Thursday 24 January 2013

Penyelidik Tegar

Bali Trip ( April 2013)


Untuk statement yang berterus terangnya..ini adalah kali pertama aku kan akan ke luar dari Malaysia..walaupun dulu pernah pergi Singapore..tapi masa tu kecik lagi..aku pun dah tak ingat macam mana dan tak ada perasaan langsung masa kat sana..pada aku sama je..:) sekarang bila dah kenal dunia dan menikmati erti kehidupan(Poyo!) barulah boleh enjoy-enjoy pergi jalan...

Sebelum pergi bali ni..aku banyak mengoogle dan meYAHOO! tempat-tempat manarik dekat sana, dan rata-ratanya blogger semua pergi tempat yang sama..dalam list dah tersenarailah tempat-tempat berkenaan, cumanya nak pergi dengan Pak Supir atau bawa kereta sendiri..memanglah jimat kalau bawa sendiri lantaklah nak pergi mana pun..tapi......Erm macam-macam dalam fikiran, Lesen nak apply yang international dah RM 150.00 (setahun) sewa kereta kat sana memang murah kalau dibandingkan dengan kat sini..tapi ada aku baca kat sana jalannya tak macam kat sini,pemandu dia pun tak macam pemandu sini..erm..fikir lagi..

Barang Murah

Ni perkara yang paling aku tekankan...nak cari barang-barang murah yang menjadi tempat orang tempatan membeli belah...mana nak cari? google punya google kawan aku dah mendapat idea untuk fokus pada blog orang-orang indon lah kan..orang tempatan..jadi kami telah menjumpainya...dalam senarai akan ke bundle dan pasar senen di mana tempat tu tengah malam hingga subuh akan menjadi tempat untuk menjual kuih muih dan bila malam akan bertukar menjadi tempat menjual barang-barang bundle..wah! sangat tak sabar..apa yang dengar bundle dia 3 baju= RM 5..ganas betol! murah gile! nanti aku akan ke sana...

Pasar Senen

Giant..carefour

Dalam senarai jugak kami akan ke giant dan carefour mereka sebab dah bukak katelog..harga memang kaw2 murah...memang gile sekejap..
Giant Jakarta

Jakarta - Bandung

Pada mulanya aku dah bercadang nak ke bandung dari Jakarta naik train..sebab terpengaruh dengan blog-blog dan cerita-cerita blogger yang dah ke sana..memang tak dinafikan barang kat sana memang murah..tapi bila fikir-fikir balik..aku ni bukan jenis branded pun! asal murah..baju cap ayam pun aku pakai..memang tak berkira mana hal-hal tu asalkan sedap mata memandang sudey!..

setelah berfikir panjang..akhirnya aku tukar plan untuk jalan-jalan sekitar Jakarta sahaja..memandangkan aku mendapat info bahawa dekat Jakarta baju-bajunya lebih trendy tapi tak berjenama..dan Bandung lebih pada factory outlet dimana baju-baju dan barang-barangnya lebih ke arah jenama...lagipun aku di Jakarta hanya 3H 2M sahaja...

Bali 

Untuk di Bali aku memang nak masa yang panjang...sebab terpegaruh dengan cerita-cerita orang yang tak habis-habis..kata Bali best sampai Artis-artis Hollywood pun cuti kat sana jadi aku pun nak jugak...untuk bali aku pilih untuk menghabiskan masa selama 8Hari 7Malam...ganas??memang rugi amek aku kerja..sebab suka sangat cuti!

Santekkk!

Tanah Lot Bali

Tiket

Macam biasalah tiket aku ke sana tak lain tak bukan AA masa ni aku berebut untuk promosi free seat..
aku akan bertolak dari LCCT ke Jakarta dan Jakarta ke Bali

LCCT - Jakarta

Tiket untuk 2 orang free..airport tax + fuel = RM 116.00
AA plus-plus Insure + Pick a seat + SKYB = RM 48.40
Total RM 164.60( 2 orang)

Hotel Jakarta ( Tune Hotel,Pasar Baru)

2 Malam = RM 164.03 termasuk 12 jam A/C dan 24 Jam TV...

Tune Hotel, Jakarta

Jakarta- Bali

Tiket untuk 2 orang + airport tax + fuel + AA plus-plus = RM 151.68

Hotel Bali ( Tune Hotel Legian,Bali)

7 Malam = RM 169.41...bapa agaknya satu malam ek?? haha..

1 Malam = RM 24.20 je...gile??


Tune Hotel, Legian


Bali - LCCT

Tiket untuk 2 orang + airport tax + fuel + AA plus-plus = RM 169.41

Total kehangusan duit untuk tiket dan penginapan sepanjang 10 Hari 9 Malam aku di Jakarta dan Bali
RM 819.13....banyak?? memang banyak pun 9 malam tu..ok apa..kan-kan?? nak sedapkan hati..

Apa pun aku rasa murah jugaklah kalau diikutkan lama aku kat sana nanti...erm..teruskan mengoogle..hehe

Tuesday 22 January 2013

Langkawi Part 4

Hari keempat(akhir)


Destinasi:
a)   Jom Ikan Bakar(lagi sekali)
b)   Pusing satu langkawi
c)   Mandi Manda
d)   Pasar malam Pantai Chenang

Jom Ikan Bakar

Walaupun ok2 je..datang lagi sekali sebab pilihan makanan dia banyak..nak jugak lah cuba makan benda lain..makan kenyang-kenyang pasni nak pusing satu pulau

Pusing Satu Langkawi

Memang pusing habis..kami bergerak dari Pantai Chenang menuju ke kereta Cable…lalu ikut tepi pantai je..tapi kami tak ke kereta cable memang tak nak naik pun..gayat katakan memang tak lah aku..haha

Tinggi tol

Cable car yang TAK menakutkan

Dari satu kawasan kami menuju ke kawasan yang lain pemandangan memang sangat cantik lagi-lagi kalau kita nai bukit dan berlatar kan pantai ditepi memang fuhh! Cantik betul…

Pantai yang jernih


Kami bercadang nak berenti kat Pantai Pasir Hitam..memang hitam pun pasir dia..hitam betul..tapi pantai dia memang cantik..dahla ada bot nelayan..feeling phuket la pulak..haha

Pantai Pasir Hitam


Cantik memang cantik..lepas dah ambil gambar suma..kami teruskan perjalanan lagi..kawasan kampong dan memang tak banyak jumpa kereta melainkan dekat Kuah..kuah agak ramai jugaklah tapi tak adalah padat sangat..tapi memang tenang jalan kat langkawi ni..kat sini Hon pun jarang dengar sama macam kat KK..cayalah orang langkawi..hehe

Pusing-pusing sampailah kami di kuah semula..dalam fikiran nak berenti beli goring-goreng dekat area kuah jalan ke padang matsirat/pantai chenang…kami berenti kat kedai-kedai tepi jalan tu untuk beli air kelapa(RM 1) ,goreng pisang ( RM 2) Banyak…dan cekodok pisang ( RM 2) cekodok ni 6 bijik = RM 1 ade kat KL? Mintak maap jelah..haha dahlah beso-beso cekodoknya..puas hati! Pulang ke hotel dengan hati riang…

Mandi  Manda

Seperti biasa aktiviti petang mestilah mandi manda..hari ni sangat best sebab hari akhirkan..siap ada sunset lagi..dengan kapal layar lalu pulak tu..ada omputeh tu siap belari-lari lagi nak amek gambar kapal layar dengan sunset..masa sunset tu memang ramai gile omputeh bersidai nak amek gamba aku(musnah lens camera)…sunset memang cantik kat mana-mana pun kan..jadinya aku pun layan jelah…cantik..orang sebok tangkap gambar..kawan aku sebok tangkap ikan kecik-keci yang menyorok kat bawah rumpai laut..memang bajau laut betullah ko ni!

Pasar Malam

Pasar malam dekat langkawi ini ada tiap-tiap malam..tapi berbeza tempatlah kami memang memula dah plan nak pergi tiap-tiap pasar malam tu tapi disebabkan malas..jadi kami hanya pergi masa dia buatkan pantai chenang je..iaitu jalan ke kedawang tempatnya di bohor tempoyak…kalau dari pantai chenang masuk simpang kiri selepas laman padi..orang memang ramai omputeh,omhitam semua ada..tapi pasar malam dia tak besar lah…

Apa yang menarik adalah harga makanan..murah gile..nasi lemak RM 1, burger RM 1( tapi daging potong dua la) Pasemboq RM 3, makanan yang cucuk-cucuk tu RM 1-2 satu…walaupun ramai orang luar harga tetap murah tu bagus langkawi ni…

Maklumat Pasar Malam:
Isnin - Jalan Makam Mahsuri Lama (off Ulu Melaka)
Selasa - Kedawang
Rabu - Kuah
Khamis - Bohor Tempoyak (off Pantai Cenang)
Jumaat - Padang Lalang (Near Tanjung Rhu)
Sabtu - Kuah
Ahad - Padang Matsirat (1km from Airport)


Island Hoping

Lose Hope sebab aku tak berapa sihat…hukhuk

Berangkat pulang

Memandangkan tiket aku pukul 4 PM jadi aku ada masa lagi nak jenjalan..lepas makan kami cari key chain(standart la) beli beberapa yang patut..ada satu kedai tu key chain beli 10 pecuma 1 tapi kedai tu tutup pulak ari tu..lepas beli key chain kami ke chenang mall konon-konon nak cari alovera sebab muka aku sakit gile..panas la katekan..hukhuk tapi dah habis..

Kami pun merancang nak pusing lagi sekali langkawi dengan menghalaa kea rah lain pulak..kami mebuju ke jalan porto..porto ni ada jetty kalau nak island hoping pergi dari sini la..kat sini ada resort yang diberi nama Awana Porto Malai..high class ko! Tengok dari jauh jelah..

Porto Malai
RM 2 je
Dah tengok-tengok tu kami kelaur balik sebab dah tak ada jalan dah situ..kami meruskan perjalanan ikut jalan lain lah pulak..kami jumpa port TLDM cantik betul kat situ..jalan punya jalan badan pun dah tak berapa nak kuat..kami nak lepak-lepak dekat airport je..jadi kami ke airport parking terus masuk bayar RM 2(parking airport paling murah aku pernah tau)  kami pun lepak-lepak dalam kerata..minyak ada lah sikit lagi..kalau ikutkan RM 30.00 dah cukup untuk 5hari ni..hehe

Dalam Pukul 3 aku call En.Rozaidi untuk pulangkan kunci..dia macam tak ingat je aku sapa..boleh?? siapa-siapa nak contact En.Rozaidi ( 0125927105) nama syarikat dia Jazirah Holidays sdn bhd..website pun ada jugak tapi aku tak pernah tengok macam mana

Website: Jazirah holiday 

email: jaziraholidays@yahoo.com

Selain kereta korang boleh sewa scooter feeling omputehlah..omputeh kebanyakannya akan sewa scooter..lagi murah lagi jimat..


Aku tak de kena mengena dengan org dalam gambar(Rembat Website lain)

Note: Banyak kali juga ada roadblock kat langkawi ni lebih-lebih lagi area nak ke pantai chenang aku pernah kena sekali dekat-dekat dengan go cart..dia akan tahansemua kereta termasuk scooter dan motor-motor lagi-lagi omputeh..Encik polis akan mintak lessen pastikan kalau korang tu Lesen P tolong check kereta tu ada pelekat P kalau tak nasib korang la..yang tak ada lessen tu pulak jangan nak tunjuk hero..ambik lessen dulu baru bawak keta ya..

Apa-apa pun langkawi memang menarik untuk dilawati..cantik,aman dan panas..
 

Rating:
Keseronakan: 4/5
Makanan: 4/5
Kuasa membeli: 4/5
Cuti2: 5/5
Orang tempatan: 5/5



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Langkawi Part 3

Hari Ketiga Sudah..


Destinasi:
a)    Jom Ikan Bakar
b)    Kuah(lagi sekali)
c)    Mandi Manda
d)    Cari tiket Island Hoping
e)    Nasi Lemak Makan Malam


Jom Ikan Bakar

Hari ketiga dah tak tahu nak buat apa..hajatnya nak cari kedai yang fofulor sangat  dalam blog tu namanya Jom Ikan Bakar..aku pun tak sabar nak makan kat situ(kononnya)

Cari punya cari tak jumpa..pusing jugak..pusing jugak..last-last jumpa juga masa tu orang tak ramai lagi..tapi kat sini lauk memang banyak lah..konsep layan diri(kalau korang tak nak layan diri korang sendiri..tak ada orang nak layan korang)…air free..amek jelah sendiri..ada air anggur,the dengan air apa aku tahu..aku amek air anggur..

Kuah( Lagi sekali )


Kami ke kuah sebab saja nak jalan-jalan peminat benda murah akan ke satu kedai bernama SAKAN..jadi kami ke sana untuk tengok baju dan seluar..tengok-tengok tak berapa nak ada, tapi dapatlah beli seluar satu dan baju satu..
Sebelum balik singgah HIG lagi sekali untuk cari chocolate favorite aku cote d’or..dan beli coklat yang nak expired beli satu percuma satu coklat Toblerone RM 3.90..dapat ke kat tempat korang? Tak kan?? Haha..walaupun dah nak expired..

RM 3.90 ( Dua ketul beb)

Mandi Manda

Sekali lai aktiviti petang mandi pantai..bestnya macam selalulah tak payah cakap

Tiket Island Hoping


Untuk tiket Island Hoping apa yang aku tahu paling murah adalah RM 25.00 jadinya kalau ada yang tawarkan dengan harga mahal dari tu baik tak payahlah..dekat pantai chenang ni banyak je tempat nak cari island hoping ni..rata-rata harganya RM 25.00…aku dah survey nanti nak beli..biasa dierg akan membawa korang ke 3 tempat iaitu..pulau beras basah,pulau/tasik dayang bunting dan sambil-sambil tu akan berhenti sekejap untuk tengok eagel feeding(tengok burung helang makan) dikatakan dieorg akan campak ayam ke apatah untuk menarik perhatian helang..nanti helang tu akan datang korang bolehlah ready dengan camera canggih masing-masing…

Maklumat lanjut: Mizan Yaacob ( 0124668590)
Email : tcy_traveltours@yahoo.com.my

Makan Malam.


Untuk Makan malam aku pilih untuk makan nasi lemak je..nasi lemak teloq..RM 1.50 sebungkus..dekat langkawi ni makanan tak mahal sangat.tak macam sesetengah tempat pelancongan tu bukan men lagi letak harga..lagi ramai omputeh lagi tinggi korang punya harga..tapi langkawi tetap macam tu…memang terpuji!..Nasi lemak kat langkawi ni pelik sikit aku rasa nasi dia macam dia letak rempah je..tapi tak pe.boleh makan lagi..takdelah sampai tak boleh makan..belasah ajelah..

Esoknya: Part 4

Langkawi Part 2


 Hari Kedua


Pagi-pagi lagi aku dah bagun..dan untuk hari ni…kami akan pergi ke beberapa destinasi yang kami dah pilih untuk pergi.

Destinasi:


1)    Underwater world
2)    Makam Mahsuri
3)    Kuah
4)    Dataran Helang
5)    Mandi Pantai
6)    The Zon
7)    Chenang Mall


Underwater World

Kat sini memang bestlah..ikan-ikan dan hidupan laut dia memang banyak dan meriah!..kami ke sana masa tu belum bukak lagi underwater world semangat nak masuk…kami sampai dalam 9.50AM dia bukak 10.00AM  jadinya tunggu jelah sekejap…

Dah beli tiket masuk-masuk je aka nada orang tanya korang nak ambil gambar ke tak..aku cakap tak nak..sebab nanti kena beli..sebenarnya kalau tak beli pun tak pe…tapi kalau dah ambik gamba tu..tak kan tak nak beli kan..jadi untuk mengelakkan perasaan tu baik tak payah je..haha

Aku dah tengok jadual dieorg bagi makan peguin semua jadi aku memang nak tengok sangat lah..lagipun peguin kan..bile lagi nak tengok..

Aku rasa..aku kat dalam tu kira-kira 3jam kot…tapi memang tak rasa lama..banyak benda kita boleh explore..dan tengok dari ikan besar sampailah ikan macam taik mata sume ada…

Ikan ni besar giler

Ada jugak burung-burungan
Ikan ni lagi


Itik? bukan ni la peguin

Peguin yang comel

Tiket : RM 28.00( Dewasa)
Maklumat lanjut:Underwater World


Makam Mahsuri

Dalam perjalanan untuk ke Kuah kami singgah di Makam Mahsuri..erm..apa nak komen ek? Tak payah pergilah..haha tak ada apa pun, Cuma makam,perigi yang dah di renovate rumah mahsuri..ada galeri..erm..tak payahlah..tiket dia agak mahal bagi aku untuk tempat yang macam tu.masa aku pergi tu memang tak ada orang, yang ada pun Zainal Alam( pengacara TV) aku tak tahu macam mana boleh jumpa dia kat sana..haha tapi aku biasalah kalau bukan Siti Nurhaliza aku buat tak tahu je..haha
Sebelum kelaur tu ada satu galleria mahsuri..tapi dalam tu tak boleh ambil gambar eh..ada la pedang,tombak..ada cerita dan sejarah mahsuri korang ken abaca sendiri..dan ada di satu sudut tu dia buat wayang sikit..korag boleh duduk dan tengok cerita mahsuri..yang di videokan..ok jugak.
Kat sini kami tak sampai 30 minit kot..eikeik

Tiket: RM 7.00
Maklumat lanjut:Makam Mahsuri


Makam Mahsuri

Kuah

Ikutkan jadual aku akan ke Kuah hari ketiga tapi disebabkan tak tahu mana nak pergi aku pun pergilah kuah lagipun aku nak settlekan hal bank aku…kami ke kuah..untuk cari CIMB dan seterusnya destinasi yang  paling popular adalah HIG(Haji Ismail Group) lepas pergi bank tu kiteorg ada pergi makan..makan dekat depan HIG ada dua kedai makan yang bersambug..makanan dia ok sedap jugak…lepas makan kami ke HIG kedai coklat..dia ada dua cawangan satu dekat belakang dan satu lagi dekat depan..coklat dia memanglah murah tapi kami tak nak cari coklat yang biasa..nak cari yang luar biasa sikit..haha…

Bandar Kuah
Jadinya cari punya cari jumpa coklat dari Belgium( Belgium kate ko!) aku kan suka yang murah-murah je jadinya..nak beli pun asyik ambil letak..jumpa yang murah lagi letak pulak yang mahal..haha..
Untuk hari tu kami beli coklat tak banyak total RM 30.00 je…aku beli yang murah je tuk bagi kawan-kawan( Bagi ke??) haha…yang lain kawan aku nak rasa dark coklat..beli yang beli satu percuma satu je( Dah nak expired tapi boleh makan lagi) tapi aku nk cite satu coklat yang sedap gile ni…coklat Belgium la kate kan..haha jakun bukan main..namanya Cote d’or Hazelnut..pada aku sedapnye bukan men bila gigit hazelnut tu..fuh!! rasa diawang-awangan..hazelnutnya banyak..harga RM 9.00

HIG yang fofular

Cokolat yang sedap

Gajah tu yang buat sedap

Lepas ke kedai coklat kami ke kedai HIG jual pinggan mangkuk,peralatan memasak dan juga kain-kain..mak kawan aku ni kirim beli periuk ajaib( ajaib sangat!) tapi bile tengok-tengok tak ada pun jenama IKAN…tapi aku tengok sama je..lagi besar dari jenam asal..kami pun pilih jenama HIG jelah..ajaib ke tak aku tak tahu la…untuk periuk ajaib HIG(36 CM) harganya RM 80.00.. murahlah kalau dibandingkan dengan yang lain..sama je kot fungsi dia..

Dataran Helang

Dah alang-alang sampai kuah kami terus ke Dataran Lang..tapi memandu kat situ hati-hati sikit sebab ada Encik Polis jaga..pastikan korang masuk simpang yang betul..kalau terlepas simpang dataran tu confirm korang akan jumpa Encik Polis tu..siap tahan aku lagi tanya..minat betul Encik Polis kat aku kalau aku ngah bercuti..

Dataran lang ni kami hanya berenti singgah je untuk ambil gambar…sebab masa tu panas terik..dahla aku ni jenisnya putih melepak(melepak sangat!) memang tak bolehlah nak panas lama-lama..makin bertambahlah warna tu kan..jadinya siap-siap ambil gambar.kami pun menuju semula ke Pantai Chenang…



Helang


Mandi Manda

Disebabkan kami dah tak tertahan dengan pantai pukul 4 lebih kami dah turun untuk mandi manda best gile air dia..bersih, tapi yang tak bestnya banyak umang-umang..asyik terpijak umah umang-umang je dahlah tajam..abeh kaki..sakit jiwa kalau tercucuk  menatang tu..huhu..kena hati-hati lah kalau nak mandi kat situ..tapi bestnya buka main. Hari ni tak ada sunset sebab mendung…siap hujan lagi petang-petang tu.jadi semua naik darat kami pun naik jugaklah..

The zon

Dalam bilik memang bosan sikit..sebab TV pun astro tak de..yang dapat pun TV2,TV3 je..memang tahap bosanlah..wifi pun tak ada kena turun lobby..tapi malam-malam memang ramai omputeh men tenet kat situ..jadi orang tak berapa puteh malas nak join sekali, kami pun terus berjalan menuju The Zon(Duty Free) dalam ni ada jugak jual coklat rata-rata harganya hamper sama..Ada jugak jual Pefume..dan baju-baju..Belek-belek apa yang patut beli sehelai baju..yang lain tu cuci mata je..The Zon tutup pukul 9PM..kami pun keluar masa tu dah nak tutup dah..huhu

 Chenang Mall

Kami jalan lagi melepasi beberapa buah kedai di jalanan(Hamboi! Macam novel) memang hey pening kat chenang ni malam-malam dengan asap ikan bakarnya..dengan orang jual Laksa guna lori dari siang tadi aku Nampak abang tu jual laksa..sampai kemalam..tak tahulah sedap ke tak haha
Chenang Mall ni Ada 2 tingkat je tak silap aku..pusing-pusing masuk kat tempat perfume..perfume dia lagi murah dari The Zon ada discount katanya..ori tak ori aku tak tahu..haha lepas pusing-pusing tu kami pun balik ke hotel..
Aku rembat dari website lain


Esok : Part 3

Langkawi Part 1

Langkawi ( 5 Hari 4 Malam)


Langkawi adalah destinasi berikutnya disebabkan masa tu aku berebut-rebut(lagi sekali) untuk mendapatkan tiket free seat yang tak berapa free dari AA…kali ni agak tenang dan bersabar untuk membeli tiket..jadinya hasil yang aku dapat adalah…free seat( lagi sekali…) walaupun nama free seat tapi biaselah orang niaga…free macam mana sgt kan..tapi kalau nk diiuktkan harga dan masa tu..aku boleh katakana ianya berbaloi jugak la..positif-positif…

Awan Nano

Dah nak sampai

Flight tiket

Dah dinyatakan di atas( cewah) aku dapat free seat..jdnya aku cume perlu membayar airport tax dengan minyak jelah…termasuk plus-plus AA insure return , SKYB( KL sentral-LCCT dan balik semula) semua sekali adalah RM 140.80(Dua orang) ok..murah dah tu kalau nak naik bas aku tak tahu harga berapa..tapi lamalah dengan kena naik feri pulak pastu..ni sampai-sampai je dah ada dekat bumi Mahsuri…hehe..perjalanan 1 jam je tak lama..

Lupa Peak A seat

Walaupun dah pandai sikit..tapi yang tak pandai tu banyak lagi rupanya..haha aku terlupa nak pilih seat lah pulak…dahla beberapa hari sebelum pergi tu aku baru perasan..alamak satu kerja pulak aku nak tempah seat..nasib baik boleh add on..untuk seat pergi balik RM 24.00 jadi untuk total aku ke langkawi harga yang perlu aku bayar untuk tiket adalah RM 164.80(Dua orang), dalam RM 82.40(seorang)..ok? ok lah kan…pergi balik tu..

Kereta Sewa

Aku memang akan sewa kereta kalau kat mana-mana sebabnya senang nak bergerak…untuk sewa kereta disebabkan aku pergi Low season seperti biasa jadi..tak perlu risau sangat sebernya..tapi aku tak tahu gambaran sebenar macam mana nak sewa kereta dekat sana nanti jadi aku pun mulalah SMS bos-bos kereta sewa disana dan ada yang balas dan ada yang buat tak reti je…
Seperti biasa aku nak yang murah..jadi kereta pun mestilah tak berapa besar..dalam kata lain kereta paling kecik dan jimat minyak tulah dia kereta sewa idaman aku..haha lepas tanya-tanya aku setuju untuk sewa kereta Kancil( Manual) RM 50/Hari….

Untuk pengetahuan korang sebenarnya tak perlu korang nak call atau SMS kereta sewa ni kalau pergi Low season sebabnya dekat sana nanti ramai orang yang akan tawarkan korang kereta sewa yang lebih UUUmmpphh! Lagi dari kereta yang korang fikir..contohnya aku..dah tempah awal-awal dan kena bayar deposit pulak tu..sampai-sampai sana tunggu dekat 20minit orang tu tak sampai-sampai boleh pulak main bagi-bagi aku kat kawan dia pulak..kire macam dia ni orang tengahlah..dalam tunggu-tunggu tu ramai jugak pakcik-pakcik dan abang-abang kereta sewa yang tegur aku(Cantik ke?) semestinya TIDAK! Haha..dieorang nak tawarkan aku kereta la…VIVA(RM 50/hari) ada tu siap MYVI(Limited edition lg) RM 50/hari..huhu..kesedihan mula melanda..

Jadi untuk korang yang pergi low season tu tak payah pening fikir pasal kereta sewa..memang ramai orang kat sana..kereta dah siap bersusun-susun kat parking airport tu..korang bgtau je nak kereta apa..harga boleh bincang kot..

Tunggu-tunggu..siap ada sorang pakcik tu risau aku kena tipu lagi..dia minta no.telefon orang yang deal tu..dan dia telefonkan untuk aku..tak lama lepas tu datanglah kawan kepada orang itu..dah siap bayar semua..dia bawa pergi tempat kereta..nasib kereta baru lagi…oklah..tayar ok! Minyak pun ada lagi dalam RM10.00..jadinya penjelajahan kami pun bermula..

Isi Minyak

Biasalah kalau kereta sewa minyak memang tak berapa nak ada..jadi aku kena isi minyak dulu..destinasi pertama adalah Petrol station..untuk jalan di langkawi ni..aku boleh kategorikan senang nak ingat dan tak perlu risau..pusing-pusing situ jugak…tak sesat Cuma mungkin jalannya jauh sikit kalau korang salah masuk simpang…Station minyak terdekat adalah Jalan untuk ke Padang Matsirat tak berapa jauh sangatlah dari airport dalam 10-15min je…station petronas..

Peta

Peta ni korang boleh dapatkan secara percuma dekat airport kaunter pelancongan kot..ada dekat pintu keluar airport tu..dekat-dekat dengan depature hall…pilih je mana korang nak..

Hotel

Aku memilih untuk duduk dekat pantai Chenang kali ni disebabkan masa dulu aku pergi dengan family aku..family aku asyik duduk kat pecan kuah je…huhu jadinya kali ni aku nak cuba duduk tepi pantai pulak..untuk bermandi manda..jadi pilihan aku adalah Mali Perdana…aku booking guna booking.com…
Mali perdana ni dekat betul dengan pantai…yang paling tak disangka Mali ni jugak dekat dengan The zon..underwater world..dan juga McD…kiranya sangat baguslah hotel yang aku piliih ni..harganya RM 95.00/malam

The Zon
Tu Dia..Mali..Mali

Reception,Tempat Men tenet dan Ambil air

Katil dia

Hari Pertama

Untuk hari pertama..lepas check in tu..aku tak buat apa-apa sebab dah lapar..aku mula jalan-jalan untuk cari makan..sambil-sambil cari selipar sebab tak bawak selipar lah pulak..
Sambil-sambil cari selipar(peruntukan RM 5.00) dapat jugaklah aku tengok-tengok kawasan pantai chenang yang rata-rata pelancongnya adalah omputeh..feeling-feeling bali lah pulak..

Jalan punya jalan jumpalah aku dengan selipar keras(RM 5.00) satu..oklah tu..pakai lama-lama lembut lah dia..haha..makan pun tak susah nak cari tapi kalau siang tu agak susah jugaklah sebab kedai-kedai makan semua beroperasi petang dalam pukul 6PM macam tu dan malam memang hey pening! Lah kat sini kan..

Dalam pukul 6PM macam tu aku turun untuk tengok-tengok pantai…cantik pantai dia banyak jugaklah sotong-sotong bersidai kat tepi..ada sotong salai,ada sotong bakar..haha tapi nasib baik dekat kawasan Mali tu tak ada tempat nak bersidai..jadinya diaorg akan bersidai jauh sikit dari kawasan tu..

Lautnya hijau je..cantik dan tak berombak sangat..tapi tak adalah crystal clear ke apa..Cuma boleh dikategorikan sebagai jernih dan cantiklah…

Bila aku tengok-tengok tepi Mali Perdana ni rupanya banyak gile hotel..kira-kira 20M ke 50M macam tu ada satu hotel..padat gile..kalau korang tak booking hotel pun tak pe..tapi jangan lah masa cuti sekolah atau masa peak korang tak booking tak pasal-pasal buat khemah tepi laut kang..aku tengok ada hotel yang ala-ala chelat , ada yang ala-ala rumah murah pun ada(rumah 3 pintu)..yang ala-ala chelat tu best je aku tengok sebab boleh lepak-lepak kat anjung rumah dan boleh sidai baju kat luar..nama hotel ni Green
Hill..hotel yang macam rumah murah tu nama apa ek..tak ingat tapi ada Mali-mali juga la..Tanjung Mali kot..tak ingat!

Maklumat Lanjut: Mali Perdana atau Booking.com(Mali Perdana) atau Mali Perdana(Agoda.com)

Esoknya : Part 2

Booking Online

Booking Online


Kali ni aku nak kongsikan perbezaan dan macam mana nak booking online supaya apa yang korang nak tu korang akan puas hati..Layak ke aku nak kongsi dengan korang ni??(bolehlah..)

Kalau diikutkan banyak website-website yang ada dekat alam maya ni untuk korang pilih untuk korang booking bilik hotel-hotel dari hotel budget sampailah hotel 5 bintang dan berbintang-bintang..dari Malaysia sampailah ke benua-benua yang ada atas muka bumi ni…

Tapi yang paling popular dan menjadi kesukaan ramai adalah:-

Booking.com : Booking.com
Asiarooms:Asiarooms
Agoda : Agoda
Expedia :Expedia
Wotif : Wotif
Trivago : Trivago


Apa beza website-website ni?  

Sebenarnya tak banyak beza..kerja dieorg sama je..menyediakan perkhidmatan untuk korang memilih hotel yang korang mahukan..atau pun sebagai bahan rujukan untuk harga bagi sesebuah hotel..

Jadi perbezaannya?

Perbezaannya adalah..ada yang booking tanpa bayaran(hanya authorize credit card) korang sahaja dan  ada yang booking dan terus buat bayaran…


Mana yang lebih bagus?


Sebenarnya dua-dua ada pro and conts..kalau korang rasa tak berapa yakin nak duduk kat satu-satu hotel atau korang was-was nak pergi ke tak satu-satu tempat tu..korang bolehlah booking tanpa bayaran..sebab korang boleh cancelled dan booking hotel lain kalau korang rasa hotel lain lebih bagus dari hotel tu..tapi kena ingat tengok sama ada dieorg ada kenakan cancellation fee tak kalau ada..alert dengan tarikh tu..sblum tarikh yang ditetapkan korang bolehlah nk cancelled atau  adjust mana yang patut…tapi kalau korang dah malas nk fikir banyak baik korang booking dan terus buat bayaran je.

Update: Sekarang ni Agoda, Expedia dengan booking.com tengah berlawan nak ade benefits, contohnya travel credit, bonus dan points. Lagi banyak korang duduk lagi banyak korang boleh jimat.

Harga?

Ok..yang ni ada sedikit kekeliruan sebenarnya..kalau korang nak pastikan betul-betul murah, kenalah korang check betul-betul harga yang dieorg tulis tu termasuk tax ke tak..lagi satu kalau yang booking tanpa bayaran tu..biasanya harga yang dieorg tulis tak termasuk tax..dan bayaran adalah semasa check in..jadi harga dalam website tu kadang-kadang murah tapi bila sampai hotel dieorg minta harga lain sebab??sebabnya korang tak baca betul-betul..include tax atau x..kalau booking terus bayar tu..hal korang dengan website tu..kalau website tu murah dan hotel mahal…korang untungla..jadi apa-apa pun check la betul-betul..


Website mana yang booking tanpa bayaran?

Website yang booking tanpa bayaran adalah booking.com dan asiarooms..untuk agoda,expedia dan wotif mereka terus ambil bayaran masa booking online dan kebanyakan yang aku jumpa harga yang guest bayar lebih murah dari harga bilik kat hotel tu..sangat-sangat jimat.


Selamat ke booking tanpa bayaran?

Selamat…biasanyalah kalau hotel aku keje tu dia akan hold sampai pukul 6PM..dan kalau Peak season pihak hotel akan telepon guest untuk confirm kan sama ada guest tu akan datang atau tak..jadi kalau isi form untuk booking tu tolonglah tulis no.telepon korang ya..senang kalau pihak hotel nak telefon..kalau korang akan datang lewat boleh inform dengan menelefon atau isi pada ruangan request dalam form masa buat booking tu..barulah booking korang tu tak akan di delete..begitu sahaja..

 Kalau booking dan bayar tapi nak cancelled macam mana?

Itu korang kena tengok pada cancellation policy pihak mereka lah..biasa dieorg akan tetapkan tarikh-tarikh tertentu dan akan tertera semua tu dalam korang punya confirmation voucher…ada juga yang tak kenakan sebarang penalty kalau korang cancel


Mana nak tau hotel tu bagus?

Kalau Korang nak tau hotel tu bagus atau tak..korang boleh baca reviews dari guest yang pernah duduk hotel berkenaan..baca betul-betul sebelum booking,kalau banyak komen negative baiknya tak payahlah..dengan tengok pada rating pun boleh juga..kalau rasa malas nak baca komen..

Trivago.com


Ok..Trivago ni aku tengok iklan masa nk tengok Youtube..macam best je kan..aku pun try pergi website die..dan baru je update hari ni (10/05/2014) kat post ni...apa yang aku faham die macam satu website yang akan bagi korang harga termurah dan dieorg sendiri akan compare kan harga untuk korang..dan akan bagi korang harga terendah antara website2 tu..contohnya Hotel Y dari agoda RM 50.00,Booking.com RM 60, Expedia RM 65... jadi korang tak payahlah susah2 nk check kat expedia pastu agoda ke ape..sangat senang kan?? boleh try tgk kat link kat atas...

Note: pastikan korang dapat confirmation dan print confirmation tu selepas buat booking, kalau tak dapat terus hubungi dieorg jangan hubungi hotel sebab dieorg pun kadang-kadang tak dapat booking dari pihak berkenaan…apa yang aku tahu proses dia lebih kurang macam ni..


Korang booking--->pihak website tu akan bg confirmation pada korang biasanya via email--->pihak berkenaan akan hantar booking pada hotel--->pihak hotel akan buat booking.

** Paling elok korang kena check jugak dekat Website Hotel tu sendiri.. sebab kadang-kadang harga dieorg yang sebenar lagi murah. 

**agoda sekarang dah boleh booking dulu bayar kemudia..tapi untuk promosi2 tertentu sahaja...tak semua. Tapi tetap kena verify credit card jugak

Aku tengok banyak sangat kes ter book bilik lepas tu tak sampai berapa minit nak cancel. Sebelum korang book bacalah dulu eh, aku rasa website tu dah paling ringkas dah tu tulis cancellation fee berapa, no refund, free cancellation. Tapi macam tulah orang Malaysia ni memang malas betul nak baca. Jadi tolonglah eh..tengok betul-betul dulu sebelum booked, kalau korang rasa ragu-ragu atau pun tak pasti korang book jelah yang free cancellation atau cari hotel yg free cancellation. Jangan nanti dah book lepas tu baru sedar..dah nak cancel kene fee dah putih biji mata. Tu duit korang..jadi fikir-fikir lah eh...




Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Cameron Highlands

Cameron Highlands (2 Hari 1 Malam)



Perjalanan ke Cameron kali macam rancang tak rancang je sebab ikut kawan balik kampong dia di Kelantan..memandangkan ini bukan kali pertama memandu  ke Kelantan(selalunya baca signboard je Cameron) macam best je kalau naik atas..tapi jiwa rasa tu belum kuat nak singgah.

Map cameron
Kali ni nak menghabiskan baki-baki cuti dalam perjalanan Kelantan ke KL.. aku awal-awal dah ajak kawan aku tu singgah Cameron memandangkan dia pun tak pernah pergi Cameron dan memandangkan dia seorg pencinta tegar alam semulajadi..jadinya sesuai sangatlah kami ke sana.

Betolak dari Kelantan pun dah agak lewat..kira-kira jam 2PM..dalam keadaan mendung-mendung tu..aku bersiap sedia mental dan fizikal nak menekan minyak kereta yang tak berapa gagah nak panjat gunung ganang yang tinggi melangit tu..dalam hati ade jgk meragui Mak Bara aku ni boleh ke..panjat Cameron..nama je Mak Bara tapi..ermmm…yang ado! 

Kami menggunakan jalan dari Gua Musang Kelantan untuk ke Cameron..jalannya agak besar dan memang jadi kegemaran aku jalan-jalan besar ni..sebabnya kalau Mak Bara semput..tak delah menyusahkan Ferrari kat belakang aku nak potong kan..relax lorong kiri je..siap lambai-lambai.

Aku yang merah tengah-tengah
Dalam perjalanan tu..nampak gayanya macam nak hujan..lagi la suspen aku dibuatnya..hujan-hujan kalau jalan rata tak pe..ni naik bukit,turun bukit..memang menguji tahap kecekapan pemanduan betullah.Apa-apa pun aku selamat sampai ke Brinchang dan kami teruskan perjalanan ke tanah rata..

Mendung-Hujan-Jalan Licin-Takoot!

Hotel

Pekara pertama yang aku kena buat adalah mencari tempat untuk bermalam..untuk malam ni. Tapi tak delah risau sangat sebab aku pergi pun hari biasa dan bukan cuti sekolah kiranya waktu-waktu orang tak ramai dengan kata lainnya Low season la..dekat Cameron ni tak susah nak cari Hotel..bersepah-sepah ada..Brinchang..Tanah Rata memang tempat tumpuan dan di situ memang tak susah nak cari hotel..pusing punya pusing ada la hotel murah..tapi aku tak berkenan sangat sebab aku tak nampak lobi( Oh ya! Aku ada  kepercayaan sikit pasal hotel budget ni) nanti aku akan kongsikan kat korang..

Planters Hotel Tanah rata
Pencarian hotel pun bermula..kawan aku ni jenis tak kisah.. apa-apa jelah asal ade tempat tido..jadi keputusan semua kat aku..tapi mata aku sudah tangkap satu hotel cun..tepi jalan dekat Tanah Rata daaa..memang cun hotel tu..konsep dia memang cantiklah..

Setelah bertanya-tanya dengan kaunter staff disitu..aku setuju untuk tinggakat situ.. Hotelnya bersih..bilik besar gabak!..

Masuk-masuk kawan aku komplen..hotel mahal tak ada Air cond??? Kipas pun tak de??? Aku dah risau dah..macam manalah ni..tapi bila kami buka tingkap woooo! Segar gilleesss udaranya, sejuk…memang A lah!..

Hotel Rm 150.00(Termasuk Sarapan)

Yang best dekat hotel ni..macam ada pangkin dekat tingkap yang membolehkan kita duduk-duduk tengok alam semesta..tapi aku tak taula.pihak hotel buat saja-saja je ke atau memang suruh org lepak kat situ..tapi memang bestlah! Aku rasa malam tu kesejukan dia dalam 12°C sebab A/C pun paling sejuk 16°C ni kira lagi sejuk dari A/C la..dah la segar udara..Aku bagi A++



Bersidai atas tu

Maklumat lanjut: Planters Hotel


Memandangkan kami sampai pun dah dekat pukul 6PM jadi..kami pilih untuk rehat sekejap dan jalan-jalan dekat sekitar Tanah Rata je..banyak juga kedai-kedai cenderamata, kedai runcit…dan banyak kedai makan disekitar situ..jadi tak ada masalah..

Tanah Rata
Malam yang sangat sejuk..
Aku tak sesangka malam dekat Cameron highland ni sejuk yang amat..dulu masa ikut rombongan sekolah siang-siang je..jadi aku tak tau malam macam mana..feeling-feeling oversea la ape lg kan..:)

Hari Kedua(Akhir)

Aku sebenarnya tak tahu nak pergi mana..nama pun singgah kan, tak delah aku beriya buat kajian terperinci pasal Cameron ni..tau sikit-sikit tu adalah..jadi setelah berbincang aku ambil keputusan untuk pergi Mardi je..sebabnya dekat sana semua ada..strawberi,sayur,Teh,pokok-pokok bunga..lagipun masa tak berapa nak ada..kenalah bijak sikit(Cewah!)

Mardi
Agak Luas jugalah Mardi ni..dia ada beberapa seksyen ikut kategori pokok dan tumbuhan..tapi yang awal-awal sekali korg akan jumpa strawberi..lah!..


Strawberi
Ada juga pokok-pokok lain yang ditanam macam bunga ros,sayur-sayur jangan cakaplah gemuk bukan main…ada 1 seksyen tu dia buat macam taman dan tanam macam-macam sayur dalam tu..salad die mak aiii! Gemuk dan segar..ada juga beberapa jenis cili kat dalam tanam tu juga…

Sayur dan Cili
Taman yang cantik

Dekat mardi ni juga ada tempat untuk membeli pokok-pokok..jangan tak tau Lavender pun ade dijual disini…kawan aku yang sangat2 minat Lavender  dah rembat satu pokok(apa-apa jelah! Turun bawah mana ko nak letak?)

Ada juga ladang Teh kat sini..ladang ke? Bolehlah tapi tak adalah besar sangat pun..tapi kira oklah…masuk satu tempat boleh tengok semua…

Tiket:RM 5.00(Dewasa),RM 3.00(Kanak-Kanak)

Maklumat lanjut:Mardi

Tempat makan

Tempat makan tak perlu risau sebab ada satu deretan kedai-kedai makan melayu di sini….pilih je nak yang mana..bereh boh!

Balik KL

Untuk balik ke KL aku ikut jelah map..tapi tak tahu pulak ada jalan yang lebih elok..kalau aku ikut Janda Baik..tapi janda tak berapa baik..aku terpaksa balik ikut jalan lama..sangat mencabar..pening aku dibuatnya dahlah sempit gila-gila jalan..kalau bertembung dengan bas..fuh! ketor lutut aku…jalan dia pun asyik rosak je..tanah runtuhlah..sana sini orang tengah betulkan jalan..makin sempitlah jalan tu..

Bila dah sampai kawasan Ringlet..jantung pun dah stabil..lega rasa..:) apa pun Cameron salah satu destinasi yang best untuk dikunjungi..kalau nak feeling-feeling sejuk tu datanglah Cameron..udara segar..aman sentosa..


Apa yang anda perlu tahu:


Pasar malam brinchang

Hey pening tak Pasar malam ni?
Pasar malam ni ada setiap hari Jumaat & Sabtu kalau tak silap aku, tapi dekat kawasan brinchang. Agak jauh jugak lah dari Tanah Rata.

Jeep Cameron Hinglands
Sepanjang perjalanan pergi dan balik memang aku banyak kali bertembung dengan Jeep ni..memang power rangers r enjin dia Nampak je buruk..tapi lajunya mak aiii! Dahla pemandu dia dah expert gile..senang ke tengok dieorg memanjat Cameron…
Power Seyy!


Banyak Tempat menarik..
Korang kena cari dan pilih tempat-tempat yang menarik disini untuk dilawati..banyak lagi tempat yang best..aku je yang tak ada masa..:( mungkin lain kali..
Cameron kamu sangat nyaman!


Maklumat lanjut: Cameron Highlands

Rating:
Keseronokan: 4.5/5
Kuasa membeli: 3/5
Cuti2: 4/5
Orang tempatan: 3/5



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Kota Kinabalu (3 Hari 2 Malam)


Apa  aku nak tulis ni Cuma cerita-cerita dan pengalaman aku pergi KK bulan 3 yang  tahun 2012. Lama dah…kira kalau mengandung tu dah siap lahir dan berjalan dah budak tu..:)

Ok..bermula sebelum aku ke KK..perancangan memang aku dah susun rapi sebab aku memang jenisnye begitu..kalau tak ada jadual ke tak tau apa nak buat kat sana memang aku serabut sikit…

Apa yang paling penting adalah:


Tiket Flight( LCCT- KK)

Tengok nama airport pun dah boleh agak..mesti tiket murah..haha..memang betul pun!

Mana la nak mampu beli tiket MAS@ tiket AirAsia(Nama manja AA) yang tak promo..tapi tak pe..mahal ke murah ke sama je…tak de nye..pramugara/ri tu nak suh org yang beli tiket murah duduk kat sayap ke ape ke kan…sampai pun same je(Ape aku heran)..asalkan aku ke KK..

Promosi yang aku dapat tu adalah tiket 0.10sen..haaaa…seposen ko! Dasat tak dasat aku berebut..waiting room..jgn nak cakaplah..naik kusut rambut tunggu..

Dah tambah-tambah semua maksud aku.. dengan nasi briyani makan dalam flight(berangan je). Tak denye aku nk makan nai briyani atas flight nuh(orang budget ciput mmg banyak alasan)


    Nasi Beriyani AA...yang sedap (agaknyelah!)
                                        
Plus-plus AA

Airasia insure oneway, Pick a seat( kena la kalau korang pegi berdua, tkt nnt kene ddk sebelah sape2  tah), SKYB( skybus dr KL Sentral – LCCT) kalau beli on9 murah skit dr beli ms korang nek bas tu)

Bayangkan org dok sebelah korang cm ni..
                                                
So dah betambah-tambahla dari seposen kepada RM 53.18(2 org) pergi sahaja…

Ape hal aku tak tempah tiket balik sekali? Haa nilah aku nk cite..sebabnya ni first time aku tempah tiket flight promo..aku pun jd tak tentu arah…dah la waiting room lg..dpt2 je..aku pun beriya-iya tempah..dahla aku baca 10 min je boleh tempah pastu dia masuk balik waiting room..tp rupenya tahap jakun aku ni mmg tahap bapak gaban….

Dia tulis kat situ 10min satu2 benda tu..cthnya nak pilih flight(10min), isi nama guest ( 10min) tapi akunye paham lain…gelabah tol r!!!

Terpaksalah aku menempah tiket balik pulak kan..kalau tak terpaksalah aku jd badang kat Gunung Kinabalu.

Tiket balikpulak same je harganya gedebak gedebuk kate ko! RM 53.18 sahaja…

Jadi jumlah tiket pergi balik untuk seorang adalah RM 53.18. Tak tau murah ke tak..tapi aku puas hati.


Kereta Sewa

Lepas buat beberapa kajian(Hamboi!) aku rasa aku nak sewa kereta memandangkan KK tak berapa besar sgt dan aku boleh pergi macam-macam tempat kalau memandu sendiri…lagipun 3 hari je..kenalah cepat dan pantas. Kalau nak naik Bas memang tak de masalah tapi masa banyak habis tunggu bas jelah..

Cari punya cari dapatlah beberapa nama dan agensi untuk dihubungi nak tanya pasal Kereta sewa…aku lebih suka SMS je dengan orang-orang ni  tapi malangnya orang-orang tu tak suka SMS dengan aku.;).banyak juga aku hantar SMS tapi yang balasnye..tak balik modal..mungkin dieorg lebih suka org telepon kot..lebih meyakinkan(Agaknya!)

Tanya punya tanya aku berkenan dengan sorang ni( berkenan ko!) senang berurusan dengan dia ni..balas SMS pun macam mulia je..so aku dah bersetuju dengan dia…harganya ok..dan tak perlu deposit..senang! Cuma nak Photostat IC dan lessen(tu pun bagi masa kat sana)

Namanya En. Zihan ( 0193679673)…aku sewa kereta Viva Manual( aku tak reti bwk kete Auto)

Harga untuk 1 hari (24jam) = RM 70.00 oklah..sedang-sedang jek..tapi En. Zihan ni memang baik orangnya.:)

Kereta yang aku nak sewa





Hotel
Ok…disebabkan ni kali pertama aku ke KK jadi aku tak tau nak tuju ke mana…dan biasanya kalau AA buat promosi adik dia pun nak buat jugak..jadinya aku ke sesawang(Sesawang la sgt) Tune hotel dan memang aku terkejut beruk ( sikit lagi nak jd beruk) ada promosi gila-gila dari Tune hotel…

Aku dapat harga untuk 2 malam ( RM12.00) bermaksud RM 6.00/ Malam. Sangat-sangat murah.

Dan seperti biasa macam abang dia jugak..lepas tambah A/C( 12jam), Tune hotel insurance, TV( 24jam) gedebak gedebuk RM 39.51 masih sangat-sangat murah( mana nak dapat toq!)

Puratanya adalah RM 19.76/ Malam…Fuh! Best gileeesss…


Note: pepandailah korang budget  nak guna TV dengan A/C supaya ianya tak merugikan korang…jangan guna sampai ada baki bila korang nak check out..rugi beb!


Jadual perjalanan..tempat-tempat nak lawat.
Yang ni korang kenalah pepandai cari, banyak sangat maklumat yang korang boleh cari kat alam bunian ni.. cari sampai  lebam!!


Menghitung Hari….duit jangan lupa bawak!



HARI PERTAMA


Cantik aje kalau dari atas


Di KK
Sampai KK..akan ada imigresen kat sana..kita kena tunjuk IC dan Encik Imgresen tu akan bagi kita satu kertas untuk membolehkan kita berjimba-jimba di kk.. aku tak tau nama ape bende tu..tapi kena simpan elok-elok sampai kita balik nanti.

Sampai je aku terus SMS(macam biasa aku lokek credit) En. Zihan..tak lama tunggu dia datang dengan Mercedes VIVA hitam nya..seperti yang dijanjikan..aku bayar semua dan bagi dia Photostat lessen & IC( seperti yang dia minta) En. Zihan bagi aku resit..dan kitaorg pun memulakan jelajah janji ditepati(wakaka) di KK…


Mercedes dah ade org sewa yang tinggal ni je...:)


Nak cari Tune hotel je dah masalah..entah mana nak tuju..tapi rupenya senang je jalan kat KK ni..sekali jalan dah boleh ingat semua(belagak la pulak,padahal 3,4 kali pusing jalan yang sama).Tune hotel KK dekat dengan shopping mall 1 Borneo..nama pun Tune hotel 1 Borneo kan..jadinye untuk kesana kena ikut jalan ke UMS(Universiti Malaysia Sabah)..kalau dah nampak UMS tu kire dah dekat la tu..

Tune hotel kat sana memang best..sebab bersambung dengan shopping mall..wah! best! Senang nak cari makan..

Ni dia Tune Hotel 1Borneo


Nilah Biliknya..tak besar tak kecik..ok BAH!



Lepas check in..rehat jap..mandi manda..dan terus ke 1 Borneo..pusing-pusing jap.. 

Hari pertama MALAM kami ke Pasar Filipina nak cari makan….ikan bakar..wah!


Pasar Filipina

Seafood sangat segar dan murah..udang,sotong tahap giant(Bukan hypermarket giant eh) tahapnye…mmg besau-besau..makan malam kami RM 45.00 (sgt2) ikan bapak gabak,udang pun gabak, dengan sotong 3 cucuk..nasi sikit je dia bagi..suh aku diet gaknya tapi yang penting puas hati…sambal pencecah dia tu memang terbbbbaaaaaiiikk bah kau!!

Lepas makan kami jalan-jalan depan pasar tu ada macam uptown la lebih kurang..ada cenderamata(boleh cedera mata korang tengok barang-barang dia)..boleh la nak beli mutiara, baju, beg-beg, key chain..

Balik dari situ..haa..korang bacalah Note kat bawah ni! Aku kena saman! Saman parking! Apa yang rajin sangat Encik polis ni..malam2 plak tu..adoila!!! Ikutkan mmg malas nak bayar,tapi memandangkan kereta sewa..aku terpaksa bayar jgk..RM 100.00(Apela nasib..) TAK OK BAH KALAU KAU!!

Note: Jangan letak kereta sebarangan macam kat KL atau tempat-tempat korang eh..malam-malam buta pun Encik-Encik polis kerja kat sana(SAMAN PARKING)..walaupun korang tak parking kat bahu jalan ke..tangan jalan ke..asal tak ada PETAK je..sah-sah korang kena saman( macam aku!) nanges beb!


HARI KEDUA

KK ni cepat terang..jadi lepas dah bersiap-siap kiteorg memulakan perjalan ke destinasi-destinasi yang telah dipersetujui…antaranya adalah( cewah)..Sebelum tu..nak cari sarapan dulu..tapi dekat bawah Tune hotel tu ada abang-abang jual kuih-kuih tempatan…sedap jugak kuihnya..(RM 1 = 3 ketul) hehe…

Destinasi:
       a)  Lok Kawi Wildlife  Park
       b)  Muzium Sabah
       c)  Gunung Kinabalu(Kekurangan budget setelah disaman)
       d)  Bandar KK
       e)  Makan dekat tepi pantai(Tanjung lipat)…syyoook!



 Lok Kawi

Kat sini lebih kurang macam zoo la..tapi kitaorg nak tgk org utan je sebenarnya..



Gajah comel

Kalau malas jalan leh naik benda ni



Ni dia idaman hati

Tiket Lok Kawi: RM 10 (dewasa) , RM 5 (Kanak-kanak)
Maklumat Lanjut: Lok Kawi Wildlife Park atau Sabah Lok Kawi


Muzium Sabah

Best jugak kat sini sebab boleh tahu suku-suku yang ada kat sabah…dan masuk-masuk je korang akan disambut dengan tulang ikan paus yang sangat-sangat besar…besar gabak!..

lepas jalan kat dalam..boleh jalan-jalan kat luar pulak..dimana ada rumah-rumah suku kaum di sabah ada kawasan yang luas dieorg bina rumah-rumah ni..korg boleh la posing-posing kat sini.kalau haus boleh ambik air kat water despenser yang disediakan


Pintu masuk Muzium

pemandangan cantik rumah-rumah suku kaum di Sabah


Tiket: RM 2.00( seorang dewasa)
Maklumat lanjut: Muzium Sabah

Note: dalam Muzium tak boleh ambil gambar..luar je boleh…


Bandar KK

Bandar KK ni macam Bandar-bandar-bandar lain kat semenanjung..untuk pengetahuan aku tak suka sangat Bandar....jdnya aku tak perduli sangat..Cuma apa yang boleh aku katakana..KK antara Bandar teraman yang pernah aku pergi…jalan pun tak sesak mana..Hon kereta memang korang jarang dengar(tak dengar langsung)..kat jalan tu Cuma bunyi enjin kereta je..sgt-sgt best bawak kereta kat sini..Cuma korang kena hati-hati dengan kenderaan yang nak masuk atau keluar simpang sebab diorg jarang bagi signal..

Tanjung Lipat (makan tepi pantai)

Balik dari Bandar kk tengok-tengok tepi jalan banyak sangat kerta berenti tepi jalan..tengok-tengok tempat makan..rasa nak cuba jgk..tempat makan ni kalau dari KK menghala ke UMS memang akan nampakla..tapi kalau siang memang tak de apa..malam je dieorg akan bukak kedai..tempat makan memang tepi laut..dan memang syoiikkkk! 



HARI AKHIR

Memandangkan flight yang aku tempah tu lewat sikit..jadinya aku masih ada masa untuk berjalan-jalan dekat KK masa hari akhir kiteorg kat sana…


 Destinasi:
      a)  Underwater UMS
      b)  Pasar pagi dondongan (Tamu Penampang)
      c)  Signal Hill Observatory Platform


Underwater UMS

Underwater ni kecik je tapi oklah..sebab tiket pun tak mahal..dapat jugak tengok ikan-ikan dan hidupan laut lain..tak banyak boleh cite..sebab tempatnye memang kecik nak dibandingkan dengan underwater world Langkawi..tengok harga tiket dah tahu..

Antara aquarium yang ada

Tulang ikan ape tak ingat

Besau ikan neh!



Tiket: RM 5.00 (Dewasa) , RM 2.00 (Kanak-kanak)
Maklumat lanjut: UMS Aquarium


Pasar Pagi Dondongan (Tamu Penampang)

Pasar pagi ni macam-macam ada jual..dari barang basah,ikan kering, tembakau, ikan hidup sampailah mesin-mesin dan barang-barang D.I.Y...nak kata kat sini murah tak juga la..biasa-biasa je harganya.

Maklumat lanjut: Tamu Penampang



Signal Signal Hill Observatory Platform

Signal hill ni nak kena mendaki tapi free je..leh bawak kereta sampai atas...nak kata tinggi tak juga..tapi bolehlah...tempatnya di bandar KK berdekatan dengan Atkinson Clock Tower..dekat dengan Balai Polis Trafik tempat aku bayar saman( aku ingat sampai bile-bila)

Pemandangan Bandar KK dari atas Bukit

Atkinson Clock Tower

 Maklumat lanjut: Signal Hill



Oklah tu je..boleh kongsi,sebelum balik sempat naik bukit..nak tengok pemandangan dari atas bukit..Bandar KK…

Pape pun..KK best. sangat aman dan permai untuk dikunjungi..orang-orangnya pun sgt baik.

Download map sabah(travel):  Map Sabah


RATING:
Keseronokan: 3/5
Makanan: 4/5
Kuasa membeli: 3/5
Cuti2: 4/5
Orang tempatan: 5/5( kecuali Encik Polis yang saman aku tu)



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...