Tuesday 3 November 2015

Batu Pahat (3H2M)


Jumaat lepas aku ade kerja sikit dekat BP jadinya sambil-sambil kerja tu macam biasalah aku kan sambil nyelam minum air. Aku ajak kawan aku berjimba-jimba sekali, nak berjimba sorang mane boleh kan..tak syok lah. Perjalanan aku dari KL ke Batu Pahat dalam 2 jam 40min macam tulah tapi sebab kiteorang suka berenti-berenti beli macam-macam jadinya bertambah-tambah lah jam nya tu. Aku ikut tol Kajang-Ayer Hitam tol dalam RM30.70. Korang boleh check rate tol dekat Website Plus.

Ayer Hitam

Pagi-pagi memang tak jem lah jalan, lancar je sampai ke Ayer Hitam . Tempat pertama yang aku dengan kawan aku nak tuju adalah Putu Bambu Juriah. Putu Bambu paling famous dekat Ayer Hitam ni, lama dah aku tak makan Putu Bambu Juriah ni. Kene U-turn lah sikit dekat traffic light bandar Ayer Hitam tu. Aku tak tahulah sebenarnye boleh U-turn ke tak, tapi kawan aku ni slumber jeU-turn kat situ, masuk-masuk tengok sekarang dah makin maju dah Putu Bambu ni..dulu ade meja kat luar je pastu kena beratur sekang ni makin teratur..dah ade macam-macam, bukan stakat Putu Bambu je, ade coconut shake ade kedai makan tak silap aku skali, ade jugak kuih muih frozen..aku dengan kawan aku beli 2 bungkus sorang punyalah dasat kan?? 1 bungkus tu ade 7 btg. Harga sebungkus RM3.50, macam mana aku nak cakap eh pasal kesedapan Putu Bambu ni..bau die tu wangiii je..kalau makan masa panas lagi lah mengancam . Dah lah lembut je, kelapa die pun banyak..gula merah dekat dalam tu memang ngam-ngam lah die buat dua bhagian macam tu..boleh patahkan..lepas tu korang akan dapat rasa manis gula Melaka tu, tak adalah gula tu setoet je kan. Yang ni memang recommended!! Tak rugi rasa. Aku beli jugak coconut shake RM3.50 satu.

Putu Bambu Juriah

Tu Diaaa

Parit Raja

Lepas dah beli Putu Bambu, kawan aku punya tak sabar nak rasa..beli terus je rasa, baru tau die..betapa sedapnye Putu Bambu Juriah tu. Sekali rasa dua batang terus, misi seterusnya adalah mencari kerepek dekat Parit Raja, macam yang aku cakap kerepek dekat Parit Raja ni lagi segar dan sedap dari Ayer Hitam aku pun tak tahu lah kenapa, tapi dekat Ayer Hitam tu kalau korang tak cari betul-betul mungkin dapat kerepek yang dah bau tengek ke..yang macam dah lama. Perjalanan dari Ayer Hitam ke Parit Raja ni dalam 30min lebih kurang.. kalau dari Bandar Ayer Hitam tu..terus je..jangan belok-belok. Sampai bandar Parit Raja kedai kerepek ni dekat dengan traffic light..lepas Bank CIMB sebelum BANK BSN dekat pulak dengan downtown Parit Raja. Kedai ni belah kiri kalau korang dari Ayer Hitam..kalau korang dari Batu Pahat kedai ni belah kanan. Dekat sini banyaklah jual kerepek, ade kedai tu kedai Hairy Cool Fresh dengan kedai sorang pakcik ni..aku tak tahu nama apa..tapi semuanya sedap-sedap. Ada yang jual 3 = RM10, ada yang dia dan bungkus sekilo-sekilo ada jugak yang kalau korang nak beli berkilo-kilo pun boleh tak ada hal.
Kerepek-Kerepek
Aku beli kerepek ubi pedas kering RM8, kawan aku ambik kerepek campur-campur 3=RM10 dengan ade dekat kedai Hairy tu asam-asam macam tu sepeket RM3.50 . Lepas dah meleburkan duit dekat situ, kiteorang terus ke pekan BP, hajat di hati nak pergi kedai Asam Pedas Mak Limah, tapi masa tu dah pukul 11 Lebih, aku takut macam tak sempat je sebab nanti nak check in lagi, aku punya appointment pukul 12PM. Jadinya kiteorang terus ke Hotel je.Dahlah dengan google map ni membawa aku tawaf satu bandar tu dulu sebelum sampai Hotel padahal hotel tu depan mata je. Dalam bandar BP tu kalau korang bawa kereta jalan laju-laju sangat, maklumlah..dieorang ni bawa kereta boleh tahan juga lah..kawan aku berapa kali mengucap..mengucap ke?? Hanya aku dan dia sahaja yang tahu.

Landmark Hotel

Untuk hotel aku pilih hotel Landmark Hotel, hotel ni betul-betul belakang RHB bank dekat dengan BP walk..kalau dari roundabout yang ada tulis Bandar Penggaram tu korang ambik exit yang ke  arah ade bagunan putih biru tu…lepas tu akan ade station minyak..ape eh. Aku tak ingat ape Caltex tak silap aku, lepas tu terus je. korang akan Nampak RHB belah kanan..masuk je simpang sebelah RHB tu..belakang RHB tu je landmark hotel. Landmark hotel ni bangunan die memang tak seberapa sangat..kalau tengok tu macam ermmm gini je?? Tapi bila masuk dalam oklah tak seburuk luaran..ade cafĂ©, bilik pun ok luas dan selesa. Aku ambik bilik superior deluxe…aku sebenarnya nak yang murah je, tapi tak tahu pulak katil die macam mana, dalam fikiran aku katil die macam 1 queen atau 2 single jelah macam biasa. Tapi bile aku tanya receptionist die cakap 1 queen dengan 1 single. Aku pun diam jelah..bila masuk bilik tengok..wow!! ada 2 katil..1 queen dengan 1 single..suke lah aku!! Bilik pun kemas je..selesa, bilik air ok..Cuma dia tak ada pipe..kalau nak cebok-cebok tu kena guna shower..shower die panjang..smpai lah ke WC tu. Jimat katenye!!! Cermin dalam bilik pun besar..ade mini bar.,mini fridge,kettle, coffee 3 in 1,ade sofa single,TV LCD…wifi pun laju. Cuma soket tu macam jauh sikit dari katil jadi kalau nak charge hp sambal golek-golek atas katil tu susah sikitlah. Lain-lain semua ok pada aku, ade buffet breakfast. Dekat area tunggu lift setiap floor dieorang ada sediakan mesin coffee dengan tea..korang boleh ambil bape banyak kali pun. Cuma ada black coffee dengan black tea je. Kalau tengok dari website hotel ni ataupun kalau korang walk in harga satu malam dalam RM159 termasuk breakfast untuk 2 orang. Pastu aku tengok dekat Agoda harga dia murah sikit, RM135 je termasuk breakfast dan juga tax. Hotel ni pun ada sediakan free parking yang tu aku suke!! Website Hotel , Agoda

Lunch

Lepas check in semua, dah tengok bilik aku pun berjalan kaki je nak pergi kerja, tak adalah jauh sangat cuma sebab panas..berpeluh-peluh den. Kerja aku tak lama pun, kejap je..lepas dah siap kerja aku pun berjalan kaki nak pergi bungkus Asam Pedas Mak Limah..tapi tutup lah pulak. Aku tak pasti memang Mak Limah tutup ke hari Jumaat..aku pun pulang dengan hampa..bungkus nasi putih dengan asam pedas dekat food court je. Oklah jugak walaupun tak kaw mane..tapi ade rasa lah. Restoran Mak Limah ni dekat Jalan Dato Tay Kim Peow, jalan ni lorong kecil je sebelum KFC bandar Batu Pahat tu. Lorong ni jugak berdepan dengan Green Point.

Tutuplah pulak

Green Point

Lorong tu sdepan kedai Muzik ni

Hari ni memang aku tak ada nak pergi mana-mana pun, dekat BP ni banyak nak JJCM je sebenarnye. Jadi lepas dah mandi-manda semua aku rehat jelah, bergolek-golek sampai ke petang. Malam ni ade misi nak mencari Sup Sitam yang di canang-canangkan macam sedap noo tu kan. Memandangkan BP walk tak adalah jauh sangat dalam 3min je kot..seberang jalan je dah sampai dah.Jadi Malam ni kite makan sup je uollss.

Dinner

Lepas dah siap semua, kiteorang pun bersiap-siaplah nak ke Sup Sitam..jalan punya jalan punya jalan..dah nak smpai gerai yang last dah..tengok-tengok die tulis Sup je.bile tengok dari depan baru lah nampak signboard die tu Sup Sitam.Kedai ni betul-betul depan HSBC bank..seberang jalan tu ade Pejabat Pos Batu Pahat. Oklah kiteorang pun order Sup Kambing 2..dengan roti 2..banyak jugak lah roti die tu sebenarnye..die masukkan dalam mangkuk..kat sini memang tak ada mee, bihun ke ape..memang sup semata-mata dengan roti je atas meja tu adalah  macam bungkus-bungkus…aku tengok orang sebelah tu makan..macam bihun goreng. Tunggu tu lama lah jugak…bila sampai tengok rupa paras tu memang yummy lah. Bila aku memulakan suapan pertama tu..jem kejap kepala. Mencari-cari mana yang sedap ni?? Aku tak tahulah tekak aku yang masalah ke ape..tapi pada aku sup die biasa je nak kata macam tu pun tak juga kot..tapi pada aku dengan kata mudahnya…tak sedap. Sup dia pekat..tapi kurang rasa..tak memenuhi rasa tekak aku ni. Rasa nyesal pun ada jugaklah..tapi tulah tak cuba tak tahu. Kalau nak tanya aku..aku cakap not recommended.

Jamu Mata Sajok


Harga untuk malam tu aku tak pasti harga sup tu berapa tapi total semua termasuk air limau suam dengan teh o ais limau RM20 berapa sen tah tapi die ambik RM20 je. Balik dengan keadaan yang masih mamai dan hampa sebab sup tak sesedap apa yang di jangka. Kiteorang singgah dekat Guardian kejap beli-beli barang sikit.Sebelum balik..kalau ku tahu rasanya begitu memang aku makan kat kedai biasa je. Lagi sedap aku rasa..sampai nak lelap mata pun rasa tak boleh lelap sebab nyesal sangat. Gitu sekali..dramatik sungguh!!

Malam tu kawan aku tak boleh tidur, habis golek sane sini..tak boleh tidur jugak sebab dia dah banyak sangat tidur masa siang tu. Aku pun tak boleh tidur sangat asyik bangun-bangun je. Last-last pukul 4 barulah terlelap..

Day 2

Aku bangun dalam 6.30AM macam tu solat-solat, lepas tu dalam pukul 8AM kiteorang turun breakfast. Breakfast start dari pukul 7AM-10AM..hari ni breakfast buffet, ada nasi lemak, baked bean, roti, chicken ham..ade mee goreng,bubur, cornflakes,kek,buah-buah sikit..hotdog, air tu air oren dengan coffee, tea..oklah. Cuma aku dengan kawan aku dok pusing 3,4 kali tak jumpa-jumpa ikan bilis dengan kacang tanah..takkan lah makan nasi lemak tak ada ikan bilis dengan kacang?? Aku pelik jugak..tapi tak jumpa. Tapi  yang lagi peliknya aku tengok orang ade pulak..apesal aku dengan kawan aku tak jumpa??? Why??? 

Last-lastnye sebab tak puas hati sangat aku pun pergi lagi sekali tengok, rupenya ade dalam tempat baked beans..kiteorang memang tak bukak situ. Sabar jelah!! Aku ingatkan satu bekas tu semua baked beans rupenye die masuk dalam mangkuk kecik je, main teka teki pulak die.. Lepas dah makan kenyang semua..aku pun naik bilik balik dan berehatlah sampai ke petang. Hujan Pulak tu memang siookk lah tidur. Memang berehat betul…like a boss! 

Mee Racun

Sebab kiteorang kenyang lagi..jadinya nak keluar dalam pukul 4.30PM jelah..lepas tu nak ke Sate Sahlan pulak..bungkus makan malam. Dah kate popular kan kat Batu Pahat ni mee racun siap masuk surat khabar,kiteorang pun makanlah dekat Mee Racun 3G dekat depan Hotel Pinetree Batu Pahat. Kalau dari Landmark ni dalam 5min je sebenarnye naik kereta..tapi sebab google map ni dah guna jalan jauh, jadinye jadi 10min lah pulak, jalan besar nak masuk ke jalan restoran ni betul-betul dekat traffic light depan Hotel Summit BP. Dekat traffic light besar tu..ade simpang 4..korang ikut jelah jalan nak ke Tongkang Pechah. Nanti nampaklah Tabung Haji belah kanan..lepas tu ade satu simpang..masuk belah kanan..kedai ni berdepan dengan Hotel Pinetree. Kedai dia kecik je..selalu kalau tak hujan dia akan letak meja-meja kat luar..disebabkan hujan kiteorang makan kat dalam jelah.
Mee racun ni kiteorang order mee racun daging..ade jugak mee racun tulang dengan mee racun kambing. Bila dah sampai tu..tadaaa! aku rasa..rasa die macam mee kuah sikit..tapi rasa kambing tu kuat..walaupun aku ambik mee racun daging lembu..tapi kuah die tu memang rasa kambing. Masa nak bayar kat kaunter tu adelah keratan surat khabar..rupenye memang die rebus tulang kambing 7jam.patutlah rasa kambing..rasa die macam mane eh..nak cakap sedap sangat-sangat tu tak adalah..bolehlah..nak cakap tak sedap tu, tak jugak..biasa jelah. Tapi tak rasa nak makan lagi..Mee racun daging tu 1 pinggang RM8.

Mee Racun 3G

Hotel Pinetree

Sate Shalan

Kawan aku ni peminat tegar sate, jadinya setelah mencari-cari adalah sate yang popular jugak nama die Sate Shalan..kedai die ni dekat Seri Medan..jauh sikitlah dari BP..dalam 30min..macam-macam lah orang cakap pasal kedai ni..sebab Sultan Johor pun makan..jadinya ade sedikit keyakinan jugak sate ni sedap. Kiteorang terjah..dalam keaddan hujan jugak masa tu..dari Kedai Mee Racun tu..kene pergi ke arah kanan..jalan je terus..sampai ke Tongkang Pechah..lepas tu terus lagi..sampai lah jumpa simpang tiga yang ada kilang Munchys ambik ke kanan…terus je..nanti jumpa signboard Seri Medan..masuk belah kiri..terus lagi..smpailah jumpa signboard Bandar Seri Medan..masuk belah kiri..dah tak jauh dari simpang tu..korang boleh Nampak kedai sate sahlan tu belah kiri..die macam kedalam sikit, kalau tak tengok macam tak perasan. Kiteorang beli Sate daging dengan ayam je..sate lain tak ada, ingat nak rasa sate kambing dengan babat..tak adalah pulak. Dah beli-beli semua..kiteorang balik nak cepat-cepat balik sebab malam ni JDT lwn Istiklol FC..final AFC tuuu…kiteorang sampai dekat hotel dalam pukul 6.45PM macam tu.
Kawan aku masa tu naik dulu, aku ada hal sikit nak di kerjakan..nak beli top up dengan nak beli sesuatu..sesuatu lah sangat!! Lepas beli sesuatu tu aku balik lah…dan tadaa!! Aku beli kek untuk kawan aku tu sebab birthday die katanye…kek aiskrim!!! Walaupun tak adalah wow sgt..tapi ok lah..sedap jgk. Malam ni memang melantak jelah kerjanya…dengan sate..dengan kek. Pengsan!!

Malam tu kiteorang tengok AFC final dekat dalam bilik je, walaupun dekat dataran BP tu ade je screen besar..tapi sebab nak bergolek-golek dan menari-nari kiteorang tengok dalam bilik jelah. Sambil makan sate sambil tengok bola..memang tak berapa nak rasa sedap ke tidak sate tu..tapi oklah..daging die lembut..tapi kalau nak bandingkan dengan Sate Willy kajang tu..aku suke Sate Willy lagi lah. Aku beli sate 30 cucuk dengan nasi 3 ketul..RM22. Kuah dia pekat jugak..Cuma masa aku beli tu masin sikit. Nak rasa oklah…nak ulang tak kot. Malam tu…tak keruan aku dibuatnye…tengok bola..deboo rasa. Selagi tak 90min..rasa nak mengaum sama..last-last yeayy!!! Menang…suke2!! Tahniah JDT!! Ale..Ale..sudah2!! sambung cite. Aku sampai lupa ambik gambo sebab nak tengok bola punya pasal.

Day 3 (Last)

Dah hari last dah..senang je cite kan ..tak banyak sangat tempat nak pergi pun sebenarnye maklumlah JJCM je katenye!! Jadi aku cite pasal makan jelah..tak ade tempat nak pergi..Pagi tu breakfast tak buffet dah die ada set pulak, mungkin guest dah tak ramai..jadinya ade macam-macam set kat situ, ade western ada  set  nasi lemak, nasi goreng..boleh pilih je nak set mane. Tapi roti..air oren, coffee dengan tea boleh nak ambil banyak-banyak..ikut suke korang. Lepas breakfast aku pun golek-golek lagi smpai checkout kul 12PM. Lepas ni kiteorang ada misi mencari Nasi Briyani pulak..BP Nasi Briyani Power..power ke tak power nanti kite rasa.

BP Briyani Power

Name die bukan main power lagi kan?? power ke idokk ni..nak mencari kedai ni pun power jugak.. kiteorang guna google map je sebab waze tak boleh guna..die dekat Taman Soga, macam taman perumahan macam tu..lepas tu ade kedai-kedai..lorong nak masuk tu memang lah macam kedalam sikit..kedai die pun macam sorok-sorok macam tu, walaupun sorok-sorok tapi penuh je sentiasa. Ni satu petanda yang baik. Korang boleh usha website kedai ni kat SINI, kedai ni beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin..bukak dari pukul 10AM tak silap aku sampai 7PM. Selain dekat Batu Pahat, kedai ni juga ade cawangan dekat Melaka..dekat Melaka kedai ni ade dekat Taman 1Lagenda. Masa aku pergi tu memang penuh orang tapi ade lagi lah meja nak duduk, dia ade dua bahagian ade yang dalam aircond..ade yang kat luar..tu pun masa aku duduk-duduk tu ade lagi yang tak dapat duduk. Aku order Nasi Beriani daging 2..lepas tu air bandung 1, bandung cincau 1..tunggu punya tunggu..pelayan tu cakap nasi kena tunggu 20min..habis lah pulak. Tapi sebab dah datang jauh kan, aku tunggu jelah 20min..air dah separuh dah..air bandung dia campur soda tapi tak adalah kuat sangat rasa soda die tu. Tapi memang orang Johor kalau makan nasi beriani biasanya minum air bandung aku pun tak tahu kenapa.

Perghh!! Aku Suke!

Lepas bape minit tah...datanglah nasi beriani..haaa hambek ko!! selambak nasi..sape yang diet tu..lupekan jelah!! tak ada  nak makan nasi segenggam nye!! hambek ko yang ni..dua genggam Zul Arrifin..daging die pun banyak jugak..ade 3 ketul beso beso..memang kenyang lah, dia ada bagi jugak acar timun dengan kuah dal..sedap memang sedap. Yang ni aku reccomended!! Lupe nak cakap dia ade jugak beriani gam tapi masa aku datang tu dah habis..baru pukul 12.30PM. Beriani biasa harga RM10 tak kira kambing, ayam atau daging same je harga. Kalau Beriani gam harga die RM11 pun tak kira kambing, ayam atau daging..kalau air tu air bandung RM3.90, bandung cincau RM4.90. Gitu!! Memang kenyang sesangat lah, balik dengan senyum terukir dibibir #bukabutangseluar #akusuke

Kerepek Parit Raja, Putu Bambu Juriah

Lagi sekali berenti dekat dua tempat ni untuk di bawa pulang nak menjamu adik kakak di rumah. Selesailah segala JJCM di BP. Pulang dengan hati riang, perut kenyang dan berat badan bertambah. Akhir kata dari saya Menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tiada berguna.hahahaha

#BPakusuke

Rating:
Keseronakan: 3.5/5
Makanan: 3.5/5
Kuasa membeli: 4/5
Cuti2: 3/5
Orang tempatan: 3/5



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...