Tuesday 22 January 2013

Langkawi Part 3

Hari Ketiga Sudah..


Destinasi:
a)    Jom Ikan Bakar
b)    Kuah(lagi sekali)
c)    Mandi Manda
d)    Cari tiket Island Hoping
e)    Nasi Lemak Makan Malam


Jom Ikan Bakar

Hari ketiga dah tak tahu nak buat apa..hajatnya nak cari kedai yang fofulor sangat  dalam blog tu namanya Jom Ikan Bakar..aku pun tak sabar nak makan kat situ(kononnya)

Cari punya cari tak jumpa..pusing jugak..pusing jugak..last-last jumpa juga masa tu orang tak ramai lagi..tapi kat sini lauk memang banyak lah..konsep layan diri(kalau korang tak nak layan diri korang sendiri..tak ada orang nak layan korang)…air free..amek jelah sendiri..ada air anggur,the dengan air apa aku tahu..aku amek air anggur..

Kuah( Lagi sekali )


Kami ke kuah sebab saja nak jalan-jalan peminat benda murah akan ke satu kedai bernama SAKAN..jadi kami ke sana untuk tengok baju dan seluar..tengok-tengok tak berapa nak ada, tapi dapatlah beli seluar satu dan baju satu..
Sebelum balik singgah HIG lagi sekali untuk cari chocolate favorite aku cote d’or..dan beli coklat yang nak expired beli satu percuma satu coklat Toblerone RM 3.90..dapat ke kat tempat korang? Tak kan?? Haha..walaupun dah nak expired..

RM 3.90 ( Dua ketul beb)

Mandi Manda

Sekali lai aktiviti petang mandi pantai..bestnya macam selalulah tak payah cakap

Tiket Island Hoping


Untuk tiket Island Hoping apa yang aku tahu paling murah adalah RM 25.00 jadinya kalau ada yang tawarkan dengan harga mahal dari tu baik tak payahlah..dekat pantai chenang ni banyak je tempat nak cari island hoping ni..rata-rata harganya RM 25.00…aku dah survey nanti nak beli..biasa dierg akan membawa korang ke 3 tempat iaitu..pulau beras basah,pulau/tasik dayang bunting dan sambil-sambil tu akan berhenti sekejap untuk tengok eagel feeding(tengok burung helang makan) dikatakan dieorg akan campak ayam ke apatah untuk menarik perhatian helang..nanti helang tu akan datang korang bolehlah ready dengan camera canggih masing-masing…

Maklumat lanjut: Mizan Yaacob ( 0124668590)
Email : tcy_traveltours@yahoo.com.my

Makan Malam.


Untuk Makan malam aku pilih untuk makan nasi lemak je..nasi lemak teloq..RM 1.50 sebungkus..dekat langkawi ni makanan tak mahal sangat.tak macam sesetengah tempat pelancongan tu bukan men lagi letak harga..lagi ramai omputeh lagi tinggi korang punya harga..tapi langkawi tetap macam tu…memang terpuji!..Nasi lemak kat langkawi ni pelik sikit aku rasa nasi dia macam dia letak rempah je..tapi tak pe.boleh makan lagi..takdelah sampai tak boleh makan..belasah ajelah..

Esoknya: Part 4

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...