Sunday 29 April 2018

Maldives (5H 4M)


Day 1

Sebabkan orang Malaysia ni malas sangat nak membaca jadi entry kali ni aku nak point je. Wokey??
* Dari KUL aku ambik flight pagi 8.35AM,datanglah awal sikit sebab sekarang ni dah banyak self drop luggage.
*Print luggage tag macam biasa, boleh print sendiri tak pun boleh print dekat kiosk. 
*Perjalanan dari KUL-Male ni dalam 3Jam 50Min.
*Masa Maldives lewat 3Jam dari Malaysia.
*Sampai je dekat Airport kena isi borang VOA kalau dalam flight dieorg tak bagi boleh ambil dekat airport. Jangan lupa bawa pen nanti senang nak isi borang.

Maldives Dari Atas

Airport Jetty


*Macam biasa terus pergi ke immigresen, bagi VOA dan dieorang akan cop passport korang. Untuk warganegara Malaysia valid VOA 90 hari.
*Kiteorang ambil luggage dan terus keluar, dekat luar tu banyak orang yang akan tawarkan korang khidmat shared speedboat dan harga biasa 25Usd/person/one way. Kalau korang pandai tawar mungkin boleh dapat 20usd.

Bank Of Maldives
Banyak Kaunter Private Resort & Island Transfer
Kuanter Tiket Ferry to Male Dekat Aiport


*Bot dari Airport ke Maafushi dlm 40min bergantung pada jenis bot. Memang agak berombak sikit kalau bot kecil memang akan terhentak-hentak, bot besar tak rasa sangat. Kalau yang senang muntah / mabuk tu bolehlah bawa segala minyak yg ada.
*Sampai Maafushi kebanyakkan pihak hotel dah tunggu. Jadi ikut jelah dieorang pergi hotel.
*Kalau korang duduk resort mewah biasanya korang kena ambil boat dari resort tu sendiri atau korang boleh check dekat website SINI atau pun SINI kot lah pulau yang  korang nak pergi tu ada dalm list dieorang. 
*Selain bot korang boleh juga kalau poket tu tebal sangat bolehlah naik seaplane. 
*Check in dekat Arena Beach Hotel 
*Kiteorang bawa bekal rendang dengan nasi impit, lepas mandi semua terus melantak. 
*Rehat
*Petang kiteorang jalan-jalan tepi pantai, duduk atas batu mengenang nasib. 
*Malam kiteorang makan dinner buffet dekat Arena memang dah ambil Half board(Breakfast + Dinner Buffet)
*Aku cuma tukar Rufiyaa dalam 20USD je..dapatlah 300 Rufiyaa masa tu.Masa nak tukar duit tu dia akan minta passport. Paling senang tukar dekat Bank Of Maldives. Keluar dari pintu arrival tu dia sebelah kiri, signboard warna merah tulisan Putih. Sebab nanti kalau masa balik ada balance lagi Rufiyaa tu korang nak tukar balik korang kena tukar dekat company yang sama tapi kena tukar dekat Departure Hall.Kalau boleh simpan resit lagi ok, tapi kalau tak ada passport pun boleh.

Rufiyaa
Arena Hotel


Day 2

* Patutnya kiteorang snorkeling hari ni tapi sebab ada sorang kawan aku tak berapa sihat jadi kiteoragn pospone ke hari esok. 
*Lepas Breakfast dekat hotel, kiteorang ingat nak pergi mandi laut depan hotel je. Sekali tengok macam hujan renyai jadi niat tu tebantut. 
*Setiap pagi depan Arena tu ada staff Arena yang akan bagi makan baby shark. Banyak jugalah baby Shark dekat situ. 
*Hujan macam makin lebat, kiteorang naik atas. Rehat. bergolek je rehat. 
*Dalam pukul 9AM aku tengok hujan dah berhenti jadi kiteorang turun pergi mandi laut. 
*Lama jugalah mandi sampai pukul 11AM, naik atas rehat. 
*Petang tu kiteorang pergi ke area Kaani Hotel dekat sana banyak sikit orang offer water activities. 
* Pilih punya pilih kiteorang ambik Jetski 35USD = 15Min dengan kayak. 
*Tapi kalau korang kenyit mata sikit korang boleh dapat macam aku, Jetski 30USD = 25 Min + Kayak Free 1 Jam. 
*Dah dekat Maghrib terus balik hotel. Malam Dinner macam biasa dan boom!! tidur 

Breakfast Arena Hotel

Dari Rooftop

Pantai Depan Arena

Area Arena
Maafushi Water Activities
Kayak



Day 3

*Hari Snorkeling 
*Kiteorang ambik Private Snorkeling trip. Aku sarankan korang cari je dekat area Maafushi tu, ada yang sorang 25USD untuk half day tapi kalau tak ada orang lain memang korang jelah. 
*Kalau harga biasa untuk private snorkeling 150USD/Per trip.
*First point dia berhentikan dekat tempat yang cetek je, jadi kiteorang macam warm up jelah dulu. 
*Second snorkeling dekat tempat Shark dengan turtle. Tapi turtle tak nak naik atas pulak, walaupun dieorang dah cuba suruh naik tapi malas lah pulak die nak naik atas. Sabo jelah. 
* Baby Shark pun tak nampak, tapi nasib baik jumpa dekat depan Arena. 
*Lepas tu kiteorang pergi Dolphin watching, tapi dieorang sebenarnya pun tak tahu Dolphin tu ada dekat mana jadi kena lah pusing-pusing dulu cari.
*Habis manjamu mata tengok Dolphin, kiteorang terus ke Sandbank.
*Biasanya dieorang akan sediakan payung dengan korang akan makan lunch dekat situ. Lepak lah berapa lama pun. Sampai korang larat selagi tak habis masa.
*Aku ni sebab ade masalah teknikal sikit, bot rosak jadi balik tu kenalah tumpang bot orang. Jadi ade masa 30min je dekat Sandbank. Tak cukup!!
*Balik dari snorkeling, rehat...Makan meggi tidur jelah kerjanya.
*Malam ada Dinner..

Sunset Arena Hotel
List Harga dari Kaani Hotel



Day 4

*Hari keempat,hari dah nak gerak ke Hulhumale.
*Shared speedboat ke Airport, dieorang berhenti dekat Male dulu sebelum airport.
*Sampai airport aku terus pergi dekat kaunter Information. Ade telefon dekat situ bolehlah call hotel untuk shuttle pergi ke Hotel.
*Aku duduk dekat Ripple Beach Inn, memang depan pantai. Cuma hotel ni tak ada lift.
*Dah check in semua dia ambil 20USD/return/car untuk airport shuttle.
*Kiteorang turun cari makan. Duit rufiya pun ada lagi konon nak habiskanlah malas dah nak tukar balik.
*Kawasan tu macam susah sikit nak mencari makan, tapi ada je sebenarnya kedai makan.
*Cari makanan untuk dinner, sebab dah malas dah nak turun.
*Rehat je, hari ni tidur awal. Esok dah nak balik

Air Hijau
HUlhumale City
Hulhumale Beach
Jetty
Sunrise Hulhumale



Day 5

*Flight pukul 11.10AM mcm tu kot, aku pergi airport awal sebab nanti nak check in lagi.
*FYI, Flight pergi Male ni tak ada web check in memang korang kena pergi kaunter.
*Selalunya kite akan pergi kaunter check in dulu baru lah masuk scan beg kan? yang ni die terbalik sikit. Korang akan scan bag dulu lepas tu pergi check in.
*Lepas dah dapat tiket semua, baru lah immigresen stamp passport untuk departure.
*Ada sekali lagi scan bag. Barulah lepas ke departure hall.
*Kalau korang ada balance duit Rufiyaa kena tukar dekat company yang sama tapi kena tukar dekat departure Hall bukan dekat luar airport.
*Kalau resit masa tukar tu korang dah hilangkan tak apa jangan risau boleh guna passport. Tapi kena guna passport orang sama masa tukar mula-mula. Duit syiling pun dieorang terima, jadi tukar jelah segala tok nenek kalau korang nak tukar.
*Bank of Maldives ni ada dua tempat dekat departure hall, satu dekat atas satu lagi dekat gate nak depart. Itu pun ada, jadi tak payah nak kalut sangat lah kalau rasa tak sempat nak tukar dekat atas.
*Dh siap semua..baliklaa ape lagi.

Male City


Tips:-

1) Kalau boleh bawa air mineral lebih sikit dari darat, kalau korang stay dekat Hulhumale tu bolehlah beli air mineral dekat local store bawa pergi pulau sebab dekat Pulau, biasa hari first korang memang akan haus. Nak masak air pun tak kan nak menegok air panas pulak kan?
2) Cari water sport activities dengan snorkeling trip dekat sana je. Senang nak minta kurang.
3) Pakai Sun block yg paling power sekali kalau boleh. Kalau ada yang 120 tu pakai yang 120 barulah power. Kalau tak memang membakar jelah korang.
4) Kalau korang duduk dekat Maafushi aku sarankan korang ambil tour pergi Resort sebab rugi kalau tak pergi resort.
5) Prepare bawa sambal-sambal sikit kalau korang suka pedas sebab makanan dieorang tak berapa pedas dan boleh dikatakan flat je.
6) Public Ferry tak ada hari Jumaat jadi kalau korang sampai hari Jumaat kenalah tunggu esoknya ataupun boleh ambik shared speedboat
7) Plug dekat sana sama macam kita, jadi tak payah susah2 nak bawa international plug. Tapi kalau nak bawa ok je.



1 comment:

  1. This is a great post. I like this topic.This site has lots of advantage. It helps me in many ways.Thanks for posting this again.hotels frankfurt-oder

    ReplyDelete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...