lagi murah. 

**agoda sekarang dah boleh booking dulu bayar kemudia..tapi untuk promosi2 tertentu sahaja...tak semua. Tapi tetap kena verify credit card jugak

Aku tengok banyak sangat kes ter book bilik lepas tu tak sampai berapa minit nak cancel. Sebelum korang book bacalah dulu eh, aku rasa website tu dah paling ringkas dah tu tulis cancellation fee berapa, no refund, free cancellation. Tapi macam tulah orang Malaysia ni memang malas betul nak baca. Jadi tolonglah eh..tengok betul-betul dulu sebelum booked, kalau korang rasa ragu-ragu atau pun tak pasti korang book jelah yang free cancellation atau cari hotel yg free cancellation. Jangan nanti dah book lepas tu baru sedar..dah nak cancel kene fee dah putih biji mata. Tu duit korang..jadi fikir-fikir lah eh...




Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...