Tuesday 22 January 2013

Langkawi Part 1

Langkawi ( 5 Hari 4 Malam)


Langkawi adalah destinasi berikutnya disebabkan masa tu aku berebut-rebut(lagi sekali) untuk mendapatkan tiket free seat yang tak berapa free dari AA…kali ni agak tenang dan bersabar untuk membeli tiket..jadinya hasil yang aku dapat adalah…free seat( lagi sekali…) walaupun nama free seat tapi biaselah orang niaga…free macam mana sgt kan..tapi kalau nk diiuktkan harga dan masa tu..aku boleh katakana ianya berbaloi jugak la..positif-positif…

Awan Nano

Dah nak sampai

Flight tiket

Dah dinyatakan di atas( cewah) aku dapat free seat..jdnya aku cume perlu membayar airport tax dengan minyak jelah…termasuk plus-plus AA insure return , SKYB( KL sentral-LCCT dan balik semula) semua sekali adalah RM 140.80(Dua orang) ok..murah dah tu kalau nak naik bas aku tak tahu harga berapa..tapi lamalah dengan kena naik feri pulak pastu..ni sampai-sampai je dah ada dekat bumi Mahsuri…hehe..perjalanan 1 jam je tak lama..

Lupa Peak A seat

Walaupun dah pandai sikit..tapi yang tak pandai tu banyak lagi rupanya..haha aku terlupa nak pilih seat lah pulak…dahla beberapa hari sebelum pergi tu aku baru perasan..alamak satu kerja pulak aku nak tempah seat..nasib baik boleh add on..untuk seat pergi balik RM 24.00 jadi untuk total aku ke langkawi harga yang perlu aku bayar untuk tiket adalah RM 164.80(Dua orang), dalam RM 82.40(seorang)..ok? ok lah kan…pergi balik tu..

Kereta Sewa

Aku memang akan sewa kereta kalau kat mana-mana sebabnya senang nak bergerak…untuk sewa kereta disebabkan aku pergi Low season seperti biasa jadi..tak perlu risau sangat sebernya..tapi aku tak tahu gambaran sebenar macam mana nak sewa kereta dekat sana nanti jadi aku pun mulalah SMS bos-bos kereta sewa disana dan ada yang balas dan ada yang buat tak reti je…
Seperti biasa aku nak yang murah..jadi kereta pun mestilah tak berapa besar..dalam kata lain kereta paling kecik dan jimat minyak tulah dia kereta sewa idaman aku..haha lepas tanya-tanya aku setuju untuk sewa kereta Kancil( Manual) RM 50/Hari….

Untuk pengetahuan korang sebenarnya tak perlu korang nak call atau SMS kereta sewa ni kalau pergi Low season sebabnya dekat sana nanti ramai orang yang akan tawarkan korang kereta sewa yang lebih UUUmmpphh! Lagi dari kereta yang korang fikir..contohnya aku..dah tempah awal-awal dan kena bayar deposit pulak tu..sampai-sampai sana tunggu dekat 20minit orang tu tak sampai-sampai boleh pulak main bagi-bagi aku kat kawan dia pulak..kire macam dia ni orang tengahlah..dalam tunggu-tunggu tu ramai jugak pakcik-pakcik dan abang-abang kereta sewa yang tegur aku(Cantik ke?) semestinya TIDAK! Haha..dieorang nak tawarkan aku kereta la…VIVA(RM 50/hari) ada tu siap MYVI(Limited edition lg) RM 50/hari..huhu..kesedihan mula melanda..

Jadi untuk korang yang pergi low season tu tak payah pening fikir pasal kereta sewa..memang ramai orang kat sana..kereta dah siap bersusun-susun kat parking airport tu..korang bgtau je nak kereta apa..harga boleh bincang kot..

Tunggu-tunggu..siap ada sorang pakcik tu risau aku kena tipu lagi..dia minta no.telefon orang yang deal tu..dan dia telefonkan untuk aku..tak lama lepas tu datanglah kawan kepada orang itu..dah siap bayar semua..dia bawa pergi tempat kereta..nasib kereta baru lagi…oklah..tayar ok! Minyak pun ada lagi dalam RM10.00..jadinya penjelajahan kami pun bermula..

Isi Minyak

Biasalah kalau kereta sewa minyak memang tak berapa nak ada..jadi aku kena isi minyak dulu..destinasi pertama adalah Petrol station..untuk jalan di langkawi ni..aku boleh kategorikan senang nak ingat dan tak perlu risau..pusing-pusing situ jugak…tak sesat Cuma mungkin jalannya jauh sikit kalau korang salah masuk simpang…Station minyak terdekat adalah Jalan untuk ke Padang Matsirat tak berapa jauh sangatlah dari airport dalam 10-15min je…station petronas..

Peta

Peta ni korang boleh dapatkan secara percuma dekat airport kaunter pelancongan kot..ada dekat pintu keluar airport tu..dekat-dekat dengan depature hall…pilih je mana korang nak..

Hotel

Aku memilih untuk duduk dekat pantai Chenang kali ni disebabkan masa dulu aku pergi dengan family aku..family aku asyik duduk kat pecan kuah je…huhu jadinya kali ni aku nak cuba duduk tepi pantai pulak..untuk bermandi manda..jadi pilihan aku adalah Mali Perdana…aku booking guna booking.com…
Mali perdana ni dekat betul dengan pantai…yang paling tak disangka Mali ni jugak dekat dengan The zon..underwater world..dan juga McD…kiranya sangat baguslah hotel yang aku piliih ni..harganya RM 95.00/malam

The Zon
Tu Dia..Mali..Mali

Reception,Tempat Men tenet dan Ambil air

Katil dia

Hari Pertama

Untuk hari pertama..lepas check in tu..aku tak buat apa-apa sebab dah lapar..aku mula jalan-jalan untuk cari makan..sambil-sambil cari selipar sebab tak bawak selipar lah pulak..
Sambil-sambil cari selipar(peruntukan RM 5.00) dapat jugaklah aku tengok-tengok kawasan pantai chenang yang rata-rata pelancongnya adalah omputeh..feeling-feeling bali lah pulak..

Jalan punya jalan jumpalah aku dengan selipar keras(RM 5.00) satu..oklah tu..pakai lama-lama lembut lah dia..haha..makan pun tak susah nak cari tapi kalau siang tu agak susah jugaklah sebab kedai-kedai makan semua beroperasi petang dalam pukul 6PM macam tu dan malam memang hey pening! Lah kat sini kan..

Dalam pukul 6PM macam tu aku turun untuk tengok-tengok pantai…cantik pantai dia banyak jugaklah sotong-sotong bersidai kat tepi..ada sotong salai,ada sotong bakar..haha tapi nasib baik dekat kawasan Mali tu tak ada tempat nak bersidai..jadinya diaorg akan bersidai jauh sikit dari kawasan tu..

Lautnya hijau je..cantik dan tak berombak sangat..tapi tak adalah crystal clear ke apa..Cuma boleh dikategorikan sebagai jernih dan cantiklah…

Bila aku tengok-tengok tepi Mali Perdana ni rupanya banyak gile hotel..kira-kira 20M ke 50M macam tu ada satu hotel..padat gile..kalau korang tak booking hotel pun tak pe..tapi jangan lah masa cuti sekolah atau masa peak korang tak booking tak pasal-pasal buat khemah tepi laut kang..aku tengok ada hotel yang ala-ala chelat , ada yang ala-ala rumah murah pun ada(rumah 3 pintu)..yang ala-ala chelat tu best je aku tengok sebab boleh lepak-lepak kat anjung rumah dan boleh sidai baju kat luar..nama hotel ni Green
Hill..hotel yang macam rumah murah tu nama apa ek..tak ingat tapi ada Mali-mali juga la..Tanjung Mali kot..tak ingat!

Maklumat Lanjut: Mali Perdana atau Booking.com(Mali Perdana) atau Mali Perdana(Agoda.com)

Esoknya : Part 2

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...