Tuesday 13 February 2024

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island) 

Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas. Untuk ke Keelung dengan Heping Island ni, kalau dari Ximen MRT station kene naik Banan Line, korang kalau nak senang buka je google map lepas tu letak location dari station mana nak kemana dan pilih la option train die akan tunjuk train apa nak naik dan kalau kena tukar bas die akan tunjuk station bas mana dan number bas sekali, korang ikut je yang tu. Dia akan untuk sekali berapa stops dan mana station korang kena turun. Tapi untuk ke Keelung ni jangan pilih Inner Habor Keelung nanti dia suruh turun jauh dari tempat sebenar. Yang penting jangan pilih Inner Habor Keelung je. 

Keelung

Aku pun tak tau kenapa ambik gambo ni 

Keelung Harbor

Floor 3 - Keelung Harbor



Colorful House


Keelung Harbor


Dekat Keelung ni, dia macam ada platform korang boleh tengok Harbor dari atas, masa kiteorang pergi tu tak ramai orang jadi tak rasa bersalah sangatlah nak guna lift naik tingkat 3, sebab masa tu macam sejuk lepas tu hujan-hujan jadi suasana tu macam gloomy sangat. Gambar pun gloomy je dengan aku-aku gloomy masa tu. 

Kiteorang jalan dari hujung ke hujung, lepas dah ambil-ambil gambar. Kiteorang turun pergi ke 7E sebab dah lapar. Belilah sweet potato masa tu, konon-konon nak beli mee segera makan dekat situ, tapi adalah sorang ni duduk lama pulak dekat situ, meja ada satu je. Jadi batalkan niat la untuk makan dekat situ, lepas tu kiteorang jalan lagi jumpa pulak Family Mart (disclaimer - masa tu tak tau lagi FM ni kena "Boiboi", jadi kiteorang pergi la, kalau tau tak pergi wehh!! betul!!). Dekat sana banyak sikit meja, tapi tu pun penuh. Tapi adalah meja kosong kiteorang makan mee segera halal yaa. 


Keelung - Heeping Island

Kiteorang dari Keelung kena jalan kaki sikit ke bus station untuk ke Heping Island, tungu-tunggu bas pun sampai lama jugaklah nak ke Heping ni, masa tunggu tu macam-macam drama lah dekat bus station. Kena jaga mata hati semua, Ya Allah!! ada adegan-adegan drama gitu, orang-orang Taiwan ni tak tau la aku macam mana dieorang boleh jaga mata dieorang. Kiteorang ni mata tak boleh nak kawal, asyik nak tengok je!! hahahaha dah jaga mata, tapi ada dengar bisikan-bisikan halus pulak suruh tengok. haizz! 

Bas nak ke Heping Island ni, bas kecik je dia macam bas mini. Masa aku tunggu bas tu adalah couple dari Philippines ni, dia tengok aku aku tengok dia. Kiteorang berbicara dengan bahasa kalbu je masa tu.

Dekat Heping Island ni ada Surau kalau nak solat, surau dia dekat bagunan information centre, korang kena pergi minta kunci dekat orang yang jaga dekat information kaunter tu nanti dia akan bagi kunci surau dengan kunci paip untuk ambil air sembahyang. Lepas dah habis guna kunci kena pulang semula dekat kaunter. Habis solat, kiteorang pergi makan dekat 1 restaurant Pakistan Halal dekat situ, tapi jujur aku cakap tak payahlah, jangan bazirkan duit korang makan dekat situ. Tak sedap dan paling penting mahal!!! 

Tempat wudhu

Surau

Telekung disediakan

Lepas makan ada tenaga sikit, kiteorang pun jalan kaki panjat tangga tengok view Heping Island, view dia best weh dari atas, boleh healing... "Ya aku sakit, aku healing sampai pagi tak balik oh nooo..tak boleh..hati ku dah parah kau tak boleh nak tarik"...


Heping Island

Ombak menghempas pantai

Swimming sea pool

Information Centre

Bebatuan

Jalan menuju bhagia

Konon estetik

Surau
Estetik lagi

hari yang gloomy segloomy hati aku..yekks


Siap semua kiteorang pun balik naik bas semula, lepas tu naik train dan cari makan lagi sebab makan tak sedap kan, jadi kalau tak sedap tu dia auto lapar lagi. Jadi sampai je Ximen kiteorang cari Fried Chicken Master , jalan kaki dari Ximen ke sana boleh tahan jugaklah tapi sebab masa ni baru Day 2, jadi kaki masih lagi boleh bertolak ansur. Lepas makan terus balik ke Airbnb. Masa ni rasa nak demam kura-kura dah. Dia punya penat turun naik tangga, dengan berjalan lagi. 


Fried chicken Master


Balik Airbnb, rehat dan ready untuk esok Day 3. 

Nice to know:-

1) Bas, Train , 7E, FM semua boleh guna e-card bayar. E-card ni ala-ala touch n go. 

2) Ready dengan kasut yang sesuai untuk berjalan sebab memang banyak jalan, kalau tak kaki korang sakit. Korang celik mata je dah 5,000 steps belum jalan lagi tu. lol 

3) Taiwan ni macam Jepun sikit, kalau tunggu MRT, Bas sila lah beratur, jangan buat perangai hauk dekat negara orang ya. Kalau berdiri dekat escalator pun sama, berdiri sebelah kanan kalau tak silap aku, kanan ke kiri eh, aku pun lupa tapi sebelah jelah jangan nak halang laluan orang yang nak cepat. 

4) Bawa lah bekal apa yang patut kalau perjalana jauh sebab takut tak jumpa makanan halal. Kiteorang bawa roti gardenia dari Malaysia yang ikan bilis, coklat etc. 

5) Kalau korang bawa makanan contohnya daging yang dah dimasak kene declare, nanti kena denda. Dekat airport ada anjing yang akan hidu beg korang. Siap-siap la..



Thursday 8 February 2024

Jalan-Jalan Ke Taiwan (8H 7M) - Day 1

Day 1

Blog Korea pun tak habis tapi dah nak tulis blog Taiwan, aku pun tak faham ape masalah aku sekarang ni. Haha 

Tapi abaikan jelah blog korea sebab aku pun dah lupa ape dah jadi dekat Korea dah tak ada dalam fikiran dah sekarang. Sambung blog ke Taiwan jelah. Lepas setahun sejak jalan ke Korea dah start dah bunyi nak jalan lagi. Rasa lama dah tak jalan, jadi fikir punya fikir lepas tengok bank akaun tengok poket masing-masing yang mampu cuma Taiwan jelah, hajat hati nak pergi Swiss tapi bank akaun macam mohon maaf zahir batin je dengan kiteorg. Akhirnya , lepas kejap nak kejap tak nak pergi Taiwan tapi penghujungnya jadi juga. Memang tak banyak blog atau post pasal Taiwan ni sebenarnya, jadi nak buat reference pun punyalah susah. Kalau tengok dekat Tiktok adalah jugak cuma kalau tiktok biasalah tak berapa details sgt kan. Awal preparation untuk pergi memang blur yang amat lah, aku memang paling blur sekali tak nampak jalan langsung. Tak faham-faham masalahnya, aku pun tak tahu ape yang susah sangat nak faham, mungkin nama-nama tempat yang tak masuk dalam otak aku kot. Tapi nasib baik kawan aku ni die bolehlah faham sikit dan die alter-alter sikit iti semua jadi nampaklah sikit sinar di hujung gua. Kalau harap aku memang tak jadi ape lah jawabnya.

Day 1 (Kul-Taipei) 

Hari pertama, perjalanan dari KL ke Taipei aku naik MAS, sempena birthday kawan aku, aku dengan bangganya membelikan dia tiket flight sebagai gift harga masa tu RM1,320 return kalau tak silap. Lepas tu nak dekat-dekat dengan tarikh nak fly tu aku pergi buat MHupgrade, die macam kita boleh letak harga offer untuk upgrade ke business class. Masa tu bid cuma RM385 je, aku letak je yang paling murah tak ada keja aku nak offer mahal-mahal. Akhirnya, aku je yang di upgrade kawan aku tak dapat. Tapi kite buat sampai jadi dan dua-dua pun di upgrade jadi bermula lah episod kejakunan aku naik business class. Episod business tu tak payah ceritalah tak payah buka aib. 



Ni jelah mampu ambik

Business class meal

Flight ambik masa 4jam 50min, bape kali bangun tidur bangun entah berapa kali aku berdengkur pun aku tak tau. Akhirnya sampailah ke Taipei. Alhamdulillah smooth je perjalanan. Sampai dekat Taipei sejuk wey, suhu masa tu 15 kot aku pun dah lupa. Kiteorang turun dekat Terminal 1, Taoyuan Airport. Airport ni ada 2 terminal. Dah siap semua check bagai, kiteorang ambil luggage dan perkara pertama kiteorang pergi beli simkad dulu, aku dah tak ingat harga tapi masa tu kiteorang ambik yang untuk 10hari sebab tak ada simkad untuk 8 hari, tapi dekat Taiwan ni die bagi je simkad pastu ko pandai-pandai la masuk kan simkad tu sendiri tak macam sesetengah negara diaorang akan minta HP dan masukkan simkad untuk kita, untuk check dah ada Internet dia suruh kita bukak je youtube, kalau dah boleh tu okla tu. Lepas settle simkad kiteorang keluar dan pergi main lucky draw, kalau lucky dapatlah hadiah NT $5,000 (≈ RM760) tapi kalau tak lucky macam kiteorang ni tak dapat lah. 

Siapa-siapa nak join Lucky draw boleh register dekat SINI , korang boleh register 1-7 hari sebelum korang punya depature date. Event ni akan berlangsung dari 1 May 2023 sampai 30 June 2025.

 

Taiwan Lucky Draw

Dah hampa tu kiteorang terus ke MRT Express untuk ke Taipei Main Station. Untuk ke Taipei Main station dia ada MRT commuter berenti2 banyak station atau boleh naik MRT express.

Kalau naik MRT express train akan berhenti dekat station yang warna Purple, kalau commuter biasa train berhenti di setiap station. 

MRT map

Harga sehala dari Taoyuan Airport ke Taipei Main station  NT$150 (≈RM23) korang boleh beli e-card dan top up atau boleh beli tiket guna tiket machine. Sampai Taipei Main Station, kiteorang terus ambik teksi ke Airbnb, sepanjang dekat Taipei ni kiteorang akan duduk dekat Airbnb tak duduk hotel, hotel maheyy. Dari Taipei Main station naik teksi ke Airbnb aku tu dalam NT $140-160 (≈RM22-RM25) kot. 

E-Card

Lepas dah check-in, kiteorang rehat kejap dan lepas tu terus cari tempat makan halal, destinasi pertama adalah Lao Chang Muslim Beef Noodle Restaurant dekat Zhongzheng District, kalau korang google Chang's beef noodles dia macam ada 1 yang temporary close aku rasa tu dia punya restaurant yang lama kot, tapi restaurant sekarang ni kalau tengok alamat macam dekat jelah. Dah sejuk-sejuk ni makan sup memang terangkat lah kan. 



Signboard

Kena cuba

entahla tak tau nak letak caption apa

 Lepas makan kiteorang jalan kaki ke Ximending night market, tak jauh pun kalau jalan kaki dalam 15min. 

Jalan malam ke Ximending market

7E ada tema sendiri- Hello Kitty

Ximending night market

POP MART - Ximen

Iconic 

Ximen

Red house Ximen

Lepas tu terus balik, hari 1st dah penat dah. Kiteorang balik Airbnb jalan kaki je dari Ximending night market dalam 15min jugak la. Ikut google map punya pasal, lalu dekat belakang Red House tu, wahh!! situ havoc betul malam-malam. Biarlah aku dengan kawan aku je tau apa yang kiteorang nampak, tak payah nak cerita dekat sini. 

Esok dah bermula hari untuk explore Taiwan yang sebenar , jadi tu jelah Day 1 aku, baru hari pertama lutut dah mintak tolong dah.

Nice to know :-

1) Dekat Taiwan tak guna Grab, dieorang guna Uber. Jadi untuk memudahkan, korang download je Uber apps. Aku guna je account Uber yang daftar dengan number Malaysia, dekat sana tak payah nak register lagi pun terus boleh guna. Uber boleh bayar pakai cash. 

2) Orang Taiwan nampak macam tak peduli pasal orang tapi kalau korang minta tolong diaorang baik je sebenarnya. 

3) Dekat Taipei mungkin tak susah nak cari orang pandai English tapi kalau pergi yang bukan tourist spot mungkin susah sikit, tapi jangan risau korang donwload je google translate apps. Pilih chinese (Traditional) convert to English/Malay, lepas tu korang record dan tunjuk. 

4) Kalau nak senang dan tak confusekan pemandu teksi, korang convert siap-siap alamat dan tunjuk dekat dieorg alamat dalam tulisan cina. 

5) Aku banyak guna cash je dekat sana. 

6) Public transport sangatlah convenience dekat sana, tak kisah bas, teksi, train semuanya mantap pak abu! 

7) Aku banyak guna google map untuk guide masa naik bas dan train, korang tengok je train apa nak naik, berapa station, nak turun dekat mana, semuanya ada. Just ikut je.   

8) Weather dekat Taiwan sangatlah diluar jangkaan, jadi sediakan baju hujan, payung sebelum hujan. Pagi korang rasa ok, tiba-tiba hujan. 

Monday 26 December 2022

Ke Korea ke Kita Part 1

Lama betul rasanya tak tulis apa-apa pasal jalan ni, yelah kan lepas covid-19 lepas semua pun memerap je dekat rumah. Tak kan la nak tulis pasal perjalanan dari bilik ke dapur, dapur ke bilik ke ruang tamu je kan.Tapi sebenarnya lepas je dah boleh jalan aku ade pergi jalan cuti-cuti Malaysia, dia macam pre-vacation la ala-ala. Lepas tu ke Thailand macam biasalah kan kena balik kampung dulu baru boleh pergi jalan lain. Lama dah tak balik "Kampung". Akhirnya Minggu lepas plan tak plan punya percutian aku dengan secara tiba-tiba, tiba-tiba pulak kan pergi ke Korea. 

K-ETA & Q-Code

Untuk ke Korea sekarang ni dieorang perlukan K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) memang dulu tak payah visa untuk rakyat Malaysia tapi sejak 2021(tarikh sebenar tak pasti) dah mula kena apply K-ETA sebelum pergi dan K-ETA eligible untuk free-visa entry country sahaja antaranya Malaysia , Singapore, Brunei dan lain-lain lagi lah. Bila dah approved K-ETA ni valid sampai 2 tahun dan kalau korang nak apply tu apply la awal sebab ada yang aku baca kene reject berkali-kali.  Kurang-kurang pun apply la 72 jam sebelum korang terbang tu. K-ETA nak apply kena bayar ke? Korang rasa?? kalau masuk tandas pun kena bayar sekarang oiii, air sejuk kosong punnn dah ade yang charge RM1 ape lagi K-ETA kan, jadi fee untuk K-ETA ni 10,000KRW lebih kurang RM35. 

Kalau korang nak apply K-ETA boleh apply guna apps, download dekat google play atau app store cari je K-ETA atau boleh ke website dieorang https://www.k-eta.go.kr/portal/apply/index.do dan Peringatan eh!! korang kena hati-hati sebab ada illegal website yang charge harga mahal dari sepatutnya dan kerajaan Korea tak pernah lantik mana-mana agent untuk K-ETA application. 


Application aku approved dalam masa 24jam. syukurlah cepat je. Tapi banyak juga lah kena isi yang paling fed up asyik-asyik nak tanya tarikh lahir, nama, tarikh lahir nama kalau nak bagi hadiah tak pe jugak. Tips aku kalau nak lulus tu kena isi betul-betul kalau korang tak tau macam nak isi ko click je link kat tepi-tepi tu dia ada je tunjuk macam mana nak isi nama, bisanya nama lah paling tricky sekali nak isi sebab dia nak First middle dengan Last name. Jadi ko punya Bin dengan Binti tu memang confuse la nak letak mana. Kalau aku yang nama 3 je ni pun termasuk Binti dah confuse ape lagi orang yang ada 10 nama.

Dan ada juga dia nak address dekat korea, jadi kalau korang masih tak ada lagi Hotel address, ko ambil jelah mana-mana hotel address dulu. Nanti kalau dah lulus, korang dah book hotel boleh edit dan masukkan address yang baru tak payah re-approved. 

K-ETA ni kene print ke? Tak payah pun tak apa, tapi kalau korang nak senang print jelah kalau tak nak print korang boleh print screen siap-siap sebab nanti dekat airport KL pun dieorg nak check pastu masa tu lah internet tak ada, masa tu lah tak boleh bukak. 

 Q-Code

Satu lagi yang korang kena sediakan adalah Q-Code, Q-Code ni ape bende? Q-Code ni adalah untuk Quarantine Free Travel, die just nak korang isi pasal kesihatan korang je. Dalam website die memang die tulis tak mandatory tapi bila korang dah sampai sana nanti adalah Oppa yang suruh bukak Q-Code, Q-Codeerrr Q-Coderrrr, opeeenn Q-Coderrr gituu. Lepas tu bila orang buat bodoh je, naik marah pulak si Oppa ni. Nasib dia tak cakap YAAAAA!!! Q-Coderrr 

Q-Code ni kalau nak senang buat la awal tapi dia tak boleh awal sangat la, kalau awal sangat dia tak bagi jugak. Dia akan start allowed korang isi 2 hari sebelum terbang. Dah isi tu, save Q-Coderr tu dalam phone korang atau boleh print. Sekarang ni dieorang tak kisah korang fully vaccinated ke partial ke tak vaccine ke. Yang penting ko tak demam dan tak ada simptom-simptom Coviderrr.

Q-Code boleh apply dekat sini South Korea Q-Code for Quarantine-Free Travel (koreaonlinevisa.com)

Kalau korang try Mozzila firefox die macam cacat je website tu korang kena try guna internet explorer atau Microsoft edge. 

 Day 1 - Ke Korea

Aku tak payah cerita la kan pasal persediaan, sebab aku tak ada persediaan apa-apa pun masa pergi tu. Ala-ala terjah jelah, baca tu baca tapi sebab gitu, gitu jelah. Paham-paham sendiri la ya. 

Seminggu sebelum aku bertolak tu, flight Air Asia asyikla delay manjang. Die punya delay bukan kaleng-kaleng. Ada tu sampai 8jam baii! Setiap hari aku dengan kawan aku ni dah mengalahkan ground staff Air Asia, 10 kali sehari refresh flight status. Flight yang delay tu memang flight malam la ceritanya dan ikut iti kiteorang, lepas touch down kiteorang ni kena pergi ke Gimpo Airport pulak sebabnya nak ke Jeju Island. Kalaulah flight delay, cuba fikir. Bukan Jeju flight je terlepas dengan aku punya sewa kereta semua tu nak kene re-arrange balik. 

Akhirnya masa yang ditunggu sampai, refresh punya refresh punya refresh. Nampak flight malam tu macam on time. Kawan aku join group korea dekat FB, die yang tak aktif tiba-tiba mingle-mingle mesra alam dalam tu aktif komen sebab nak tau sangat status flight. Alhamdulillah, flight kiteorang malam tu delay tak sampai 1jam lebih kurang 50min. Dah masuk dalam flight aku tiba-tiba rasa kerusi flight tu kecil, dulu aku rasa ok je..mungkin dieorang cut kos ni kecik kan seat 😄.Flight penuh ya malam tu dan sebelah aku ni ada oppa Korea dan gf die duduk seat depan. Masa kiteorang masuk tu, adalah die cakap dengan gf die.

Oppa : "Yeobo, nak tukar seat tak ada ppuan cantik ni duduk sebelah I"

Gf oppa : "Tak payah la, duduk jelah situ. Bukan cantik sangat pun dieorang"

Oppa : "Ok Saraghea" 

Gf oppa: "Neeyyy"

Startlah perjalanan kiteorang dan aku telah di ganggu oleh Oppa ni, bukan ganggu ape la. Die ni marathon Drakor (Drama Korea) dari awal sampai nak touch down. Adalah die berenti kejap sebab tidur, celik je mata sambung..sambung..sambung..sambung. Cuba bukak konsert Blackpink ke boleh la aku ber Pink Venom sebelah tu. 

Aku dengan kawan aku memang kejang kejung dekat seat masing-masing tak sabar dah nak sampai. Mungkin sebab aku menjaga jarak, social distancing dengan Oppa sebelah ni, jadi aku himpit la sikit kawan aku tu. yelah kan, tak kan aku nak himpit Oppa tu pulak kan. 

Day 2 -Touch Down Incheon - Shoot ke Gimpo 

Sampai je Incheon, sebelum ke Imigresen korang kena scan Q-Code dulu. Tu yang aku jumpa Oppa Q-Coderrr tu. Lepas scan Q-Code, terus ke Imigresen. Lama eh dekat Imigresen, jadi kalau korang ada plan macam aku, janganla ambil flight dekat sangat takut tak sempat. Kiteorang settle semua sampai ambil beg tu dalam sejam lebih jugak la. 

Untuk ke Gimpo Airport ni aku pilih naik train express tapi tak adalah express mana pun. Dalam 30-40min juga lah. Dia bukan macam KLIA dengan KLIA2 tu, lenguh kaki aku berdiri. Nak duduk tapi yang ada pun seat orang tua, OKU je yang kosong. Jadi aku berdiri jelah dikelilingi Oppa Korea dan masa tu aku tak lalu dah nak angkat muka sebab aku tau masa tu memang muka aku dah macam tempoyak. Jadi aku buat-buat jelah menjaga pandangan 😂

Flight kiteorang ke Gimpo pukul 12.15pm jadi bolehlah kiteorang slow down sikit. Dan kiteorang pilih flight Asiana Airways. Flight ke Jeju ni banyak eh macam-macam flight ada dan kekerapan die tu memang kerap sangat lah. Sampai tak terkata dibuatnya. Aku rasa flight 12.15pm ni just nice la, kiteorang sempat beli breakfast dekat CU sambil-sambil tunggu flight, tapi dekat Gimpo ni sebab die macam banyak flight domestik, korang jaranglah nampak orang luar dan dieorang memang cakap Korea je. Mungkin masa tu die nampak aku macam Lisa Blackpink kot 😓 

 

Susu pisang

 

Asiana Airways

Flight Asiana ni memang selesa lah pada aku dan free seat, luggage pun dapat 20kg sorang. Masuk-masuk je. Mata dah berat, nasib sebelah aku tak ada orang. Kalau tak mesti Drakor lagi la jawabnya, aku dah tepu dah ni jangan macam-macam. Belum take off aku dengan kawan aku dah take off dulu, bila buka mata dalam hati aku bila la die nak take off ni. Lama betul, tau tau je dah nak touch down. Bapak ahh!! tidur tak ingat dunia. Aku cuma harap masa aku tidur tu, aku dengan kawan aku tak mengeluarkan apa-apa suara ghaib la. Flight dari Seoul ke Jeju cuma 1jam 10min je. 

Hello Jeju

 

Jeju Island

Sampai je Jeju memang masa tu dah penat gile dah. Maklumla kan dah lama tak jalan jauh. Proses dekat Jeju Airport ni senang sikit la sebab domestik flight je jadi tak payah nak immigresen bagai. Kiteorang terus ke tempat Shuttle bus untuk pick up kereta. 


Lotte Car rental

Kiteorang sewa kereta dekat Lotte Car Rental, jadi untuk 1st time rental car dapat dicsount sampai 55% ko!!. Untuk ke Lotte Shuttle bus ni, korang keluar je dari exit arrival tu. Pergi ke Lotte Airport Desk Gate 2 bagi nama, passport dengan International Driving License. Lepas tu korang kena exit dari Gate 5 jalan ikut perjalanan kaki ikut jelah sign rental car shuttle bus dan biasanya Lotte bus ni die tunggu dekat area 1-4. Dekat sini semua shuttle bus untuk car rental akan tunggu dekat petak masing-masing.

Untuk sewa kereta dekat Korea ni apa yang korang perlu ada :-

1) International Driving License. IDL ni korang boleh dapat pergi ke mana-mana JPJ, JPJ UTC pun boleh. Bawa gambar berukuran passport, lepas tu bayar RM150. IDL ni valid setahun. IDL ni besar ya, tak macam lesen memandu biasa.

2) Credit card 

3) Passport

Kalau korang ada pemandu kedua ketiga keempat semua tu kena ada IDL ya kawan-kawan. Lesen memandu Malaysia tak laku dekat sana. 

Collect Kereta

Tempat collect kereta dia ni nampak tersusun la dan kene ambil number. Dekat kaunter masa nak collect kereta tu adalah masalah sikit sebab aku book kereta guna akaun Lotte aku tapi yang drive nye kawan aku. Jadi die suruhnye kawan aku tu register akaun. Aku ingat memang tak boleh la, rupenya bila dah register tak apa pun, nampak nau nak tambah member. Tapi untuk kesenangan semua pastikan driver yang book kereta ya. Tapi kalau credit card boleh guna credit card selain dari driver yang penting orang tu kena ada lah. Jangan orang tu kat Malaysia!! 

 Aku sewa kereta kecil je cukuplah untuk berdua lagipun ni first time nak drive belah kiri. Takut pulak rasa nak sewa kereta beso kalau ikut hati tu macam nak sewa Tesla 😏 nak beli tak mampu, sewa pun tak mampu jugak 😜 Akhirnya, lepas dah berdrama nak pilih kereta kiteorang pilih Kia Morning. Kia morning ni kecik dia aku rasa macam Axia kot tak pun macam Kia Picanto. Luggage kiteorang tak muat nak masuk bonet jadi kene turunkan seat belakang. 

Harga sewa untuk 3 hari - 145,400KRW (appx RM500) termasuk insurans.

Source : Pinterest


Bermula Roadtrip 

Roadtrip ko! lepas dah ambil kereta, dia siap-siap semua ni mula la nak perjalanan. Kawan aku ni muka dia steady je aku tengok, tapi die punya jantung dup dap dup dap sampai Seoul boleh dengar 😂. 1st lokasi adalah restaurant la apa lagi. Bab makan ni aku serah kat kawan aku, dia dah ada senarai tempat makan nak pergi. Awal tu memang tak pandai nak guna dieorang punya GPS kereta, nak mengeja pun satu hal. Cari-cari tak jumpa. Last-last pakai jelah waze. **Note ya dekat Korea google map tak boleh guna. Bila dah mula keluar jalan tu, rasa pelik tu biasalah kan. Yang kanan ke kiri yang kiri ke kanan, nak masuk simpang pun kene confident tahap dewa. Aku biasalah, aku kan Professional passager, jadi bab tunjuk-tunjuk tu serah dekat aku. Aku memang pakar tunjuk. 

Sampai je dekat restaurant, aku pun keluarlah nak tanya ni konon. Aku pun pergi kat pintu restaurant tu aku nampak sorang laki ni tengah duduk.Aku pun start lah melontarkan suara " Anyyeeooonngggggg" laki ni boleh buat dek dengan aku, die macam tak nampak aku kat situ. Tiba-tiba aku rasa macam die tak nampak aku ke?? Aku cakap lagi "Restaurant??" die tunduk pastu buat tak tau je. Aku ni dah guna suara paling giyeowo dah tu. Die boleh buat dek je dengan aku. Aku pun pusing, pergi pintu depan, aku tengok nampak lagi laki tu. Ikut depan nampak die , ikut belakang nampak dia. Tapi die tak nampak aku, ke dia tu Bunian Korea?? confuse aku dibuatnya. Tapi mungkinla restaurant tu tak bukak lagi. Sebab tak ada orang langsung dalam tu selain dari Bunian Korea tu je yang tengah duduk dekat dapur. 

Source: Pinterest

Lepas tu kiteorang pun decided untuk ke 1 lagi restaurant, drive punya drive. Waze pun cakap dah arrived tapi bile tengok kiri kanan, tak nampak pun. Dahh sudah ni restaurant Bunian pulak dah. Pelik2 betul awal-awal ni. Disebabkan kecewa sangat, kiteorang pun decided untuk check-in jelah hotel. Malas dah!! makan jelah daging dengdeng bekal jelah gini!!!

Ocean Suites Jeju 

Kiteorang duduk dekat Ocean Suites Jeju betul-betul sebelah e-mart Jeju. E-Mart die besar jugak. Lepas check dan membuang segala apa yang patut. Kiteorang fikir nak pergi e-mart jelah nanti cari nasi instant dengan beli apa-apa yang boleh dimakan. Hotel ni okla, berdepan dengan pantai cumanya dia punya tilam keras wey! Tapi tak apalah semalam je, esok kiteorang dah checkout, jadi ok jelah. Lepas dah siap-siap semua kiteorang pergi e-mart. Beli nasi instant, strawberry, anggur, Susu pisang, Jajan sikit. Lepas tu balik kiteorang pun makan daging dengdeng dengan nasi instant. Bolehlah, walaupun....tapi syukur la kan dapat makan. Banyak pulak songeh!

Satu dekat Korea ni, mungkin masa winter dieorang ni tak ada aircond. Aircond tu ada cuma tak berfungsi, aku ni kan dah biasa buka-buka pintu nak aircond. Walaupun luar sejuk tapi kan tak masuk ke dalam rupanya kena manual, bukak la tingkap kalau tak nak rasa terperuk sangat.

Source: Trivago

Tu jelah day 2 aku dekat Jeju. Belum jalan lagi sebab dah penat perjalanan dari Malaysia ke jeju. Masa nak rehat sebelum start perjalanan esok. 

 Sambung Part 2 nanti. 


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...