Saturday 21 March 2015

CPUV March

Aku dulukan bukan main jakun dengan CPUV ni kan dapat je terus update..pastu makin lama biasalah Melayu Mudah lupa..hahaha teruk benoo perangai aku kan?? Aku akui tu tak payah nak cakap banyak...sebenarnye setiap bulan dengan Jayanya iklan CPUV ni memang tak pernah putus-putus Alhamdulillah. Cuma aku je tak update..bila dah tengok lama sangat aku tak update rasa bersalah mula menyelubungi diri..orang bagi rezeki ko tak reti-reti nak ucap terima kasih ke promote link ke kan..tapi banyak sangat!! huahuahua...Bulan March ni banyak jugak masuk, Syukurlah. Walaupun tak adalah berjuta-juta tapi dapatlah buat beli gula-gula seposen dua..Ada jugak yang iklan
dari Bulan Feb masih lagi berlegar-legar dalam blog aku ni macam South Australia Tourism.

Tapi macam banyak aku nak cite satu-satu, hambek ko!! buat tak reti je kan?? sampai iklan ape pun aku tak tau(Jujur).Kebanyakkannya dieorang sapu bersih tiga-tiga ruang disediakan...TQVM.

Tak pelah aku cuba yang terbaik..hahahaa

Iklan-iklan yang masih berpusing-pusing untuk bulan March adalah:-

1) South Australia Tourism
2) MATRADE Brand Awareness Campaign
3) British Council
4) MCMC: Klik dengan Bijak
5) DIGI Project Byte
6) Brighter Smile
7) Sensodyne Campaign
8) Physiogel
9) DIGI Live
10) Colgate Total Charcoal





Kalau korang nampak iklan ni berpusing-pusing masa korang tengah baca-baca blog aku, kalau ada yang berminat boleh lah klik-klik kat situ.

Apepun...aku nak ucap Terima Kasih pada Nuffnang dan jugak semua pengiklan yang sudi nak letak iklan-iklan ni kat blog aku yang tak seberapa ni.(Ayat suci murni)..


Terima Kasih...

Pulau Perhentian Kali Ke-2

Part 2(Coral bay)


Seperti biasa kiteorang bangun awal setiap hari(Poyo sangat!). Bangun-bangun solat dan kemas-kemas, tak mandi eh sebab kiteorang nak terjun laut hari ni. Hari ni aku akan pindah ke Sharila. Semalam aku dah call tanya boleh tak check in awal, tengok-tengok boleh sebab bilik ada kosong. Kalau tak ada memang kene check in pukul 2PM lah jawabnya. Sebab aku dengan kawan aku memang plan nak snorkelling masa dekat Sharila ambik snorkelling dengan dieorang murah sikit RM 30-35 macam tu untuk Long trip. Jadi pukul 7AM kiteorang dah check out dah. Nak menapak ke Sharila pulak, aku tengok Jam memang betul 10minit..mungkin otot kaki aku dah kuat dah sebab panjat bukit kincir tu kan semalam. Tu yang laju je tu(Padahal cunggap-cunggap).

Sharila.


Apa lagi aku nk cakap pasal Sharila ni. AKU SUKE!! tu jelah aku nak cakap, tenang je kat sini. Walaupun tak adalah view macam dekat D'Rock tu, tapi ketenangan die tu..Hakiki ko!! hahahaah...hilang segala kekusutan kepala,kusut rambut je tak hilang. Bertambah kusut bila asyik mandi laut je. Ok tak de kene mengene.

Selamat Datang


Sharila Resort

Akan lagi..Mungkin


Aku tengok Sharila macam dah bertambah-tambah bilik dah, dengan dia masih nak cantikkan lagi kawasan dia. Dah ada kolam untuk budak-budak..pastu aku tengok dia macam nak buat kolam air terjun. Cantik lah pasni..sekarang pun dah cantik dah. Private beach macam selalu jugak tenang dah sangat mendamaikan.Lupe nak cerita harga untuk Sharila bilik standard RM190.80

Sharila Resort

Tempat Makan-BBQ Buffet n Breakfast


Kolam untuk budak-budak


Snorkelling


Lepas check in..aku pun rehat-rehat kejap, maklumlah baru lepas senam kan(panjat bukit) dalam pukul 9.40AM aku pergi kaunter sebab die cakap snorkelling pukul 10AM. Lepas tunggu-tunggu aku diberitahu cuma aku dengan kawan aku je yang nak snorkelling ari tu. Sebab ikut pada orang kaunter tu kalau tak cukup orang aku kena bayar lebih sebab minimum 4orang..tapi lepas aku jumpa dengan abg yang snorkelling tu die cakap tak pelah. 2 orang pun..bereh boss!!  Harga sama RM 30 je dia ambik untuk Long Trip. Best sangat weh!! hahaha...terasa kaya, bila 1 bot naik 2 orang...bot tak besar pun. Tapi pakcik yang bawak tu memang bestlah..macam bapak-bapak je. Walaupun aku tak paham sangat ape die cakap..maklumlah kan, pagar semua dah roboh..dengan cakap Kelantan lagi..jadinya aku haa haa jelah.Kalau paham balas..kalau tak paham aku senyum je.

Cystal Clear katenye


Macam biasalah..Long trip kita akan ke Coral garden,Shark Point,Turtle Point,Fishman Village,Light House,Secret Reef/Romantic Beach.Tapi aku tak pergi shark point tukar ke Taman Laut dekat Perhentian Besar.,..banyak ikan. Kawan aku cakap tak ada pun ikan, Pakcik tu tipu..aku pun test lah baling roti..sekali haaa hambek ko!!! Besar-besar ikan timbul..dengan dia-dia takut. Disebabkan masa tu aku dengan dia je berenang-berenang kat situ..jadinya Taman Laut tu aku yang punya!! wakakaka...siap main baling-balin roti depan muka dia lagi..kena hurung dengan ikan.hahahaha....heaven betul rasa. Hitam pun hitam lah, walaupun dah pakai sunblock 130++SPF katenye.

Kg. Nelayan-Mancing der


Light House pun kiteorang tak pergi, sebab nak pergi ke Romantic Beach..dekat Light House tu kalau ombak tak kuat boleh snorkelling, coral dia cantik dekat situ. Ikan Pun banyak..Pakcik tu cakap...Light House tu dieorang buat sebab coral kat situ tinggi, kalau ada bot besar lalu pastu masa tu air surut boleh sangkut kat bot..

Romantic Beach memang cantik sangat air dia, kawan aku nk tengok nemo..memang banyak nemo kat sini...comel-comel je. ikan pun banyak. Romantic beach ni ada laluan dia juga kalau dari Sharila tu cuma mungkin kena lalu batu-batu lah. Tapi aku nampak ada signboard ke Romantic Beach  dari Sharila.

Buffet BBQ


Malam ni lepas dah snorkelling penat-penat kenalah makan banyak sikit kan..kiteorang dah fikir nak makan BBQ Buffet kat Sharila je. Dulu lain sekarang dah lain, harga pun dah naik..tak dapat dah ikan sekali dengan Buffet RM 25..kalau nak yang RM 25 kena pilih ayam ke selain ikan, kalau ikan dia ikut saiz..tapi tak adalah mahal sangat. Kiteorang ambik ikan sekor dengan Buffet RM 30/Sorang. Oklah..masa tu ada nasi goreng, mee goreng pastu ada daging masak merah...ada ape eh lagi tak ingt.Pastu ada sup ayam,buah,puding...air-air. Lepas dah kenyang...badan pun dah letih. Ape lagi kan..rehat je yang mampu.

Lunch-tak ada kene mengena

Breakfast Buffet


Berehat-rehat


Masa aku kat Sharila memang aku rehat total..tak ada aktiviti melainkan adalah mandi-mandi kat private beach Sharila tu..kat situ aku snorkelling jugak. Boleh sewa snorkel dengan life jacket satu barang RM 5 tak kira jam..melainkan kayak..kalau kayak sejam RM 10. Tapi dekat area situ banyak coral mati je tapi ada ikan-ikan...yang banyaknya timun laut..bersepah-sepah. Tapi air kat Coral bay ni memang tenang sikit tak berombak..cuma air dia memang tak secantik Long Beach. Tapi kalau nak lepak-lepak kat kerusi-kerusi malas Sharila sediakan tu memang syiiookkk woooo!!! kerusi tu free je eh tak payah sewa..nama pun private beach kan. Tapi tak adalah private mane...kalau ada yang tau tu orang-orang dari chalet/hotel lain pun datang juga sebab depan-depan hotel dieorang pantai penuh bot.

Private Beach Sharila


Makan malam


Makan malam untuk malam ke 2 dan ke 3 kiteorang makan dekat Mama Cafe ke restaurant eh nama die...aku pun tak ingat tapi yang pentingnya nama dia MAMA lah...sedap jugak situ kalau tak sedap malam ke 3 tu aku makan tempat lain dah. Kat sini ok sikit harga makanan pun murah sikit kalau nak dibandingkan dengan Long Beach. Dua malam berturut-turun aku makan sotong cili dia..sedap wooo!!! Dekat sini senang sikit boleh order al carte kalau nak goreng-goreng boleh jugak. Kalau nak BBQ set pun boleh..yang aku makan ni RM 13 set dia boleh pilih sotong cili+nasi putih + tembikai sepotong. Banyak lagi set macam tu harga lebih kurang je ade yang set udang,ayam..daging. Banyak jugaklah sotong dia boleh makan dua orang. Berbaloi-baloi!! Air aku minum jus nenas RM 5.

Sunset Coral Bay


Air RO


Masa aku makan-makan kat MAMA tu aku nampak ada mesin air RO dekat kedai sebelah, kedai makan Amelia. Ini boleh menjimatkan! Air mineral bukan mineral pun air RO jugak tu sebotol dah RM 4...kalau korang ada bawak air mineral dari Daratan tu jangan buang botol..pergi isi air kat situ..aku rasa kalau 1.5liter tu mungkin dalam 30sen ke 40sen kalau mahal sangat pun...bawah singgit lah senang cite. Kalau RM 4 tu korang boleh refill 4 kali wooo!!! sebab korang memang akan perlukan banyak air sebab panas. Jadinya pergi refill kat situ  je.

Masa untuk pulang


Selepas 4hari aku bersenang-senang, holiday like a boss rehat tak fikir apa. Masanya untuk pulang...Malas memang malas cuma aku gagahkan diri jugak untuk pulang. Aku bertolak balik pukul 12PM, Bot paling awal untuk balik jeti pukul 8AM pastu 12PM last sekali 4PM. Jangan lupa simpan tiket balik tu..kalau tak kena bayar lagi kang. Masa aku nak balik tu dah separuh kot jalan, patah balik ke Perhentian Besar sebab nak ambik orang, pastu pergi ke Long Beach pulak...tapi tak apelah sebab aku bukan nak rushing sangat. Sampai Jeti lebih kurang dalam pukul 1PM macam tu. Lepas tu aku call abg parking tu...dah ambik kete semua, kereta aku dah macam hape!! macam lori sampah dah..sebab kawasan parking tu dia pasir laut..mungkin angin ke ape kan..Teruk benoo rupe!


Water Taxi

Next destination----Penarik(Makan ICT),K.Terengganu(Masjid Kristal,P.Payang),Kuantan(Makan,Rehat).


KL-K.Besut-Penarik-K.Tganu-Kuantan-Temerloh-Kuala Gandah-KL(8H7M)

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

Friday 20 March 2015

Pulau Perhentian Kali Ke-2

KL-K.Besut-Penarik-K.Tganu-Kuantan-Temerloh-Kuala Gandah-KL(8H7M)


 Part 1 (Long Beach 3H2M)

Nampak tak aku punya tajuk tu..panjang? gitulah aku punya perjalanan dari KL ni,buat Le Tour D Pntai Timur...dari plan awal yg konon-konon hari Khamis dah balik,last-last nya hari Sabtu baru jejak rumah sendiri. Ala-ala lupa daratan jugak lah kan bila dapat cuti. Aku rasa ni first time lah...aku pergi jalan jauh bercuti buat tour. Selalunya mungkin balik kg. ke tak pun pergi rumah kawan-kawan...bukan nak bercuti sangat. Kali ni, aku rasa berbulan asyik countdown je nak pergi bila. Punyalah lapar nak bercuti.

KL-K.Besut-Perhentian


Ikutkan jadual asal kiteorang akan bertolak dari KL pukul 2AM sampai sana 8jam..kira-kira pukul 10AM sebab konon-kononnya nak naik bot pukul 12PM..kalau korang nak tau..kalau nak tau lah..kalau tak nak sudah!! hahaha... Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian paling awal pukul 8AM pastu 10AM,12PM yang last sekali pukul 4PM. Jadi Pandai-pandai korang lah kalau korang drive sendiri tu macam mana nak plan...yang pentingnya kena ada extra masa 2,3jam...mana lah tau kan jammed ke..kalau tak korang berenang jelah...

Aku dah merepek dah ni.. konon-kononnya nak bertolak pukul 2AM..tapi sebab dah semangat sangat..kiteorang pun bertolak pukul 10.30PM...tak mampu nak tunggu pukul 2AM..ngantok beb!! Kalau korang nak bertolak malam pastikan cukup tidur..tak pun kena ada orang ganti. Kalau aku ni..tahap ngantok paling kritikal pukul 3AM dengan 5AM sebelum tu aku ok lagi. Dah macam-macam lagu nyanyi dalam kete...dari 50an smpai ke 2000an....tak mampu nak menyegarkan mata aku yang dah ngantok tahap gaban ni.


Tol


Malam tu kereta boleh tahan banyak jugaklah..kat MRR2 smpai ke Ampang tu. Tapi bila lepas tol Gombak tu semua dah ok dah..Tol Gombak kena bayar RM 5...lepastu Tol Bentong RM3...aku lalu LPT Fasa 1(Karak - Jabor) RM 21, pastu..masuk LPT fasa 2 tu Free lagi...kene u turn kat cheneh..sampai ke K.Terengganu...kalau ke depan lagi korang boleh nampak kot Singboard ke Pemaisuri dari LPT 2 tu..aku tak sampai sane..aku exit dekat Telemung..Bukit Payung..agak jauh jugak aku rasa. Kalau ke depan lagi aku tak pasti. Aku rasa ade jumpa singboard K.Tganu,Pemaisuri...mungkin ikut situ lagi dekat. Jadinya total-total Tol pergi RM 29. kalau dah mula LPT 2 tu kena bayar aku rasa mungkin dalam RM 50..lebih kurang lah.

Kadar Tol


Perjalanan agak best sebab highway LPT tu macam syok je...lurus. Mau tak banyak accident kat situ. Kereta pun tak banyak, sedap jelah tekan minyak. Kawan aku cakap ada kawasan tu dieorg suka letak minyak kat jalan...korang kenalah hati-hati. Jangan main sedap tekan minyak je.

Jeti K.Besut


Sebelum sampai tu, kiteorang singgah solat subuh kejap dekat Masjid ke surau eh..tak ingat lah pulak. Tapi memang dah dekat dah dengan jeti dalam 10minit macam tu. lagi pun memang dah ngntok sesangat dah. Tahap kritikal, tapi kalau boleh memang aku nak sampai cepat je. Sampai kat jeti tu dalam pukul 6 lebih dekat-dekat pukul 7AM..sampai je kiteorang nak cari parking. Masa aku call orang bot tu dia cakap parking dalam RM10/Sehari. Macam mahal sangat lah pulak, kalau 5 hari dah RM50. Tak boleh lah mahal sangat...tiba-tiba datanglah sorang abg ni dengan motor tanya-tanya aku dah rasa takut..tapi nasib  baik aku  ade kwn yg sado kat sebelah..jadi ok sikitlah. Kalau pape die jentik je!! mesti melayang abg tu.

Lepas bincang-bincang, dari RM10/Sehari kiteorang dapat RM6/Sehari...untung RM4/sehari cakap ko!! Tu semua atas jasa kawan aku yg sado tulah..sekali die mintak abg tu terus ok2!! Aku letak beg dulu dekat dengan jeti,lepas tu aku follow abg tu..pergi tempat parking. Oklah...parking tu ade pagar, ade bumbung..walaupun bumbung tu die guna plastik-plastik hitam yg selalu orang guna kat tempat tanam bunga tu. Kira oklah...dekat sebelah-sebelah tu pun ada lagi tempat parking berpagar. Kalau dekat luar tu aku tak pasti boleh parking ke tak atau pun korang kena letak kopun..tapi selamat ke tak tu tak boleh nak cakap sebab open parking macam tu kan. Kalau malam-malam buta tak ada orang tu...paham-paham jelah . Lagi rasa selamat bila parking ade orang jaga ni.

Bot


lepas dah siap parking...aku call En. Azhar bagitau aku dah sampai jeti...bot pertama pukul 8AM. Macam aku dah bagitau dalam entry lepas..mula-mula dia bagi aku RM70 pergi balik, kali ni dia bagi aku RM50/sorang pergi balik...untung lagi!! seronok benoo aku rasa.

Bila dah bayar duit bot..sebelum masuk tu kena bayar RM5/sorang untuk duit yuran Taman Laut. Dia akan bagi satu tiket Taman Laut.

Lepas dieorang bukak gate..kiteorang pun memang tak sabo dah nak smpai ke Pulau..sebab dah ngantok, penat...semuanya lapar..perut lapar,lapar bantal..lapar nak tido..semuanya lah!

Mata punyalah ngantok kan naik bot duduk belakang pulak. Memang hayun-hayun memang rasa nak lelap..boleh terlelap 2,3 minit...kalau terlepas tangan aku dari kerusi dengan aku-aku masuk laut. Bot mula-mula hantar orang pergi Perhentian Besar dulu,pastu baru die pergi Perhentian kecil..Aku patutnya turun kat Long Beach tapi disebabkan ombak kuat, jadinya dia berhenti dekat Coral Bay dulu..pastu kiteorang kena jalan kaki ke Long Beach. Bila dah penat memang rasa jauh je kan..padahal 10minit je. Cuma nak pergi tu kene daki bukit sikit..sikit jelah. Sikit-sikit pun cunggap-cunggap jugak lah, lagi-lagi dengan tak tido...alasan!! Laluan nak ke Long Beach tu sebelah je dengan Ombak Resort..korang boleh nampak ade singboard kecik..ikut je laluan dia...tepi-tepi ombak resort tu.

Daki Bukit Coral bay ke Long Beach

Gini lah Gamaknya


D'Rock Garden


Aku dengan kwn aku ni tak tau sebenarnya nak duduk mane kat Long Beach ni..sebab sepatutnya kan kiteorang nak duduk kat perhentian Besar. lepas tu konon-kononnya tak nak lah pergi Long Beach ni. Sebab konon-kononnya situ happening sangat, party-party lah..apelah. Aku tengok tak adelah happening sangat pun. Party tepi pantai lah ape bende tu tak de pulak aku nampak. Aku tak taulah kalau ade party-party tengah malam ke kan. Sebab aku lepas makan malam dalam pukul 9PM aku dah berkurung je dalam bilik. Tak ada nak duduk-duduk kat luar.

Dalam panas-panas terik tu, aku menapak nak ke D'Rock tu adoii!! patah pinggang..pecah lutut...kene naik tangga lagi. Nasib sampai-sampai ada bilik boleh check in..kalau tak! Aku rasa kawan aku memang dah nak gantung diri dah. Yang ada pun bilik A/C seaview
RM 130/Malam ...kawan aku cakap oklah!! Dia pun malas dah nk pk..

Manjat Tangga D'Rock


Bilik memang hampeh!! tapi view die...mak datookk!!! cun melecun!! awesome! wow!!! aku rasa RM 130 tu bayar untuk view je..bilik memang adoii!! sedih!! katil queen, TV tak ada..memang gitu jelah! ada branda lah..boleh lepak-lepak tengok view yg memang cantik sesangat!!

OOOOseemmm View

Cantik tak kat Ton??Terlajak Cantik kan??


Aku duduk kat D'Rock ni 2 malam..untuk hari pertama tu memang kiteorang rehat-rehat je. Penat katekan...Lepas dh mandi-mandi, makan bekal...bekal ko!! aku bertungkus lumus masak...jimat sikit kan. Barang mahal sesangat kat sane. Kalau boleh bawak makanan tu baik bwk je. Lepas makan tu....mata pun memang dah tahap kritikal..jadinya kiteorg pun tido...tido dengan jayanya.

Bangun..makan..tido..tu jelah kejenya. Lepas dah recharge energy...barulah ada hati nak turun pantai..tu pun malam sebab nak mencari air sejuk. Panas bebenoo...Nak mencari Ais..sambil nak tengok fire show katenye...entah kat mane tak tahu..dieorang kate area Bubu tu..jauh lah pulak. Kiteorang lepak-lepak kat gerai tepi pantai je sambil tengok-tengok harga..kononnya nak makan BBQ buffet. Tapi tak ada pulak, yang ada set-set je RM25..set BBQ. Tapi malam tu kiteorang minum yang paling murah jelah air tin RM 3!! haa hambek ko!! ais kosong RM 1. Makanan start RM 8..ke atas. Nasi goreng USA RM13. Macam kat hotel uoollss!!Tapi malam tu ade jugaklah Si SalehAAA buat fire show..die sorg je..sambil makan-makan tu aku dapatlah jugak tengok walaupun aku rasa yang ni bukan yang orang-orang cakap dalam blog tu. Tapi tak apelah...fire show jugak, die baling-baling jugak tali berapi tu..show lah jugak.

Hiking- Kincir Angin


Hari ke-2


Memang kiteorang plan, nak buat aktiviti masa duduk dekat Long Beach sebab masa duduk dekat Sharila kiteorang nak rehat je. Maklumlah Hotel mahal..kalau boleh kene duduk je dalam bilik barula tak rugi(gitu Sekali).

Dari Jauh(dari bilik aku) aku dah dapat tengok dah kincir angin tu, atas bukit...sayup-sayup je. Mampu ke tak, nak panjat bukit??  Tapi disebabkan aku tengok macam cun je kan pemandagan...jadi aku bertekad! penuh semangat! nak takluk bukit kincir angin tu. WAKAKAKAKA...dasat gelak.


Kalau boleh nak panjat pagi lah sebab nanti dah panas...lepas je sarapan, makan bekal lagi.
Kiteorang pun..memulakan penaklukan Bukit Kincir dengan semangat kesukanan. Tapi masalahnye tak tau celah mane nak masuk. Signboard pun tak ada, memang kena pandai-pandai sendiri. Aku pun jalan-jalan sampai ke BUBU..sebab kalau tengok dari bawah kincir tu macam kat belakang-belakang BUBU je. Tanya dekat orang D'Rock pun macam tak paham je nak terangkan cam ne..orang kaunter tak ada yang ade pun Bangla tengah mop lantai...Kakak pigi Sana..itu ada elektric cable sana...aku pun pergi jelah..tengok-tengok celah mane pulak electric cable. Aku pun terpaksa lah menapak lagi sampai hujung tanya orang. Tanya pun macam tak tanye. Sedih!!


Pape pun korang kena tengok bende kat bawah ni, Bila dah nampak tiang seri kat bawah tu, korang masuk dalam ke dalam hutan..pastu ikut belah kiri...nanti jumpa laluan yang ala-ala je. Aku pun macam ye tak ye je. Memula dahlah salah, sebab ikut aku..aku confident kan tahap giles sikit. Ikut dah naik bukit separuh tetiba salah. Kawan aku nasib baik lah sabo die tu ala-ala alim ulamak sikit, kalau tak dah lama aku kene smackdown dalam hutan tu. Bila dah ada pada jalan kebenaran tu..kene naik pulak bukit, pergghh!!! nasib baiklah kiteorang ni atlet marathon 50km..wakakaka. Kejung kaki sampai ats..10 kali  berenti sedut oksigen. Rasa macam nk CPR,CPU..CPC semulah.

Tiang Seri"Jalan Nak masuk track ke Kincir"

Jalan nak ke Kincir Angin

Ikut sebelah rumah tu

Masa jalan tu kiteorang pun macam ye tak ye jugak. Sebab sunyi je, tapi teruskan jugak. Ada nampak pencawang elektric..tapi tak nampak bayang pun kincir angin. Tapi teruskan juga mendaki...adelah 30minit mendaki...lutut dah bunyi-bunyi dah. Skru dah nak tercabut gamaknya. Akhirnya....tada!!! kincir angin!! pastu...bile dah tengok dari atas tu...segala kekejungan,kekejangan...kecelaruan semua hilang. Dia punya view!! pergghhh!! bangga jadi rakyat Malaysia. Cantik bebnoooo!!! superb lah!! gambar semua #nofilte(gitu!!).

Kecikan Size je.Tak edit pape

Pun same.


Lepas dah melepak-lepak kat atas tu...ambik gambar, menunjuk kat IG,FB segala macam medium sosial yang ada atas muka bumi ni. Kiteorang pun balik. Turun oklah sikit...tapi cuma laluan dia tu bahaya sikit sebab berbatu-batu, kalau salah pijak mau terpeleot kaki.

Mandi Manda


Ombak hari kedua ni kuat lah pulak, tapi nak mandi jugak sebab air die cantik..jernih! sebab kiteorang ni Puteri Lilin jadinye kena tunggu redup sikit. Dalam pukul 6PM barulah kiteorang turun pantai..lagipun kawan aku tu nak try die punya Snorkel. Asyik berlawan dengan ombak je..tapi syok jugak. Lepas mandi tu aku pergi beli sabun basuh baju, lupe nak bawak..sabun basuh baju yang RM1 tu..die jual RM3..hambek ko!! sape suruh lupe! Sebab kiteorang lama duduk kat pulau ni..jadinya memang kena bawak sabun basuh, senang nanti balik tak payah susah-susah nak basuh lagi. Lagipun dia ada branda bolehlah sidai-sidai baju..esok dah kering dh.


Makan Malam yang....


Makan malam memang sedih! Bekal dah habis..ade pun roti dengan serunding je. Jadinya malam tu konon nak makan sedap lah sikit. Kawan aku order Nasi goreng USA aku makan nasi goreng ayam Daniela(nama xboleh blah)..Harga RM 13/Satu...air cm biase lah air tin jugak Lemon tea RM3/Satu. Tapi  nasi sejuk...tak sedap weh!! sabo jelah. Tapi sebab dah lapo kan makan jelah.

Kedai Makan yang ada

Harga Water Taxi

Snorkelling Pakej

Esok kiteorang akan ke Sharila...yahooo!!! tinggalkan view yang cantik untuk ketenangan sejati(Hamboi!!)

Aku akan cite pulak kat Sharila entry lain.

Tips:-


1) Air mineral besar RM4, Mineral kecik RM2. Barang memang mahal.
2) Kena minum banyak air sebab panas.
3) Sunblock jangan lupe..
4) Snorkelling dari Long Beach mahal sikit dari Coral bay..Harga untuk snorkelling Long trip dari Long beach RM 40-50, kalau short trip dalam RM 30-RM 35. Kalau dekat coral bay long trip RM 30-35. 
5) Makan dekat Coral bay lagi sedap dari Long Beach. (Mohsin tak try sebab tutup masa tu)
6) Pantai Long Beach lagi cantik dari Pantai dekat Coral bay.
7) Minyak aku isi RM 55 kat KL sampai K.Tganu isi lagi RM 50.

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...