Tuesday 30 September 2014

Travel Tour Review-Vietnam


Entry ni kali aku nak review sikit pasal Travel Tour dekat Vietnam..kenapa? sebab aku rasa kebanyakan orang yang pergi Vietnam akan ambil Tour package untuk jalan-jalan dekat sana. Kalau yang pergi setakat nak shopping-shopping tu mungkin dieorang tak kisah sangat lah pasal Tour package ni.

Syarikat Travel Tour ni memang sangat banyak dekat sana, memang tak perlu takut lah tapi kalau korang nak pergi aku rasa lebih baik korang buat persediaan elok-elok sebab nanti takut korang tak akan dapat harga yang sepatutnya dan juga yang paling penting service yang dieorang berikan tu tak berapa nak A.

VN Lotus Travel Co. Ltd


Ni salah satu Syarikat Travel Tour yang aku rasa sangat bagus. Aku dah cerita sikit pasal dieorang ni masa buat entry HCMC dulu. 3 bende yang aku boleh cakap pasal dieorang ni adalah  Harga berpatutan,Services Bagus,Tourist Guide Bermaklumat. Aku rasa tu dah cukup untuk jadikan Syarikat Travel Tour ni pilihan masa korang dekat sana nanti. Mungkin kelemahan dieorang cuma bab-bab lunch untuk Muslim jelah. Tu memang aku tak nafi kan. Tapi pada aku bende tu bende kecik je.

Macam Travel Tour yang lain dieorang akan ambil korang dekat hotel tapi apa yang buat aku rasa senang adalah untuk deal harga dan cara dieorang layan masa nak ambik pakej tu sangat menyenangkan. Ms.Khanh adalah orang yang bertanggungjwab untuk deal dengan aku dan aku sangat berpuas hati dengan layanan yang  diberikan. Die datang hotek untuk tunjuk pakej..aku rasa itu pun dah cukup baik sebab tak payah nak berjalan kaki ke office dieorang untuk deal harga.

Korang boleh pakej-pakej yang dieorang sediakan dekat bawah ni. Siap dengan harga.

Pakej-Pakej dan Harga

Chi Chi Tunnel

Pakej lagi


untuk maklumat lanjut korang boleh tengok atau hubungi:-

FB : facebook/vietnamtourslotus.comvn
Skype: hoatrangmk
Whataaps /Hotline: +84905958514
Email : info@vietnamtourslotus.com
Website : Vietnamtourslotus.com

Saturday 27 September 2014

CPUV Bulan September 2014

Kali ni aku nak cerita sikit pasal Nuffnang CPUV. Aku pun tak tahu juga pasal bende ni sebelum ni. Memula tengok tu aku macam confius2 sikit. Ape bende lah benda ni kan..tulah orang nak ade nuffnang aku nak juga tapi tak tahu bende apa. Tapi lepas aku dah tau tu aku gigih kan juga lah update blog..tambah-tambah ruang-ruang iklan. Update nuffnang profile. Bila aku tengok hari ni ade pulak CPUV  yang ongoing. Jadinya aku pun tiru jelah blogger-blogger lain yang dah banyak benooo CPUV  berpuluh-puluh kot aku tengok. Aku baru je 3(Xaxis Malay,Air Asia Go-Korea Selatan, Sen Heng Online Store)..tapi ade jugak lah kan. Dieorang akan buat entry pasal CPUV  ni untuk ucap terima kasih kat nuffnang dan advertiser yang dah sudi memilih blog dieorang untuk lekat ads mereka untuk beberapa ketika.

CPUV  Campaigns


Terima kasih Nuffnang & Sen Heng


Jadinya dengan berbesar hati aku nak ucap Terima kasih dekat Nuffnang dan Sen Heng sebab dah pilih blog aku yang tak seberapa ni untuk CPUV  dieorang. Aku pun dah tengok-tengok website Sen Heng Online Store tu. Sekarang ni dieorang tengah  menyambut ulang tahun ke 25. Korang boleh click-click dekat ads die kalau masa korang baca blog aku ni ada iklan tu. Banyak juga barang ade discount aku tengok. Rugi tak click. Masa aku tengok ade pulak Ads ni tengah keluar, boleh redeem RM 25 Voucher tu. sampai 29 Sept 2014 je. Jangan Lepaskan peluang korang eh..banyak juga RM25 ni. Rugi tak redeem.Ada TnC seperti biasa kena belanja RM 100 dalam satu resit baru boleh redeem Voucher ni.

ADS Sen Heng-Boleh Dapat Voucher RM 25

Boleh Redeem untuk Online Sahaja



Saturday 20 September 2014

Watson Card Touch n go

Kali ni aku nk cite sikit pasal Watson Card yang bergabung meletop dengan Touch n go. Lepas dah berzaman-zaman aku manual je bayar kat Tol tapi lepas dah kerja asyik ulang alik Tol je. Dah la Tol aku ulang alik tu kire tahap gaban banyak keretanya. Jenuh lah nak bayar Tunai je. Memang ada beza sikitlah kalau guna Touch n go ni, lagi pun kire boleh lah budget sebulan tu bape kan siap-siap Top up sebulan dah tak payah susah-susah nak cari duit syiling bawah seat kalau hujung-hujung bulan tu.

Watson Card


Masa memula nak register tu kena bayar RM 18. Lepas tu kena lah register dekat touch n go punya website untuk aktifkan kad tu. Baru lah boleh guna Touch n go tu. Aku rasa memang tak ada masalah langsunglah. Dah pakai berbulan-bulan memang touch n go jelah aku.

Tapi entah aku pun sebenarnya tak bape nak confirm kenapa tetiba card aku tak boleh guna. Touch but cannot go. :( Dah la berderet2 kete kat belakang. Stress aku!! Muka dan pucat lesi dah. Dah la orang Tol tu terhegeh-hegeh nak datang tolong aku. Sabar jelah!!

Sebelum Card tu tak boleh guna, semalamnye aku ade pergi aktifkan card dekat website watson. Konon-konon macam dah banyak pointlah nak tengoklah kot-kot aku boleh redeem ape. Keretea sebijik ke kan. Aku pun tak pasti sebab apa card tu ttbe je tak boleh guna.

Waktu lunch tu aku pergilah Watson balik nak tanye ape kono dengan card aku ni?? Dieorang tolong call kan Touch N go lepas tu di cadangkan aku pergi dekat kaunter Touch N go untuk check card aku takut-takut cip die rosak.

Touch N go Kaunter


Bile aku call Touch N go die kate kaunter ade dekat mana-mana plus tak kirelah kecik ke besar tol tu. Aku pun confident lah kan, lepas bayar tol aku tanye orang tol tu kat sini ade kaunter Touch N go?? die kate tak ada dik. Adik??? Omg!! muda sangat ke aku? perasan sikit. Die kate kaunter Touch N go ade dekat Kajang, Sg. Besi dengan Nilai je. Tu area tempat aku lah tempat korang aku tak tahu.

Tol Sg. Besi

Esoknya aku pergilah Kaunter dekat Tol Sg, Besi.. lepas dia dah check-check semua...memang tak boleh nak detect langsung. Jadinya die suruh aku isi form..lepas tu die tanya aku ada duit ke dalm ni?? aku cakap ade..dalm RM40. Die cakap refund dalam bentuk cheque atau Akaun Bank je. Jadinya aku pilih Akaun bank jelah. Refund paling lama sebulan Dik Non!! sabar jelah aku! Dieorang akan hantar email kalau dah bank in.

Gitu jelah citenya...trauma rasa nak lalu lane touch n go sahaja. Aku rasa pasni aku pilih Touch n Go dan Tunai. Habiskan trauma dulu. hikhikhikhik


Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Saturday 13 September 2014

Melaka (2H 1M)

Entry ni kali aku tak delah nak kongsi pape sangat pasal Melaka sebab pergi pun macam nak melepaskan batuk di tangga..melepaskan batuk tak apa jangan melepas dekat tangga rumah orang.

Aku pergi Melaka dengan kawan aku..kawan berzaman-zaman punya kawan..zaman jepun lagi aku dah kawan dengan die ni sebenarnya. Nampak sangat menipunya kan??

Aku pergi Melaka ni pun tak adalah nak pergi Afamosa ke apa sebab dah banyak kali pergi(dengan riak dan takburnya) Murkha Sultan Melaka kang!! :) Jalan-jalan kali ni lebih nak pergi melantak dengan nak tengok ape benda lah ade dekat Jonker Walk tu haa.. fofular sangat. Aku tak boleh kalau dan popular-popular ni aku tak pergi..Dengki!!

Tol PLUS (UPM-Ayer Keroh)


Aku startkan penjelajahan mencari makanan ni dari Tol UPM..terus ke Ayer Keroh..sebenarnya tak tau nak keluar kat mana..Ayer Keroh ke Alor Gajah ke..Alor Setar(tetiba)..jadi aku serahkan segalanya pada yang pakar tak lain tak bukan kawan aku..menrangkap driver F1 aku kali ni. Dengan confident level yang ala-ala Tourist Guide dia exit ikut Ayer Keroh. Dari UPM ke Ayer Keroh tol dalam RM 15 lebih kurang lah ada sen-sen tapi aku tak ingatlah bape sen. Boleh tak korang aggap je RM 15.50. Kalau tak cukup duit korang cuba cari-cari bawah seat kot-kot ada duit syiling jatuh-jatuh.

Peta Melaka


Ikut Signboard


Sebab tak tahu sangat jadinya sekali lagi dengan kepakaran driver F1 aku ni, die ikut je signboard..dan sampai lah kiteorg dekat hotel yang akan menjadi tempat penginapan kiteorg malam nanti(ayat tak boleh blah). Disebabkan lusa Merdeka..jadi kawan aku  awal-awal dah booked hotel dulu kalau tak jadi gelandangan lah kiteorg dekat Bumi Hang Tuah tu.


HallMark Inn


Hotel yang telah dipilih..lepas berhempas pulas sampai memulas perut mencari mengoogle ,mengAGODA bagai.. siap ada bantuan lagi nak mencari hotel ni.sabar jelah aku. Dasat bebeno rasanya..jadi pilihannya adalah Hallmark Inn..aku ada buat review pasal hotel ni dekat entry sebelum ni. Aku memang lepas tangan je bab hotel ni..aku angguk-angguk je sebab biasalah aku kan malas..lagipun aku busy bebeno minggu tu. Kalah NAJIB...

Yang best hotel ni sebab die ada sediakan parking untuk guest jadi memang convenient sangat(cakap omputeh) parking die confius-confius sikit memula sebab die macam dekat celah-celah bedah macam tu( Pening orang tua baca ayat aku ni). Macam ni makcik..parking kereta dia tu, lorong dia dekat tengah-tengah Hotel.

Tu Dia Laluan nak pergi parking(Gambar Dari Website Hallmark)


Tapi kena tunggu pukul 2PM nak check in..letih lah macam ni. Kiteorang sampai masa tu dalam pukul 11AM ke 12PM macam tulah tak  berapa nak ingat. Jadi disebabkan dah tak boleh check in. Kiteorang pun nak carilah makanan dulu sebab lapar. Berjalan lah kiteorg ni ikut susur sungai..sekali jalan punya jalan..tetiba sampai belakang hotel..alamak!! ape ni!! penat lah macam ni dah lah panas masa tu..habislah kulit I!! (Muntah Hijau) .

Jalan-jalan dah macam tak jumpa je tempat makan..aku pun pergilah ke receptionist yang ala-ala macam tak receptionist tu. Tanyalah dia kot-kot boleh lah check in..katenya tak boleh lagi 2PM. Hampa!! tak pelah..mana nak cari makan ni bang?? saya kalau marah ,kalau tak ada makanan sampah saya makan kang. Kena jalan lagi..naik jambatan tu..lepas jambatan ada kedai makan. Wah!! kene jalan lagi..terik matahari tengahari..dah la kulit tu sunburn tak sunburn sama je..nak tambah lagi warna?? tak sanggup rasanya.

Lepas dah mendaki dan menuruni jambatan dengan jalan ala-ala catwalk gitu. Jumpalah restoran..restoran ke macam tu?? aku pun tak tau nak panggil benda tu apa. Kedai makan lah.. tapi mamak. Mamak pun mamak lah..nak buat macam mana kan. Asal halal sudah. Lapar ni!! tengok sampah pun terliur(expressi melampau).

Boleh tahan mahal juga ko ni eh charge aku mentang-mentang aku orang Key Ell.:)  Nasi putih aku ambik ayam dengan papadom, air milo ais(RM 8). Kalau ambik mamadom mau RM 16. Kawan aku pun RM 8 juga dia makan ape eh?? Weh ko mkn ape?? Komen kat bawah. Haha Seingat aku dia makan nasi..ada sayur sikit..ayam..pastu papadom juga(tiru aku) dengan air sirap limau ke?? ye kot!! aku tak ingat sebab tak menarik.

Lepas dah makan-makan kiteorg lepak dekat Cafe hotel sambil minum Latte dan American Coffee(Halusinasi aku je ni). Cafe ade kerusi  meja je untuk breakfast. Haha Lepak-lepak kat situ sampai lah pukul 2PM. Panasnya lah.

Check In


Lepas dah bercerita-cerita, habis semua orang kiteorg ngumpat..sampailah masa nak check In,Lega rasanya..aku rasa kena bayar extra RM 2 sebab fee untuk apa eh. Historical ke apa macam tu lah. Lepas dan dapat Access card(Gitu!) kiteorang pun ke bilik. Taraaaaa...oklah. Not bad..ada extra bantal tu memang syok lah. Kiteorang ambil katil single-single..tapi katil single die macam besar sikit..jadi selesalah walaupun keras sikit tilamnya(complain!! kat rumah.. spring tilam dan keluar-keluar dah padahal). Sebab dah berpanas-panas jadinye kiteorang pun berehat-rehat jelah..macam-macam hal dengan TV masa tu dapat 3 siaran je. TV1,2,3 alaah semua TV local tak adalah habis cite yang ada pun TV AEC(Bahasa Cina), National Geographic dengan Sport. Bosan weh!! aku call lah tanya mana Channel ni?? (Tak adalah macam tu aku kan sopan) . Alasan hujan lebat arial jatuh..nasib baik lah aku ni jenis tak cerewet mana kalau ikutkan bisikan Syaitan tu nak jugak aku cakp SO?? Masalah aku ke tu?? (Tapi nasib baik ada Malaikat Penjaga dah bisik dulu) jadi aku pun jawab Oh ok! Tq (Sopan gile kan??)

Bilik dia tak berapa besar sangat lah. Ada ruang sikit-sikit je. Tapi pada aku oklah. Bolehlah. Toilet tak berapa bersih sangat. Kalau aku jadi Auditor aku bagi 5/10 je. Tapi air die kuatlah puas bermandi manda.

Nasi Ayam Berbola Api ( Chicken Rice Ball)


Aku saje je tambah Berbola api tu..sebab dah popular sangat kan. Nasi Ayam Berbola ni, jadinya aku dengan kawan aku ni memang dah menitis-nitis air liur tengok JJCM..tengok blog. Tengok Hanis Zalikha makan kat sini. Jadinya aku pun ape lagi..sebelum Melaka ni banjir dengan air liur kiteorang baik kiteorg pergi cuba. Macam biasalah dah tak tau jalan dan kawan aku ni memang peminat setia WAZE..dan aku pulak tak berapa nk reti sangat guna WAZE ni jadi aku terpaksalah jadi Handphone stand. Lenguh tau tangan..naik muscle. Tapi nak cari tu confius-confius jugaklah, sebab Melaka ni banyak jalan sehala. Kalau dah salah jalan tu korang ke tawaf lagi sekali. Akhirnya jumpa jugak..

Ee Ji Ban


Chicken Rice Ball (Ee Ji Ban Chicken Rice Ball)


 Yang ni memang HALAL lah eh. Depan restoran tu ada lah banner-banner gambar artis makan kat situ, gambar aku mungkin pasni lah. Tengok Menu macam confius je. Eh!! ape daa...macam mana nak order ni?? Aku seperti biasalah blur-blur comel gitu. Jadi serahkan dekat kawan aku yang confident tahap gaban untuk order, Aku memang malas sikit kalau ada orang ni, Aku serah kat die je. Aku kan follower setia. Tapi sebab die pun confius jadinya serahkan kat orang yang ambik order tu je.


Bebola nasi tu sebebola..Sebebola??(Pening Cikgu BM aku) RM 0.30. Pastu Ayam bape eh..RM 6.00 ke?? Alah asal aku lupa ni? Aku lupa sebab makan tak kenyang. Jadi disebabkan kiteorang ni ala-ala Luna Maya dengan Anzalna jadi orang tu pun mungkin fikir aku dengan kawan aku tak makan banyak lah kan..die cadangkan ambik 15 ketul bebola nasi dengan ayam sepinggan. Aku pun ok jelah..katenya kalau tak cukup boleh tambah. Lepas dah makan-makan tu rasanya oklah. Tak adalah WOW!! sangat. Tapi cukup rasalah cuma tak berapa nak kenyang. Aku rasa 50 bebola baru cukup kot. Luna Maya sangat kan?? Ayam setengah ekor. Baru lah mari!! Total-total semua RM 16. termasuk air aku Teh O ais kawan aku minum air ape eh?  Limau2..agaknye. Aku pun tak ingat kenapa jadi RM 16 termasuk tax lah kot. Pulang dengan kelaparan lagi.

Gini Lah rupenya



Jonker Walk


Balik dari makan tu kiteorang ingat nak cari makan kat Jonker Walk. Pusing-pusing cari parking..macam tak ada je. Ada pun kene bayar. Jadi lepas dh pusing tu aku dengan confidentnya telah mencadangkan untuk Parking dekat UTC. Jalan kaki lah..biasalah aku kan Atlet Olimpik. Tapi macam jauh juga tapi tak adalah jauh sangat pun. Dalam 10 Minit jalan. Agaknyelah.

Tadaaa Nilah Jonker Walk


Jonker Walk ni macam ala-ala Pasar Malam. Tapi jual barang rare sikitlah..ade juga souvenir ada makanan-makanan tapi kebanyakannya cina yang jual(Aku bukan racist eh) aku bagitau je. Kang ade kena tangkap Akta Hasutan pulak kang. Jadinya tak adalah makanan, ada pun kiteorang berenti dekat cendol tarik..Chef uools yang buat...cendol tarik dengar macam dasat kan?? Nak tau lah tu..

Bukan apa pun..macam cendol biasa je..tapi masa dia nak letak gula melaka tu die tarik tinggi wooo!! siap dengan muka-muka sekali punyalah buat dengan kasih sayang. Aku tak tengok lah muka die macam mana..kawan aku beriye tengok. Minat sangat!! Harga secawan cendol tarik RM 4. Gula Melaka die pekat..oklah. Nak kate sedap..tak adalah sedap sangat. Nak makan dekat kedai cendol yang popular sangat tu tapi ramai sangat orang.


Balik Tido


Dah lepas penat-penat kiteorang balik dan berehat-rehat sambil cuci mata depan tu macam ada orang berniaga je malam-malam..berniaga apa?? Nama pun malam minggu kan..ape lagi..RM 50 sejam kot.. apelah nak jadi( Cewah!!)

Buffet Breakfast


Pagi tu bangun dengan senang hati..senang lah sangat!! Nak sarapan ni. Lapar semalam tak hilang lagi.
Nasib buffet kalau Ala Carte memang aku ala-ala naik angin nanti. Buffet die ada Nasi goreng, Mee goreng..ada Sosej..Bubur Nasi..Tembikai..Roti..Wedges.. Oklah setakat nak makan kenyang tu tak ada hal lah. Lepas dah makan-makan ingatkan nak Check out dah..tetiba..kawan aku dangar kiri kiri kiri kanan kiri..tengok-tengok ada perbarisan  lah pulak..MERDEKA kan..boleh lah tengok live..gile tengok grand stand tu..dari dalam bilik je. Lama pulak tu. Sabar jelah. Lepas dah habis semua-semua tu. Kiteorang pun check out dengan jayanya.

Coconut Shake Klebang


Kononya nak pergi..tengok panjangnya beratur..tak denya aku nk beratur panjang macam tu. Last-lastnya balik je.

Beratur Beb


** Aku memang tak ada ambik gambar masa kat sana.Jadi Gambar-gambar semua aku google.


Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

Friday 12 September 2014

Hotel Reviews

Part 5


Bersambung lagi Review hotel-hotel yang pernah aku duduk..Walaupun dah bagitau sikit-sikit dalam entry lain pasal hotel yang aku duduk tapi nak juga review kan..biasalah terlebih rajin( Rajin sangat!)

13. AVA Hotel, Saigon


Lokasi


Ava Hotel ni pada aku lokasi dia sangat-sangat-sangat(Over sangat) strategik sebab dekat dengan Ben Than Market dan tempat-tempat yang menarik sekitar bandar Saigon. Kira kalau korang mempunyai kaki ala-ala atlet tu elok sangatlah duduk dekat sini. Kiranya kalau korang duduk dekat sini memang tak ada masalahlah dengan tempat makan..pengangkutan awam..dan lain-lainnya. Jalan kaki je dah boleh sampai.


Pengangkutan Awam


Macam aku bagitau tadi, memang sangat dekat dengan pengangkutan awam..dekat sangat dengan station bas saigon..aku rasa jalan dalam 20 minit maksimum lah. Kalau korang dah biasa jalan 15 minit..bagi diskaun sikit. Biasanya pengangkutan awam tak susah nak cari sebab Teksi bersepah-sepah. Selain tu Motor ala-ala Ojek(Indon lah pulak) merata-rata kat sini. Kalau dah terdesak sangat boleh je naik..Selain tu beca( Aku tak pasti nama die beca ke ape) tapi yang penting nya macam beca lah..ade juga. Korang cakap je nak naik ape ade semua.

Fasiltis


Aku copy paste je( nampak tak kerajinan aku)..
  • Air-conditioner
  • Minibar refrigerator
  • ADSL cable/Wi-fi internet in room (Free)
  • Electronic key
  • Security system
  • Hairdryer/Slippers
  • Bathroom with bathtub and hot-water
  • Elevator
  • Cable TV  with many Chanels: TV5, HBO, Star Sports, Star Movie, ESPN, CNN,..
  • Daily changed bed sheet, towel, shower gel,tooth brush
  • Tour desk/Currency Exchange
  • Same day Laundry service
  • Major credit cards accepted: VISA, MASTER, JCB
  • Airport transfer and pickup service/Car rental service
  • Air ticket booking & reconfirmation
  • 24 hours room services

 Bilik


Bilik aku memang tak boleh nak complain banyak sebab dengan harga yang macam tu punya murah(bagi akulah) boleh dapat service yang pada aku memuaskan memang redha jelah. Kira ni salah satu hotel favorite aku lah. Kalau korang nak pergi Saigon(HCMC) aku recommend hotel ni. Korang boleh tengok sendiri review dekat AGODA (8.0) tuuuu...banyak lah tu, kira rata-rata guest berpuas hati sangat lah dengan hotel ni. Bilik ada macam-macam jenis..korang boleh tengok dekat website ROOM TYPE .

Dari AGODA Website

Harga


Harga sangat-sangat berpatutan..Bilik standard dalam RM 75 bilik-bilik lain mahal lah sikit.

Harga


Summary
Value for Money: 4/5                            
Location : 5/5   
Staff Performance : 5/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 4.5/5   
Room Comfort/Standard : 4/5   
Food/Dining :3/5




14. Hallmark Inn, Melaka



Lokasi



Lokasi Hallmark Inn ni boleh dikategorikan sebagai strategik walaupun tak delah strategik sangat-sangat-sangat..dekat juga lah dengan tempat menarik..kalau Jonker Walk tu aku rasa boleh jalan kaki dalam 20 minit macam tulah. Kalau dengan Afamosa ke apa tu jauh sikit.


Pengangkutan Awam



Aku macam tak nampak bas lalu je depan hotel ni. Kalau Teksi tu adalah..beca pun aku tak nampak. Jadinya?? Teksi jelah..ke aku tak perasan?? Anggap jelah aku tak prasan.


Fasilitis



Seperti Biasa bukan tiba-tiba nak cakap omputeh..tapi aku copy paste je..


Room Fasilitis:

  • Individual Air-Conditioning with climate control
  • Private Ensuite Bathrooms (Handicap Friendly)
  • Bathtub (Available only in Premier Executive Suites)
  • Personalized Toiletries
  • Latest LED Rain Shower & Automatic Bidet Toilet seats
  • Complimentary & unlimited WiFi usage in Guest Rooms
  • IDD (International Direct Dial) and room to room facilities
  • Wake up call service
  • International wall socket plugs
  • Hair Dryer
  • Wardrobe
  • 32" LCD Colour TVs with Satellite channels
  • Auto Boil Kettle
  • Mini Bar & Tea/Coffee making facilities
  • Personal Safebox (Laptop Friendly)
  • Writing Desk & Dressing Table
  • Daily Newspaper (On Request)
Hotel Fasilitis:

  • Complimentary on site car park for guests
  • Hallmark Wellness center & Spa (only available in Hallmark Hotel Leisure)
  • Jacuzzi, Sauna, Steam and Massage (only available in Hallmark Hotel Leisure)
  • Limited Hours Concierge & room service
  • 24 Hours CCTVs in public and Car Park area
  • Mordern Key Card Access to all Guest Rooms
  • Lift (Handicap Friendly)
  • Business facilities
  • Laundry / Dry Cleaning Service
  • Lobby and Cloak Room
  • Personal Safe Boxes
  • Hallmark CafĂ© *

Bilik



Bilik pada aku ok jelah...dia ada carpet tu yang aku rasa agak selesa sikit.. bilik agak sempit pada aku lah dengan harga yang dikategorikan sebagai mahal lah juga..Bilik air tak berapa nak bersih, TV channel masa aku pergi tu sangat-sangat membosankan ade katenye ariel jatuh. pergilah betulkan hujung minggu kot..orang ramai!!

Ambik dari AGODA


Korang boleh tengok review hotel dekat sini AGODA...(7.0 oklah kan) boleh tengok jugak website hotel ni Hallmark Hotel .


Harga



Harga masa aku pergi tu sebab hujung minggu jadinya mahal sikitlah RM 162..siap breakfast..breakfast die ok jugak..buffet lah yang penting.

Website Hallmark Inn-Lagi Murah


 Summary
Value for Money: 3/5                            
Location : 3/5   
Staff Performance : 3/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 3/5   
Room Comfort/Standard : 3/5   
Food/Dining :4/5





15. BestView Hotel, Bandar Sunway


Lokasi


Hotel ni banyak juga bersepah-sepah( banyak sangat!!) dekat Sunway ni aku rasa ada 2 kot satu dekat Mentari( depan Sunway Piramid) kalau BestView Bandar Sunway betul-betul dekat sebelah Sunway Piramid..jalan kaki ke Sunway Piramid dalam 5 minit je. Memang strategik sangatlah tempatnya pun..dekat dengan kedai makan..7 E..KFC..bank2..ape lagi? Semua ada..


Pengangkutan Awam


Sebab dah dekat dengan Sunway Piramid jadinya tak ada masalah lah dengan pengangkutan Awam..Bas ada..Teksi ada..beca memang tak ada lah..

Fasilitis


Tak ada nak copy paste lah pulak..terpaksa lah menaip..

  • WIFI
  • TV Satellite Channel
  • Wake Up calls
  • Individual A/C
  • Elevator 
Sikit je hotel budget katekan..aku tak ingat sebenarnya..tapi aku rasa tu jelah. Biasa-biasa je.


Bilik


Bilik sempit..boleh berjalan je..memang terhad ruangnya..bilik family aku tak tau macam mana rupe. Tapi bilik standard memang standard habis. Tapi bilik bersih..toilet pun ok. Tak banyak boleh komen lah.

Tengok review dekat BOOKING.COM  atau korang boleh tengok website dia BESTVIEW.


Harga


Harga bilik standard RM 100...pada aku mahallah dengan bilik macam gitu je, Sempit benoo nok!! kalau RM 70 ke boleh lah terima.

Summary
Value for Money: 2/5                            
Location : 5/5   
Staff Performance : 3/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 4/5   
Room Comfort/Standard : 3/5   
Food/Dining :N/A




Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...