Tuesday 10 July 2018

Apa perlu buat Bila keluarga Meninggal?

Salam Semuanya..kali ni aku nak share sikit apa yang aku dah lalui dalam beberapa tahun ni. Untuk pengetahuan korang Mak aku Meninggal Dunia 1/2/2016(Awal Pagi Isnin) dan ayah aku pula baru Meninggal Dunia bulan lepas 28/6/2018 (Lewat Petang Khamis). Pengalaman yang memang menyakitkan untuk aku tapi kita sebagai hamba Allah mestilah redha dengan ketentuannya..semua orang tahu kan tak ada yang kekal dalam Dunia ni. Jadi nak tak nak korang kena juga ambil tahu macam mana untuk settle kan hal-hal semasa dan selepas kematian. Apa urusan-urusan yang korang kena tahu dan mungkin juga panduan aku ni bolehlah bagi sedikit idea macam mana nak lalui dan uruskan hal-hal berkaitan.

Petama sekali apa yang aku share ni adalah pengalaman peribadi jadi setiap orang tu lain pengalamannya dan setiap orang ada benda yang mungkin dia lalui lain dari aku dan apa yang bakal korang lalui pun mungkin lain dari aku, cuma aku nak share ni untuk bagi sikit idea jelah dan mungkin jalan bagi nampak cerah sikit apa yang korang perlu buat.

Masa Mak aku meninggal tu aku masih ada ayah aku dan abang aku untuk uruskan tapi bile ayah aku pula aku tinggal dengan abg aku je untuk uruskan perkara-perkara berkaitan dengan ayah aku jadi banyaklah juga benda yang aku belajar walaupun tak banyak tapi adalah sikit.

Bila korang dapat tahu ahli keluarga korang meninggal apa yang korang perlu buat? pada aku ada 3 perkara penting yang korang perlu buat.

1) Uruskan Jenazah
2) Hutang
3) Harta Pusaka

1) Uruskan Jenazah
  • Kalau ahli keluarga meninggal dekat rumah kena report polis  untuk dapatkan surat kebumi kalau meninggal dekat hospital tak perlu report polis.
  • Hubungi keluarga terdekat dan saudara mara.
  • Kalau korang ada nombor telefon Pak Imam dan orang yang biasa mengurusakan Jenazah boleh call terus. Kalau tak boleh minta tolong siapa yang korang kenal dekat tempat/kampung yang korang nak kebumikan jenazah .
  • Sediakan duit secukupnya untuk pengurusan Jenazah. Biasanya dekat hospital dieorang akan suruh korang tuntut jenazah dekat bilik mayat. Jadi korang kena pergi bilik mayat dan berurusan dekat sana.
  • Macam aku dekat Hospital Sultan Ismail JB - Pengurusan Bilik Mayat tak ambil duit apa-apa, tapi kalau kita nak mandi dan kapankan dekat situ dia akan suruh kita call Pak Imam dan nombor telefon dieorang akan bagi jadi jangan risau. Kalau korang nak uruskan sendiri pun tak ada masalah boleh tuntut jenazah untuk dibawa balik.
  •  Lepas dah settle semua bolehlah bawa balik jenazah ke rumah/masjjid/ terus kebumi, Van Jenazah kalau korang nak guna hospital punya pun boleh atau korang ada option lain contoh macam Van Jenazah dari kawasan/tempat korang boleh gunakan tak ada masalah. Nanti kos aku list dekat bawah.
  • Kalau korang dah siap mandi, kapan dekat hospital dekat rumah dah senang dah tinggal solatkan dan kebumi sahaja. Kalau nak urus sendiri pun ada kos yang perlu korang bayar pada pengurus jenazah. Tapi ikut tempat masing-masing kalau tempat korang ada kutip khairat kematian mungkin dah tak payah fikir pasal kos dah. 
  • Solat Jenazah dan kebumi. Alhamdullilah settle. 
  • Kos dekat bawah ni yang aku kenalah mungkin lain tempat lain chargenya. 
  • ** Mandi, Kapan, Solat dekat Hospital (Bayar dekat Pak Imam) - RM450 
  • ** Van Jenazah (Guna Masjid Kg) - RM200
  • ** Gali Kubur,Batu Nissan,Nombor Kubur DLL(Pengurusan Jenazah Kampung) - RM700
  • ** Total RM 1170

2) Hutang
  •  Lepas dah settle semua biasanya sebelum Jenazah dibawa ke kubur tu akan ada orang yang akan cakap pasal hutang, siapa-siapa yang ada hutang bolehlah datang berjumpa dengan ahli keluarga untuk tuntut hutang. Jadi kalau ada yang datang sebolehnya settlekanlah. 
  • Aku pasti ahli keluarga terdekat mesti tengah cuti lagi, jadi bolehlah check-check surat-surat atau apa-apa akaun yang si mati ada. Kalau ada terjumpa akaun yang masih aktif /asb/saham/loan bolehlah kumpul surat/buku-buku akaun/agreement/geran yang ada boleh tengok dan bincang sesama sendiri untuk urusakan apa yang patut. 
  • Untuk uruskan urusan berkaitan bank/urusan rasmi korang kena ada sijil mati tapi ada juga yang terima sijil kebumi cuma sesetengah urusan je dibenarkan guna sijil kebumi. 
  • Untuk dapatkan sijil mati korang boleh pergi JPN dan daftar kematian dekat JPN dan dieorang akan keluarkan sijil mati. Untuk dafta korang kena bawa sijil/surat kebumi dengan IC. IC dieorang akan simpan jadi sebelum apa-apa bolehlah Photostat IC dulu. 
  • Unutk pengetahuan korang sijil mati ni boleh dikeluarkan banyak kali maksud aku bukan 1 copy je, jadi kalau korang nak original sijil mati sebab mungkinlah sorang nak balik KL nak uruskan hal dekat sana jadi korang boleh pergi JPN untuk dieorang keluarkan 1 lagi original copy dekat korang tapi kena bayar RM5 dan ada borang korang kena isi. 
  • Berbalik pada hutang tadi, korang kene senaraikan hutang apa yang mungkin korang tahu si mati tinggalkan contohnya Loan kereta, rumah, ASB, personal dan segala jenis loan yang ada. Kalau rasa macam tahu tak tahu tu korang kene gali dan korek segala surat yang ada dekat rumah tu kalau jumpa apa-apa resit macam resit tambah saham atau resit masukkan duit ke itu korang kene ketepikan. 
  • Kalau bab loan aku tak boleh nak cerita sangat sebab aku tak tahu, Alhamdulillah ayah aku tak ada tinggalkan apa-apa hutang dekat bank. Tapi aku macam pernah tahu juga ada dulu ayah aku buat loan dekat RHB tapi aku tak pasti dah habis bayar ke tak jadi untuk tu aku pergi kaunter RHB dan bagi dieorang surat mati, Surat beranak aku yang original dan IC aku , lepas dieorang check clear jadi senanglah hati aku. 

2a) Urusan Bank/Saham/ Khairat Kematian
  • Lepas aku dah korek segala benda dalam file ayah aku, jadi adalah beberapa perkara yang aku dengan abg aku kena settlekan. Kiteorang bahagi separuh-separuh untuk uruskan.
  • Jadi ada yang abg aku urusakan, aku uruskan ada yang urus sama-sama dan ada yang KIV.

 2b) JPN
  • JPN dan settle kiteorang terus ke kaunter POTO travel untuk daftakan ayah aku buat Badal Haji - Alhamdulillah tarikh masih available lagi untuk dafta badal haji. Jadi terus buat je. Kos RM 2,200
2c) Pencen - KWAP
  • Pencen - Ayah aku penerima pencen jadi aku kene pergi pejabat Pencen dekat KWAP Cyberjaya untuk maklumkan kematian dan juga isi borang khairat kematian. Kalau korang nak call dan isi borang dan email pun boleh sebenarnya. 
  • Untuk Khairat pencen dieorang akan bagi RM3,000 apa yang korang kena bagi borang khairat,sijil mati,Surat beranak waris, IC waris dan pengesahan no akaun waris(Bank Statement dari website pun boleh/photostat muka depan buku akaun).
2d) ASB
  • ASB - Untuk urusan ASB ni lah aku stuck sikit sebab aku tak ada sijil mati original, biasanya dieorang akan check baki akaun dulu kalau bawah RM10,000 ada requirement dia dan biasanya senang je tapi yang susah sikit bila atas RM10,000. Jadi untuk urusan ASB ni bila aku dah stuck tak ada sijil original apa yang paling senang masa tu aku pergi JPN Putrajaya kebetulan dekat dengan ASB jalan kaki je jadi terus ke tingkat 3 isi borang bayar RM5 dan aku dapat original copy sijil mati. 
  • 3 borang yang korang kena isi biasa dia akan bagi dekat kaunter. Kes aku bawah RM10,000. Jadi apa yang dia nak 2 copy sijil mati, 2 copy IC waris, 2 copy surat beranak waris 
  • Khairat kematian ada juga tapi ikut jumlah duit dalam akaun, macam aku dapat RM200 je(Dieorang bagi cash dekat kaunter). 
  • lepas settle urusan dekat kaunter ok lah settle. Korang kene tunggu dalam masa 1 setengah - 2bulan untuk dieorang transfer amount dari akaun si mati ke dalam akaun waris tu kalau RM10,000 ke bawah tapi kalau RM10,000 ke atas tunggulah 2-3bulan. 
  • Kalau yang amount atas RM10,000 tu korang kene baca dekat website ASB macam mana nak uruskan. 

2e) RHB,Bank Rakyat
  • RHB - Sebab abg aku tau nombor pin ayah aku jadi kiteorang dah keluarkan sikit-sikit sampai baki min. Jadi masa aku pergi RHB untuk tanya pasal loan dan nak tutup akaun tu dieorang cakap kalau baki bawah RM10 biar jelah nanti dieorang akan close bila tak aktif. Jadi oklah settle RHB. 
  • Bank Rakyat - Bank rakyat ni ayah aku ada saham dengan saving jadi aku kene uruskan no pin pun tak tahu jadi tak bolehlah nak keluarkan duit dari saving akaun. Kena pergi kaunter dan suruh dieorang check amount dan akaun apa yang ada. Aku mula-mula nak check saham je sebab aku cuma jumpa surat saham tapi tak tahu pula ayah aku ada saving juga dengan bank rakyat. 
  • Dalam check-check tu pegawai bank suruh aku isi borang khairat kematian aku rasa sebab ayah aku ada saham dekat situ kot. Jadi aku isi jelah borang khairat kematian dan sebab aku tak ada akaun dengan bank rakyat jadi aku kena lah buka akaun dengan bank rakyat untuk dieorang tranferkan duit khairat kematian tu terus ke akaun aku. 
  • Lepas settle hal khairat kematian aku pergi satu lagi kaunter untuk check akaun dan amount staff tu bagitau aku kena buat sijil faraid sebab total amount lebih dari RM2,000. Untuk buat sijil Faraid tu aku kene pergi Pejabat Tanah lah pula tapi kena ada abg aku sekali, jadi aku KIV dululah Bank Rakyat ni. 

Ada yang belum settle lagi..ni pending dekat abg aku sebab dia pun tak berapa sihat jadi tak bolehlah nak settle kan sgt..tapi ok je slow-slow kayuh
(Update:30/7/2018- Aku dah pergi BSN,Persatuan bekas parajurit dengan pekebun kecil) 

1) BSN - Insurans BRIM + Balance BRIM
  • kena pergi kaunter BSN. 
  • Sebelum tu kena check dulu dekat website BRIM - SINI
  • Masukkan no IC si mati dan check siapa nama waris yg ada dlm tu- orang tu je boleh pergi tuntut insurans + balance BRIM kalau ada. 
  • Apa yang korang kena bawa - Sijil mati original, Surat beranak korang dengan Photostat IC.
  • Selain tu kena isi borang sikit.
2) Persatuan Bekas Parajurit Malaysia - Khairat Kematian
  • Pergi Office Bekas Parajurit cawangan negeri masing-masing. 
  • Khairat kematian untuk bekas parajurit ni korang kene isi borang. 
  • Mesti dalam tahun kematian
  • Yang kalau korang boleh ambil borang awal lagi bagus sebab nak kena sign persuruhjaya sumpah bagai.  

3) Persatuan Pekebun Kecil Wilayah Johor
  • Aku jumpa resit ayah aku tambah saham Pekebun kecil jadi aku jangka memang ayah aku ada sahamlah. 
  • Jadi aku pergi Pejabat pekebun kecil 
  • Bawa normal sijil2 yang patut-Sijil Mati, IC photostat,Surat beranak 
  • Dieorang akan check berapa saham yang ada. 
  • Biasanya dieorang akan tanya nak sambung saham ke atau nak berhenti, aku ambil keputusan untuk berhentilah sebab kalau tak nak kene pergi mesyuarat, siapa yang pergi? aku duduk KL abang aku pula tak sihat. Jadi berhenti jelah 
  • Dieorang ada juga khairat kematian, tapi aku tak tanya berapa.

Dan Adalah beberapa hal yang kiteorang hold dulu macam Harta tak boleh alih (Rumah dan Tanah).

OK! lepas korang dah confirm settle segala hutang piutang si mati dan dah tunaikan segala wasiat dan hajat atau niat dah sebagainya. Balance dari harta tulah yang korang bahagi-bahagi kan. Nak bagi macam mana? Ikut korang adik beradik lah..mana yang elok. Kalau boleh sepakat lagi baik..jangan nak gaduh-gaduh.

Nanti aku update lagi macam mana nak buat sijil faraid sebab aku pun tak tahu die punya proses macam mana.


 Update : 15/3/2019

Setelah nak hampir setahun baru nak update, tak tahu nak cakap dah aku ni pemalas tahap apa nak update blog.

Aku cuma nak cerita pasal nak buat Sijil Faraid je sebenarnya, walaupun belum siap lagi sijil faraid aku tapi adalah sikit kemajuan.

Jadi arwah ayah aku ade tinggalkan 2 buah rumah(harta tak alih) dengan Saham dekat Bank Rakyat jadi aku masukkan sekali dalam tuntutan.

Apa yang korang perlu buat?ikut negeri masing-masing ya, yang aku cakap ni ikut pengalaman aku dekat Johor dan lebih specificnya lagi Johor Bahru.Jadi apa yang korang perlu buat adalah:-

1) Sekarang ni untuk buat tuntutan korang boleh isi borang online dulu.
2) Masa aku tu aku tak tahu jadi aku pergi ke Pejabat Pusaka Kecil dekat bagunan KWSP Johor Bahru (Tingkat 3), jadi die bagi aku borang tapi dalam masa sama die suruh aku isi online jugak. DIe terangkan lah apa document yang aku perlu ada untuk support documents.
3) Kalau korang nak terus isi online pun boleh, print lepas tu hantar by hand ke Pejabat Pusaka Kecil sertakan sekali document yang diperlukan.
4) Tunggu tarikh perbicaraan.

Ni aku bagi link untuk isi online SINI

Mengenai dokument sokong yang korang perlu lampirkan..boleh rujuk dekat bawah ni.

A. DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN
1. Satu (1) Salinan Borang A yang dicetak secara online dan ditandatangani di hadapan
Pesuruhjaya Sumpah/Majistret.
** Ni korang kena isi online lepas tu print, dah print bawa pergi Persuruhjaya sumpah untuk sign dan cop. Bawa sekali semua dokument sokong yang lain

2. Bukti Kematian – salinan sijil kematian / cabutan sijil kematian dari Jabatan Pendaftaran
Negera/Permit Menguburkan / Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan
kematian atau menghadiri pengkebumian/ Perintah Anggapan Kematian dari
Mahkamah Tinggi.
**Photostat sijil mati atau kalau tak ada rujuk atas ni apa yang boleh digantikan dengan sijil mati. 

3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon diwajibkan (salinan muka depan dan belakang).
**Photostat IC orang yang memohon (sorang je) dnegan kata lain orang yg nama die diletakkan sebagai pemohon.

4. Salinan Kad Pengenalan Waris (salinan muka depan dan belakang)/ Sijil Kelahiran (bagi
waris yang yang berumur kurang dari 12 tahun).
**Photostat IC depan belakang bagi semua waris yang terlibat dalam tuntutan harta.

5. Salinan Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan si mati –jika ada.
** Photostat sijil nikah si mati

6. Salinan Sijil Pendaftaran/Pengangkatan Anak Angkat ( Bagi Bukan Islam, jika ada).
**Jika Berkaitan

 7. Hakmilik/Geran - Sila dapatkan salinan yang diakui sah (CTC) dari
Pentadbir Tanah atau Pendaftar hakmilik bagi harta tak alih yang dituntut (Kemukakan
salinan asal CTC bersama satu salinan yang telah di fotostat) / carian rasmi.
**Yang ni tricky sikit, kalau korang dah ada Geran photostat geran (tak perlu pengesahan) dan pergi ke Pejabat tanah berkaitan
(ikut mukim harta) macam aku kena pergi ke Kota Iskandar untuk buat carian, pergi ke kaunter dan bagitau nak buat carian. Dieorang akan suruh korang ambil borang dan bayar RM40 untuk dpaatkan satu lampiran carian dah dapat tu photostat.

ATAU

8. Dua (2) Salinan Surat Perjanjian Jual Beli Harta yang dituntut/ rumah – jika harta
tersebut masih belum mempunyai hakmilik.
**Yang ni kalau belum ada hakmilik. 

9. Salinan resit cukai tanah dan tahun semasa, jika ada.
**Photostat resit cukai Tanah - Kalau tak ada boleh pergi ke Pejabat Tanah berdekatan. 

10. Salinan resit cukai pintu (taksiran) tahun semasa bagi pemilikan untuk bangunan atau
blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah.
**Photostat resit cukau pintu/cukai harta - kalau tak ada boleh ke pejabat Majlis Daerah

11. Salinan dokumen penyata hutang yang masih ditanggung oleh si mati – jika ada hutang
** Yang ni kalau si mati masih ada hutang. Kalau tak ada tak perlu

12. Dokumen-dokumen lain berkaitan dengan harta simati yang dimasukkan sebagai
sebahagian dari tuntutan.
** Yg ni apa sahaja dokumen yang berkaitan dalam borang tuntutan, contoh mcm aku, ada masukkan saham dan duit dalam akaun bank 
jadi aku kena serahkan salinan terkini statement, korang boleh pergi bank dan minta. 

B. SEMUA DOKUMEN ASAL HENDAKLAH DIBAWA PADA HARI PERBICARAAN YANG
AKAN DITETAPKAN KEMUDIAN. TARIKH PERBICARAAN AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN
DAN DIBERITAHU MELALUI NOTIS (PETISYEN DAN PENDENGARAN - SEKSYEN 9 AKTA).

Update 12/2/2020

Aku baru je lepas perbicaraan untuk Pusaka Kecil dekat Pejabat Tanah Galian JB, lama gila nak kena panggil. Sepatutnya mula-mula kene panggil tu aku tangguh sebab ada hal jadi bila dah tangguh tu memang tangguh betul lah ni sampai ke 2020 baru dipanggil itu pun lepas abang aku follow up pergi office dieorang untuk tanya tarikh. Jadi dapatlah kiteorang tarikh baru pada 10/2/2020.

Jadi untuk perbicaraan ni, kalau die tulis pukul 11 tu baik korang datang awal sebab tetap kena ambil nombor lepas tu kaunter akan check Sijil mati original. IC original dengan apa-apa yang nak dituntut semua tu kena bawa yang original contohnya Geran Tanah original. penyata bank, geran kereta original. Lepas die dah ambil semua die akan letak dalam file kita dan tunggu jelah melanggok sampai dia panggil untuk bicara.

Sebelum dieorang panggil masuk bilik bicara tu akan ada orang akan nilai harta korang, sebenarnya masa dia panggil untuk perbicaraan tu dia dah pun nilai sebab tu kalau tengok dalam surat panggil perbicaraan tu dia ada nyatakan amount untuk dibayar.

Apa yang korang kena prepare sebelum pergi perbicaraan?
1) Sediakan semua surat, document original yang berkaitan.
2) Sebolehnya bincang dan capai kata sepakat sebelum masuk ke dalam bilik perbicaraan untuk memudahkan urusan.
    Contohnya: - Nak bahagi harta mcm mana? ikut faraid atau bahagi sama rata atas persetujuan semua atau nak bagi harta tertentu pada orang tertentu.
3) Study sikit asal usul contohnya nama atuk, nenek. ayah kepaa atuk sebab dieorang akan tanya untuk pastikan tak ada waris yang tertinggal dalam list.
4) Tenang jelah bila menjawab dan rasional.

Sebelum perbicaraan bermula korang kena angkat sumpah dulu, bersumpah semua yang korang cakap adalah benar benar belaka.

Untuk bayaran yang dikenakan cara kira dia nilai keseluruhan harta (alih & tidak alih) X 0.2%. Sebagai contoh:-

Harta alih
1) Bank Rakyat  RM2,000
2) Bank ABC  RM5,000

Harta Tak alih
1) Rumah RM 250,000 (Penilai akan menilai asset)

Total = RM2000 + RM5000 + RM250000 =RM 257,000.
Total charge bayaran = RM257,000 X 0.2%  = RM514.00

Jadi untuk bayaran RM514 tu korang kena bayar dekat Pejabat Tanah, macam aku pejabat tanah dekat larkin dan resit bayaran tu aku kena hantar balik dekat Pejabat Tanah galian semula. Sangatlah tak efficient. Ke sana ke mari....aduhh

Lepas dh hantar resit kena tunggu 2 bulan untuk dieorang keluarkan surat perintah....kalau tak dapat dalam masa 2 bulan sila lah follow up balik dekat pejabat.

** Kalau korang dah tahu nak bahagi macam mana sangatlah mudah nak uruskan , tapi kalau masa tu lah baru nak fikir lepas tu tak puas hati apesal dia banyak apesal aku sikit, lepas tu tak nak faraid lah nak guna faraid lah, lepas tu ada tak setuju lah yang tu memang mereput lah kau dalam tu.

**Walaupun kita digalakkan untuk guna Faraid tapi kita boleh juga tak guna dan bahagi sama rata kalau semua setuju. Itu tak jadi masalah, yang masalah bila kau nak bergaduh adik beradik sebab tak puas hati.

Update 15/6/2020

Kalau ikutkan dari tarikh perbicaraan tu sepatutnya surat Pusaka Kecil / Surat Perintah akan keluar 2 bulan selepas perbicaraan, tapi disebabkan masa tu kita dalam PKP jadi memang tak boleh lah nak follow up bagai. Tunggu je sampai bulan 5 baru lah kiteorang boleh follow up, terus je pergi ke pejabat Tanah Galian dekat bagunan KWSP Johor dan untuk peringatan semua masa covid ni kena banyaklah bersabar sebab SOP, kena tunggu dekat luar, ambil suhu dan hanya limit kepada 4 orang sajaha dalam satu-satu masa untuk masuk ke dalam. Lepas dah dapat surat perintah tu, korang bolehlah uruskan apa yang patut, kalau ada nak kena pergi bank, pergilah bank. Surat perintah tu ada beberapa salinan jadi tak payahlah risau dan masa berurusan dengan bank atau pejabat lain dieorang memang nak salinan original.

Turun Milik
Bagi kes kematian kalau ada harta tak alih contoh macam rumah, tanah dsg dieorang akan gunakan term Turun Milik akibat kematian. Korang tak boleh nak pergi mana-mana pejabat tanah sesuka hati ya, masa nak buat pusaka kecil tu korang kena buat carian jadi korang kena pergi pejabat tanah yang sama untuk urusan turun milik ni.

Aku nak ingatkan sekali lagi, masa Covid ni memang korang kena banyak bersabar sebab memang lama nk tunggu. Aku kena berurusan dekat Pejabat Tanah Kota Iskandar, dieorang akan buka jam 8 AM - 12.30PM, 12.30PM tu dieorang akan tutup ya..lepas tu sambung balik pukul 2PM. Jadi kalau korang nak berurusan tu silalah datang awal. Dieorang akan sediakan kerusi dekat luar, korang datang je kalau ada mana-mana staff korang boleh tanya sebab ada urusan yang die akan dahulu kan contohnya macam datang nak ambil geran shaja atau nak bayar cukai tanah shaja atau nak buat carian. Kiranya jenis yang tak berurusan lama. Kalau macam nak tukar hak milik atau urusan lain yg tu kena tunggu giliran dan duduk lah dikerusi yang disediakan. Dieorang limitkan kemasukkan orang awam dalam bagunan.

Bila dah dapat masuk tu, korang kena check suhu dan isi borang. sampai dekat tingkat 1 sebelum masuk bagunan dia akan sekali lagi rekod nama korang dan tampal pelekat dekat baju. Urusan untuk Turun Milik /Pesaka ni tingkat 2 sebelah kiri...sekali dengan Kaveat. Sebelum masuk pun kena limit juga hanya 4 orang dalam satu-satu masa. Jadi tunggu lah lagi...

Apa document yang perlu diserahkan?
1) Surat Pusaka Kecil/Surat perintah
2) Geran Original
3) Resit Cukai Tanah  - Tahun semasa (Dia akan tanya sama ada korang dh bayar cukai tanah ke belum)
4) Photostat IC pemohon

Pegawai tu akan bagi borang E warna hijau dan dieorang akan isi mana yang patut. Lepas tu korang kena turun bawah tingkat 1 untuk urusan bayaran dan pendaftaran. 

Urusan bayarn dan pendaftaran ni korang kena ambil nombor, dekat bawah ni pun dia akan tanya korang dah bayar cukai tanah ke belum. Jadi kalau belum kena lah bayar dulu.

Lepas tu tunggu jelah sampai nombor kena panggil, korang kena bayar RM30 untuk urusan Turun Milik dan pendaftaran. Serahkan borang hijau dan segala document kepada pegawai kaunter dan dia akan bagi korang resit dan salinan pendua borang hijau. Simpan elok-elok sebab borang dan resit ni korang kena bawa masa nak ambil geran nanti. Geran akan siap dalam masa 14 hari berkerja..ken acall dulu nombor yang ada dalam resit untuk check dah siap ke belum geran kalau dah siap boleh lah ambil dan aku diberitahu siapa-siapa pun boleh ambil asalkan bawa resit dan borang hijau tadi.

Tu jelah ceritanya, Alhamdulillah segala urusan akhirnya selesai. Makan masa hampir 2 tahun juga nak settlekan semuanya ni harta yang tak seberapa ni bayangkan lah kalau juta-juta..akhir kata. Alhamulillah semuanya dipermudahkan dan semoga pengalaman yang aku share ni memberi manfaat kepada korang jugak.

** Update 8/10/2020 - Aku dengar ada orang cakap kalau ada kematian dan bila kita dah daftar di JPN automatik semua akaun akan dibekukan. 
Jadi korang kena check sendiri dengan bank benda ni. Aku pun tak pasti sebab masa aku dulu tak beku lagi. Mungkin sekarang proses dah lain.


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...