Wednesday 19 April 2017

Q & A Senarai Hitam PTPTN

Memang dah banyak sangat dah orang tanya itu ini pasal blacklist PTPTN ni, maklumlah setiap hari ada je yang kena blacklist. Biasa memang kite tak akan peduli sampai lah waktu kita nak buat sesuatu yang melibatkan senarai hitam ni. Paling banyak bila nak keluar negara. Masa tu lah baru nak check nama clear ke tak. Bila dah check dan nama dah blacklist memang lah gelabah kan? Dalam entry aku sebelum ni memang banyak komen pasal PTPTN ni dan kebanyakannya soalan sama. Walaupun soalan sama aku cubalah jugak nak jawab walaupun dah 10 kali jawab soalan sama.  Sini aku senaraikan soalan-soalan yang selalu sangat orang tanya dan memudahkan korang untuk tau jawapan on the spot. Kadang-kadang aku lambat sikit nak jawab. Kalau soalan korang tak ada dekat bawah ni dan nak jawapan cepat silalah DM aku dekat Instagram Gedebakgedebuk. Sejak aku post Senarai Hitam tu memang tu entry paling HOT and Spicy macam ayam goreng Mc D..sejak post ari tu dah 41035 Views dan 252 komen aku jawab yang duplicate soalan tu jangan cakaplah.

1.Berapa kerap senarai hitam akan di update?
- Setiap hari. Hari ni korang clear esok belum tentu. Selagi korang ada tunggakan nama korang ada potensi untuk disenarai hitamkan.

2.Nama saya ok lagi dekat Database PTPTN tapi immigresen dah blacklist, saya lepas ke keluar negara?
-TIDAK. Database PTPTN hanya untuk memaklumkan nama anda dah tunggu masa je nak disenarai hitamkan ataupun kadang-kadang nama tak ada pun database untuk disenarai hitamkan tapi dekat immigresen dah MERAH, itu tandanya nama anda memang dah blacklist dan TIDAK BOLEH keluar negara.

3.Macam mana nak tahu jumlah tunggakan?
-Korang boleh call Careline PTPTN atau boleh check email yang korang gunakan dulu-dulu masa apply PTPTN. Biasanya PTPTN akan hantar email tunggakan setiap bulan atau sekarang boleh check dekat website PTPTN.(Semak Penyata PTPTN)

4.Saya tak ada cash macam mana nak bayar tunggakan?
-Selain cash boleh guna Credit Card atau pun boleh keluarkan KWSP (akaun 2). KWSP ambil masa 2minggu untuk proses, kalau korang nak cepat boleh berunding dengan PTPTN.

5.Berapa kerap boleh keluarkan KWSP akaun 2?
-Selagi dalam tu ade duit, ko nak keluarkan sampai orang KWSP muntah hijau pun tak apa. Tak ada limit bape kali..syarat die asal dalam tu ada duit.

6.Kalau dah senarai hitam PTPTN ni boleh tak ke Sabah dan Sarawak?
-Mengikut hasil carian aku, ada 1 blog yang macam menyakinkan sikitlah kenyataan die tu apa yang die tulis adalah boleh ke Sabah dan Sarawak sebab masih dalam Malaysia, cuma nanti bila dekat immigresen nama korang memang akan naik dalam senarai hitam tapi biasanya immigresen akan inform pasal senarai hitam tu dah nasihat suruh settlekan je. Tapi ikut jugak kalau masa tu die tengah malas nak cakap die tak de nak nasihat nye..ikut suka kolah!! Malas aku nak layan katenye.

7. Berapa banyak nak bayar untuk clearkan nama?
- Yang ni memang korang kene bincang dengan Pegawai PTPTN. Kalau dengan aku ni mana lah aku tau sangat, biasanya dieorang minta untuk bayar habis lah semua tunggakan tapi kalau korang dah tak ada duit sangat korang boleh lah bincang berapa yang korang mampu untuk buat bayaran dan biasanya dieorang akan bagi option untuk bayar 50% atau 25% dari tunggakan.

8.Lepas dah clear nama macam mana nak maintain nama tak blacklist?
-Buatlah penstrukturan semula, siapa yang belum tukar Ujrah tukarlah Ujrah dan buat penstrukturan semula. Tapi untuk buat penstrukturan semula korang kene bayar 50% dari jumlah tunggakan barulah boleh proses penstruktruan semula bayaran. Apa pun aku cadangkan call PTPTN nak sembang banyak pergi je kaunter.

9.Tukar Ujrah susah nak buat pinjaman bank?
-Kalau korang dah tukar Ujrah dan korang tak buat bayaran ikut amount dan tarikh yang ditetapkan nama korang akan masuk dalam CCRIS dan sebab tu lah korang susah nak buat pinjaman lain. Bukan sebab tukar Ujrah tapi sebab korang sendiri yang culas buat pembayaran.

10. Dah buat potongan gaji tapi tetap ada tunggakan?
- Buat potongan gaji ni proses dia lama jugak, makan masa 3 bulan jugaklah sebelum majikan potong gaji kita. Jadi sementara nak tunggu majikan buat potongan gaji tu selama 3 bulan korang kena bayar manual/bayar sendiri. Kalau tak bayar akan ade tunggakan dan jangan korang ingat bila dah ptong gaji die akan coverkan bulan2 yang korang tak bayar tu. Tak eh!! tunggakan akan terus jadi tunggakan melainkan korang bayar lebih bulan tu baru lah die akan potong tunggakan tu. Potongan gaji akan cover untuk bulan tersebut sahaja bukan tunggakan.

11. Saya tak habis belajar boleh bayar guna KWSP?
- Tak Boleh. Hanya pelajar yang tamat belajar sahaja dibenarkan membuat bayaran guna KWSP. Kalau nak guna KWSP mak bapak korang bolehlah..hahaha

12.Boleh renew passport ke kalau Blacklist?
- TIDAK boleh.

13. Dah sampai KLIA baru tau kena blacklist macam mana nak buat? 
- Kaunter PTPTN dah di buka 24jam (Isnin-Ahad) dekat KLIA2. Level 3A berdepan dengan Restoran mamak, korang bolehlah berunding apa yang patut dekat situ.

14. Siapa yang boleh buat pengeluaran KWSP akaun 2 untuk pembayaran PTPTN/Pendididkan?
- Ahli sendiri/Diri sendiri atau pun Ibu Bapa bayar untuk anak kandung/anak angkat/Anak tiri. Anak ikan Tak Boleh!!

15. Syarat lain untuk keluarkan KWSP? 
- Tarikh belajar pun masalah jugak ni, sebab ada yang nak keluarkan KWSP akaun 2 tapi tak boleh sebab tahun mula belajar tu tak kene dengan syarat. Kalau untuk pengeluaran diri sendiri  untuk Diploma dan ke atas tarikh kuat kuasa 2 Jan 2001. Jadi kalau korang belajar tahun 2000 tak boleh lah ya.
**Update terbaru dari PTPTN (5 Julai 2017) mengikut portal Berita Harian, KWSP dah mansuhkan syarat kuat kuasa mula tanda tangan perjanjian. Bermaksudnya bermula dari 21 Julai 2017 semua peminjam boleh membuat pembayaran guna akaun 2 KWSP tak kira lah korang belajar tahun 2000 ke bawah ke mcm mana. Sila rujuk PORTAL BH 

16. Ringkaskan cara nak selesaikan tunggakan PTPTN dan clearkan nama dari Blacklist? 
- 1) Check Tunggakan-Website/Email/Call PTPTN
  2) Call PTPTN/Careline PTPTN atau pergi kaunter PTPTN - Buat Rundingan
  3) Bayar ikut jumlah yang telah dipersetujui - Clear Nama Blacklist
  4) Buat penstrukturan semula bayaran - Nak buat Penstrukturan kena bayar 50% atau 25% dari tunggakan.
       Lepas buat penstrukturan semula amount tunggakan akan jadi 0.
5) Apply Direct debit atau potongan gaji. - Ambil masa(Biasa 3 bulan) untuk proses sementara
     tunggu kene potong gaji, tolong buat bayaran seperti biasa dulu.
6) Kalau tak nak buat Direct debit/potong gaji bayar ikut amount yang ditetapkan dan tepat pada
    tarikh yang sepatutnye untuk elakkan nama masuk CCRIS (susah nak buat pinjaman lain).
7) Selalu check penyata walaupun dah buat potogan gaji/Direct debit sebab takut bayaran tak masuk
    dalam penyata untuk elakkan tunggakan.


17. Saya dah pernah buat penstrukturan semula tapi sejak beberapa bulan ni saya ada masalah dan tak boleh buat bayaran ikut amount yang ditetapkan macam mana? 
- Boleh call balik PTPTN atau Pergi ke kaunter PTPTN untuk buat rundingan semula,  buat penstrukturan  sekali lagi dengan syarat perlu bayar tunggakan dulu 50%(kalau ada tunggakan) baru boleh buat penstrukturan semula. Penstrukturan kali pertama FREE, tapi kalau untuk kali kedua caj dikenakan RM50,Kali ketiga RM100, Kali keempat RM150 dan untuk kali kelima dan seterusnya RM200.

18.Nak call Careline tapi takut kene kecam dengan Pegawai PTPTN?
- Mana ada istilah kene kecam. Kalau korang nak settle kan PTPTN kenalah berhubung dengan dieoorang kalau tak sampai bongkok tiga pun tak akan settle hutang PTPTN korang. Tak kan nak tunggu meninggal kire settle kot.


50 comments:

  1. Akhirnya...
    Ada jugak orang yang compile soalan-soalan tentang PTPTN ni. Memeang berguna dan bernas. Kalaupun bukan kenyataan dari PTPN sendiri, tapi kalau kita search merata dalam internet, inilah guide kepada masalah blacklist dan hutang PTPTN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azwan..sebenarnye soalan sama ulang2..tu yg buat Q&A ni..

      Delete
  2. Mungkin soalan ni baru bagi tuan.
    Saya masih lagi ada baki satu semester ijazah. Tapi ptptn sudah hntr amount tunggakan sy dari diploma sya. Ijazah sya dapat biasiswa. Jadi mcm mna sya nak bayar sedangkan pengajian saya belum tamat lagi?
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hallo gabban_jidan, Perkara ni terjadi sebab awk tak beritahu PTPTN yg awk sambung belajar,seharusnya awk kene pergi dan maklumkan yang awk sambung belajar lagi dan isi borang untuk tangguhkan bayaran untuk Diploma. PTPTN pun bukan tahu yang kita ni sambung belajar lagi ke atau dah kerja lagipun awk tak pinjam dgn dieorg dah. Jadi skg ni apa yang awk boleh buat adalah pergi ke PTPTN atau pun call careline PTPTN untuk berbincang. Kalau pergi kaunter tu bawa sekali document atau apa2 sahaja bukti yang awk ni tgh belajar lagi. Dari saya tindakan selanjutnya akan diambil. Terima Kasih

      Delete
    2. hello gaban dan gedebak.sebenarnya xda point pun buat penangguhan bayaran ptptn diploma kalau smbung degree.tunggakan tetap jalan lps 6 bulan habis pngajian diploma.jadi kesimpulannya tetap akan ada tunggakan.cara trbaik?save lah duit ptptn tu utk byrn 25%/50% utk pnstrukturan semula nnt.apa2 soalan psl mau settle ptptn boleh email sy.evenezerjustinus@gmail.com.tolong menolong amalan muliaaa :)))

      Delete
  3. Salam..sy nk tny, kalau nk buat pinjaman bank boleh ke kalau blacklist imigresen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kalau dah kene blacklist immigresen bermaksud awk ada tunggakan. Tapi saya tak pasti nama awk dah masuk dalam CCRIS atau belum, Cara terbaik adalah awk pergi ke Bank Negara kalau awk sekitar KL atau lembah Klang tapi kalau awk dkt Negeri lain boleh search cara nak check CCRIS. Awak print report tu dan tengok record CCRIS awk. Pinjaman Bank ni bukan tengk pd PTPTN sahaja tapi byk lagi yg lain contohnya macam Credit card dan pinjaman2 lain. Terima Kasih

      Delete
  4. hi,nk tnya..sy dkt srwak nk limpas brunei.tapi blaclist imigresen sbb ptptn.dapat ke tu?sy guna passport biru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,secara logiknya tak boleh sebab dah masuk negara lain. Kalau dalam Malaysia sahaja boleh. Keluar negara memang tak boleh.

      Delete
  5. Saya dah settle ptptn saya awal bulan ni..dengan menggunakan akaun 2 kwsp..siap dapat diskaun lagi kalau lumpsum..bayar hutang tu tanggungjawab kita..pandai pinjam pandai bayar.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Vivian, Tahniah dah hbs byr..ya betul tu sy setuju

      Delete
  6. Slm nk tnya if blacklist boleh memohon untk buat pasport dulu x. Then bru settlekn hal tunggakan. Buat psport dlu, trip lmbt lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kalau blacklist memang tak boleh buat passport. Kena cleark nama blacklist dulu baru boleh apply utk buat passport. Terima Kasih

      Delete
  7. Macam mana kalau blacklist bank, adakah lepas untuk saya ke sarawak? Saya ada pinjaman bank yg tertunggak lame. Boleh ke saya nk ke sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kamal, Sy rasa sama je kot sebab masih dalam Malaysia. Melainkan awk kene blacklist masuk mana-mana negeri dalam Malaysia. hahaha

      Delete
  8. Hai , nak tanya .. Ada sorg kawan nama dah blacklist ptptn .. Tahun ni dia plan nak amik foundation kat sbuah university . Agak2 dia dpt masuk tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Setahu sy dapat masuk ke tak dapat masuk U tak ada kene mengene dengan PTPTN blacklist. Cuma nak buat pinjaman pendidikan tu mungkin lah ade masalah sikit tapi itu pun sy tak pasti. Cuma pasal soalan awk dapat masuk U ke tak tu..memang tak ada kene mengene dengan blacklist.

      Delete
  9. salam. nak tanya kalau sudah memulakan bayaran ptptn secara bulanan. masih blacklist untuk ke luar negara ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sikasutpink, selagi awk ade tunggakan selagi tu lah nama awk ade potensi utk disenaraihitamkan. Kalau awk buat bayaran bulanan tapi tunggakan lama tu awk tak settle macam sy cakap tunggakan akan terus jadi tunggakan...bayaran bulanan tu akan cover bulan yg awk bayar tu je. Jadi ape awk perlu buat, awk semak online penyata awk.,kalau ade tunggakan sy sarankan awk call PTPTN dan settle kan tunggakan tu.

      Kalau tiada tunggakan dan awk buat bayaran bulanan ikut amount yg ditetapkan dan tarikh ygditetapkan memang selamatlah. Tapi kalau awk cuma buat bayaran bulanan dan tunggakan lepas2 tu awk tak settle, tunggakan tetap akan jadi tunggakan. Terima Kasih.

      Delete
  10. Salam, nak tanya, kalau sy dah bayar lebih kurg 70% guna kwsp, tapi ada balance sikit sy bayar secara ansuran bulanan, adakah nama saya masih blacklist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Awak perlu berhubung dengan pegawai PTPTN untuk clearkan nama dari blacklist, walaupun awak dah bayar 70% tapi masih ade balance tunggakan dan kalau awak tak nak call PTPTN dan berharap nama clear dari blacklist awk perlu bayar ansuran balance tunggakan + amount bulanan yang sepatutnya awk bayar untuk 6 bulan tanpa gagal barulah nama awak clear dari blacklist. Nasihat sy baik awak call ptptn dan beritahu yg awak dah buat bayaran 70% tunggakan dan mereka boleh tlg clearkan nama awak dari blacklist dan mereka akan advise yg terbaik utk awk..tak perlu face to face dah sekrang ni call je. Terima kasih

      Delete
  11. Salam..nak tanya, sy nak clearkan blacklist ptptn..ada limit tak berapa jumlah yg perlu ada dlm akaun 2 kwsp utk urusan ptptn? Sy pernah kerja dulu 2-3 bulan sblm msuk U jd akaun 2 sy ciput sgt la 😅..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sy rasa tak ade limit. selagi ade duit dalm akaun 2 tu awk boleh keluarkan utk byr PTPTN. Tapi utk nak dpt jawapan yg tepat bolehlah tanya KWSP sebab sy pun x berapa pasti berapa min amount yg kene ade dlm akaun 2 tu.

      Delete
  12. Salam,

    Saya nak tanya, bulan 5 ni saya nk ke luar negara tapi saya ada tunggakkan PTPTN dan nama dah blacklist CCRIS.

    Kalau saya bayar sedikit dahulu utk clearkan nama blacklist dan buat pembayaran bulanan, boleh ke saya ke luar negara pada bulan 5 ini? Mohon Pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Maaf sy tak tahu kenapa tak dapt notification utk soalan ni.

      Delete
  13. Hi . Kalau sya cuma berhutang ptptn 7k mcm tu if pegi luar negara boleh lepas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Sekarang ni setahu sy kerajaan baru dah hapuskan blacklist utk peminjam yang ada tunggakan. Kalau nak double check boleh check dekat website PTPTN(Senarai Hitam) atau website immigresen.

      Delete
  14. Salam,
    Saye nak tanya if last year masa form 6 saya ada buat pinjaman ptptn sedikit untuk beli keperluan buku dsb. Lepastu saya quit dan saya terima beberapa surat blacklist yg di pos di rumah. And this year saya baru masuk uni dan ingin membuat pinjaman ptptn semula agak lepas tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Sy tak berani nak cakap lepas ke tak lepas. Awak boleh try check dulu jumlah tunggakan dalam website PTPTN. Lepas tu je nak try apply PTPTN..lepas tak lepas tu lain cerita. Kalau tak lepas, boleh try apply pinjaman dekat tempat lain..

      Delete
  15. Assalamualaikum... Saya nak tanya.... Berapa lama masa bulanan tungakan yang tak boleh untuk kita ke luar negara.... Maksud saya 6 bulan ataupun 12 bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, Sekarang ni senarai Hitam PTPTN sudah dihapuskan sepenuhnya sejak PH jadi kerajaan.

      Delete
  16. Salam. Saya nak tanya. Saya mohon ptptn bermula semester 2. Masa saya buat permohonan, dia tulis jumlah bayaran ptptn saya adalah sebanyak 5 semester. Jadi, jumlah baki ptptn lagi satu sem saya nanti saya akan dapat walau dah habis 5 semester tu atau dia akan terus tolak cepat2 ye ? Atau memang takde harapan langsung untuk dapat ? Atau, duit akan masuk acc saya dan kalau saya ambil duit tu bermakna saya kena bayar 10k(5sem) atau kalau saya call ptptn untuk tarik balik baki tu jadi saya cuma kena bayar 8k(4sem) sahaja ? Mohon respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nana Zieha, Setahu saya kalau awak dh tamat pengajian dia kan automatik stop PTPTN awk. Walaupun dalam perjanjian 5sem tapi awk habis dalam 4sem dia akan stop lepas awk habis pengajian, even kalau pointer kurang dari 2 pun dia kan sekat PTPTN utk sem hadapan ape lagi dah habis sem. PTPTN akan kira jumlah pinjaman yang diberikan pada awk sepanjang tempoh pengajian, kalau dalam tempoh pengajian tu awk ada sangkut mana2 sem (pointer kurang dari 2 atau tangguh pengajian) automatik PTPTN xakan bagi utk sem hadapan/berkenaan jadi dari 10K(perjanjian) awk mungkin guna PTPTN dalam 6K-8K jadi tulah jumlah yang awk perlu bayar.

      Delete
  17. klu sy nk buat ptgn direct debit..n nk restructure blik..tp xde duit utk byr 25% or 50% drp amount tggkn..blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak berapa pasti tentang tu, boleh call PTPTN untuk berbincang. Dieorang akan berikan solution yg terbaik untuk awk

      Delete
  18. Salam sy nak tanye kalau ade blacklist ptptn boleh ke naik flight dalam malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Dalam Malaysia boleh..tak ada masalah.

      Delete
  19. Assalamualaikum, nak tanya.. saya masih semester 2 dan membuat pinjaman PTPTN.. pada sem 3 nanti saya nak ke luar negara.. Bolehkah saya ke luar negara kerana saya masih ada pinjaman PTPTN? atau pun hanya org yang di blacklist sahaja yang tidak boleh ke luar negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, hanya yang blacklist sahaja tak boleh keluar negara. Peminjam yang masih belajar tak ada masalah keluar negara.

      Delete
  20. skrg bayaran masih konvesional,tp nama senarai hitam, untuk keluar negara takder masalah,cuma nak buat loan jerr ada masalah.Adakah buat ujrah, adakah nama kita akn keluar dari senarai hitam? dan boleh buat loan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk keluar dari senarai hitam bukan masalah konvensional atau ujrah masalah bila kita tak bayar pinjaman. Apa yang awk perlu buat kalau nak tukar ke ujrah dan dalam masa sama keluar dari blacklist adalah buat penstrukturan semula bayaran tapi sebelum tu kalau ada tunggakan kenalah selesaikan 50% dari tunggakkan dulu baru penstrukturan boleh dibuat atau awk boleh call PTPTN utk buat rundingan berapa jumlah perlu dibayar dari tunggakan untuk awk buat penstrukturan semula bayaran. Lepas buat penstrukturan semula awk kenalah bayar mengikut jumlah yg ditetapkan secara konsisten sekurang-kurangnya 6 bulan utk pastikan loan yang awk buat tu lulus, kalau dah buat penstrukturan tapi tetap culas utk buat bayaran ptptn saya kurang yakin loan awk akan lulus. Terima kasih.

      Delete
  21. Assalamualaikum, nak tanya.. saya masih ada hutang dengan PTPTN.. jadi saya akan berpindah ke Indonesia kerana ada urusan peribadi. Jadi bermaksud tinggal di sana. Bolehkah saya berpindah ke sana jika masih ada hutang ptptn? Bolehkah saya membuat bayaran pinjaman tersebut dari luar negara? Ataupun selepas habis belajar saya memang tidak dibenarkan berpindah ke luar negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, selagi awk tidak disenarai hitam awk masih boleh ke luar negara.
      Tentang bayaran, zaman sekarang semuanya online..tak kiralah mana pun kita tinggal, negara mana sekali pun asalkan ada internet connection awk masih boleh buat bayaran PTPTN. Online banking ada, JOMPAY ada, direct dari website PTPTN pun boleh. Tiada alasan untuk tidak membayar. Terima Kasih.

      Delete
  22. Salam, kalau nak apply loan, tapi ada tunggakan, apa yang blh kita buat supaya loan tu berjaya. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Call PTPTN buat perbincangan untuk struktur semula (mungkin kena bayar 25%-50% dari jumlah tunggakan sebelum proses penstrukturan dibuat), struktur semula pinjaman tunggakan akan jadi 0 , lepas buat penstukturan semula kena bayar bulanan (amount dan tarikh mesti tepat) tak boleh lambat tak boleh bayar x cukup, pihak bank nak tengok rekod CCRIS yang cantik sebelum beri pinjaman pada seseorang, kalau dah buat penstrukturan semula tetap culas untuk bayar pinjaman (Kejap bayar kejap tak bayar atau bayar lambat) sejujurnya memang susah pihak bank nak luluskan pinjaman. Terima Kasih, FYI pihak bank perlukan rekod bayaran CCRIS sekurang2 nya 6 bulan(rekod kena cantik)

      Delete
  23. asslam saya nak tanya if ayah saya ad dlam blcklist tu kalau saya nak mhon ptptn boleh ke saya nak letak nama ayah saya ? Ke letak nama pnjaga lain ? Mcm tkterganggu ke if saya mhon letak nama ayah dlam sbagai waris tu ?

    ReplyDelete
  24. Hi nak tanya kalau sy ada tunggakan ptptn dan sy di blacklist adkah sy boleh ke sabah sarawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sabah dan sarawak tak ada masalah. Awk hanya tak boleh ke luar negara.

      Delete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...