Wednesday 16 September 2015

Bali (4H3M)


Part 1

Penat tak habis lagi, semangat nak tulis entry bukan main lagi. Selalunya bukan main malas lagi aku kan? Aku sepatutnya akan ke Bali 11-14hb lepas tu 15-18 akan pergi Lombok. Tapi di sebabkan aku tak dapat cuti, kawan aku bersalin pulak..tak cukup orang lah pulak jadinya bos aku bagi cuti sikit je. Nilah die risiko kalau beli tiket awal..tiket beli bulan 2 nak pergi bulan 9..tengok-tengok lepas beli tiket kawan aku pulak pregnant..sudah lah!! Aku tak sempat pulak nk bincang-bincang hold dulu (Boleh gitu?).

Tiket Promo

Masa awal-awal tu memang aku dapat tiket promo, KUL-BALI (RM 131.00) lepas tu balik kononya dari Lombok harga masa tu Cuma (RM64.00) je. Tapi tulah lepas fikir-fikir kiteorang pun terpaksalah burn kan tiket balik dari Lombok tu. Aku beli tiket semula dari Bali-Kul harga masa tu mahal sikit dari promo tapi ok lagi lah…dalam RM 191 kalau tak silap aku, lepas beli tu tiap-tiap hari aku check kot-kot lah kan harga turun..saje nk sedapkan hati sendiri. Tapi nasib baiklah harga tiket makin naik je ,legaaa aku.

 Hotel dan Supir

Bab-bab cari hotel ni aku serah kan dekat orang yang sangat-sangat rajin..die tolong carikan hotel ape aku buat dengan kawan aku adalah review je, ok ke tak ok ke? Cari punya cari punya cari..nampak tak berapa banyak cari tu? Banyak jugak lah kiteorang booked lepas tu cancelled. Yang penting bagi no. kad yang tak ada duit. Janganlah bagi kad kredit korang memang dia charge nanti yang tu aku tak nak masuk campur eh. Last sekali pilihan terakhir adalah Odua Ozz Hotel Kuta Bali. Korang boleh tengok review dekat agoda, booking.com atau tripadvisor memang review dia terbaik lah!! Jadinya tak perlu di ragukan lagi..boleh lah booked, mula-mula tengok website dia memang mahal juga hotel ni. 125USD,150USD mak datokk!! Mahalnye…tapi tengok dekat agoda ada lah discount jadi RM100++ je..lepas tu aku cari website lain pulak, tengok dekat expedia harga dia semalam RM99.71/Malam. Total untuk 3 malam adalah RM361.92 termasuk tax. Aku akan review hotel ni nanti…banyak sikit boleh cite kan.

Dua tingkat je Hotel ni


Untuk supir pulak kawan aku bagi nombor sape lagikan kalau bukan Pak Isme..popular sangat Pak Isme kat blog. Kalau siapa-siapa nak gunakan Pak Isme senang je korang boleh whatapps No. Pak Isme +6281338614174 korang bolehlah tanya harga, tanye itinenary korang, Pak Isme ni tak ada ambik deposit. Tapi korang kenalah betul-betul jangan main-main, mentang-mentang orang tu tak ambik deposit ikut suke korang je kan nk cancelled last minit ke ape. Lepas dah berpuas hati dengan harga dengan segala-galanya, aku confirmkan dengan Pak Isme..bagi details flight dengan bagi nama hotel sebab aku ambik airport transfer jugak dengan Pak Isme, aku rasa murah lah Pak Isme ni berbanding dengan yang lain. Untuk Airport transfer ke Hotel Odua Ozz tu Rp50,000 (≈RM15.00), tour sehari die charge Rp350,000(≈RM104.20) kiteorang ambik 2 hari tour dengan airport transfer pergi balik. Total semua Rp800,000(≈RM238.18) Bayar masa last day die hantar kat airport tu. Jadinye korang tak payahlah risau Pak Supir lari ke ape, aku boleh cakap kat sini ni antara jujur dengan jujur lah. Janji pun janji mulut je, jadinya korang kenalah jujur..jangan cakap nak 2 hari tiba-tiba esok dah lain pulak. Memang nak kene luku je pala tu.


Swimming Pool



KUL-DPS

Sebelum pergi tu tiap-tiap hari tanda Kalander..lagi sebulan lagi 3 minggu,2minggu semingu sehari. Count down..lama dah tak jalan weh!!! Gatal kaki,tgn..muke semua nak berjalan ni. Akhirnye sampai jugak waktu yang di nanti..Ganas sgt kan?? Ari jumaat tu aku kerja half day je. Rajin jugak nak keje gagahkan diri kerja, Maklumlah flight lambat.flight aku ikut hitam putih..ape yang tercetak dalam boarding pass pukul 5.55PM jadinye sempatlah lagi aku nak balik masak-masak bawak bekal ko!!! Mak-mak sangat kan??? Malam Khamis tu lepas balik kerja aku gagahkan diri masak rendang daging..pastu simpan dalam peti, esok nak masak sambal goreng pastu panas kan rendang. Jimat sikitkan..Aku bertolak dari rumah dalam pukul 3.30PM sebab dah web check in jadi tak payahlah nak bersusah payah nak pergi check in dekat sane lagi. Sampai Putrajaya sentral dalam pukul 3.50PM tak silap aku, masa tu memang sah-sahlah taka da parking kereta, penuh kot dengan kereta orang kerja. Pusing punya pusing punya pusing…dapatlah juga walaupun jauh sikit.

Putrajaya/Cyberjaya

Yang peliknye masa aku nak masuk dekat parking tu palang kat tiket tu ternaik je, kawan aku pun masuk jelah. Rupenya rosak die suruh ambil kad dekat kaunter dekat-dekat dengan kaunter tiket ERL tu. Bila aku pergi sana mintak orang tu  tanya aku bile nak balik baru ambik. Aku pun tak fikir yang kaunter tu tutup pukul 5.30PM padahal aku sampai KLIA2 nanti dah malam dh. Aku pun tak fikir panjang, terus jelah pergi..untuk pengetahuan korang harga kat sini RM4/24jam. Tunggu ERL adelah dalam 15min tak silap aku, sempat main candy crush seround dua. Sampai je KLIA2 terus naik tingkat atas..tengok-tengok…Flight delay lah pulak..dari 5.55PM delay ke 6.35PM gate Q13..aku pun tak pasti jauh ke tidak gate Q13 ni..tpai dekat KLIA2 ni ok lah sebab akan ada orang yang bantu korang kalau korang terpinga-pinga macam ala-ala blur.com tu kan, akan ada petugas yang pakai baju kebangsaan yang akan tanya korang ada apa-apa dia boleh bantu? Kalau korang ada masalah bolehlah terus tanya. Kalau masalah keluarga ke,cinta ke..tu tak termasuk dalam list die.Jangan nak drama sangat kat situ.

Mula-mula polis airport akan check boarding pass dengan passport, ikutlah dekat gate mana korang kena masuk…dia ada tulis besar gabak gate bape, lepas tu korang dah kena scan beg korang..yang ni macam biase jelah tak ketat sangat. Lepas je scan tu..ikutlah signboard gate Q…mak datuk jauh nyelah…longgar lutut aku. Terbakar lemak-lemak tepu, jalan punya jalan punya jalan,kena beratur dekat imigresen untuk check passport Cuma kalau passport Malaysia boleh pergi dekat gate ape eh name die aku tak tahulah panggil ape gate tu, korang letak jelah passport tu dekat tempat yang disediakan lepastu letak ibu jari korang untuk scan..lepas pintu dah bukak boleh lah korang keluar..lepas tu kena jalan lagi, ade 1 lagi tempat nak kene periksa, yang ni ketat sikit..kena bukak tali pinggang semua..letak HP korang mcam biasa dalam bekas yg disediakan.

Aku siap bawak rendang..sebelum aku bawa bekal tu risau jugak kot-kot lah kan tak boleh bawa makanan masak, rupenya boleh  Cuma kena pastikan makanan tu bungkus betul-betul. Aku masuk dalam  tapawe lepastu bungkus dengan plastic, kastam yang check tu siap usha bekal aku…terliur lah tu! Hahaha dah lepas semua tu, barulah kiteorang jalan lagi ke gate Q13, jauh beb!! Aku berhenti solat dulu…lepas tu terus ke gate Q13..masuk situ duduk-duduk. Tunggu sampai nak rak dari 6.35PM sampai lah 7PM barulah flight bertolak.

Bali (Airport Ngurah Rai)

Perjalanan dalam 3jam, boring campur orang sebelah aku ni..hadoi sangat2 yekk!! Boleh die hembus-hembus hingus kat tisu lepas tu buang kat bawah lantai, die ingat macam duduk kat kaki lima?? Stress lah aku weh! 3jam terseksa..dalam flight tu dieorang akan bagi korang borang declaration, siapa-siapa yang duit juta-juta, rokok ke yang banyak kene declare. Borang tu dia bagi sorang satu tapi kalau korang pergi dengan kawan-kawan ke, suami isteri..boleh pakai satu borang je, Nanti dekat borang tu ada kotak korang boleh isi berapa orang yang sama-sama dengan korang, Macam aku kawan aku isi satu je borang. Ni pun aku baru tau..kawan aku bagitau. Kalau tak sampai bila-bila aku ingat kena isi satu-satu. Kalau korang kalau tak ada pen tak pe, jangan risau nanti sebelum serah borang tu  ada tempat untuk isi borang, Boleh isi dekat situ.

Sampai je dekat airport…airport baru..masa aku pergi dulu airport lama, ni siap berkarpet bagai. Tapi lebih kurang macam KLIA2 jugak, jauh nye jalan wehhh!!! Jalan-jalan punya jalan punya jalan…sampai lah dekat imigresen dia..korang kena beratur dekat kaunter yang die tulis ASEAN passport..jangan pergi yang kat foreigner passport walaupun korang foreigner tapi jangan nak fefeeling omputeh sangat. Beratur dekat ASEAN tu. Lepas dah stamp korang punya passport…korang kena jalan lagi, untuk serahkan borang declaration tu, sebab kiteorang ade tick untuk declare makanan tu..kiteorg pun pergilah dekat Zon Merah. Tapi tak ada orang pun. Last-last kiteorgn pergi jelah Zon Hijau tempat yang tak ada declare apa-apa. KIteorg bgtau jugak pasal makanan tu..die cakap tak apa. Jadinya terus jelah bagi borang tu. Terus beratur untuk scan beg…dah selesai tu..kiteorang pun jalan keluar..mak aiiiii ramainya orang..mana supir aku ni??? Tak Nampak weh nak cari nama. Pusing 2 kali baru ternampak, tu pun kawan aku yang prasan maklumlah kan die mata ada kuasa kanta pembesar..mata aku original yang dah mula menua…hahaha.

Check in Hotel

Memang ramai sangat orang masa aku sampai tu. Aku sampai dalam pukul 10PM..tapi dari airport ke hotel tak jauh. Dalam 20min. Dah naik kereta semua…berkenalan bagai dengan supir namanya Bapak Iskandar..muda lagi. Ada bincang-bincang sikit pasal itinerary esok. Lepas dah bincang-bincang Bapak tu cakap esok tour pukul 9AM..oklah boleh rehat kejap. Sampai je hotel…check in semua ada welcome drink air guava ko!!. Staff hotel memang mantap!! Sopan santun berbudi Bahasa melayan kerenah kiteorang yang baru sampai ni, mintak iron la…mintak plug bagai. Dia ikut jelah, masa check in tu aku ada tanya jugak  breakfast halal ke tidak..staff tu cakap halal sebab owner hotel Muslim..yeay!!! I like!!
Masuk bilik…ok, bersih…air pun kuat. Mandi-mandi..solat, lepas tu makan. Lapoooo. Bateri dan nak habis dah ni, esok ada tour. Kena fully charged. Tidur dulu…

Info:

1)    Bali agak panas, lagi-lagi kalau tour yang ke Uluwatu, pantai-pantai. Jadi bolehlah bawa sunblock.
2)    Bawa air mineral sentiasa, walaupun supir akan bagi air mineral percuma tapi mungkin tak cukup.
3)    Kena bawa international plug. Kalau tak ada tak pe  boleh beli dekat sana lebih murah atau pun boleh pinjam dekat hotel.
4)    Supir Pak Isme semuanya Muslim sebab kebanyakannya dari Pulau Jawa. Mana-mana yang jawa tu boleh lah ngobrol-ngobrol.
5)    Tukar duit dekat Malaysia lebih menguntungkan buat masa sekarang sebab duit kita tengah tak stabil, aku tengok duit tukar dekat sane dalam RM310-380 = 1 juta Rp…kalau dekat Malaysia boleh jugaklah dapat RM300-308 = 1 juta Rp.


No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...