Wednesday 19 April 2017

HOT Posts

Nampak tak aku dah tak ada modal nak buat entry?  Saje je nak share dekat korang info pasal blog aku ni. Post pertama aku pasal KK tahun 2013 sejak tu blog aku bolehlah dikatakan ade juga orang nak view dan dari entry pertama aku pada 22/01/2013 kira-kira 4 tahun lepas blog aku ni dah di review sebanyak 259,182 kali..boleh tahan lah. Tak ada lah hot sangat kan?? hahahah

10 Entry aku paling HOT dengan viewernya sekali..


1) Ke KLIA2 ----- 47,975
2) Senarai Hitam PTPTN -----  41,035
3) Buat Passport (Renew/Baru) -----  18,588
4) Booking Online ----- 16,344
5) Mana Nak Top Up Touch n Go ----- 15,307
6) Tukar Hak Milik Kereta(Dah Habis Bayar) ----7,784
7) Krabi ---- 7,698
8) Watson Card Touch n Go --- 7,032
9) Hotel Di Pulau Perhentian (Perhentian Kecil) --- 5,562
10) Hotel Di Pulau Perhentian (Perhentian Besar) --- 2.581

Ape pun aku berharap agar semua entry-entry aku ni bagi korang manfaat lah harapnye..Terima kasih yang dah view dan baca blog aku yang tak seberapa ni. Cewah!! macam menang anugerah..hahaha

Q & A Senarai Hitam PTPTN

Memang dah banyak sangat dah orang tanya itu ini pasal blacklist PTPTN ni, maklumlah setiap hari ada je yang kena blacklist. Biasa memang kite tak akan peduli sampai lah waktu kita nak buat sesuatu yang melibatkan senarai hitam ni. Paling banyak bila nak keluar negara. Masa tu lah baru nak check nama clear ke tak. Bila dah check dan nama dah blacklist memang lah gelabah kan? Dalam entry aku sebelum ni memang banyak komen pasal PTPTN ni dan kebanyakannya soalan sama. Walaupun soalan sama aku cubalah jugak nak jawab walaupun dah 10 kali jawab soalan sama.  Sini aku senaraikan soalan-soalan yang selalu sangat orang tanya dan memudahkan korang untuk tau jawapan on the spot. Kadang-kadang aku lambat sikit nak jawab. Kalau soalan korang tak ada dekat bawah ni dan nak jawapan cepat silalah DM aku dekat Instagram Gedebakgedebuk. Sejak aku post Senarai Hitam tu memang tu entry paling HOT and Spicy macam ayam goreng Mc D..sejak post ari tu dah 41035 Views dan 252 komen aku jawab yang duplicate soalan tu jangan cakaplah.

1.Berapa kerap senarai hitam akan di update?
- Setiap hari. Hari ni korang clear esok belum tentu. Selagi korang ada tunggakan nama korang ada potensi untuk disenarai hitamkan.

2.Nama saya ok lagi dekat Database PTPTN tapi immigresen dah blacklist, saya lepas ke keluar negara?
-TIDAK. Database PTPTN hanya untuk memaklumkan nama anda dah tunggu masa je nak disenarai hitamkan ataupun kadang-kadang nama tak ada pun database untuk disenarai hitamkan tapi dekat immigresen dah MERAH, itu tandanya nama anda memang dah blacklist dan TIDAK BOLEH keluar negara.

3.Macam mana nak tahu jumlah tunggakan?
-Korang boleh call Careline PTPTN atau boleh check email yang korang gunakan dulu-dulu masa apply PTPTN. Biasanya PTPTN akan hantar email tunggakan setiap bulan atau sekarang boleh check dekat website PTPTN.(Semak Penyata PTPTN)

4.Saya tak ada cash macam mana nak bayar tunggakan?
-Selain cash boleh guna Credit Card atau pun boleh keluarkan KWSP (akaun 2). KWSP ambil masa 2minggu untuk proses, kalau korang nak cepat boleh berunding dengan PTPTN.

5.Berapa kerap boleh keluarkan KWSP akaun 2?
-Selagi dalam tu ade duit, ko nak keluarkan sampai orang KWSP muntah hijau pun tak apa. Tak ada limit bape kali..syarat die asal dalam tu ada duit.

6.Kalau dah senarai hitam PTPTN ni boleh tak ke Sabah dan Sarawak?
-Mengikut hasil carian aku, ada 1 blog yang macam menyakinkan sikitlah kenyataan die tu apa yang die tulis adalah boleh ke Sabah dan Sarawak sebab masih dalam Malaysia, cuma nanti bila dekat immigresen nama korang memang akan naik dalam senarai hitam tapi biasanya immigresen akan inform pasal senarai hitam tu dah nasihat suruh settlekan je. Tapi ikut jugak kalau masa tu die tengah malas nak cakap die tak de nak nasihat nye..ikut suka kolah!! Malas aku nak layan katenye.

7. Berapa banyak nak bayar untuk clearkan nama?
- Yang ni memang korang kene bincang dengan Pegawai PTPTN. Kalau dengan aku ni mana lah aku tau sangat, biasanya dieorang minta untuk bayar habis lah semua tunggakan tapi kalau korang dah tak ada duit sangat korang boleh lah bincang berapa yang korang mampu untuk buat bayaran dan biasanya dieorang akan bagi option untuk bayar 50% atau 25% dari tunggakan.

8.Lepas dah clear nama macam mana nak maintain nama tak blacklist?
-Buatlah penstrukturan semula, siapa yang belum tukar Ujrah tukarlah Ujrah dan buat penstrukturan semula. Tapi untuk buat penstrukturan semula korang kene bayar 50% dari jumlah tunggakan barulah boleh proses penstruktruan semula bayaran. Apa pun aku cadangkan call PTPTN nak sembang banyak pergi je kaunter.

9.Tukar Ujrah susah nak buat pinjaman bank?
-Kalau korang dah tukar Ujrah dan korang tak buat bayaran ikut amount dan tarikh yang ditetapkan nama korang akan masuk dalam CCRIS dan sebab tu lah korang susah nak buat pinjaman lain. Bukan sebab tukar Ujrah tapi sebab korang sendiri yang culas buat pembayaran.

10. Dah buat potongan gaji tapi tetap ada tunggakan?
- Buat potongan gaji ni proses dia lama jugak, makan masa 3 bulan jugaklah sebelum majikan potong gaji kita. Jadi sementara nak tunggu majikan buat potongan gaji tu selama 3 bulan korang kena bayar manual/bayar sendiri. Kalau tak bayar akan ade tunggakan dan jangan korang ingat bila dah ptong gaji die akan coverkan bulan2 yang korang tak bayar tu. Tak eh!! tunggakan akan terus jadi tunggakan melainkan korang bayar lebih bulan tu baru lah die akan potong tunggakan tu. Potongan gaji akan cover untuk bulan tersebut sahaja bukan tunggakan.

11. Saya tak habis belajar boleh bayar guna KWSP?
- Tak Boleh. Hanya pelajar yang tamat belajar sahaja dibenarkan membuat bayaran guna KWSP. Kalau nak guna KWSP mak bapak korang bolehlah..hahaha

12.Boleh renew passport ke kalau Blacklist?
- TIDAK boleh.

13. Dah sampai KLIA baru tau kena blacklist macam mana nak buat? 
- Kaunter PTPTN dah di buka 24jam (Isnin-Ahad) dekat KLIA2. Level 3A berdepan dengan Restoran mamak, korang bolehlah berunding apa yang patut dekat situ.

14. Siapa yang boleh buat pengeluaran KWSP akaun 2 untuk pembayaran PTPTN/Pendididkan?
- Ahli sendiri/Diri sendiri atau pun Ibu Bapa bayar untuk anak kandung/anak angkat/Anak tiri. Anak ikan Tak Boleh!!

15. Syarat lain untuk keluarkan KWSP? 
- Tarikh belajar pun masalah jugak ni, sebab ada yang nak keluarkan KWSP akaun 2 tapi tak boleh sebab tahun mula belajar tu tak kene dengan syarat. Kalau untuk pengeluaran diri sendiri  untuk Diploma dan ke atas tarikh kuat kuasa 2 Jan 2001. Jadi kalau korang belajar tahun 2000 tak boleh lah ya.
**Update terbaru dari PTPTN (5 Julai 2017) mengikut portal Berita Harian, KWSP dah mansuhkan syarat kuat kuasa mula tanda tangan perjanjian. Bermaksudnya bermula dari 21 Julai 2017 semua peminjam boleh membuat pembayaran guna akaun 2 KWSP tak kira lah korang belajar tahun 2000 ke bawah ke mcm mana. Sila rujuk PORTAL BH 

16. Ringkaskan cara nak selesaikan tunggakan PTPTN dan clearkan nama dari Blacklist? 
- 1) Check Tunggakan-Website/Email/Call PTPTN
  2) Call PTPTN/Careline PTPTN atau pergi kaunter PTPTN - Buat Rundingan
  3) Bayar ikut jumlah yang telah dipersetujui - Clear Nama Blacklist
  4) Buat penstrukturan semula bayaran - Nak buat Penstrukturan kena bayar 50% atau 25% dari tunggakan.
       Lepas buat penstrukturan semula amount tunggakan akan jadi 0.
5) Apply Direct debit atau potongan gaji. - Ambil masa(Biasa 3 bulan) untuk proses sementara
     tunggu kene potong gaji, tolong buat bayaran seperti biasa dulu.
6) Kalau tak nak buat Direct debit/potong gaji bayar ikut amount yang ditetapkan dan tepat pada
    tarikh yang sepatutnye untuk elakkan nama masuk CCRIS (susah nak buat pinjaman lain).
7) Selalu check penyata walaupun dah buat potogan gaji/Direct debit sebab takut bayaran tak masuk
    dalam penyata untuk elakkan tunggakan.


17. Saya dah pernah buat penstrukturan semula tapi sejak beberapa bulan ni saya ada masalah dan tak boleh buat bayaran ikut amount yang ditetapkan macam mana? 
- Boleh call balik PTPTN atau Pergi ke kaunter PTPTN untuk buat rundingan semula,  buat penstrukturan  sekali lagi dengan syarat perlu bayar tunggakan dulu 50%(kalau ada tunggakan) baru boleh buat penstrukturan semula. Penstrukturan kali pertama FREE, tapi kalau untuk kali kedua caj dikenakan RM50,Kali ketiga RM100, Kali keempat RM150 dan untuk kali kelima dan seterusnya RM200.

18.Nak call Careline tapi takut kene kecam dengan Pegawai PTPTN?
- Mana ada istilah kene kecam. Kalau korang nak settle kan PTPTN kenalah berhubung dengan dieoorang kalau tak sampai bongkok tiga pun tak akan settle hutang PTPTN korang. Tak kan nak tunggu meninggal kire settle kot.


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...