Tuesday 22 January 2013

Kota Kinabalu (3 Hari 2 Malam)


Apa  aku nak tulis ni Cuma cerita-cerita dan pengalaman aku pergi KK bulan 3 yang  tahun 2012. Lama dah…kira kalau mengandung tu dah siap lahir dan berjalan dah budak tu..:)

Ok..bermula sebelum aku ke KK..perancangan memang aku dah susun rapi sebab aku memang jenisnye begitu..kalau tak ada jadual ke tak tau apa nak buat kat sana memang aku serabut sikit…

Apa yang paling penting adalah:


Tiket Flight( LCCT- KK)

Tengok nama airport pun dah boleh agak..mesti tiket murah..haha..memang betul pun!

Mana la nak mampu beli tiket MAS@ tiket AirAsia(Nama manja AA) yang tak promo..tapi tak pe..mahal ke murah ke sama je…tak de nye..pramugara/ri tu nak suh org yang beli tiket murah duduk kat sayap ke ape ke kan…sampai pun same je(Ape aku heran)..asalkan aku ke KK..

Promosi yang aku dapat tu adalah tiket 0.10sen..haaaa…seposen ko! Dasat tak dasat aku berebut..waiting room..jgn nak cakaplah..naik kusut rambut tunggu..

Dah tambah-tambah semua maksud aku.. dengan nasi briyani makan dalam flight(berangan je). Tak denye aku nk makan nai briyani atas flight nuh(orang budget ciput mmg banyak alasan)


    Nasi Beriyani AA...yang sedap (agaknyelah!)
                                        
Plus-plus AA

Airasia insure oneway, Pick a seat( kena la kalau korang pegi berdua, tkt nnt kene ddk sebelah sape2  tah), SKYB( skybus dr KL Sentral – LCCT) kalau beli on9 murah skit dr beli ms korang nek bas tu)

Bayangkan org dok sebelah korang cm ni..
                                                
So dah betambah-tambahla dari seposen kepada RM 53.18(2 org) pergi sahaja…

Ape hal aku tak tempah tiket balik sekali? Haa nilah aku nk cite..sebabnya ni first time aku tempah tiket flight promo..aku pun jd tak tentu arah…dah la waiting room lg..dpt2 je..aku pun beriya-iya tempah..dahla aku baca 10 min je boleh tempah pastu dia masuk balik waiting room..tp rupenya tahap jakun aku ni mmg tahap bapak gaban….

Dia tulis kat situ 10min satu2 benda tu..cthnya nak pilih flight(10min), isi nama guest ( 10min) tapi akunye paham lain…gelabah tol r!!!

Terpaksalah aku menempah tiket balik pulak kan..kalau tak terpaksalah aku jd badang kat Gunung Kinabalu.

Tiket balikpulak same je harganya gedebak gedebuk kate ko! RM 53.18 sahaja…

Jadi jumlah tiket pergi balik untuk seorang adalah RM 53.18. Tak tau murah ke tak..tapi aku puas hati.


Kereta Sewa

Lepas buat beberapa kajian(Hamboi!) aku rasa aku nak sewa kereta memandangkan KK tak berapa besar sgt dan aku boleh pergi macam-macam tempat kalau memandu sendiri…lagipun 3 hari je..kenalah cepat dan pantas. Kalau nak naik Bas memang tak de masalah tapi masa banyak habis tunggu bas jelah..

Cari punya cari dapatlah beberapa nama dan agensi untuk dihubungi nak tanya pasal Kereta sewa…aku lebih suka SMS je dengan orang-orang ni  tapi malangnya orang-orang tu tak suka SMS dengan aku.;).banyak juga aku hantar SMS tapi yang balasnye..tak balik modal..mungkin dieorg lebih suka org telepon kot..lebih meyakinkan(Agaknya!)

Tanya punya tanya aku berkenan dengan sorang ni( berkenan ko!) senang berurusan dengan dia ni..balas SMS pun macam mulia je..so aku dah bersetuju dengan dia…harganya ok..dan tak perlu deposit..senang! Cuma nak Photostat IC dan lessen(tu pun bagi masa kat sana)

Namanya En. Zihan ( 0193679673)…aku sewa kereta Viva Manual( aku tak reti bwk kete Auto)

Harga untuk 1 hari (24jam) = RM 70.00 oklah..sedang-sedang jek..tapi En. Zihan ni memang baik orangnya.:)

Kereta yang aku nak sewa





Hotel
Ok…disebabkan ni kali pertama aku ke KK jadi aku tak tau nak tuju ke mana…dan biasanya kalau AA buat promosi adik dia pun nak buat jugak..jadinya aku ke sesawang(Sesawang la sgt) Tune hotel dan memang aku terkejut beruk ( sikit lagi nak jd beruk) ada promosi gila-gila dari Tune hotel…

Aku dapat harga untuk 2 malam ( RM12.00) bermaksud RM 6.00/ Malam. Sangat-sangat murah.

Dan seperti biasa macam abang dia jugak..lepas tambah A/C( 12jam), Tune hotel insurance, TV( 24jam) gedebak gedebuk RM 39.51 masih sangat-sangat murah( mana nak dapat toq!)

Puratanya adalah RM 19.76/ Malam…Fuh! Best gileeesss…


Note: pepandailah korang budget  nak guna TV dengan A/C supaya ianya tak merugikan korang…jangan guna sampai ada baki bila korang nak check out..rugi beb!


Jadual perjalanan..tempat-tempat nak lawat.
Yang ni korang kenalah pepandai cari, banyak sangat maklumat yang korang boleh cari kat alam bunian ni.. cari sampai  lebam!!


Menghitung Hari….duit jangan lupa bawak!



HARI PERTAMA


Cantik aje kalau dari atas


Di KK
Sampai KK..akan ada imigresen kat sana..kita kena tunjuk IC dan Encik Imgresen tu akan bagi kita satu kertas untuk membolehkan kita berjimba-jimba di kk.. aku tak tau nama ape bende tu..tapi kena simpan elok-elok sampai kita balik nanti.

Sampai je aku terus SMS(macam biasa aku lokek credit) En. Zihan..tak lama tunggu dia datang dengan Mercedes VIVA hitam nya..seperti yang dijanjikan..aku bayar semua dan bagi dia Photostat lessen & IC( seperti yang dia minta) En. Zihan bagi aku resit..dan kitaorg pun memulakan jelajah janji ditepati(wakaka) di KK…


Mercedes dah ade org sewa yang tinggal ni je...:)


Nak cari Tune hotel je dah masalah..entah mana nak tuju..tapi rupenya senang je jalan kat KK ni..sekali jalan dah boleh ingat semua(belagak la pulak,padahal 3,4 kali pusing jalan yang sama).Tune hotel KK dekat dengan shopping mall 1 Borneo..nama pun Tune hotel 1 Borneo kan..jadinye untuk kesana kena ikut jalan ke UMS(Universiti Malaysia Sabah)..kalau dah nampak UMS tu kire dah dekat la tu..

Tune hotel kat sana memang best..sebab bersambung dengan shopping mall..wah! best! Senang nak cari makan..

Ni dia Tune Hotel 1Borneo


Nilah Biliknya..tak besar tak kecik..ok BAH!



Lepas check in..rehat jap..mandi manda..dan terus ke 1 Borneo..pusing-pusing jap.. 

Hari pertama MALAM kami ke Pasar Filipina nak cari makan….ikan bakar..wah!


Pasar Filipina

Seafood sangat segar dan murah..udang,sotong tahap giant(Bukan hypermarket giant eh) tahapnye…mmg besau-besau..makan malam kami RM 45.00 (sgt2) ikan bapak gabak,udang pun gabak, dengan sotong 3 cucuk..nasi sikit je dia bagi..suh aku diet gaknya tapi yang penting puas hati…sambal pencecah dia tu memang terbbbbaaaaaiiikk bah kau!!

Lepas makan kami jalan-jalan depan pasar tu ada macam uptown la lebih kurang..ada cenderamata(boleh cedera mata korang tengok barang-barang dia)..boleh la nak beli mutiara, baju, beg-beg, key chain..

Balik dari situ..haa..korang bacalah Note kat bawah ni! Aku kena saman! Saman parking! Apa yang rajin sangat Encik polis ni..malam2 plak tu..adoila!!! Ikutkan mmg malas nak bayar,tapi memandangkan kereta sewa..aku terpaksa bayar jgk..RM 100.00(Apela nasib..) TAK OK BAH KALAU KAU!!

Note: Jangan letak kereta sebarangan macam kat KL atau tempat-tempat korang eh..malam-malam buta pun Encik-Encik polis kerja kat sana(SAMAN PARKING)..walaupun korang tak parking kat bahu jalan ke..tangan jalan ke..asal tak ada PETAK je..sah-sah korang kena saman( macam aku!) nanges beb!


HARI KEDUA

KK ni cepat terang..jadi lepas dah bersiap-siap kiteorg memulakan perjalan ke destinasi-destinasi yang telah dipersetujui…antaranya adalah( cewah)..Sebelum tu..nak cari sarapan dulu..tapi dekat bawah Tune hotel tu ada abang-abang jual kuih-kuih tempatan…sedap jugak kuihnya..(RM 1 = 3 ketul) hehe…

Destinasi:
       a)  Lok Kawi Wildlife  Park
       b)  Muzium Sabah
       c)  Gunung Kinabalu(Kekurangan budget setelah disaman)
       d)  Bandar KK
       e)  Makan dekat tepi pantai(Tanjung lipat)…syyoook!



 Lok Kawi

Kat sini lebih kurang macam zoo la..tapi kitaorg nak tgk org utan je sebenarnya..



Gajah comel

Kalau malas jalan leh naik benda ni



Ni dia idaman hati

Tiket Lok Kawi: RM 10 (dewasa) , RM 5 (Kanak-kanak)
Maklumat Lanjut: Lok Kawi Wildlife Park atau Sabah Lok Kawi


Muzium Sabah

Best jugak kat sini sebab boleh tahu suku-suku yang ada kat sabah…dan masuk-masuk je korang akan disambut dengan tulang ikan paus yang sangat-sangat besar…besar gabak!..

lepas jalan kat dalam..boleh jalan-jalan kat luar pulak..dimana ada rumah-rumah suku kaum di sabah ada kawasan yang luas dieorg bina rumah-rumah ni..korg boleh la posing-posing kat sini.kalau haus boleh ambik air kat water despenser yang disediakan


Pintu masuk Muzium

pemandangan cantik rumah-rumah suku kaum di Sabah


Tiket: RM 2.00( seorang dewasa)
Maklumat lanjut: Muzium Sabah

Note: dalam Muzium tak boleh ambil gambar..luar je boleh…


Bandar KK

Bandar KK ni macam Bandar-bandar-bandar lain kat semenanjung..untuk pengetahuan aku tak suka sangat Bandar....jdnya aku tak perduli sangat..Cuma apa yang boleh aku katakana..KK antara Bandar teraman yang pernah aku pergi…jalan pun tak sesak mana..Hon kereta memang korang jarang dengar(tak dengar langsung)..kat jalan tu Cuma bunyi enjin kereta je..sgt-sgt best bawak kereta kat sini..Cuma korang kena hati-hati dengan kenderaan yang nak masuk atau keluar simpang sebab diorg jarang bagi signal..

Tanjung Lipat (makan tepi pantai)

Balik dari Bandar kk tengok-tengok tepi jalan banyak sangat kerta berenti tepi jalan..tengok-tengok tempat makan..rasa nak cuba jgk..tempat makan ni kalau dari KK menghala ke UMS memang akan nampakla..tapi kalau siang memang tak de apa..malam je dieorg akan bukak kedai..tempat makan memang tepi laut..dan memang syoiikkkk! 



HARI AKHIR

Memandangkan flight yang aku tempah tu lewat sikit..jadinya aku masih ada masa untuk berjalan-jalan dekat KK masa hari akhir kiteorg kat sana…


 Destinasi:
      a)  Underwater UMS
      b)  Pasar pagi dondongan (Tamu Penampang)
      c)  Signal Hill Observatory Platform


Underwater UMS

Underwater ni kecik je tapi oklah..sebab tiket pun tak mahal..dapat jugak tengok ikan-ikan dan hidupan laut lain..tak banyak boleh cite..sebab tempatnye memang kecik nak dibandingkan dengan underwater world Langkawi..tengok harga tiket dah tahu..

Antara aquarium yang ada

Tulang ikan ape tak ingat

Besau ikan neh!



Tiket: RM 5.00 (Dewasa) , RM 2.00 (Kanak-kanak)
Maklumat lanjut: UMS Aquarium


Pasar Pagi Dondongan (Tamu Penampang)

Pasar pagi ni macam-macam ada jual..dari barang basah,ikan kering, tembakau, ikan hidup sampailah mesin-mesin dan barang-barang D.I.Y...nak kata kat sini murah tak juga la..biasa-biasa je harganya.

Maklumat lanjut: Tamu Penampang



Signal Signal Hill Observatory Platform

Signal hill ni nak kena mendaki tapi free je..leh bawak kereta sampai atas...nak kata tinggi tak juga..tapi bolehlah...tempatnya di bandar KK berdekatan dengan Atkinson Clock Tower..dekat dengan Balai Polis Trafik tempat aku bayar saman( aku ingat sampai bile-bila)

Pemandangan Bandar KK dari atas Bukit

Atkinson Clock Tower

 Maklumat lanjut: Signal Hill



Oklah tu je..boleh kongsi,sebelum balik sempat naik bukit..nak tengok pemandangan dari atas bukit..Bandar KK…

Pape pun..KK best. sangat aman dan permai untuk dikunjungi..orang-orangnya pun sgt baik.

Download map sabah(travel):  Map Sabah


RATING:
Keseronokan: 3/5
Makanan: 4/5
Kuasa membeli: 3/5
Cuti2: 4/5
Orang tempatan: 5/5( kecuali Encik Polis yang saman aku tu)



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

4 comments:

  1. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    *Tel : 0129600702 / 0163751978*
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  2. Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...

    TIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
    Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017

    *Tel : 0129600702 / 0163751978*
    Assalamualaikum Tuan Puan...
    Bercuti la ke Sabah....!!
    Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...

    Kami menyediakan Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..

    a) Nissan Urvan RM230 sehari
    b) Toyota Innova RM200 sehari
    c) Toyota Avanza RM160
    d) Nissan Grand Livina RM170
    e) Proton Exora RM150
    f) Produa Alza RM140
    g) Toyota Vios RM160
    h) Proton Saga Flx RM120
    i) Produa Myvi RM120
    j) Produa Viva RM100
    k) Proton Waja RM120
    l) Proton Preve RM150
    m) Viva 660 RM70

    * Harga di atas adalah minimum sewa
    untuk 3 hari ke atas...
    * Penghantaran kereta percuma ke
    Airport dan tempat penginapan.
    * Kadar harga lebih rendah untuk sewa
    secara bulanan.

    Kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :

    1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
    istimewa daripada kami bermula harga
    RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
    kundasang...

    2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!

    3. Pemandu Pelancong..
    Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...

    4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
    Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
    Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
    * Banana Boat RM30 (15 mnt)
    * FlyFish RM60 (15 mnt)
    * Parasailing RM55 (15 mnt)
    * Jetski RM140 (30 mnt)
    * Sea Walking RM150 (30 mnt)

    5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
    Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...

    *Screenshot iklan ini sebagai voucher Diskaun dan whatsapp ke nombor di bawah*

    Hubungi kami
    0129600702
    0163751978
    Boleh Call atau Whatsapp


    ReplyDelete
  3. Hakak bercadang nak ke sana.... Terima kasih atas experiencenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi K.Hainom, oh ye ke? harapnye dapatlah input sikit2..haha..selamat bercuti

      Delete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...