Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Friday, 16 June 2017

Melaka (3H 2M)

Day 1

Ni kira weekend gateaway juga lah ni pada kiteorang, hari tu lepas balik dari Langkawi bulan 2 hari tu sampai lah ke bulan 5 ni barulah nak berjalan balik. Baru 3 bulan tapi rasa dia macam dah 3 tahun tak berjimba. Suruh kerja malas kalau suruh berjalan tu sanggup je meredah hutan berlukar(Poyo!!).

Aku ambik half day hari Jumaat hari tu semata-mata nak pergi berjalan bukan jauh sangat pun. Melaka je kot. Melaka ni entah berapa puluh kali dah pergi, dari zaman sekolah dulu ada rombongan sampai kesudah sebenarnye tak habis pusing lagi Melaka ni. Nampak ke kecil tapi padat sebenarnye.

Budget

Kiteorang punya budget pergi Melaka ni paling sikit seantero perjalanan. Berapa?? RM150 je sorang untuk 3H 2M..sebab apa? sebab hotel orang sponsor!! kalau tak memang tak dapat lah RM150 sorang cik adik oii...kurang-kurang pun RM300 sorang. RM150 tu termasuk lah minyak,Tol dan makan. Makan memang budget die besar sikit padan lah dengan kiteorang yang besar-besar ni kan??

Makan + Tol + Minyak

Untuk 3 benda ni kiteorang peruntukan makan RM100/sorang, minyak dari Puchong ke Melaka pusing melaka semua selama 3 hari tu dalam RM60, ikut kereta lah eh..korang pakai kereta 2.0 lepas tu nak cakap ikut budget aku, memang aku luku je kepala tu. Ni RM60 ni untuk kereta Myvi 1.3. Tol memang standard je..dari UPM - Ayer keroh RM15.10 lepas tu ada 1 tol aku kena lalu dekat LDP tu RM2.10 jadi pergi balik dalam RM 34.40 , Jadi total kehangusan kiteorang adalah RM147.20 lebih kurang RM150 jelah. Aku memang tak masuk dah zoo ke, taman buaya lah ape tu. A'Famosa, Taming sari semua dah pergi sebab dah pernah pergi dah dulu. Jadi Admin Fees memang tak ada, kalau korang nak pergi semua tu sila masukkan dalam budget.

Hotel

Hotel kiteorang duduk ni 5 Bintang..hahaha 5 bintang ko!! mampu tengok jelah kalau tak ada orang nak belanja. Kiteorang duduk dekat Ramada Plaza Hotel, aku booking guna booking.com dapatlah 2 malam RM550 termasuk GST tapi tak termasuk Heritage fees RM2 yang tu memang setiap hotel dekat Melaka ni akan charge RM2/Malam...jadi total semua termasuk heritage fees tu RM554 adalah sen-sen aku tak ingat berapa sen. Bila aku tengok harga bilik dekat website dieorang bilik yang aku duduk tu harga RM450 kot semalam..mujurlah dapat murah.

Ramada Plaza


Apa yang aku boleh cakap bilik dia memang selesa sangat lah, dah lah besoo hawau!! ganas betul..
dalam komen aku masa booked tu aku tulis kalau boleh tak nak connecting room. Tak suka beno aku conneting room ni sebab kalau dia punya bilik tu bukan sound proof memang dengar sebijik-bijik apa orang sebelah cakap, yang tu memang aku tak gemar bebenar..lagi-lagi dapat yang tengah honeymoon kan?? bukan di kira apa...haisshh!! Masa aku nak check in nasib lah dapat receptionist yang ok dan dia pun bagi aku bilik King Room..katil king, tak connecting, bilik besar..syiookk woo!!

Apa yang aku Suka

Apa yang aku suka pasal bilik ni, 1) Luas 2) Carpet 3)Sejuk 4)Sofa Bed 5)Selesa 6) Rain shower Power 7) Bersih 8) Lengkap 9) Iron + Iron Board 10)Sejadah

Apa yang aku tak suka?

Aku tak suka bantal dia lembik sangat lepas tu TV channel mak ooii kodokut bona..cuma ada TV1,2,3,NTV7,BBC,Fox Movie dengan Fox Sport je. Laluan nak naik ke parking memang mencabar sikit dengan selekohnya lepas tu agak sempit jugaklah laluan dia,aku tengok dinding tepi-tepi tu habis calar balar kena seret dek kereta orang..bosan wehh kalau tak keluar. Lain-lain tak ada memang aku puas hati lah.

Kuih Keria Antarabangsa Hjh Rahmah

Tu baru mukadimah, jadi itinerary kiteorang hari pertama ni nak JJCM je sebenarnye.. pertama ni nak mencari asam pedas,kuih keria lepas tu nak rehat-rehat jelah. Lepas je tol Ayer Keroh tu aku pun try lah nak cari jalan ke Kuih Keria Hjh Rahmah tapi benda alah tu cakap closed today..dah pulak..closed lah pulak!! tulah kan buat iti konon-konon dekat buat tak endah je, hambek ko!! closed.. rupanya memang dia closed hari Jumaat..hari lain buka 2PM-7PM. Jadi siapa pergi hari Jumaat tu memang tak dapat lah..Kuih Keria Hj Jalil pun sama eh..closed hari Jumaat beza dia cuma Hj Jalil buka awal sejam 1PM-7PM.

Coconut Shake Klebang

Sebab dah closed tu kiteorang pun mencari coconut shake Klebang, dulu pernah tengok dekat TV ada orang cakap dah kurang sikit rasa dia. Tapi sebab aku tak pernah rasa sebelum ni, jadi aku try jelah. tengok orang pun tak ramai beratur boleh lah cuba. Coconut shake harga tak mahal RM2.70 je..siapa nak take away boleh beratur dekat depan je. Tapi siapa nak duduk-duduk makan dekat situ boleh masuk dalam lagi. Lepas rasa..apa aku boleh cakap..mmm memang tak sedap mana pun.tapi oklah bolehlah..nak cuba lagi sekali?? pada aku tak kot!! sekali jelah cukup..aku minum 5min je dah lupa rasa dia macam mana..

Coconut Shake Take away

Check in Hotel

Lepas dah basahkan tekak semua, kiteorang check in dulu sebab nanti baru nak keluar balik mencari asam pedas. Hotel aku dah cerita dekat atas jadinye tak payahlah nak cerita lebih-lebih.

Lunch + Dinner

Lepas dah mandi-mandi rehat, siap tidur lagi kawan aku tu. Kiteorang pun keluar nak mencari asam pedas..tapi sebab banyak sangat asam pedas dekat Melaka ni sampai tak tahu mana yang betul-betul sedap. Kiteorang ni memang kalau tengok review tu rasa nak percaya tak caya je sebab dah kena banyak kali viral-viral popular-popular tapi makanan biasa je, semua main ikut-ikut je. Tu yang aku rasa nak hempuk je kepala masing-masing.

Comel betul beca dia


Asam Pedas Claypot

Yang ni pun sama juga sebab ikut sangat kan orang, tengok review macam best je.Bila dah  makan..ermmm biasa je..so-so pada aku memang tak berapa kick lah..lidah aku memang tak berapa best. Aku ambik ikan kembung, kawan aku ikan pari..lepas tu minum sirap limau 2, ada otak-otak 6 ketul..serve memang cepatlah. Lepas tu tak payah nak panggil-panggil pelayan. Ko duduk je dia akan terus datang ambik order..set asam pedas ni sekali dengan nasi+sambal belacan+telur masin+sayur kubis goreng. Total kiteorang makan semua sekali tu RM39. Mahal kan? boleh lah kalau tengok apa yang kita dapat tu. Aku tak recommended!! cari lah tempat lain. Nak rasa boleh, tapi kepuasan..memang extremely unsatisfied gitu!!

Hmm jelah


Balik

Lepas tak berapa kenyang sangat,kiteorang balik jelah beli jajan dekat KK mart sebelah hotel. Lepas tu duduk je dalam bilik mengumpat lagi pasal Asam Pedas Claypot.

Day 2

Hari kedua iti pun lebih kurang JJCM tapi ada aktiviti sikit, cewah!! aktiviti mende ape tak tahu lah kan..

1) Breakfast
2) Padang Pasir, Klebang
3) Kuih Keria Antrabangsa
4)  Rehat
5) Dinner-Ikan Bakar Parameswara

Breakfast Ramada

Aku dengan kawan aku ni kan food lover(konon!!) jadinye sebab orang dah nak belanja aku pun pilih lah hotel yang ada breakfast, breakfast dekat Ramada ni memanglah banyak..kire orang ckp macam-macam makanan lah ada dari nasi goreng,nasi lemak,ke sausage,yogurt,roti, mee sup segala macam tapi bila benda sama je ulang kali kedua muak juga weh!! makanan dia nak kata sedap tu tak ada lah sedap sangat tak boleh lawan breakfast dekat concorde Shah Alam, still no.1 dekat list aku. Makanan dia ok ok jelah..tak adalah tak sedap dan tak juga sedap. Orang kata Croissant dia sedap  tapi pada aku biasa je, boleh dapat dekat kedai roti macam tu..croissant terbaik dekat Adya Hotel,Langkawi. Lepas dah kenyang kiteorang pun menuju ke destinasi Padang Pasir, Klebang

Padang Pasir

Tempat ni sebenarnya boleh dikatakan tarikan tersembunyi (Hidden attraction) nampak tak aku direct translate je, kawasan ni kalau untuk ambil gambar memang cun melecun lah..sebab mana nak cari Padang Pasir dekat Malaysia ni kan? dah lah pasir dia putih, walaupun tak adalah putih halus mulus tapi tetap cun.

Padang Pasir


Menuju ke alam Desert

Macam mana nak pergi Padang Pasir tu?? tulah yang aku fikir jugak ari tu. Macam mana nak pergi situ macam pelik je kan? Dari arah mana pun korang. Korang kena cari Dataran 1 Malaysia dulu..lepas dah sampai Dataran 1 Malaysia tu..korang kena cari lambang 1 Malaysia tu..lambang tu kene belah kanan korang, kalau belah kiri tu kira korang pergi tempat lain lah tu..kena sebelah kanan kire korang nampak lambang tu sebelah belakang lah..lepas tu korang terus je..memang nampak macam tak ada apa pun nama pun padang pasir kan??  teruskan jalan sampailah jalan tar bertukar menjadi batu-batu, siapa sayang tayar kereta turun sikit ke sebelah kiri ada pasir-pasir situ..lalu ikut laluan tu sampai lah jumpa halangan paip air besar. Korang kena letak kereta dekat situ sebelum kena jalan kaki pergi dekat area Padang Pasir ni.

Cun juga dekat sini


Jauh jugak beb!! peluh jugak lah..aku cadangkan korang datang sebelah pagi-pagi buta atau pun petang yang ala-ala nak sunset mcm tu kalau tak panas..confirmed!! kalau tak nak juga bawalah payung..kalau tak korang pergi ala-ala Dato Vida balik-balik Datuk Arumugam lah korang.

Singgah Beli mango shake


Kawasan dia memang cantik untuk ambil gambar, kalau berangan nak pre-wedding ala-ala make up cair tu bolehlah try buat dekat sini.

Kuih Keria Antrabangsa

Kononnya nak pergi rasa Kuih Keria ni, dari hari pertama sampai kesudah tak dapat. Lepas dah berjimba dekat Padang Pasir tu tengok jam baru pukul 11..mak aiihh..Kuih keria ni bukak pukul 2PM jadinya malasnye nak tunggu, kiteorang tangguh lagi ke esoknya(Ahad) konon citelah ni..

Dua-dua kuih keria ni Hjh Rahmah dengan Hj Jalil ni dekat-dekat je sebenarnye, seberang jalan. Jadi pandai-pandai korang nak pilih yang mana 1. Kalau larat nak beratur boleh lah try dua-dua. Aku dua-dua pun tak..tak gigihlah weh nak beratur.

Balik Hotel

Apa nak buat kan balik jelah hotel terus rehat tunggu petang simpan perut nak makan seafood dekat Ikan Bakar Parameswara.

Ikan Bakar Parameswara

Hamboiii! sekali lagi kiteorang ikut kate netizen..yang ala-ala food reviewer gitu!! walaupun dah berapa kali kena makanan tak berapa nak wow!! tapi ikut juga. Oklah kali ni kita cuba Ikan Bakar Parameswara, dari hotel kiteorang adalah dalam 30min nak sampai sana. Dia buka pukul 5PM kiteorang pukul 4.30PM dah gerak dah kesana sebab tak nak ramai orang. Ikut apa yang aku baca dieorang cakap kalau lambat atau dalam kata lain malam pukul 8PM keatas tu memang packed gile babas lah..walaupun tempat tu besar gabak..banyak sangat meja tapi tetap packed cam ne tu??

Ikan Bakar Parameswara


Kawasan nak masuk tu memang confius sikit sampai kawan aku macam caya tak caya je nak masuk dalam tu. Siap ada tempat ternak lembu bagai..tapi bila dah sampai kagum gak lah aku..besar betul!!

Seafood

Kiteorang memang blur ayam masa sampai tu tak tahu mana nak duduk, apa nak buat. kalau korang tak biasa memang korang akan blur sikit sebab tempat die besar banyak meja. Yang penting korang kena cari meja dulu mana korang nak duduk lepas tu ingat nombor meja, dah ingat tu pergi dekat tempat pilih seafood, pilih lah ikut suka korang..dekat situ ada harga jugak..jangan main ambik je cik kak..kang kene basuh pinggan korang kang. Dah ambik-ambik tu, nanti ade lah pekerja die akan timbang dan tanya nak masak apa? tapi kalau dia macam malas-malas nak layan tu biasa lah tu..dah bosan lah tu kerja. Asyik tanya soalan sama je kan. Budak tu pun akan tanya meja berapa korang duduk, jadi nombor meja tu memang penting. Dia akan bagi korang resit siap tulis berapa gram semua..lepas  tu koran tunggu jelah kat meja.. masa tunggu tu nanti akan ade orang bawa buah-buah potong letak dekat meja korang. Kalau korang nak makan makan lah..tapi harga lain eh.dalam RM4 tak silap aku satu pinggan tu, dalam tu adalah betik, jambu dengan tembikai.

Makan Dalam Bot


Makanan dekat sini masa aku tu tak payah tunggu alam kejap je dah sampai dah..aku ambik udang masak sambal, Ikan siakap bakar sambal dengan sotong celup tepung. Nasi putih 2..lepas tu buah tu aku makan..air sirap limau 2 gelas..semua sekali RM77. Bayar lepas korang makan semua dekat 1 lagi kaunter..bawak lah semua resit-resit bagi dekat dieorang.

Makan dekat sini nak kata wow sangat tu tak adalah wow sangat. Bolehlah...so-so nak kate tak sedap boleh tahan, macam tulah kaedahnye..lepas dah kenyang. Aku pulak rasa nak makan benda manis-manis...nak makan kawan aku tuu boleh jugak tapi manis sangat die tak tahan pulak aku luruh gigi nanti. hahahah

Jadi kiteorang pun pergi membeli Strabuck green tea cream...tak ada dalam list pun..tapi gitulah dah suke sgt kan??

Balik rehat..esok hari terakhir dah...nak balik sudah..

Day 3

Macam biasalah hari last ni kan, apa lagi nak dibuat..breakfast, rehat jelah kejanya

Breakfast hari ni menu dia sama je yang bezanya cuma semalam mee goreng hari ni kuew tiew goreng..yang lain hampir 99% sama.

Dah kenyang semua kiteorang rehat-rehat jelah nak tunggu check out. Kiteorang check out pukul 12PM dan sekali lagi konon-konon nak pergi lah beli Kuih Keria Antarabangsa tu. Cubaan kali ketiga..tengok-tengok orang dah beratur dah..Hj Jalil dah bukak tapi dia punya beratur makk aihh panjang beno. Hjh Rahmah pun sama yang ni lagi dasat..belum bukak dah beratur..apakah???

Sebelah Masjid ni Hj Jalil

Beraturlah weh!! kedai tak bukak lagi


Kiteorang pun malas nak memikior lama terus je mencari asasm pedas, sebab hari tu tak puas hati makan asam pedas. Jadi nak pergi mencari lagi asam pedas untuk memuaskan nafsu serakah kiteorang ni. Last-lastnya makan dekat foodcourt depan Dataran 1 Malaysia..situ lagi banyak lauk.

Okk jugaklah asam pedas dia..bolehlaa dari tak ada. Dah makan kenyang makan pun RM29 je..boleh tahan murah lah.Aku ambik Ikan terubuk asam pedas seketul + kerang sambal sikit + Ulam, kawan aku makan Pari asam pedas + sayur kot + telur masin sebelah, air kiteorang minum ABC

Dah siap semua, kiteorang pun pulang ke pangkal jalan...habislah cerita shortvacay aku ke Melaka. Balik tu entah macam mana kiteorang keluar dekat Tol Simpang Ampat tapi best jugak lalu jalan dalam sebab banyak kedai-kedai tepi jalan. Jual Belacan,cencaluk, Dodol..seronok habis!! cuci mata.

Habis sudah..tunggu lah jelah bulan 9 ni mereput menrenyuk aku nak menanti bln 9. Harapnya semuanya oklah.InsyaAllah....

Sunday, 20 December 2015

Kuching, Sarawak (4H3M)

Day 3


Hari ketiga, rasa macam tak nak bangun je..aku tidur punyalah nyenyak. Tak ingat dunia tido. Subuh dekat sini awal sikit dari Semenanjung dalam pukul 5.20AM dah subuh dah..6.30AM tu kire dah Subuh Dinasor dah tu. Maghrib pulak dalam pukul 6.35PM macam tu..cepat je gelap. Lepas dah siap-siap semua..kiteorang turun breakfast, breakfast hotel mula pukul 7AM-10AM. Kalau bangun lewat korang masak sendiri kat dapur hotel . Breakfast hotel ni tak adalah banyak sangat pun, die simple tapi cukup untuk tampung perut aku ni yg ramping bak Gambus ni. Kalau stakat korang macam gitar kapak, gitar Karen tu kenyang sangat lah. Benda yang ade sepanjang aku duduk dekat situ adalah Laksa Sarawak, nasi putih, ade lauk sikit, omelet , baked beans, kuih, goreng pisang, cereal, roti , butter..coffee..tea, jus yang tu memang ade tiap-tiap hari. Kalau yang lain-lain tu ade yang die tukar macam mee goreng kadang-kadang kiew tiew goreng. Tapi aku suka mee goreng die..sedappp.

Lepas dah membesarkan perut dari Gambus ke Cello. Kiteorang pun bergerak ke Pasar Serikin, perjalanan kali ni memang jauh sikitlah dalam 1 jam lebih. Pasar Serikin ni dekat daerah Bau. Sempadan dengan Kalimantan Barat katenye..Masa pergi tu memang rasa jauh tu kan biase tapi bile balik dekat jelah pulak rasa.

Macam biase lah kan kite gunakan khidmat Pakcik Google Map. Signboard memang tak berapa nak ada sangat, korang memang tak akan jumpa signboard Bau..yang korang akan jumpa biasanya signboard Serikin. Tapi kalau ikut waze atau google map senang je jalan die bukan berbelit-belit sangat pun, Banyak jalan terus je, Tak pun kena belok pun sikit-sikit je. Cuma bila masuk jalan kampong tu die macam dalam hutan sikit kiri kanan..tapi banyak kereta bukan korang sorang-sorang je. Biasa bila masuk jalan dalam tu memang tak sah kalau tak jumpa lori pasir. Tapi aku heran jugak lah..dieorang kan banyak hutan tapi aku tak pernah jumpa lori balak..tak macam setengah-setengah negeri tu Asyik lori balak je manjang…habis togel hutan.

Signboard Serikin


Dalam perjalanan tu memang aku suke sangat sebab dari jauh Nampak Gunung Santubong, cantik nau3 lah..kalau pagi-pagi tu puncak die dilitupi awan.(Gitu!!) kalau dah siang sikit tak ada dah awan, Nampak puncak gunung tu. Kalau masuk je jalan kampong tu memang sejuk mata memandang..Cuma korang kena hati-hati sikit kalau malam atau pun masa hujan..sebab ade jalan yang tak ade ape eh orang panggil..pagar tepi tu. Aku tak ingat lah orang panggil ape, dahlah tepi-tepi macam curam je..jalan nak berlumba sangat.

Gerai Pasar Tani

Aku sebenarnye tak ingat nama ape gerai-gerai tepi jalan tu. Tapi sebelum korang sampai Pasar Serikin tu, korang akan jumpa banyak gerai-gerai tepi jalan, kiri kanan..ramai juga orang berenti situ. Dekat situ banyaklah gerai…jual air, buah-buah ade juga jual sayur. Kalau ikutkan macam buah ke murah lagi kat sini dari dekat Pasar Serikin tu. Contohnya aku nak beli rambutan kuning seikat dekat Pasar Serikin RM4 dekat sini RM3 je. Boleh lah nak berenti nak tengok-tengok dulu sebelum korang pergi Pasar Serikin tu mana yang murah boleh beli masa balik nanti.

Bila korang dah rasa macam kereta dah mula slow tu..maknanye dah nak sampai lah tu, jalan die memang sempit sikit. Mula-mula korang akan jumpa sekolah Bau dulu kire tu memang dah nak dekat lah tu. Sebelum aku terlupa, kalau korang tak nak jem lama-lama keluarlah awal..aku masa tu bertolak dari Limehotel pukul 8AM macam tu sampai dalam pukul 9AM lebih sikit..adelah jem sikit-sikit. Tapi bila aku balik tu..haa hambek ko!! Jem 3KM kot..dahlah panas masa tu. Baiknye korang kuar awal, kalau tak memang jem lah korang. Gerak macam semut..siput..semualah.

Parking

Kalau korang tengah jem-jem tu, kalau malas nak tunggu sampai tempat parking khas Pasar Serikin tu. Nanti adelah budak-budak kampong situ die duduk-duduk tepi lorong tu, die akan lambai-lambai tangan suruh korang masuk parking..kire parking dekat kawasan-kawasan rumah situ. Tapi bayar mahal sikit RM4. Kalau korang tak nak bayar mahal..korang boleh terus je kedepan lagi..nanti jumpalah tempat parking, dekat situ sekali masuk RM2.

Parking RM2

Pasar Serikin

Pasar Serikin ni kalau korang pergi dalam Pukul 9AM ke atas tu memang panas terik sangat, baik bawak payung kalau siapa-siapa yang ala-ala Puteri lilin tu..kalau tak cairlah korang. Bawak bekal air, kalau tak mereput korang kat situ. Konsep Pasar Serikin ni macam pasar pagi..pasar malam…Cuma die tak adelah sempit sangat macam pasar malam tu..kedai ade dekat kiri kanan jalan..korang jalanlah sampai mane korang larat..panjang jugaklah..aku rasa dalam 800m ade..banyak kedai jual baju, telekung, periuk belanga..minyak urut..ape lagi korang nk? Kerepek..souvenir pun ade. Serba serbi adelah..Harga dekat sini boleh tawar..sape yang terror menawar tu boleh lah dapat murah sikit. Pasar Serikin ni bukak setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Pasar Serikin
Pilih-Pilih
Kerepek Pun Ada
Baju-Baju


Kawan aku nak cari telekung sebab die nak pergi umrah nanti..tawar punya tawar dapatlah RM50 satu pandai die menawar..aku tukang tengok jelah. Telan air liur tengok die tawar menawar..lepas dah beli semua kiteorang pun balik. Panas badan pun dah bau kambing..balik dulu, lepas ni ade aktiviti lain pulak.

Balik tu memang tengok kereta macam aku cakap tadilah..makin siang makin ramai…balik tu ingat nak singgah Pasar Satok.

Pasar Satok

Cewah..excited nak baca pergi Pasar Satok…tapi kiteorang tak jumpa pun..Pakcik google salah bawak jalan. Tah memane tak tahu..tapi kiteorang berenti jelah sebab dah lapar kan beli makanan. Kalau korang perasan dekat bandar Kuching ni ade orang jual Ayam Goreng tepi-tepi jalan…bape ketul korang nak beli ikut suke..biasanye seketul dalam RM1.90-RM2 macam tu. Konsep macam KFC tapi janganlah nak set A set B..idok ler gitu. Die jual ayam goreng saja…aku beli ayam goreng Dayang..sedap jugak weh! Macam KFC rase die..yang tu seketul RM2 ramai benoo orang. Sebab dah tak jumpa Pasar Satok tu kiteorang pun balik jelah, tapi dalam perjalanan tu jumpa pulak signboard Pasar Stok Cuma die macam confius sikit sebab kena masuk jalan bawah.Tapi kiteorang balik jelah..esok boleh pergi lagi.

Balik tu kiteorang rehat jelah, kawan aku memang tak boleh. Asal baring je kat katil tu mata mesti tutup..asal baring mesti tidur..memang sedap benoo katilnye.

RJ Ayam Bakar & Aiskrim Gula Apong

Malam ni kiteorang nak makan RJ Ayam Bakar yang sedap noo katenye tu kan. 3min je jalan kaki..masa tu boleh tahan jugak orang ramai…aku order Nasi Ayam Bakar ke ape eh name die dengan Teh ais special. Kawan aku makan same jugak dengan aku minum air Jagung manis ke ape bende die minum. Hahahaha…aku dah hilang ingatan. Tambah lagi pisang goreng cheese. Bila sampai tu..ayam die banyak weh!! Ade 2 ketul..sedap jugak, sambal die tak pedas sangatlah..kirenye kalau makan tu tak delah menggangu system deria korang. Air teh aku tu die guna gula apong, aku memang sukelah rasa gula apong ni. Hahahah jakun beno!!! Pisang goreng cheese tu kiteorang order yang kecik je..RM4.90 banyak kecik-kecik pun. Kenyang benoo, pisang goreng cheese die cheese + susu . Sedap jugak.. makan punya makan punya makan…sambal makan sambil cuci mata..pemandangan indah di Kuching. #akusuke

RJ Ayam Bakar


Lepas dah bayar semua..RM31 kiteorang pergi cari aiskrim gula apong pulak..beli yang kecik je..dua.haha tak bolehlah kongsi. Sambil makan sambil balik hotel, naik hotel kiteorang ambil kupon nak pergi rooftop pulak..nak tengok pemandangan sambil redeem welcome drink. Tempat die memang cozy sangat..best lah tengok dari atas malam-malam bandar Kuching kan. Minum-minum..lepas tu balik bilik.

Semua Boleh jalan Kaki
View Dari Rooftop
LimeHotel Lounge


Esok dah hari terakhir dah sebelum balik KL. Oh noo!!! Flight aku pukul 6.35PM memang tak tahu nak buat ape lah, ingatkan nak ambik half day..check out dalam pukul 4 ke..tapi bilik fully booked pulak. Ade group nak masuk..terpaksalah check out pukul 12 PM jugak esok.

Day 4

Hari last dekat Kuching..rasa macam tak nak balik je. Hari ni plan nak pergi Pasar Satok beli ikan terubuk masin, lepas tu nak ke Kek Lapis Mira…beli baju..haha beli kek lapis lah makcik. Tapi macam rutin biasa, kiteorang pergi breakfast dulu..nasib baik kiteorang google dulu Pasar Satok tu bukak pukul berapa sampai pukul berapa kalau tak..aku belah kawan aku tu buat bubuh garam jadilah..orang masin. Kalau Hari sabtu memang die bukak sampai malam dalam pukul 10PM tapi kalau hari Ahad die bukak sampai pukul 12PM je. Lepas breakfast kiteorang terus ke Pasar Satok tak jauh sangat lah dalam 10-15min dah sampai dah..tapi korang kena cari betul-betul sebab nanti die bawak korang pergi tempat lain..nama pasar ni..Kubah Ria Pasar Satok. Weekend market. Kalau tak jumpa boleh cari FAMA Kuching sebab ikut jalan sama jugak .

Kubah Ria
FAMA Kuching
Luar Pasar Satok

Same jugak

Sampai je sane..parking kene carilah tapi free je. Oohh dah terlanjur cakap pasal parking, kalau korang nak parking dekat bandar Kuching..kena guna kupon eh…nanti kang tak pasal-pasal kena saman kang. Kupon baru bape sen. Jalan punya jalan dalam pasar tu..luar tu macam ade orang jual bunga-bunga, baju-baju macam tu..tapi dalam pasar tu die ade bahagian-bahagian die..ade bahagian basah, ade bahagian jual sayur…hasil hutan..kuih-kuih.. korang kena cari yang bhagian basah-basahlah yang jual ikan. Masa tu korang memang peninglah tengok kedai mana nak pilih…tepuk dada tanya selera. Aku pun pening jugak..tapi last-last kiteorang berenti dekat kedai U.I.T.M…kenapa UITM? UITM punya ke?? Jawapanya tidak…U (Usahawan), I (Ikan), T (Terubuk), M (Masin). Pandai tak orang tu?? Sebelah UITM ade USIM..lepas tu macam-macam lah. Aku tengok ikan die macam segar, sebab tu aku pilih die.. lepas dah tawar menawar dapatlah ikan terubuk sedang2 RM10 sekor..ade yang besoo RM30 sekor. Ade yang besar sikit RM15 sekor..ikut korang lah. Aku beli ikan terubuk 8 ekor + telur RM10/satu aku ambik dua total semua RM100 dapat ikan 2 ekor free.

Dalam Kubah Ria
Ikan terubuk Masin Segar Beb




Dieorang memang akan bungkuskan cantik-cantik untuk korang, lepas dah bungkus semua..balik lah kiteorang ke hotel. Aku pun dah ngntok tahap gaban, semalam tak boleh tido..balik ni boleh lah tido sejam dua.

Boleh Call kalau nak


Pukul 12PM macam tu kiteorang pun check out..lepas ni nak ke Kek Lapis Mira pulak. Lepas tu nak ke tugu Kuching tu..last sekali ke Waterfront Kuching. Memang dah tak tahu nak pergi mane, sebenarnye banyak je lagi tempat nak pergi macam Muzium Kuching..lepas tu ade Taman Buaya. Tapi kiteorang tak pergi pun. Kiteorang lagi suke bertidur-tiduran dalam bilik, Kalau nak pergi kedai Kek Lapis Mira ni dari belah-belah waterfront ni korang ade dua cara. Satu boleh naik bot satu lagi boleh naik kereta. Kalau korang naik kereta sekarang nil ah kene tol lagi..RM1.60 kalau lepas 1 Jan 2016 nanti dah tak payah tol dah sebab dah dimansuhkan. Kalau korang nak naik bot pun boleh tambang tu aku tak pasti sebab aku tak naikkan…tapi dekat je sebenarnye, bukan jauh sangat pun. Kalau naik bot..turun jalan sikit dah sampai dh Kedai Kek lapis Mira ni…kalau nak pergi Kek Lapis Dayang dekat situ jugak Cuma kena pergi belakang sikit.

Turun Dekat Depan ni Kalau Naik bot

Mira Cake House

Kedai Kek Lapis Mira ni bukak pukul 8AM, kedai die warna Merah, pink-pink macam tu. Kek memang banyaklah kat situ..ade tempat rasa..korang boleh lah rasa ape korang nak..mane sedap tu pergi lah cari sendiri. Kalau ade orang kedai yang duduk dekat tempat rasa tu boleh lah tanye kek ape..kalau taka de korang pandai-pandai sendiri jelah..pergi cari dan padankan. Pening tengok warna warni ni..kejap macam same, kejap macam tak same..makan lain beli lain. Korang nak kek ape??  Kek Aaron Aziz? Kek Neelofa? Kek Hafiz? Semua ada…Kek Micheal Jackson pun ade..kalau yang mahal tu die letak dalam tempat-tempat sejuk macam tu, yang tu RM20, kalau yang murah-murah sikit tu letak kat luar-luar je RM10 satu. Beli 10 dapat 1 free..yang free tu korang kena ambik yang dalam bakul dekat dengan kaunter je. Tak boleh nak syok sendiri ambik yang mahal-mahal pulak. Kek Lapis ni korang kene letak dekat tempat sejuk..kalau tak nanti die cepat berkulat.
Kek ni pun die akan bungkus kan untuk korang..masuk kotak. Jadi tak susah lah nak bawak.

Boleh rase dulu
Baca tu

Kotak Kek Mira & Terubuk Masin

Waterfront Kuching

Lepas membeli belah kiterorang pun nak ke waterfront Kuching nak tengok ape yang ade dekat situ. Tapi Masa tu hujan dah rintik-rintik dah. Sebab macam lama lagi kiteorang ingat nak singgah dekat Kedai Mee Kolok Pak Amin tapi macam dah taka da orang je. Jadi kiteorang pun terus jelah pergi waterfront, waterfront ni kawasan die luas..tapi tempat biasa orang pergi tu berdepan dengan Bagunan Undangan Negeri dengan depan Astana tu. Tapi memang susah sikit nak cari parking, lagi-lagu hari cuti..parking die macam terhad je. Aku lepak kejap dekat waterfront..tengok langit pun macam nak merembeskan hujan je. Aku tengokk jugak ade tempat untuk naik river cruise…naik bot biase je harga die dalam RM19. Tu ada masa-masa die, aku tengok dekat kaunter die tulis pukul 2PM..ade satu lagi bot besar..macam feri macam tu, yang tu mahal sikit RM60..tu setiap pukul 5.30PM sahaja. Yang tu siap ade persembahan, ade makan…siap tengok sunset..tu yang mahal sikit. Tapi aku tak naik lah, tak ada budget.

Bot Cruise
Cruise Mahal

Dewan Undangan Negeri


Tengok duduk-duduk dekat waterfront tu..tiba-tiba hujan turun, lebat pulak tu. Nak singah dekat Tugu Kuching tu pun tak boleh, hujan selebat hujan. Mampu tengok jelah. Sebab dah taka da tempat nak pergi kiterorang pun terus jelah pergi airport. Whatapps En.Hadi bagitau kiterorang dah on the way pergi airport…lepas tu tunggu jelah. Parking dekat airport ni murah je, RM1/sejam ke sekali masuk eh?? aku dah lupe lah..abaikan.hahaha

Masa nak balik tu kawan aku kena adjust sikit beg die sebab die ade bawak hand bag lepas tu bawak lagi kek lapis tu. Hand carry boleh satu je. Die ni sampai dua..kalau tak nanti kena check in luggage pulak. Kiteorang pun bersusah payahlah adjust, sumbat-sumbat. Nasib ade space lagi. Akhirnyaa tunggu jelah flight..dah nak balik KL dah. Kawan aku bestlah esok die cuti sempena Selangor Menang Piala Malaysia..aku kene kerja daaa..saboo jelah aku.





View Dari Airport Kuching


Fridge Magnet

Bye..bye Kuching..till we meet again..hahaha

Tips/Info:
1)    Bawa payung, air masak..sebab agak panas sebenarnye dekat Kuching.
2)    Warga Kuching ni bawa kereta memang sopan santun. Dieorang memang taka da istilah keluar simpang ikut suke hati je. Dieorang akan tunggu betul-betul clear baru dieorang keluar. Tak kiralah motor pun same.
3)    Hon memang aku tak dengar langsung masa kat sini.
4)    Seeloknya sewa kereta sebab senang nak gerak ke sane ke mari.
5)    Kalau korang nak pilih hotel, pilih hotel yang memang dekat dengan kawasan terikan. Boleh jalan kaki je.
6)    Kuching ni tak besar jadi semuanye mudah je nak pergi.
7)    Banyak kedai tutup hari Ahad sebab rata-rata dieorang ni beragama Kristian dan dieorang akan ke Gereja setiap Ahad.
8)    Jalan dekat Kuching tak susah, kalau ade je waze/google map memang tak akan sesat.
9)    Simpan Kek Mira dalam peti kalau nak tahan lama. Kalau korang biar je dekat luar..cepat je die berkulat.

Rating:
a)    Kuasa Membeli : 4/5
b)    Makanan: 4/5
c)    Orang Tempatan : 3.5/5
d)    Pelancongan : 3.5/5
e)    Budaya : 4/5



Sunday, 13 December 2015

Kuching,Sarawak (4H 3M)

Hallo semua..hari tu sebelum aku sampai Kuching aku dah buat entry intro pasal kereta sewa..pasal hotel. Bila dah smpai memey wajib lah aku nak buat entry penuh pasal Kuching ni kan..malam terakhir kat Kuching,dah pukul 2.12AM aku tak boleh nak lelap mata lagi, tadi dah pekena nescafe..ni lah jwapannya..kawan aku dah sedap berdengkur aku pulak terkebil-kebil mengenang nasib. Tak ada kerja punya pasal..aku tulis jelah entry dulu balik nanti aku masukkan gambo..kene lah edit sikit,kang beso sangat kang..nak loading sakit pulak hati korang kan?? Panjang benoo entry aku..

Day 1

Flight malam

Aku punya flight malam kali ni malam tu je yg murah sikit..dengan masa yg sesuai lepas balik kerja..sempatlah makan-makan dulu kat rumah..lepas je maghrib terus bertolak pergi Putrajaya Sentral..macam biaselah, letak kereta dekat situ, lepas tu naik ERL ke KLIA2. Harga tiket masih same lagi RM6.20 sehala..sampai je KLIA2 sebab aku dh web check in jadinya tak payahlah susah-susah nak pergi kaunter check in..tapi skg kiosk pun dah berfungsi, bereh lah cam tu. Pergi Kuching ni aku kene dekat gate J14 tak jauh sangat lah nak menapak..boleh tahan. Tapi awal jgklah kiteorg boarding masa tu. Flight pukul 9.40PM tapi pukul 9PM dah boleh masuk dah. Full weh masa tu sampai tempat barang pun penuh..sebelum boarding tu aku whatapps En.Hadi dulu bagitau aku dah nak boarding...nanti tak adalah die tggu-tunggu sangat. Pesanan aku  kat korang,kalau lah ade janji dengan driver ke..nak sewa kereta ke..contohnya kalau  flght koranf delay bagitau lah. Jangan buat tak tahu je. Kesian orang yg tunggut tu, Nak boarding bgtau..dah touch down pun bgitau,dieorg pun byk keje lain nak buat..bukan korang sorg je nk dijaganye.(Bebel sikit)

Perjalanan mmg lama jugak dalam 1jam 45min, aku bangun..tido balik..bangun tido balik..tak sampai jgk. Bile dh nak touch down tu..teruja jgk..sebab jakun lah katekan, tak pernah pg Sarawak lagi..airport die besar jgk..selesa, luas..ala-ala KLIA2 jgk..tapi kecik skit lah. Sampai je aku terus msg En.Hadi bgitau aku dh touch down...

Imigresen

Sampai je korang kene beratur dekat kaunter Imigeresen sama mcm dekat Sabah ala-ala obersee gitu! sediakan IC, dieorg akan keluarkan 1 slip mcm tu..simpan kertas kecik tu,nanti balik korang kena tunjuk kertas tu. Jangan hilangkan eh..jangan dapat korang nak renyok-renyok terus buang..kang renyok muke korang kang tak boleh balik. Dok lah situ..niaga kek lapis.

Macam yg aku dh janji dengan En.Hadi die akan ambil aku dekat airport dan hantar sampai ke Hotel..kereta sewa tu die dh letak dekat hotel siap-siap. Maklumlah sampai pun dh pukul 11 malam dekat pukul 12 nak mencari jalan lagi. Kalau korang nak suruh En.Hadi jemput mcm tu pun boleh jgk..charge ikut hotel mane korang duduk..tu kene tyr sendiri lah dekat die, boleh deal dengan En.Hadi.

Telang Usan Hotel

Dari airport ni ke hotel dalam 20min tak silap aku, jalan masa tu lengang je..dah malam buta dh kan. Sampai hotel, tgk kereta. Aku sewa viva manual..tu je yg ade pun masa tu, tak kisah sangat lah sebab aku mmg pemandu tegar kereta manual. Tengok dari luar ok, kereta bersih..seat pun kulit..esok kite test drive. Jangan lupe lesen..kalau korang lupe nak phogostat xpe..nanti En.Hadi akan snap je lesen korang.  Dah siap semua..aku pun dah bye2 En.Hadi...badan pun dah penat. Masuk hotel nak check in...tapi masuk-masuk je..dah rasa tak best. Kaunter pun tak ada orang, ade pun mungkin guard je. Lama jugaklah kiteorg tunggu...aku rasa dalam 20min ke 15min macam tu, baru lah receptionist tu turun. Dahlah..macam nak tak nak je layan.. ko shift malam kot..baru masuk keje dh malas nak layan org..dengan tak bagitau pape pasal breakfast, password wifi pun tak bgtau. Ibarat macam asal bagi kunci dah!! Pepandai ko lah..

Dapat je kunci kiteorg terus masuk bilik..bilik die ok sbrnye..aku tak boleh nak complain sgt sebab harga pun murah kan. Bilik die besar, boleh tahan.. cuma mungkin environment die tu buat aku dengan kwn aku tak selesa.. Perabot dalam tu memang lama, bilik air pun tak bersih sangat...bidet tak ade,tapi boleh guna shower..sebab dekat je. Tapi memang tak selesa lah. Ade bathtub, katil, tilam pun dah melendut. Aircond sejam baru sejuk..tu pun dh letak 16..sejam baru rasa. Sedih betul lah. Yang buat aku rasa lagi tak best bile..call kaunter mintak password wifi..die cuma ckp ikut je nama signal... makkk aihh!! Ok..aku pun ikut jelah..tapi tak boleh connect pun. Nama signal die telangusan@level1b kate password ikut singal kan?? Aku cuba 2,3 kali..try and error jelah. Last-last baru dpt..xde pun "B" tu...sengal ke x?? Kalau ye pun malas nak jwb..lekat kat telefon tak pun dekat kunci bilik ke..kat kad elektrik tu ke..ni ape pun tak ada. Last-last lepas aku bincang dengan kawan aku..kiteorg pun nak pindah hotel esok..cari punya cari...ingat nak duduk dekat Grand Margherita Hotel,tapi penuh lah pulak. Lastnye suke dengan The Limetree Hotel..malam tu jugak booked hotel tu. Aku mula-mula memang berkenan dengan Limetree ni tapi sebab macam mahal je kan..aku pun booked jelah Telang Usan. Tapi ni lah jadinye, kalau dah nak tu..book je. Moral of the story..

Day 2

Check out dan pindah

Pagi-pagi lagi kiteorg dh checkout dah...sampai kat kuanter cakap nak checkout kire burn jelah 2 malam lagi..tapi ape yg  tak patut,die tak tanye pun kenapa nak checkout?? Pelik betul lah hotel ni..tak kisah langsung die dengan guest..kalau korang tanya aku..aku akan jawab Not recommended. Aku bukan nak sangat orang layan macam guest 5 star pun, cuma hotel budget mana-mana pun kalau guest dah bayar 3 malam tiba-tiba baru semalam dah check out mestilah nak tanye kan, lagipun ade 2 malam lagi. Pertama dan terakhirlah macam ni..die cuma tanya aku tak breakfast?? Aku jwb tak. Nampak tak kekecewaan aku kat situ,aku tolak makan free weh. Hahaha..

Test drive

Tak de makna nak test drive..masuk kete ok,wangii..bersih...bile bwk tu..macam tak ade pickup sangat  kete, mujurlah masa aku bawak tu tak ade sangat nak jem-jem masa tengah kat bukit, kalau tak memang mengaumlah Harimau Selatan.  Sebab dah memang tak ade kereta ni je yg tggl..jadinye ok jelah. Ok je sebenarnye tak adalah teruk sangat. Tengok minyak ade 2 bar lagi..cuma kene isi lah...jauh jgk perjalanan ni nanti. Aku isi minyak RM30 je, sebab ikut pengalaman aku masa dekat Sabah dulu..turun naik Kundasang semua baru RM30..ni pun lebih kurang jelah. Viva tak banyak makan minyak, jimat pun jimat..korang jangan nanti sewa Avanza ke, Honda ke pastu nak ikut jugak isi RM30 pastu nak complain kat aku cakap bagi info tak betul, tu memang nak kena viral tu. Sape nak sewa kereta dekat En.Hadi boleh tengok entry sebelum ni dekat SINI

Tu Dia Mesarati Aku

Sarawak Culture Village(SCV)

Destinasi pertama, bukan tu pun...makan lah dulu. Pagi tu aku breakfast dekat Kopi O Corner..pekena mee kolok dulu. Aku makan mee kolok, Rojak Mee Thambi dengan air teh tarik..boleh tahan jugak sedap. Aku tak pernah makan mee kolok,jadinye pada aku sedaplah tu..tapi ade org cakap mee kolok Pak Amit lagi sedap.. harga semua sekali..kire dua set lah RM17. Konsep Kopi O Corner ni macam banyak stall-stall kecik dalam tu, ade nasi campur, ade laksa penang, ade ape lg eh..ade jual kek-kek jugak. Banyak pilihanlah..tempat duduk pun banyak. Aku tengok Kopi O Corner ni macam ade 1 lagi cawangan dekat Pasar Satok, yang aku pergi ni die sebelah RJ Ayam Penyet.

Sebelah Kopi O Corner


Lepas dah makan semua, kiteorg terus ke Sarawak Culture Village...jauh jugaklah perjalanan die ni..dalam 50min lebih kurang, aku guna google map je..sebab waze ade problem. Korang jangan nak harap sangat dengan singboard sebab sepanjang jalan tu korang tak akan jumpa singboard tulis Sarawak Culture Village. Jadi kot-kot lah korang sesat ke hp mati ke..korang ikut jelah signboard ke Santubong. Sebab SCV ni boleh dikatekan dekat nau3 dengan Gunung Santubong. Sepanjang jalan memang nak pergi SVC tu ade orang jual-jual buah tepi jalan. Mungkin sekarang musim durian..rambutan. Syok jugaklah..

Kopi O Corner


Nak kate jalan die susah tu tak jugak...cuma yg pertama jalan banyak roundabout...korang akan jumpa dalam 3,4 roundabout mcm tu..pastikan korang exit dekat jalan yg betul..tu pun masa dekat bandar jelah bile korang dah masuk area kg tu jalan die tu korang terus jelah...sekali-sekala je ade simpang 3 besar dekat situ baru nampak signboard. Tp jalan die memang mcm ye tak ye je..sebab memang dah hujung dah..korang jgn confius-confius. SCV ni dekat dengan pantai...tak silap aku nama die Damai Beach.

Website SCV : http://www.scv.com.my/

Tiket

Harga tiket boleh dikatekan mahal jugak, untuk orang semenanjung RM60 (Tak masuk GST) -Dewasa, RM30 (Tak masuk GST)-Kanak-Kanak, kalau orang Sarawak murah sikit..kena tunjuk IC eh. Jangan nak ngaku orang Sarawak tak pasal-pasal. Die tanye jugak aku orang Sarawak ke?? Macam muke org Sarawak ke aku?? Idok ler kot....pastu tanye aku student ke??? Lagi sekali..tekaan anda salah!! Student tu yer..5,6 thn lepas..nampak sangat aku dapat mengekalkan gaya seorang budak kolej tu sampai sekarang. hahah lepas dah bayar semua die akan lekatkan sticker dekat baju korang dan akan bagi satu buku macam passport.. siap ade passport. Dasat tak?? Dalam buku tu akan ade penerangan setiap rumah dalam tu dan setiap kali korang pergi satu-satu rumah tu die akan sediakan stamp untuk korang stamp dalam buku tu mane korang dah pergi.

Passport


Selain dari korang boleh tengok rumah-rumah suku kaum yang ade dekat sarawak dalm tu, die akan ade pertunjukan kebudayaan jugak.. tapi masa die cuma dua kali je. Yang pertama dalam pukul 11.30-12.15PM satu lagi.pukul 4-4.45PM..rugi kalau korang tak pergi tengok..best woooo. Aku suke!! Kawasan SCV ni boleh tahan besar jugaklah dah macam berlari 1000KM, peluh membasahi bumi..dekat sini dalam pukul 9AM macam tu dah panas, panas terik dengan dengan bahang sekali..kalau sape yg bawak baby ke atau orang tua..mungkin korang boleh bawak tuala kecik basah takut dieorang panas sangat. Jangan lupa bawak air sebotol sorang, korang memang akan terhidrat dalam tu, cayo lah cakap den. Dalam tu ade jugak jual air..cuma nak mengurangkan kos baik bawak sendiri. Nak naik rrumah tu pun satu hal jugak, Macam rumah melanau dengan rumah Penan...mak datuk tinggi nooo.. aku yang dh Osteoporosis ni tak bolehlah..bak kata kawan aku, dalam proses pereputan, sampai atas memang mereput lah jawabnye.  Selain dari tu dalam setiap rumah ade lah dieorg masak-masak makanan tradisi dieorg..kalau nak beli boleh beli.  Masa aku masuk rumah Melayu siap ade orang makan-makan kat dapur.

Pemandagan Dari Rumah Melanau
Ada Jual Kuih

Persembahan

Gunung Santubong

Antara Rumah yang ada
Rumah Iban

Check In The Limetree Hotel

Dalam Pukul  1 lebih macam tu  aku terus je balik Kuching semula, nak check in hotel pulak..badan pun dah berlengas dah mandi peluh. sampai je hotel nasib boleh check in dah, aku booked bilik Deluxe (1 Katil King), ade jugak Superior (2 Katil Single). Check in senang je, receipionist pun ok.. aku rasa macam staff die tak banyak..sepanjang hari duduk situ aku jumpa staff yang same je. Nama Haryati ke Hayati..macam tu lah. Setiap pagi memang die jelah..ciri-ciri keselamatan tu adelah, setiap kali korang naik lift kene scan kad dulu baru korang boleh tekan tingkat berapa. Masuk bilik..ok, die simple je..tapi aku suke!! Katil die memang superb sangat, bantal pun..selesa gile!! yang penting fav kawan aku rainshower. Hotel ni bilik die tak besar sangat tapi sangat-sangat selesa. Selain dari tu, hotel ni juga tak benarkan guest hisap rokok dalam bilik, kalau korang hisap rokok dalam bilik lepas tu bau pulak tu..korang akan kena bayar RM150 untuk pembersihan lepas tu kena charge 2 Malam harga bilik. Bukan tu je, kalau lah masa tengah syok korang hempus asap tu..tiba-tiba smoke detector tu trigger(Hamboi cakap omputeh) habislah korang..kena bayar RM500!! berani??


Baca Tu
Lupe aku nak cite, masa jalan balik tu..Pakcik Google Map dah bawak kiteorang guna jalan yang ade tol..tol tu aku rasa name die Tol  Jambatan Tun Salahuddin agaknyelah, sebab setahu aku tol dekat Kuching ni ade satu je. Tol die untuk kereta RM 1.60, korang jangan tak tahu motor pun kena tol juga..tol motor 50sen..tapi ape yang aku baca mula 1 Jan 2016, tol tu akan dimansuhkan. Dieorang nak buat Sarawak ni bebas tol..siokkk wooo!!


Balik pada cerita hotel..Hotel ni ade sediakan parking..tapi tak banyak lah..ade dekat luar dalam 5 parking, dekat basement pun ade tapi memang limited. Bilik die pun tak banyak..ade 42 bilik biase dan 8 Suite. Boleh check hotel website dekat link bawah ni kalau berminat.

lagi satu yang aku suke sangat bau shower gel die tu, rasa bersih je kalau mandi..bau Lime. Memang onwer hotel ni suke sangat kot dengan Lime. Masa sampai tu die akan bagi korang 2 coupon untuk welcome drink, tapi korang kena pergi naik dekat rooftop tingkat 5, dekat sane ade Lime rooftop Lounge. Die bukak pukul 5PM-2AM kot..aku pun tak ingat dah, tapi korang bolehlah tengok pemandgan bandar Kuching dari atas. Konsep die memang santai. Hotel ni jugak dekat dengan tempat-tempat menarik...walaupun tak delah sedekat kalau duduk dekat Margherita, Riverside ke..tapi tetap dekat.

Website Hotel : LIMETREE


Aiskrim Gula Apong

Petang tu ingat nak pergi makan dekat RJ Ayam Bakar nak makan Goreng pisang cheese sebab malam tu memang kiteorg dah fikir nak makan seafood dekat TopShot. Google-goole tengok-tengok dekat je rupenye RJ Ayam Bakar dengan Aiskrim Gula Apong ni dari hotel kiteorg jalan kaki dalam 3min je kot. Jalan-jalan..mula-mula siap pakai google map jalan...tengok-tengok tutup, RJ  Ayam Bakar ni waktu operasi die start pukul 6.30PM. Jadinye kiteorang terus pergi Aiskrim Gula Apong jelah..dekat jugak..2min dah sampai..Aiskrim Gula Apong ni sebelah betul-betul Hotel Kapit. Name kedai die DP Aiskrim Gula Apong. Die banyak cawangan selain dari dekat sini ade lagi tempat lain. Harga kalau kecik dalam cawan kecik tu RM2 kalau nak yang besar RM5..ade topping boleh campur. Sedap jugak asikrim ni..aku makan dua kali kot. Sedappp...walaupun kedai die kecik je, tapi tak putus-putus orang beli. 

Tu Kedai Dia banner Hitam

Cawangan & Harga

Aiskrim Besar
 

Topshot

Lepas dah makan askrim tu perut ni perlu di isi jugak, nak alas perut..lastnye beli meggi cup je kat 7E. Lepas makan rehat-rehat jelah..sampai pukul 6.40PM macam tu, kire lepas maghrib. Kiteorang pun jalan kaki ke TopShot, tak jauh jugak dalam 10min jalan kaki..Topshot ni kirenye satu bagunan dengan UTC Kuching..dekat dengan Pullman Hotel, kalau dari Pullman tu 2min je jalan kaki. Kalau korang duduk dekat Margherita tu mungkin 5min je kot jalan kaki. Cuma bile korang dah sampai tu korang akan rs confius sikit mane nk masuk..aku pun ikut je orang jalan..UTC tu memang dh tutup lah malam kan..jadinye korang kena naik tangga..ikut je lorong dalam tu..pastu jumpa tangga naik lagi..aku rasa ade 4 kali naik tangga, nanti korang akan jumpa tempat makan besoo gile atas tu. Ade dalam 5,6 kedai atas tu..aku makan dekat Kedai no.25..alas meja colour oren. Masa aku datang tu dah ramai kot orang..dah macam ape..nak cari tempat duduk pun susah, tapi kalau orang blur.com macam aku..korang cari je pekerja yang pakai baju oren ade tulis no.25 dekat baju die..korang tanye die ade meja kosong tak untuk 2 org ke 5 org ke..nanti die akan carikan meja untuk korang. Lepas tu die akan alas meja tu dengan alas warna oren. Korang duduklah situ..sape yg pakar memilih seafood boleh pergi dekat kedai no.25 tu untuk pilih seafood ape korang nak dengan nak masak ape..kalau jenis macam aku ni tau makan je..duduk jelah diam-diam dekat meja tu. 

Ketam Butter Telur Masin


Sotong Bakar
Osyter Pan Cake

Kawan aku ambik, ketam 2 ekor boleh tahan besar..masak butter telur masin, sotong bakar cili lepas tu ade sayur midin goreng belacan, nasi 2 dengan oyster pan cake..beso benoo pan cake nye..macam kuali dah aku tengok. Walaupun orang ramai tapi tak delah tunggu sampai sejam..kejap je dah sampai dh. Kiteorang pun melantak lah..sedpa jugak. Lagi sedap dari seafood dekat Pasar Filipina..ketam die segar..byk isi pulak tu. Cuma kalau yang tak suke manis baik ambik ketam masak telur masin je, tak yah butter..letak butter tu macam manis je aku rasa..muak sikit. Semua sekali harga tak masuk air sebab air order kedai lain. Total semua RM 61. Murah jugak kan?? 

Sayur Midin Goreng Belacan

Balik dengan hati yang riang sebab dah kenyang..nak charge untuk esok pulak. Bagi full esok nak ke Pasar Serikin..Good Night Kuching..gitu!!



Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...