Wednesday 7 January 2015

Merancang Untuk Bercuti #1

Percutian sepatutnya menjadi aktiviti yang sangat menyeronokkan(Beriye ayat aku kan). Ok kembali kepada diri aku balik. Tak payah nak beriye sangat berayat-ayat sempurna. Mampu ke nak tulis pasal ni? Mampu ke tidak tu tak tahu lah...tapi mengikut apa yang aku tau aku tulis..bukan nak buat buku pun kan..nak berkongsi-kongsi je. Alright folks..hahah Entry kali ni aku nak berkongsi pasal macam mana nak merancang percutian.. kalau yang berduit tak berduit tu kena rancang jugak..main pergi je kang...mati kutu kat tempat orang...mulalah, itu tak best..ini tak best..siapa salah?? korang lah salah!! sebab tak rancang apa yang patut. Kadang-kadang duit bukanlah segalanya..hahaha

Oklah kurangkan membebel...

Part 1 (Pilih Destinasi)


Ada part-part tak tahan..banyak kot aku nak cite ni. Aku kan rajin..sebelum korang nak pergi bercuti mesti  ada dalam benak fikiran korang beberapa pilihan tempat korang nak pergikan? tapi ada jugak yang tengok tiket dulu..nampak je murah pastu baru tengok ada apa eh kat tempat tu?? kan-kan? sebab aku pun macam tu jugak..hahaha.

Macam mana nak pilih tempat bercuti? Meh aku kongsi sikit...banyak-banyak tak boleh sebab aku pun bukan reti sangat.

1. Buat list tempat-tempat yang korang nak pergi.
kalau korang  nak pergi bercuti dengan orang lain..korang boleh tanya juga pendapat dia. Mungkin dalam fikiran korang ada beberapa tempat korang nak pergi kan? Ala-ala tempat impian gitu.


2. Kenapa korang nak bercuti?
Ni korang je boleh jawab, kenapa korang nak keluar dari sarang korang tu dan bercuti. Nak relax? lari dari kesibukan kota? stress? saja nak jalan-jalan atau nak pergi tengok tempat-tempat bersejarah atau saja nak buang duit? Kalau korang dah tau matlamat nak bercuti mungkin senang nak listkan tempat korang nak pergi. contohnya kalau nak hilangkan stress takkan korang nak bercuti kat KL kan???


3. Bincang dengan kawan sepercutian korang.
Ni salah satu dari aktiviti yang sangat bagus untuk dibuat. Korang boleh bincang macam-macam supaya korang tak salah pilih tempat. Masing-masing boleh search dulu apa-apa yang menarik sambil bagitau pendapat masing-masing apa yang menariknya tempat tu. Tapi janganlah rasa bagus sangat sampai pendapat orang korang buat tak tahu je. Sekarangkan dah moden...leh buat group wasap pastu boleh lah bincang apa yang patut. Kalau jumpa apa-apa yang menarik boleh kongsi link.


4. Dengan siapa korang nak travel? 
Ni pun salah satu benda yang penting korang kena ambik berat, kalau korang travel mungkin ada anak kecil, orang tua atau Orang Kelainan Upaya , korang memang kena ambik berat pasal hal ni. Sesuai ke tak tempat tu.


5. Budget. 
kalau korang dah ade list tempat-tempat korang nak pergi, budget ni kadang-kadang akan jadi batu penghalang paling beso nak merealisasikan percutian impian korang. Jadinya buatlah simple-simple online search pasal tempat yang korang nak pergi tu. Hotel,makan,aktiviti,flight,pengangkutan awam. Apa-apa lah berkaitan dengan Cost yang bakal korang keluarkan. Mana-mana yang melebihi budget korang, bolehlah korang campak je ke tepi.


6. Pilih Tempat Bercuti.
Lepas-lepas dah buat semua diatas,pilihlah tempat yang sesuai untuk korang..dan pastikan orang yang travel dengan korang pun suka dengan pilihan korang tu. Jangan nak fikir kite je happy. Kalau lah ada antara korang yang tak setuju...korang kena pepandailah nak buatkan dia setuju..mungkin jugak korang boleh gilir-gilir. Mungkin next destination kita pergi apa yang dia nak. Kalau dah tak boleh sangat...tinggal je. hahaha

Itu jelah kot Part 1 ni...Selamat bercuti...


No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...