Sunday 6 September 2015

Buat Passport (Renew/Baru)



Memandangkan passport aku dah mati bulan Mac lepas, nak pergi Bali ni aku kenalah buat passport. Sebelum buat passport macam biasalah aku kena check dulu Senarai Hitam kot2 lah kan tiba-tiba dah beratur bagai nak rak dah dapat Nombor bagai tiba-tiba nama kena senarai hitam pulak. Sedey!! Dah check “ Tiada Halangan”…kirenya selamatlah aku. 

Kaunter Buka Sabtu/Ahad


Disebabkan aku dah kerja normal macam orang lain, kirenya aku dah tak boleh lah nak cuti hari biasa. Disebabkan itu jugak aku kena pilih tarikh dan waktu yang sesuai nak cari kaunter mana yang bukak nak buat passport Sabtu/Ahad ni. Lepas dah tengok-tengok mana yang patut mula-mula ingatkan Pejabat Imigresen kat Putrajaya. Rupenya start 31 January 2015 Pejabat Imigresen dekat Putrajaya tak buka eh Sabtu/Ahad jadi korang jangan nak berangan sangat nak pergi sane Sabtu / Ahad. Pejabat yang bukak untuk hari Sabtu/Ahad korang boleh rujuk jadual dekat bawah ni. Pejabat bukak 8AM-1PM je. Aku buat passport dekat Shah Alam(PKNS) tingkat 2. Aku sampai dalam pukul 7.30AM macam tu..ramai sangat orangnya. Beratur punya beratur kena ambil nombor dulu. Masa korang beratur tu akan ade orang bagi korang borang. Borang die kecik je..sikit je nak kene isi..Boleh tengok borang kat bawah ni. Jangan lupa bawa pen, sambil beratur tu boleh isi borang. Ade ruangan Tinggi kat situ, kalau korang macam tak berapa pasti tinggi korang jangan risau korang boleh ukur kat dalam nanti..dia ada sediakan tempat untuk ukur tinggi. 

Ikut situ

Pejabat Buka Sabtu/Ahad

Ini Pun Boleh juga

**Pastikan korang datang awal sebab takut korang tak dapat nombor, dia bukan macam kaunter Bank selagi bank bukak selagi tu boleh berurusan. Aku rasa untuk Sabtu/Ahad ni die akan bagi 200 je nombor, sebab macam ada sorang makcik ni die dapat nombor 4198 tak silap aku dia cakap die second last. Kalau nombor dah habis korang terpaksalah datang esok. Beratur lagi untuk dapatkan nombor. 

Beratur


Dalam 40 minit beratur macam tu baru aku dapat nombor 4108 masa tu aku tengok sekarang ni baru nombor 4014 korang bayangkan lah bape lama nak kena tunggu. Masa beratur tu untuk menambahkan efficient untuk dapat nombor, tolong sediakan Passport lama (kalau renew), IC  dengan borang yang korang dah siap isi. Kalau borang tak lengkap atau dokumen-dokumen tak lengkap korang tak akan dapat nombor. Adalah sangat merugikan, jadinya pastikan semua lengkap ya. Lagi satu untuk korang yang masih belum tukar IC baru macam aku ni, pastikan Cip IC korang tu boleh baca, kalau tak boleh baca korang dapat juga nombor tapi die akan suruh korang buat dulu IC baru gantikan IC tu dan korang kena datang balik imigresen tapi tak kisahlah nombor dah terlepas ke apa die cakap datang je. Jadi untuk tidak menyusahkan macam tu, korang kena pastikan cip tu berfungsi. Macam aku walaupun IC dah macam belacan boleh lagi baca, jadi tak ada masalahlah. 

Borang Buat Passport


Ade 3 jam aku rasa tunggu, nasib baiklah ade tempat duduk. Tengah-tengah tunggu tu tiba-tiba ada pengumuman..mesin die rosaklah pulak, kena datang esok pulak nak ambik passport..kalau ikutkan passport boleh siap dalam masa 1jam. Tapi disebabkan mesin rosak..kenalah pulak datang esok. 

Tungga Jelah


Untuk pengetahuan korang..dekat sini ada 12 kaunter..tapi kaunter 1-2 Kaunter untuk ambil passport, 3-4 Kuanter untuk Kehilangan Passport. Kaunter 5 ape eh? Tak ingat pulak aku…kaunter 6 Juruwang…kaunter 7-12 untuk renew dan buat passport baru. Nak cakap cepat proses dia tu tak delah cepat sangat dan tak adalah lambat sangat. Boleh lah…boleh bersabar lagi.

Mungkin ramai yang dah tahu sekarang ni tak perlu dah nak bawa gambar passport untuk buat passport, korang datang bawa IC dan isi borang macam yang kat atas tu je. Kalau yang untuk budak-budak bawah 12 thn..pastikan bawa Mykid die tu dengan surat beranak tak silap aku dengan Mykad Ibu Bapa. 

Peringatan


Untuk korang-korang yang macam fashionista gitu..hijab sytista ke…ape-ape yang ta ta ta kat bkg tu…jangan lah pakai tudung warna cerah. Korang kena pakai tudung gelap, tak kisahlah warna biru gelap ke..kelabu gelap ke..yang gelap-gelap lah, yang paling senang hitam yang tu memang gelap gelita. Kalau tak..korang dah berpesen nak rak tiba-tiba kena pakai tudung sarung hitam yang imigresen sediakan..5thn sorok passport beb!!. Lagi satu tak payah pakai contact lens yang berwarna warni meriah di hari raya macam tu. Nanti kena bukak. Yang lelaki pun kena pakai tshirt gelap atau pun kemeja gelap, kalau korang pakai baju 500henget pun..tapi warna cerah kene jugak sarung blazer yang disediakan, tak Nampak dah jenama uolls. Macam tu jugak dengan kanak-kanak, kena pakai baju gelap jugak. Untuk yang tak pakai tudung, masa ambik gambar kena Nampak telinga eh, tak boleh tutup-tutup telinga tu, jangan nak buat-buat rambut ala Justin Bieber ke. Lupekan jelah.

Akhirnya kena panggil jugak nombor aku, bagi semua segala ape yang di mahukan, buat pengesahan cap jari, lepas tu..tunggu duduk nak ambik gambar..jangan berangan nak macam selfie-selfie macam tu eh. Tak boleh Nampak gigi jadi tak payah berangan nak senyum lebar depan tu. Lepas dah ambil gambar, korang kena cap jari pulak(jari kanan) lepas dah siap..cepat sebenarnye. Lepas dah siap terus tunggu depan kaunter 6 untuk buat pembayaran..tunggu nama korang kena panggil lepas tu buatlah pembayaran. Sekarang ni RM200 untuk 5thn..gambar free. Jadinya oklah..murah sikit dari dulu. Lepas buat bayaran dia akan bagi resit..dan IC korang, kalau biasa korang kena tunggu 1 jam untuk ambil passport dekat kaunter 1 atau 2. Tapi sebab mesin rosak masa aku ni, jadinya aku datang esok jelah untuk ambik passport. Siap-siap semua..jom kita pulang, esok datang lagi.

** Segala maklumat lanjut korang boleh tgk link INI

Bayaran
*** Update 9 August 2016 - Immigresen akan laksanakan permohonan Passport online bulan depan(September 2016) boleh baca dekat SINI

Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK
Like FB: GedebakGedebuk

64 comments:

  1. bagus entry ni, nasib baca....kebetulan besok nk pegi PKNS Shah Alam nk buat passport ....tq admin :)

    ReplyDelete
  2. Hye.. Dia kne bawak surat beranak x?? salinan ic n salinan surat branak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye..Aniez Reds, Untuk yang umur 18thn ke atas lahir di Malaysia kecuali Sabah & Sarawak tak perlu Surat Beranak. Hanya bawa Mykad sahaja. Mykad / Surat Beranak kena bawa yang original tak perlu salinan. Tapi kalau awak lahir dekat luar ngara atau Sabah/Sarawak (Mohon kali Pertama) atau Anggota Polis atau masih bawah 18thn surat beranak memang kena bawa yang original. Terima Kasih

      Delete
  3. Bagus entri awk ni. Nk tanya, pkns dkt shah alam tu memang bukak sabtu ke? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Indra,Maksud awak Immigresen bahagian Passport kat PKNS Shah Alam ke? Kalau Immigresen bahagian Passport kat PKNS Shah Alam tu memang bukak sabtu Ahad pukul 8AM-1PM. Tapi kena datang awal untuk ambil no. takut habis.

      Delete
  4. Assalamualaikum, nak tanya betul ke tak perlu bawa gambar ukuran passport?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, nak tanya betul ke tak perlu bawa gambar ukuran passport?

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam..sorrylah lambt balas..al maklum raya. Memang tak perlu bawa gambar ukuran passport. Dia akan ambil gambar dekat situ.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam..sorrylah lambt balas..al maklum raya. Memang tak perlu bawa gambar ukuran passport. Dia akan ambil gambar dekat situ.

    ReplyDelete
  8. masih ada lagi ke? sbb sy tanya pakcik sy yg bekerja di pkns, katanya tidak boleh buat sabtu ahad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,Sy buat entry ni tahun lepas September 2015. Untuk Tahun ni sy tak pasti. FYI, Bermula Bulan depan September dah boleh apply online. Terima Kasih

      Delete
    2. Sy baru check dalam Website Immigresen, Pejabat Immigresen Di Shah Alam masih beroperasi Sabtu Ahad. Awak boleh check dekat Website Immigresen. Kalau rasa tak berapa yakin, boleh buat passport Sabtu Ahad dekat UTC,FYI, UTC bukak sampai pukul 10PM. Terima Kasih

      Delete
  9. Salam, nak tanya if passport lama (still valid) tidak bertudung dan sekarang bertudung kene renew passport ke? Also if pakai contact lens tidak berwarna boleh ke? Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,Setahu sy kalau ada perubahan pada wajah cthnya macam dalam passport tu gambar dah tak sama dengan wajah sekarang itu memang perlu renew. Kalau Pakai tudung je sy rasa tak perlu sebab muka cik tetap sama kan?hahah. Dalam syarat2 tu,dia sebut tidak dibenarkan pakai contact lens sahaja.Berwarna atau tak die tak sebut pulak..apa yang ditulis cuma tak boleh gunakan lens atau pun cermin mata.

      Delete
  10. Kalau hilang kne buat repot dlu ke..

    ReplyDelete
  11. Salam..pejabat hanya buka sabtu d ahad ye? Hr biasa xbuka? Untuk renew passport..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Buka.Hari biasa pun bukak..yg rare pejabat bukak sabtu ahad. Kalau nak renew sekarang awk boleh buat online dan nanti awk boleh ambil dekat cawangan yg berkaitan. Tapi ikut jugaklah skg ni tak semua cawangan ade. Awk boleh check dekat website immigresen.

      Delete
  12. Renew passport Kanak2 kena bawa mykid or Surat beranak or kedua2 skali? Selain Dari passport lama. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Farah, Renew Passport utk kanak-kanak, kena bawak MYkid dan surat beranak sekali. Selain dari tu Mykad Ibu/Bapa pun di perlukan dan Ibu/Bapa perlu hadir sama. Terima Kasih

      Delete
  13. Salam,untuk renew passport pki online bpe lme siap? hari ini buat besok dh boleh ambil di cawangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Hanzalah,Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
      Waktu serahan-Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya. Yang ni sy copy dari website immigresen.

      Delete
  14. Salam hye. Pkns dekat area mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aishah, PKNS Shah Alam dekat dengan SACC Mall dan juga Plaza Alam Sentral Shah Alam. Seksyen 7.

      Delete
  15. hai.. make up natural pun tak boleh ke? lukis kening ke... mascara ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..boleh rasanya kalau sikit2 tu..asal xberubah wajah dahlah.hahahaha

      Delete
  16. Klu buat online brp lame br blh pick up passport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Gazillion,Biasanya kalau mohon sebelum pukul 3PM hari bekerja akan dapat hari yang sama. Tapi kalau buat lepas pukul 3PM esoknya baru boleh ambil. Terima Kasih

      Delete
  17. info yg amat berguna, terima kasih admin.. :)

    ReplyDelete
  18. Hello hai admin..tumpang tamya..boleh ke kalau kita wakilkan sesiapa untuk ambilkan pasport kita yg da siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..Tak boleh sebab nak ambil passport tu kena pengesahan cap jari(biometrik).

      Delete
  19. Hi sy nak tanya, kalau umur anak sy dlm 5 tahun setengah tp gambar passport masa anak sy umur 2 tahun, sy kene tukar pasport baru ke walaupun pasport tak expired lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,Setahu saya kalau masa passport tu dibuat budak tu masih bayi lagi memang perlu tukar gambar tak perlu renew kalau dia dah umur 3thn keatas. Tapi memandangkan ank awk masa buat pasport tu 2thn maybe tak perlu kot. Untuk lebih lanjut mungkin boleh call Immigresen..sebab sy pun tak pasti.

      Delete
  20. salam nak tnya klau skrg pasport valid 5 tahun kan...dlm borang tu nak kna tick brapa muka surat?yg 64 ms ker?ambil borang dalam online pon boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..aah valid 5thn. Muka surat tu sy xpasti pulak..tp biar dulu xpe, Nanti boleh tanya dgn dieorg..

      Delete
  21. bagus entry ni...straight forward. xde nk merepek n acah2 kelakar.. tq admin..

    ReplyDelete
  22. Passport lama dibuat masa saya umur bawah 18 tahun, skrg saya 21 tahun. kalau nak renew, perlu bawa ibubapa atau ic diorang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Perlu..hanya yg bawah 18thn je perlu Ibu bapa.

      Delete
  23. Bgs la entry ni.. esk nk p buat pasport taon dpn nk ke EU..

    ReplyDelete
  24. Salam admin. Nk tanya , ada ke passport yg valid setahun je dan berapa harga utk passport tu ye? Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,Sekarang dah tak ada Passport Valid setahun..semuanya 5 tahun. Harga utk 13th-59thn RM200. Kalau lain2 tu boleh tengok dekat website immigresen Malaysia

      Delete
  25. salam admin.. saya punya pasport buat tahun 2012.. dah expired.. nak kena renew atau kena buat baru ja teros ya? ada beza ka hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slam Shazren, Proses dia sama je, cuma kalau awk dah pernah ade passport itu kire renew kalau buat baru maksudnya kali pertama buat passport. Kalau nak renew kena bawak passport lama tu ya. Terima kasih

      Delete
  26. Kalau saya nak tukar gambar passport boleh x camna cara2nya

    ReplyDelete
  27. Kalau saya nak tukar gambar passport boleh x camna cara2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tukar gambr tapi kalau passport belum expired kene ade alasan yg kuat, bukan boleh suka-suka tukar gambar. Awk hanya dibenarkan utk tukar gambar sbb muka dah berubah atau ade perubahan yg ketara atau utk bdk kecil yg dulu buat passport masa bayi dan sekarang mungkin dah besar sikit perlu tukar gambar. Kalau nak tukar gambar sama je mcm nak renew passport boleh try buat online dan bawa passport lama masa nak collect pasport baru atau dtg je ke mana2 kaunter imgresen bawa passport lama dan IC.

      Delete
  28. Asssalamualaikum, nak tanya macam mana nak check yg Kita dalam senaraihitam @ tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam, boleh google semak senarai hitam atau boleh check melalui website ptptn ada link utk check senarai hitam atau boleh ikut website immigresen Malaysia cari link untuk check senarai hitam. Masukkan IC dan semak. Kalau Tiada Halangan maksudnya oklah, tapi kalau die suruh pergi ke kaunter/pejabat Immigresen dan tulisan warna merah yg tu dah blacklist. Tapi kalau tiada halangan hari ni belum tentu esok lusa pun ok, senarai hitam akan dikemaskini setiap hari.

      Delete
  29. Kalau rambut dye boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Setahu sy macam tak ada dalam syarat2 ms nak buat passport tu pasal rambut berwarna. Kalau bab rambut cuma rambut tak boleh tutup muka tu je syaratnya. Sy rasa tak ada masalah sebab dekat Malaysia ni pun rambut yg original pun macam2 kaler. Dari apa yg sy baca passport perlu ditukar kalau wajah/muka berubah bukan rambut dan sebagainya. jadi tak adalah impact besar pun melainkan kalau awak dye warna lain muke awak terus jadi lain tu mmg harus difikir2 kan lah.

      Delete
  30. Assalam, kalau passport hilang then masih valid kena ada kena denda ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Yang tu sy tak pasti kene denda ke x.

      Delete
  31. Kalau rambut yang ade cat warna boleh kew buat passpor

    ReplyDelete
  32. Hai sorry, but if pasport lame dah expired but hilang...kne report polis kee untuk renew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kelly Melly, Setahu saya perlu sebab untuk renew passport kena bawa passport terakhir yang kita gunakan walaupun dah expired.

      Delete
  33. Hi nak tanya kalau ic pakai tudung tapi bila nak buat passport tak pakai tudung boleh ke?

    ReplyDelete
  34. Nk Tanya passport dah siap... Orang lain boleh tlg ambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh sebab dieorang nak thumbprint untuk serahkan passport. Jadi hanya pemilik passport je yang boleh ambil. jangan lupa bawa Mykad.

      Delete
  35. GOODNEWS INDONESIANS
    Pertama saya ingin mengatakan jika anda takut untuk berjaya anda tidak akan berjaya walaupun peluang itu datang murah dan bebas, semuanya bermula pada malam yang dingin ketika tidur di internet untuk hanya letih sehingga saya dapat tidur setelah lama hari di bank yang cuba mendapatkan pinjaman dengan rumah saya dari bank HSBC di pekanbaru untuk mereka yang mungkin tahu bank ini, saya cuba dan setelah dokumentasi saya diberitahu untuk kembali dalam masa 30 hari yang bagi saya adalah kehidupan selama-lamanya begitu pada saya pemikiran tidur mengenai tindakan saya yang seterusnya akan saya jumpa kisah tertentu bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dan pada kadar yang sangat rendah 2% dengan nama syarikat sebagai syarikat pinjaman Rossa Stanley saya bertanya-tanya apakah itu benar jadi saya probed lebih jauh dan datang di seberang seorang wanita bernama Nadia Sisworo yang memberi keterangan bagaimana dia mendapat pinjaman dengan butiran banknya semua dipaparkan supaya saya diemail dan kami bercakap, kami bercakap dan dia meminta saya menghubungi syarikat rossa ibu bahawa jika rumah saya benar dan identiti saya mungkin bernasib baik untuk mendapatkan pinjaman jadi saya diemail ibu r ossastanleyloancompany@gmail.com tentang keadaan saya dan bentuk pinjaman diberikan saya diisi dan diserahkan untuk permintaan pinjaman sebesar Rp350,000,00.00 dan selebihnya kepada Kemuliaan Allah saya mendapat pinjaman dari ibu perusahaan rossa jadi orang terkasih saya jika kamu mempunyai beban kewangan yang tulen atau ingin mengembangkan perniagaan anda tidak teragak-agak untuk bertemu dengan ibu rossa untuk mendapatkan bantuan saya yakin Rp350,000,000.00 sudah cukup untuk meninggalkan kemiskinan dan bahagia selamanya seperti saya jika anda masih meragukan yuran percuma untuk menghubungi saya di 08137449585 atau tulis saya di hadiemi64@gmail.com dan saya akan membuktikan kepada anda ibu adalah sebenar

    ReplyDelete
  36. If yg bepurdah, kena buka jgk ke admin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya setahu saya kena buka purdah, pasport perlu nampak muka penuh.

      Delete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...