Tuesday 22 January 2013

Cameron Highlands

Cameron Highlands (2 Hari 1 Malam)



Perjalanan ke Cameron kali macam rancang tak rancang je sebab ikut kawan balik kampong dia di Kelantan..memandangkan ini bukan kali pertama memandu  ke Kelantan(selalunya baca signboard je Cameron) macam best je kalau naik atas..tapi jiwa rasa tu belum kuat nak singgah.

Map cameron
Kali ni nak menghabiskan baki-baki cuti dalam perjalanan Kelantan ke KL.. aku awal-awal dah ajak kawan aku tu singgah Cameron memandangkan dia pun tak pernah pergi Cameron dan memandangkan dia seorg pencinta tegar alam semulajadi..jadinya sesuai sangatlah kami ke sana.

Betolak dari Kelantan pun dah agak lewat..kira-kira jam 2PM..dalam keadaan mendung-mendung tu..aku bersiap sedia mental dan fizikal nak menekan minyak kereta yang tak berapa gagah nak panjat gunung ganang yang tinggi melangit tu..dalam hati ade jgk meragui Mak Bara aku ni boleh ke..panjat Cameron..nama je Mak Bara tapi..ermmm…yang ado! 

Kami menggunakan jalan dari Gua Musang Kelantan untuk ke Cameron..jalannya agak besar dan memang jadi kegemaran aku jalan-jalan besar ni..sebabnya kalau Mak Bara semput..tak delah menyusahkan Ferrari kat belakang aku nak potong kan..relax lorong kiri je..siap lambai-lambai.

Aku yang merah tengah-tengah
Dalam perjalanan tu..nampak gayanya macam nak hujan..lagi la suspen aku dibuatnya..hujan-hujan kalau jalan rata tak pe..ni naik bukit,turun bukit..memang menguji tahap kecekapan pemanduan betullah.Apa-apa pun aku selamat sampai ke Brinchang dan kami teruskan perjalanan ke tanah rata..

Mendung-Hujan-Jalan Licin-Takoot!

Hotel

Pekara pertama yang aku kena buat adalah mencari tempat untuk bermalam..untuk malam ni. Tapi tak delah risau sangat sebab aku pergi pun hari biasa dan bukan cuti sekolah kiranya waktu-waktu orang tak ramai dengan kata lainnya Low season la..dekat Cameron ni tak susah nak cari Hotel..bersepah-sepah ada..Brinchang..Tanah Rata memang tempat tumpuan dan di situ memang tak susah nak cari hotel..pusing punya pusing ada la hotel murah..tapi aku tak berkenan sangat sebab aku tak nampak lobi( Oh ya! Aku ada  kepercayaan sikit pasal hotel budget ni) nanti aku akan kongsikan kat korang..

Planters Hotel Tanah rata
Pencarian hotel pun bermula..kawan aku ni jenis tak kisah.. apa-apa jelah asal ade tempat tido..jadi keputusan semua kat aku..tapi mata aku sudah tangkap satu hotel cun..tepi jalan dekat Tanah Rata daaa..memang cun hotel tu..konsep dia memang cantiklah..

Setelah bertanya-tanya dengan kaunter staff disitu..aku setuju untuk tinggakat situ.. Hotelnya bersih..bilik besar gabak!..

Masuk-masuk kawan aku komplen..hotel mahal tak ada Air cond??? Kipas pun tak de??? Aku dah risau dah..macam manalah ni..tapi bila kami buka tingkap woooo! Segar gilleesss udaranya, sejuk…memang A lah!..

Hotel Rm 150.00(Termasuk Sarapan)

Yang best dekat hotel ni..macam ada pangkin dekat tingkap yang membolehkan kita duduk-duduk tengok alam semesta..tapi aku tak taula.pihak hotel buat saja-saja je ke atau memang suruh org lepak kat situ..tapi memang bestlah! Aku rasa malam tu kesejukan dia dalam 12°C sebab A/C pun paling sejuk 16°C ni kira lagi sejuk dari A/C la..dah la segar udara..Aku bagi A++



Bersidai atas tu

Maklumat lanjut: Planters Hotel


Memandangkan kami sampai pun dah dekat pukul 6PM jadi..kami pilih untuk rehat sekejap dan jalan-jalan dekat sekitar Tanah Rata je..banyak juga kedai-kedai cenderamata, kedai runcit…dan banyak kedai makan disekitar situ..jadi tak ada masalah..

Tanah Rata
Malam yang sangat sejuk..
Aku tak sesangka malam dekat Cameron highland ni sejuk yang amat..dulu masa ikut rombongan sekolah siang-siang je..jadi aku tak tau malam macam mana..feeling-feeling oversea la ape lg kan..:)

Hari Kedua(Akhir)

Aku sebenarnya tak tahu nak pergi mana..nama pun singgah kan, tak delah aku beriya buat kajian terperinci pasal Cameron ni..tau sikit-sikit tu adalah..jadi setelah berbincang aku ambil keputusan untuk pergi Mardi je..sebabnya dekat sana semua ada..strawberi,sayur,Teh,pokok-pokok bunga..lagipun masa tak berapa nak ada..kenalah bijak sikit(Cewah!)

Mardi
Agak Luas jugalah Mardi ni..dia ada beberapa seksyen ikut kategori pokok dan tumbuhan..tapi yang awal-awal sekali korg akan jumpa strawberi..lah!..


Strawberi
Ada juga pokok-pokok lain yang ditanam macam bunga ros,sayur-sayur jangan cakaplah gemuk bukan main…ada 1 seksyen tu dia buat macam taman dan tanam macam-macam sayur dalam tu..salad die mak aiii! Gemuk dan segar..ada juga beberapa jenis cili kat dalam tanam tu juga…

Sayur dan Cili
Taman yang cantik

Dekat mardi ni juga ada tempat untuk membeli pokok-pokok..jangan tak tau Lavender pun ade dijual disini…kawan aku yang sangat2 minat Lavender  dah rembat satu pokok(apa-apa jelah! Turun bawah mana ko nak letak?)

Ada juga ladang Teh kat sini..ladang ke? Bolehlah tapi tak adalah besar sangat pun..tapi kira oklah…masuk satu tempat boleh tengok semua…

Tiket:RM 5.00(Dewasa),RM 3.00(Kanak-Kanak)

Maklumat lanjut:Mardi

Tempat makan

Tempat makan tak perlu risau sebab ada satu deretan kedai-kedai makan melayu di sini….pilih je nak yang mana..bereh boh!

Balik KL

Untuk balik ke KL aku ikut jelah map..tapi tak tahu pulak ada jalan yang lebih elok..kalau aku ikut Janda Baik..tapi janda tak berapa baik..aku terpaksa balik ikut jalan lama..sangat mencabar..pening aku dibuatnya dahlah sempit gila-gila jalan..kalau bertembung dengan bas..fuh! ketor lutut aku…jalan dia pun asyik rosak je..tanah runtuhlah..sana sini orang tengah betulkan jalan..makin sempitlah jalan tu..

Bila dah sampai kawasan Ringlet..jantung pun dah stabil..lega rasa..:) apa pun Cameron salah satu destinasi yang best untuk dikunjungi..kalau nak feeling-feeling sejuk tu datanglah Cameron..udara segar..aman sentosa..


Apa yang anda perlu tahu:


Pasar malam brinchang

Hey pening tak Pasar malam ni?
Pasar malam ni ada setiap hari Jumaat & Sabtu kalau tak silap aku, tapi dekat kawasan brinchang. Agak jauh jugak lah dari Tanah Rata.

Jeep Cameron Hinglands
Sepanjang perjalanan pergi dan balik memang aku banyak kali bertembung dengan Jeep ni..memang power rangers r enjin dia Nampak je buruk..tapi lajunya mak aiii! Dahla pemandu dia dah expert gile..senang ke tengok dieorg memanjat Cameron…
Power Seyy!


Banyak Tempat menarik..
Korang kena cari dan pilih tempat-tempat yang menarik disini untuk dilawati..banyak lagi tempat yang best..aku je yang tak ada masa..:( mungkin lain kali..
Cameron kamu sangat nyaman!


Maklumat lanjut: Cameron Highlands

Rating:
Keseronokan: 4.5/5
Kuasa membeli: 3/5
Cuti2: 4/5
Orang tempatan: 3/5



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...