Saturday 21 March 2015

Pulau Perhentian Kali Ke-2

Part 2(Coral bay)


Seperti biasa kiteorang bangun awal setiap hari(Poyo sangat!). Bangun-bangun solat dan kemas-kemas, tak mandi eh sebab kiteorang nak terjun laut hari ni. Hari ni aku akan pindah ke Sharila. Semalam aku dah call tanya boleh tak check in awal, tengok-tengok boleh sebab bilik ada kosong. Kalau tak ada memang kene check in pukul 2PM lah jawabnya. Sebab aku dengan kawan aku memang plan nak snorkelling masa dekat Sharila ambik snorkelling dengan dieorang murah sikit RM 30-35 macam tu untuk Long trip. Jadi pukul 7AM kiteorang dah check out dah. Nak menapak ke Sharila pulak, aku tengok Jam memang betul 10minit..mungkin otot kaki aku dah kuat dah sebab panjat bukit kincir tu kan semalam. Tu yang laju je tu(Padahal cunggap-cunggap).

Sharila.


Apa lagi aku nk cakap pasal Sharila ni. AKU SUKE!! tu jelah aku nak cakap, tenang je kat sini. Walaupun tak adalah view macam dekat D'Rock tu, tapi ketenangan die tu..Hakiki ko!! hahahaah...hilang segala kekusutan kepala,kusut rambut je tak hilang. Bertambah kusut bila asyik mandi laut je. Ok tak de kene mengene.

Selamat Datang


Sharila Resort

Akan lagi..Mungkin


Aku tengok Sharila macam dah bertambah-tambah bilik dah, dengan dia masih nak cantikkan lagi kawasan dia. Dah ada kolam untuk budak-budak..pastu aku tengok dia macam nak buat kolam air terjun. Cantik lah pasni..sekarang pun dah cantik dah. Private beach macam selalu jugak tenang dah sangat mendamaikan.Lupe nak cerita harga untuk Sharila bilik standard RM190.80

Sharila Resort

Tempat Makan-BBQ Buffet n Breakfast


Kolam untuk budak-budak


Snorkelling


Lepas check in..aku pun rehat-rehat kejap, maklumlah baru lepas senam kan(panjat bukit) dalam pukul 9.40AM aku pergi kaunter sebab die cakap snorkelling pukul 10AM. Lepas tunggu-tunggu aku diberitahu cuma aku dengan kawan aku je yang nak snorkelling ari tu. Sebab ikut pada orang kaunter tu kalau tak cukup orang aku kena bayar lebih sebab minimum 4orang..tapi lepas aku jumpa dengan abg yang snorkelling tu die cakap tak pelah. 2 orang pun..bereh boss!!  Harga sama RM 30 je dia ambik untuk Long Trip. Best sangat weh!! hahaha...terasa kaya, bila 1 bot naik 2 orang...bot tak besar pun. Tapi pakcik yang bawak tu memang bestlah..macam bapak-bapak je. Walaupun aku tak paham sangat ape die cakap..maklumlah kan, pagar semua dah roboh..dengan cakap Kelantan lagi..jadinya aku haa haa jelah.Kalau paham balas..kalau tak paham aku senyum je.

Cystal Clear katenye


Macam biasalah..Long trip kita akan ke Coral garden,Shark Point,Turtle Point,Fishman Village,Light House,Secret Reef/Romantic Beach.Tapi aku tak pergi shark point tukar ke Taman Laut dekat Perhentian Besar.,..banyak ikan. Kawan aku cakap tak ada pun ikan, Pakcik tu tipu..aku pun test lah baling roti..sekali haaa hambek ko!!! Besar-besar ikan timbul..dengan dia-dia takut. Disebabkan masa tu aku dengan dia je berenang-berenang kat situ..jadinya Taman Laut tu aku yang punya!! wakakaka...siap main baling-balin roti depan muka dia lagi..kena hurung dengan ikan.hahahaha....heaven betul rasa. Hitam pun hitam lah, walaupun dah pakai sunblock 130++SPF katenye.

Kg. Nelayan-Mancing der


Light House pun kiteorang tak pergi, sebab nak pergi ke Romantic Beach..dekat Light House tu kalau ombak tak kuat boleh snorkelling, coral dia cantik dekat situ. Ikan Pun banyak..Pakcik tu cakap...Light House tu dieorang buat sebab coral kat situ tinggi, kalau ada bot besar lalu pastu masa tu air surut boleh sangkut kat bot..

Romantic Beach memang cantik sangat air dia, kawan aku nk tengok nemo..memang banyak nemo kat sini...comel-comel je. ikan pun banyak. Romantic beach ni ada laluan dia juga kalau dari Sharila tu cuma mungkin kena lalu batu-batu lah. Tapi aku nampak ada signboard ke Romantic Beach  dari Sharila.

Buffet BBQ


Malam ni lepas dah snorkelling penat-penat kenalah makan banyak sikit kan..kiteorang dah fikir nak makan BBQ Buffet kat Sharila je. Dulu lain sekarang dah lain, harga pun dah naik..tak dapat dah ikan sekali dengan Buffet RM 25..kalau nak yang RM 25 kena pilih ayam ke selain ikan, kalau ikan dia ikut saiz..tapi tak adalah mahal sangat. Kiteorang ambik ikan sekor dengan Buffet RM 30/Sorang. Oklah..masa tu ada nasi goreng, mee goreng pastu ada daging masak merah...ada ape eh lagi tak ingt.Pastu ada sup ayam,buah,puding...air-air. Lepas dah kenyang...badan pun dah letih. Ape lagi kan..rehat je yang mampu.

Lunch-tak ada kene mengena

Breakfast Buffet


Berehat-rehat


Masa aku kat Sharila memang aku rehat total..tak ada aktiviti melainkan adalah mandi-mandi kat private beach Sharila tu..kat situ aku snorkelling jugak. Boleh sewa snorkel dengan life jacket satu barang RM 5 tak kira jam..melainkan kayak..kalau kayak sejam RM 10. Tapi dekat area situ banyak coral mati je tapi ada ikan-ikan...yang banyaknya timun laut..bersepah-sepah. Tapi air kat Coral bay ni memang tenang sikit tak berombak..cuma air dia memang tak secantik Long Beach. Tapi kalau nak lepak-lepak kat kerusi-kerusi malas Sharila sediakan tu memang syiiookkk woooo!!! kerusi tu free je eh tak payah sewa..nama pun private beach kan. Tapi tak adalah private mane...kalau ada yang tau tu orang-orang dari chalet/hotel lain pun datang juga sebab depan-depan hotel dieorang pantai penuh bot.

Private Beach Sharila


Makan malam


Makan malam untuk malam ke 2 dan ke 3 kiteorang makan dekat Mama Cafe ke restaurant eh nama die...aku pun tak ingat tapi yang pentingnya nama dia MAMA lah...sedap jugak situ kalau tak sedap malam ke 3 tu aku makan tempat lain dah. Kat sini ok sikit harga makanan pun murah sikit kalau nak dibandingkan dengan Long Beach. Dua malam berturut-turun aku makan sotong cili dia..sedap wooo!!! Dekat sini senang sikit boleh order al carte kalau nak goreng-goreng boleh jugak. Kalau nak BBQ set pun boleh..yang aku makan ni RM 13 set dia boleh pilih sotong cili+nasi putih + tembikai sepotong. Banyak lagi set macam tu harga lebih kurang je ade yang set udang,ayam..daging. Banyak jugaklah sotong dia boleh makan dua orang. Berbaloi-baloi!! Air aku minum jus nenas RM 5.

Sunset Coral Bay


Air RO


Masa aku makan-makan kat MAMA tu aku nampak ada mesin air RO dekat kedai sebelah, kedai makan Amelia. Ini boleh menjimatkan! Air mineral bukan mineral pun air RO jugak tu sebotol dah RM 4...kalau korang ada bawak air mineral dari Daratan tu jangan buang botol..pergi isi air kat situ..aku rasa kalau 1.5liter tu mungkin dalam 30sen ke 40sen kalau mahal sangat pun...bawah singgit lah senang cite. Kalau RM 4 tu korang boleh refill 4 kali wooo!!! sebab korang memang akan perlukan banyak air sebab panas. Jadinya pergi refill kat situ  je.

Masa untuk pulang


Selepas 4hari aku bersenang-senang, holiday like a boss rehat tak fikir apa. Masanya untuk pulang...Malas memang malas cuma aku gagahkan diri jugak untuk pulang. Aku bertolak balik pukul 12PM, Bot paling awal untuk balik jeti pukul 8AM pastu 12PM last sekali 4PM. Jangan lupa simpan tiket balik tu..kalau tak kena bayar lagi kang. Masa aku nak balik tu dah separuh kot jalan, patah balik ke Perhentian Besar sebab nak ambik orang, pastu pergi ke Long Beach pulak...tapi tak apelah sebab aku bukan nak rushing sangat. Sampai Jeti lebih kurang dalam pukul 1PM macam tu. Lepas tu aku call abg parking tu...dah ambik kete semua, kereta aku dah macam hape!! macam lori sampah dah..sebab kawasan parking tu dia pasir laut..mungkin angin ke ape kan..Teruk benoo rupe!


Water Taxi

Next destination----Penarik(Makan ICT),K.Terengganu(Masjid Kristal,P.Payang),Kuantan(Makan,Rehat).


KL-K.Besut-Penarik-K.Tganu-Kuantan-Temerloh-Kuala Gandah-KL(8H7M)

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...