Wednesday 16 September 2015

Bali (4H3M)

Part 2

Tour Hari Pertama

1)    Ubud Area
2)    Tegallalang(Sawah padi bertingkat)
3)    Kintamani (Gunung Batur,Tasik Batur,Lunch)
4)    Bali coffee processing
5)    Tirtha Empul Temple in Tampaksiring
6)    Museum 3D
7)    Ayam Bakar wong solo

Tu dia itinerary kiteorang untuk hari kedua kat Bali ni, Nampak macam sikit kan? Tapi sampai ke malam jugak lah. Aku bangun pukul 5.30AM sebab subuh dekat sini awal. Walapun waktu dekat Bali ni sama macam dekat Malaysia tapi waktu solat dia awal sejam dari Malaysia. Dieorang ni juga cepat terang dan cepat gelap berbanding Malaysia. Contohya kalau Subuh dekat Malaysia dalam pukul 5.52AM subuh dekat sini pukul 5.03AM pukul 6.15AM dah cerah dah. Jadi tak payah mimpi sangatlah nak bangun subuh pukul 6.45AM ke kan..tu dah subuh dinasour dah tu. Zohor dekat sini pun awal dalam pukul 12.05PM, Jadinya korang boleh check lah dekat website INI untuk tengok waktu solat.

Breakfast

Lepas dah siap-siap kiteorang breakfast dulu, isi tangki bagi penuh. Breakfast dekat sini tak adalah mewah sangat. Dia biasa je..tapi dah cukuplah untuk buat kita kenyang. Ada nasi goreng, mee goreng..ayam, coco crunch,buah-buah, jus…coffee tea ade juga roti..dengan omelet. Lepas dah breakfast..tengok jam baru pukul 8.10AM sambil tunggu-tunggu B.Iskandar tu kiteorang tunggu dekat swimming pool, duduk-duduk sambil bersantai-santai like a boss tunggu supir datang jemput.(Gitu!) Tunggu punya tunggu pukul 8.45AM baru sampai sebab jammed katenye, B.Iskandar ni duduk dekat Denpasar, jauh sikit lah dari hotel. Tak apalah Pak, asalkan Bapak sampai..

Cafe+Lobby Hotel

Tegallalang

Sebenarnye tour-tour dekat Bali ni satu hari tu macam tak boleh pergi banyak tempat sangat sebab perjalanan dia tu lama. Contohnya macam dari Kuta ke Kintamani ni..perjalanan  je dah 2 jam nak smpai ke kawasan tu. Bila dah sampai tempat-tempat nya tak adalah jauh sangat dari satu tempat ke satu tempat . Mula-mula sampai tu kiteorang berenti dekat tegallalang..kawasan dia memang cantik Cuma masa kiteorg pergi tu, padi masih kecik lg..B.Iskandar cakap dalam 2 bulan bila padi dah mula besar…lagi cantik kawasan tu. Sini tak payah bayar apa-apa korang boleh turun bawah untuk ambil gambar. Ada yang suke pergi sini bila sunset sebab lagi cantic pemandangan dia. Tempat ni sebenarnya tempat orang-orang kampong tanam padi, petak sawah yang jadi bertingek-tingek ni sebenarnye jadi dengan tak sengaja sebab kawasan tu berbukit..jadi dieorang tarah-tarah tengok-tengok cantik pulak lepas tu unik..tulah yang membuatkan tempat ni menjadi tempat yang perlu dilawati dekat Bali ni.

Betingkek-Tingkek


Siapa-siapa yang berani nak turun boleh tak ada masalah, yang penting korang tak gayat..macam aku ni. Baru berdiri dekat tebing kaki dah ketar dah..lembik tak boleh gerak dah. Kalau aku turun tu..mau kene panggil Bomba suh angkat aku naik atas balik. Dekat sini ikut suka koranglah nak lama mana..kalau ikutkan Supir ni ikut je kita..die tak adalah nak bagitau kat sini berapa jam, ikut suke koranglah. 

Sannnteekkk

Bali Coffee

Lepas dah ambil gambar, kiteorang pun terus ke Bali coffee tak jauh sangat dalam 20min dah sampai dah, kawasan dia tak besar sangat tapi sejuk..sampai-sampai je ada dah pekerja situ akan datang dekat kereta korang untuk sambut korang, aku dah risau dah masa tu..rasa tak nak turun pun ada. Lepas tu mula lah die cerita semua pasal pokok-pokok dalam tu, lepas tu macam mana die proses kopi Luwak..ade jugak binatang Luwak tu. Mula-mula aku fikir mesti die mintak tips  lepas ni..sebab macam beriye sangat je ni. Lagi pun tak ada entrance fee.

Tu dia Luwaknya

Pokok Kopi

Dekat situ juga ada tempat untuk proses kopi secara tradisional. Ada tukang masak kopi..masak-masak 40min duduk situ gaul je biji kopi dah lah pakai dapur kayu..penat aku tengok. Lepas tu die akan tumbuk-tumbuk,die akan bagi korang tester 14 perisa..semua die bagi 7 jenis kopi..7 jenis teh antara yang aku ingat serai,chocolate,vanilla,ginseng, kelapa, kayu manis, halia, kalau teh pun same jugak  ade tapi ada yang pelik sikit macam teh saffron,rosella…korang boleh lah rasa. Kalau aku, aku suke kopi dengan teh ginseng..Asoo-asoo sangat kan aku?? Tapi sedap, pada akulah..kawan aku tak suke. Tekak masing-masing kan?

Insta sangat kan gamba aku?

Kopi Luwak VS kopi kampong

Masa kat sane, dia cakap kopi tu Halal..kawan aku dengan aku pun rasalah..tapi nak rasa kene bayar Rp50,000(≈RM14.80) secawan kecik je. Lepastu die bagi lah kopi kampong juga untuk bezakan, pada aku biasa je rasa die..aku pun bukan tau sangat kopi mane best.


Jemur Biji Kopi

Tempat Proses

Tadaaa dah siap

 Lepas dah rasa semua, kiteorang pun ikut lagi Mbak tu sampai pergi dekat satu macam kedai keciklah die ada jual-jual semua kopi-kopi dengan teh yang die bagi tester tu kalau korang berminat korang boleh lah beli. Sebelum balik tu, kena bayar dulu kalau korang ada minum Kopi Luwak tu. Kalau tak ada, aku rasa tak payah bayar kot. Aku pun tak pasti.

Kintamani

Lepas habis melawat Bali coffee tu, kiteorang teruskan perjalanan ke Kintamani untuk tengok Gunung Berapi Batur, Tasik dengan ada lunch buffet dekat situ. Restoran situ halal ya jangan risau, dia ada dua je restoran satu mengadap gunung berapi satu lagi mengadap hutan-hutan macam tu. Kiteorang nak yang mengadap Gunung berapi..harga memang kiteorang tak tahu bape. Main masuk jelah, blur-blur betul.

Hp camera aku tak berapa nak iphone

Sepanjang perjalanan naik ke atas tu kiri kanan banyak sangat orang tanam pokok limau manis. Sepanjang jalan tu jugaklah ada orang jual limau manis..buah salak..buah limau bali. Aku rasa nak beli, kata B.Iskandar 1kg biasa dieorg akan jual dalam harga Rp15,000-30,000(≈RM4,50-8.90) tapi kene tawarlah macam biasa. Dia cakap nanti sampai dekat atas dekat restoran tu ada orang jual minta je lah kurang Rp10,000(≈RM2.90) sampai je dekat restoran tu, masuk kena bayar entrance fees Rp35,000(≈RM10.42) harga ni untuk dua orang. Tiba-tiba datanglah makcik nak jual Limau dalam plastic bagi-bagi dekat kiteorang, mula-mula die cakap Rp30,000(≈RM8.90) aku pandang kawan aku..kawan aku pandang aku. Lepas tu dia cakap Rp15,000(≈RM4.50) aku mintak lah kurang Rp10,000(≈RM2.90). Dalam masa yang sama Orang tiket tu pulang kan duit balance bayar tiket ada pulak Rp15,000 terus je makcik tu cakap tu ada Rp15,000. Stress aku!! Kiteorang pun bayar jelah…lagipun banyak dah kereta kat belakang tu. Dah bayar..B.Iskandar cakap bagi je Rp10,000 tadi, aku rasa macam tak tergamak pulak nak buat macam tu kan? Tak apalah rezeki makcik tu…tapi limau dia, ada campur-campur yang elok dengan yang tak..jadinya kalau korang nak beli, biarlah turun dari kereta dulu..dekat luar-luar tu ada lagi orang jual limau die boleh bagi Rp10,000 satu plastik (dalam 1kg) lah macam tu.

Buffet Lunch

Masuk je dalam restoran tu harga pun tak tahu berapa kiteorang terus cari tempat duduk, memang cantiklah pemandangan, dengan udara dia segar…sejuk je. Memang terbaiklah..bila pelayan tu datang die bgtau harga sorang Rp135,000(≈RM40.20) Cuma air jelah kalau korang nak air selain dari kopi dengan teh korang kena bayar lain. Macam kawan aku die minum air orange jus, kena tambah Rp25,000(≈RM7.40) harga tu dah termasuk tax. Aku suka sate ayam die..sedap weh!! Tambah banyak kali aku..sambil tengok-tengok pemandangan. Udara die memang segar sesangat,  Gunung Berapi ni dah tak aktif sejak tahun 1970an katenye.


Pergghh!! Sedap weh

Tempat Makan
 Lepas makan tambah 4,5 pinggan sampai kenyang tahap dewa kiteorang ingat nak solat sebab die ada sediakan surau..turun bawah sampai surau tu tergamam kejap..omg!! surau campur weh!! Laki ppuan..ambik air sembahyang pun open je campur laki ppuan..cam ne pulak tu? Surau dia kecik je..laki smyang kat depan ppuan smayang kat belakang. Lepas dah bincang-bincang aku cakap kite suruh lah B.iskandar carikan surau/ Masjid yang tak campur sebab takkan lah nak bukak tudung kat situ..ambik air smayang ade laki pulak kan? Lagipun tak adalah darurat sangat..masa ada lagi. Masa aku tunggu kawan aku kat luar, adalah 3 ketul orang Malaysia ni tanya-tanya aku pasal surau campur ni..yang sorang tu kekwat nye lah..aku tengok-tengok jugak kot-kot lah kan retis ke, model muslimah ke..Juara Nona manis ke yang nak kekwat sangat tu. Tengok-tengok muke tu tak adalah popular, yang ko nak kekwat sangat dengan aku kenapa?? Tak paham aku..baru pergi Bali kot. Kalau jumpa dekat London tak tau lah hidung tinggi macam Eiffle Tower gamaknye. Lantak kolah budak..”Talk to the Hand…Loser” hahaha…ganas aku!! Cakap dalam hati je..depan surau kan.

Tirtha mpul Temple in Tampaksiring

Destinasi seterusnya adalah Tempel Empul tempat dieorang mandi-mandi..adalah air mata air yang dieorang anggap suci..aku tengok jelah. Dari Kintamani tu ke Temple Empul tu dalam 30min-40min. sampai situ kena bayar entrance fees Rp30,000(≈RM8.90) dua orang..jadi sorang dalam Rp15,000. Die akan bagi korang kain untuk ikat pingggang..kiteorang pun pakai jelah..Nampaklah piggang kiteorang yang ramping ni kan..adoii baru nak sorok.

Kaunter tiket


Baca-baca
Dekat sini banyak juga orang putih yang mandi-mandi dekat saluran air tu..adelah upacara die tu aku pun tak pasti sangat, lepas dah tengok-tengok kiteorang pun balik..laluan balik tu mencabar gile. Dah macam main game aku rasa..macam “Ke Indonesia Ke kita” nama game ni…”Kasi lepas tangan aku” ..kiteorang kena lalu dekat tempat orang jual-jual tu makcik tu agresif gile ko!!! Pegang tangan aku macam nak patah(dramatik tak?) mula-mula die panggil lepas tu die pgang lengan aku lepas tu die cengkam..cengkam..cengkam..waduh2!!! sakit amaaat bukk!!!! Tapi dieorang memang macam paksa-paksa lah, kalau die setakat cakap suruh tengok mungkin kiteorang akan tengoklah tapi ni siap paksa-paksa dari nak tengok aku rasa macam nak lari pecut je.

Mas tu siap posing

TPQ Ar-Rahman

Aku tak pasti ni surau ke Masjid, tapi die dekat area Kuta..B.Iskandar tu cakap dekat kawasan Kintamani tu memang tak ada surau sangat lepas tu semuanya campur yang ada pun dekat Kuta sebab kawasan situ banyak Hindu..sampai surau/Masjid tu kiteorang pun solat-solat..Kiteorang pun terus ke Museum 3D…last destinasion untuk hari ni sebelum nak charge balik bateri yang dah nak merah ni.

Museum 3D

Sampai Museum tu dalam pukul 6PM tak silap aku dah nak gelap, museum tu buka sampai pukul 10PM jadinya lama lagilah..sebelum tu kite beli tiket dulu..entrance fees  Rp110,000(≈RM32.70) sorang. Dekat sini korang tak boleh tipu nak jadi orang indon eh sebab kalau ngaku indon die nak KTP..ade ke?? Tak ada bayar je Rp110,000. Masuk-masuk tu kena bukak kasut die akan masukkan dalam beg dan akan bagi korang nombor simpan nombor tu untuk ambil balik kasut korang..masuk-masuk tu..teruja aku. Cantik lukisan die weh!! Banyak pulak tu..bukan main lagi aku ambik gambooo…sampai tak larat dah nk bergambar. Dalam sejam macam tu aku pun keluar..dah penat sangat. Kawan aku tu bateri die dah merah dah..muke dh tak secantik Anzalna dah..penat katenya.

3D Museum
Ho Ho Ho

Cantik kan?

Susu segar

 Ayam Bakar Wong Solo

Balik tu singgah bungkus je..Set Ayam bakar ada nasi, tempe, tauhu..sambal terung. Aku minum air teh ais limau kawan aku minum ais limau..harga total termasuk tax Rp80,300(≈RM23.90). Balik tu singgah beli soket..sebab soket yang aku ade tu kene ade smbungan kat belakang lagi.. bende ni murah je Rp5,000(≈RM1.50).



Ayam Bakar Wong Solo

Sampai hotel dalam pukul 8.30PM penat sangat-sangat, lepas mandi solat..kiteorang makan..sedap Ayam bakar ni, Cuma ayam die kecik..apa yang aku perasan ayam kat sini kecik-kecik je. Tapi sambal die memang perghh!!! Meleleh air mata..sedap weh!! Lepas dah kenyang, rehat-rehat jelah. Tunggu esok pulak..charge bateri..tet tet tet…ultraman dah kehabisan tenaga.

Info:

1)    Plat kereta dekat Bali ada 3 jenis warna, Kuning, hitam dengan Merah. Kalau kuning biasanya untuk kenderaan angkutan umum contohnya macam Lori,van yang bawa penumpang dan barang. Hitam-untuk angkutan persendirian..macam kereta peribadi..atau pun ada juga kereta yang bawa penumpang tapi plat die warna hitam Yang tu die kena dafta lepas tu ada bende kecik kene letak dekat plat kereta tu. Last sekali wana Merah- merah ni untuk kereta kerajaan.

2)    Sekolah dekat sane cuti sekali je seminggu iaitu hari Ahad. Nasib sekolah kat Malaysia..cuti 2 hari.

3)    Kalau korang tengok dekat sane pakaian tradisional dieorang ade ikat kain dekat pinggang..macam-macam warna korang akan nampak. Tapi sebenarnya warna tu boleh je warna apa-apa pun. Warna tu tak ada maksud apa-apa pun..tapi biasanya warna kuning. Tapi kalau acara keagamaan dieorang akan pakai baju putih…kalau kematian memang kene pakai baju hitam.

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...