Tuesday 26 June 2018

Krabi VS Phuket

Kalau cakap pasal dua tempat ni aku rasa memang ramai yang dah pergi dan ramai yang baru nak berjinak-jinak nak pergi. Kalau korang mencari perbezaan antara dua tempat ni meh aku bagi point sikit untuk bezakan antara dua ni.

1) Krabi lagi besar dari Phuket..itu fakta yang korang perlu tahu dimana keluasan Krabi adalah berganda-ganda lebih besar dari Phuket. Krabi mengikut yang aku google keluasannya adalah 4,709 km2  dan Phuket keluasannya cuma 576 km2.

2) Phuket lebih banyak Pantai berbanding Krabi...Phuket ni dikelilingi dengan Pantai. Manakala Krabi  cuma beberapa daerah sahaja yang boleh jumpa Pantai contohnya Ao Luek, Mueang Krabi, Nuea Khlong,Khlonh Thom dan Ko Lanta.

3) Phuket ni kalau nak iikutkan lebih mahal berbanding Krabi. Contohnya sewa motor/Skuter dekat Phuket harga biasa dalam 250-400THB bergantung kepada size motor kalau dekat Krabi rata-rata harga dalam 200THB sahaja untuk 24jam kalau sewa lama mungkin boleh nego murah lagi.

4) Untuk Teksi dari Airport Phuket ke Patong biasanya dalam 800THB kalau nak murah kena share naik minibus, kalau Krabi Airport ke Ao nang harga normal 600THB.

5) Makanan halal lagi banyak dekat Krabi, kalau area Ao nang tu memang banyak sangtalah makanan halal. Tapi Phuket pun senang nak cari makanan halal cuma kalau ikut jumlah memang Krabi lagi banyak.

6) Makanan pun lebih murah dekat Krabi berbanding Phuket.

7) Kalau yang suka lepak-lepak tepi pantai aku cadangkan pergi Phuket.

8) Night Market dekat Krabi lebih banyak dari Phuket.

9) Kalau tanya aku mana satu aku suka, kalau bab makan aku pilih Krabi. Tapi kalau view aku pilih Phuket.

10) Harga Hotel lebih kurang sama je.

11) Area Ao nang tak sepadat patong. Kalau siang hari memang agak clear sebab ramai yang pergi snorkeling. Kalau Patong siang malam ramai orang.


No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...