Monday 26 December 2022

Ke Korea ke Kita Part 1

Lama betul rasanya tak tulis apa-apa pasal jalan ni, yelah kan lepas covid-19 lepas semua pun memerap je dekat rumah. Tak kan la nak tulis pasal perjalanan dari bilik ke dapur, dapur ke bilik ke ruang tamu je kan.Tapi sebenarnya lepas je dah boleh jalan aku ade pergi jalan cuti-cuti Malaysia, dia macam pre-vacation la ala-ala. Lepas tu ke Thailand macam biasalah kan kena balik kampung dulu baru boleh pergi jalan lain. Lama dah tak balik "Kampung". Akhirnya Minggu lepas plan tak plan punya percutian aku dengan secara tiba-tiba, tiba-tiba pulak kan pergi ke Korea. 

K-ETA & Q-Code

Untuk ke Korea sekarang ni dieorang perlukan K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) memang dulu tak payah visa untuk rakyat Malaysia tapi sejak 2021(tarikh sebenar tak pasti) dah mula kena apply K-ETA sebelum pergi dan K-ETA eligible untuk free-visa entry country sahaja antaranya Malaysia , Singapore, Brunei dan lain-lain lagi lah. Bila dah approved K-ETA ni valid sampai 2 tahun dan kalau korang nak apply tu apply la awal sebab ada yang aku baca kene reject berkali-kali.  Kurang-kurang pun apply la 72 jam sebelum korang terbang tu. K-ETA nak apply kena bayar ke? Korang rasa?? kalau masuk tandas pun kena bayar sekarang oiii, air sejuk kosong punnn dah ade yang charge RM1 ape lagi K-ETA kan, jadi fee untuk K-ETA ni 10,000KRW lebih kurang RM35. 

Kalau korang nak apply K-ETA boleh apply guna apps, download dekat google play atau app store cari je K-ETA atau boleh ke website dieorang https://www.k-eta.go.kr/portal/apply/index.do dan Peringatan eh!! korang kena hati-hati sebab ada illegal website yang charge harga mahal dari sepatutnya dan kerajaan Korea tak pernah lantik mana-mana agent untuk K-ETA application. 


Application aku approved dalam masa 24jam. syukurlah cepat je. Tapi banyak juga lah kena isi yang paling fed up asyik-asyik nak tanya tarikh lahir, nama, tarikh lahir nama kalau nak bagi hadiah tak pe jugak. Tips aku kalau nak lulus tu kena isi betul-betul kalau korang tak tau macam nak isi ko click je link kat tepi-tepi tu dia ada je tunjuk macam mana nak isi nama, bisanya nama lah paling tricky sekali nak isi sebab dia nak First middle dengan Last name. Jadi ko punya Bin dengan Binti tu memang confuse la nak letak mana. Kalau aku yang nama 3 je ni pun termasuk Binti dah confuse ape lagi orang yang ada 10 nama.

Dan ada juga dia nak address dekat korea, jadi kalau korang masih tak ada lagi Hotel address, ko ambil jelah mana-mana hotel address dulu. Nanti kalau dah lulus, korang dah book hotel boleh edit dan masukkan address yang baru tak payah re-approved. 

K-ETA ni kene print ke? Tak payah pun tak apa, tapi kalau korang nak senang print jelah kalau tak nak print korang boleh print screen siap-siap sebab nanti dekat airport KL pun dieorg nak check pastu masa tu lah internet tak ada, masa tu lah tak boleh bukak. 

 Q-Code

Satu lagi yang korang kena sediakan adalah Q-Code, Q-Code ni ape bende? Q-Code ni adalah untuk Quarantine Free Travel, die just nak korang isi pasal kesihatan korang je. Dalam website die memang die tulis tak mandatory tapi bila korang dah sampai sana nanti adalah Oppa yang suruh bukak Q-Code, Q-Codeerrr Q-Coderrrr, opeeenn Q-Coderrr gituu. Lepas tu bila orang buat bodoh je, naik marah pulak si Oppa ni. Nasib dia tak cakap YAAAAA!!! Q-Coderrr 

Q-Code ni kalau nak senang buat la awal tapi dia tak boleh awal sangat la, kalau awal sangat dia tak bagi jugak. Dia akan start allowed korang isi 2 hari sebelum terbang. Dah isi tu, save Q-Coderr tu dalam phone korang atau boleh print. Sekarang ni dieorang tak kisah korang fully vaccinated ke partial ke tak vaccine ke. Yang penting ko tak demam dan tak ada simptom-simptom Coviderrr.

Q-Code boleh apply dekat sini South Korea Q-Code for Quarantine-Free Travel (koreaonlinevisa.com)

Kalau korang try Mozzila firefox die macam cacat je website tu korang kena try guna internet explorer atau Microsoft edge. 

 Day 1 - Ke Korea

Aku tak payah cerita la kan pasal persediaan, sebab aku tak ada persediaan apa-apa pun masa pergi tu. Ala-ala terjah jelah, baca tu baca tapi sebab gitu, gitu jelah. Paham-paham sendiri la ya. 

Seminggu sebelum aku bertolak tu, flight Air Asia asyikla delay manjang. Die punya delay bukan kaleng-kaleng. Ada tu sampai 8jam baii! Setiap hari aku dengan kawan aku ni dah mengalahkan ground staff Air Asia, 10 kali sehari refresh flight status. Flight yang delay tu memang flight malam la ceritanya dan ikut iti kiteorang, lepas touch down kiteorang ni kena pergi ke Gimpo Airport pulak sebabnya nak ke Jeju Island. Kalaulah flight delay, cuba fikir. Bukan Jeju flight je terlepas dengan aku punya sewa kereta semua tu nak kene re-arrange balik. 

Akhirnya masa yang ditunggu sampai, refresh punya refresh punya refresh. Nampak flight malam tu macam on time. Kawan aku join group korea dekat FB, die yang tak aktif tiba-tiba mingle-mingle mesra alam dalam tu aktif komen sebab nak tau sangat status flight. Alhamdulillah, flight kiteorang malam tu delay tak sampai 1jam lebih kurang 50min. Dah masuk dalam flight aku tiba-tiba rasa kerusi flight tu kecil, dulu aku rasa ok je..mungkin dieorang cut kos ni kecik kan seat 😄.Flight penuh ya malam tu dan sebelah aku ni ada oppa Korea dan gf die duduk seat depan. Masa kiteorang masuk tu, adalah die cakap dengan gf die.

Oppa : "Yeobo, nak tukar seat tak ada ppuan cantik ni duduk sebelah I"

Gf oppa : "Tak payah la, duduk jelah situ. Bukan cantik sangat pun dieorang"

Oppa : "Ok Saraghea" 

Gf oppa: "Neeyyy"

Startlah perjalanan kiteorang dan aku telah di ganggu oleh Oppa ni, bukan ganggu ape la. Die ni marathon Drakor (Drama Korea) dari awal sampai nak touch down. Adalah die berenti kejap sebab tidur, celik je mata sambung..sambung..sambung..sambung. Cuba bukak konsert Blackpink ke boleh la aku ber Pink Venom sebelah tu. 

Aku dengan kawan aku memang kejang kejung dekat seat masing-masing tak sabar dah nak sampai. Mungkin sebab aku menjaga jarak, social distancing dengan Oppa sebelah ni, jadi aku himpit la sikit kawan aku tu. yelah kan, tak kan aku nak himpit Oppa tu pulak kan. 

Day 2 -Touch Down Incheon - Shoot ke Gimpo 

Sampai je Incheon, sebelum ke Imigresen korang kena scan Q-Code dulu. Tu yang aku jumpa Oppa Q-Coderrr tu. Lepas scan Q-Code, terus ke Imigresen. Lama eh dekat Imigresen, jadi kalau korang ada plan macam aku, janganla ambil flight dekat sangat takut tak sempat. Kiteorang settle semua sampai ambil beg tu dalam sejam lebih jugak la. 

Untuk ke Gimpo Airport ni aku pilih naik train express tapi tak adalah express mana pun. Dalam 30-40min juga lah. Dia bukan macam KLIA dengan KLIA2 tu, lenguh kaki aku berdiri. Nak duduk tapi yang ada pun seat orang tua, OKU je yang kosong. Jadi aku berdiri jelah dikelilingi Oppa Korea dan masa tu aku tak lalu dah nak angkat muka sebab aku tau masa tu memang muka aku dah macam tempoyak. Jadi aku buat-buat jelah menjaga pandangan 😂

Flight kiteorang ke Gimpo pukul 12.15pm jadi bolehlah kiteorang slow down sikit. Dan kiteorang pilih flight Asiana Airways. Flight ke Jeju ni banyak eh macam-macam flight ada dan kekerapan die tu memang kerap sangat lah. Sampai tak terkata dibuatnya. Aku rasa flight 12.15pm ni just nice la, kiteorang sempat beli breakfast dekat CU sambil-sambil tunggu flight, tapi dekat Gimpo ni sebab die macam banyak flight domestik, korang jaranglah nampak orang luar dan dieorang memang cakap Korea je. Mungkin masa tu die nampak aku macam Lisa Blackpink kot 😓 

 

Susu pisang

 

Asiana Airways

Flight Asiana ni memang selesa lah pada aku dan free seat, luggage pun dapat 20kg sorang. Masuk-masuk je. Mata dah berat, nasib sebelah aku tak ada orang. Kalau tak mesti Drakor lagi la jawabnya, aku dah tepu dah ni jangan macam-macam. Belum take off aku dengan kawan aku dah take off dulu, bila buka mata dalam hati aku bila la die nak take off ni. Lama betul, tau tau je dah nak touch down. Bapak ahh!! tidur tak ingat dunia. Aku cuma harap masa aku tidur tu, aku dengan kawan aku tak mengeluarkan apa-apa suara ghaib la. Flight dari Seoul ke Jeju cuma 1jam 10min je. 

Hello Jeju

 

Jeju Island

Sampai je Jeju memang masa tu dah penat gile dah. Maklumla kan dah lama tak jalan jauh. Proses dekat Jeju Airport ni senang sikit la sebab domestik flight je jadi tak payah nak immigresen bagai. Kiteorang terus ke tempat Shuttle bus untuk pick up kereta. 


Lotte Car rental

Kiteorang sewa kereta dekat Lotte Car Rental, jadi untuk 1st time rental car dapat dicsount sampai 55% ko!!. Untuk ke Lotte Shuttle bus ni, korang keluar je dari exit arrival tu. Pergi ke Lotte Airport Desk Gate 2 bagi nama, passport dengan International Driving License. Lepas tu korang kena exit dari Gate 5 jalan ikut perjalanan kaki ikut jelah sign rental car shuttle bus dan biasanya Lotte bus ni die tunggu dekat area 1-4. Dekat sini semua shuttle bus untuk car rental akan tunggu dekat petak masing-masing.

Untuk sewa kereta dekat Korea ni apa yang korang perlu ada :-

1) International Driving License. IDL ni korang boleh dapat pergi ke mana-mana JPJ, JPJ UTC pun boleh. Bawa gambar berukuran passport, lepas tu bayar RM150. IDL ni valid setahun. IDL ni besar ya, tak macam lesen memandu biasa.

2) Credit card 

3) Passport

Kalau korang ada pemandu kedua ketiga keempat semua tu kena ada IDL ya kawan-kawan. Lesen memandu Malaysia tak laku dekat sana. 

Collect Kereta

Tempat collect kereta dia ni nampak tersusun la dan kene ambil number. Dekat kaunter masa nak collect kereta tu adalah masalah sikit sebab aku book kereta guna akaun Lotte aku tapi yang drive nye kawan aku. Jadi die suruhnye kawan aku tu register akaun. Aku ingat memang tak boleh la, rupenya bila dah register tak apa pun, nampak nau nak tambah member. Tapi untuk kesenangan semua pastikan driver yang book kereta ya. Tapi kalau credit card boleh guna credit card selain dari driver yang penting orang tu kena ada lah. Jangan orang tu kat Malaysia!! 

 Aku sewa kereta kecil je cukuplah untuk berdua lagipun ni first time nak drive belah kiri. Takut pulak rasa nak sewa kereta beso kalau ikut hati tu macam nak sewa Tesla 😏 nak beli tak mampu, sewa pun tak mampu jugak 😜 Akhirnya, lepas dah berdrama nak pilih kereta kiteorang pilih Kia Morning. Kia morning ni kecik dia aku rasa macam Axia kot tak pun macam Kia Picanto. Luggage kiteorang tak muat nak masuk bonet jadi kene turunkan seat belakang. 

Harga sewa untuk 3 hari - 145,400KRW (appx RM500) termasuk insurans.

Source : Pinterest


Bermula Roadtrip 

Roadtrip ko! lepas dah ambil kereta, dia siap-siap semua ni mula la nak perjalanan. Kawan aku ni muka dia steady je aku tengok, tapi die punya jantung dup dap dup dap sampai Seoul boleh dengar 😂. 1st lokasi adalah restaurant la apa lagi. Bab makan ni aku serah kat kawan aku, dia dah ada senarai tempat makan nak pergi. Awal tu memang tak pandai nak guna dieorang punya GPS kereta, nak mengeja pun satu hal. Cari-cari tak jumpa. Last-last pakai jelah waze. **Note ya dekat Korea google map tak boleh guna. Bila dah mula keluar jalan tu, rasa pelik tu biasalah kan. Yang kanan ke kiri yang kiri ke kanan, nak masuk simpang pun kene confident tahap dewa. Aku biasalah, aku kan Professional passager, jadi bab tunjuk-tunjuk tu serah dekat aku. Aku memang pakar tunjuk. 

Sampai je dekat restaurant, aku pun keluarlah nak tanya ni konon. Aku pun pergi kat pintu restaurant tu aku nampak sorang laki ni tengah duduk.Aku pun start lah melontarkan suara " Anyyeeooonngggggg" laki ni boleh buat dek dengan aku, die macam tak nampak aku kat situ. Tiba-tiba aku rasa macam die tak nampak aku ke?? Aku cakap lagi "Restaurant??" die tunduk pastu buat tak tau je. Aku ni dah guna suara paling giyeowo dah tu. Die boleh buat dek je dengan aku. Aku pun pusing, pergi pintu depan, aku tengok nampak lagi laki tu. Ikut depan nampak die , ikut belakang nampak dia. Tapi die tak nampak aku, ke dia tu Bunian Korea?? confuse aku dibuatnya. Tapi mungkinla restaurant tu tak bukak lagi. Sebab tak ada orang langsung dalam tu selain dari Bunian Korea tu je yang tengah duduk dekat dapur. 

Source: Pinterest

Lepas tu kiteorang pun decided untuk ke 1 lagi restaurant, drive punya drive. Waze pun cakap dah arrived tapi bile tengok kiri kanan, tak nampak pun. Dahh sudah ni restaurant Bunian pulak dah. Pelik2 betul awal-awal ni. Disebabkan kecewa sangat, kiteorang pun decided untuk check-in jelah hotel. Malas dah!! makan jelah daging dengdeng bekal jelah gini!!!

Ocean Suites Jeju 

Kiteorang duduk dekat Ocean Suites Jeju betul-betul sebelah e-mart Jeju. E-Mart die besar jugak. Lepas check dan membuang segala apa yang patut. Kiteorang fikir nak pergi e-mart jelah nanti cari nasi instant dengan beli apa-apa yang boleh dimakan. Hotel ni okla, berdepan dengan pantai cumanya dia punya tilam keras wey! Tapi tak apalah semalam je, esok kiteorang dah checkout, jadi ok jelah. Lepas dah siap-siap semua kiteorang pergi e-mart. Beli nasi instant, strawberry, anggur, Susu pisang, Jajan sikit. Lepas tu balik kiteorang pun makan daging dengdeng dengan nasi instant. Bolehlah, walaupun....tapi syukur la kan dapat makan. Banyak pulak songeh!

Satu dekat Korea ni, mungkin masa winter dieorang ni tak ada aircond. Aircond tu ada cuma tak berfungsi, aku ni kan dah biasa buka-buka pintu nak aircond. Walaupun luar sejuk tapi kan tak masuk ke dalam rupanya kena manual, bukak la tingkap kalau tak nak rasa terperuk sangat.

Source: Trivago

Tu jelah day 2 aku dekat Jeju. Belum jalan lagi sebab dah penat perjalanan dari Malaysia ke jeju. Masa nak rehat sebelum start perjalanan esok. 

 Sambung Part 2 nanti. 


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...