Monday 3 March 2014

Krabi vs Pulau Pangkor vs Pulau Perhentian

Banyak soalan yang selalu ditanya antara tiga-tiga tempat di atas...jom aku jawab soalan2 tersebut...

1. Mana yang best?

   - Soalan ni sgt ssh nak dijawab sebab terpulang pada individu lah,..kalau yang nak  pergi luar negara tu pilih Krabi sebab ada variety bukan Pulau semata-mata..macam tu jugak dengan Pangkor..tapi kalau Perhentian..untuk orang yang memang nak tengok laut..duduk dekat pulau..tak ada motor,kereta..basikal..yang ada pun bot...tapi kalau aku secara peribadi aku pilih Perhentian..

2. Tempat yang mana mahal?

  - Mahal..erm..susah jgk nak pilih...Krabi kena naik flight tapi kalau dapat free seat xde masalah..makanan murah, hotel murah...brang pun murah. Perhentian..Makanan mahal,hotell boleh tahan mahal jgk, barang pun mahal..Kalau tmbang bas dan bot tu..bolehah...Pangkor?? Makanan biasa,barang pun biasa je harganya, tambang bas(bergantung) tapi feri murah...Kalau akulah tak termasuk pengangkutan aku rasa Perhentian agak mahal.

3. Tiga perkataan mengambarkan Krabi,Perhentian dan Pangkor.

  - Krabi - Makanan, Pemandangan dan Murah.
     Perhentian - Cantik, Tenang dan Privacy.
     Pangkor - Ok je , Hotel murah dan Pengalaman.

4. Antara tiga mana yang akan pergi lagi?

 - Antara tiga ni aku memang confirm akan ke Perhentian semula...pertamanya sebab hari tu aku pergi sorang tak happening sangat..lepas ni aku akan bawak rombongan cik kiah pulak..keduanya tak puas snorkelling hari tu..nak snorkeling lagi..ketiganya aku nak ke pulau redang pulak...keempat..sebab pada aku perhentian sangat mendamaikan jiwa....hahaha

5. Snorkeling kat mana lagi best?

 - Kalau aku memang pilih Perhentian...kalau nak di bezakan memang ada beberapa perbezaanlah..nak bandingkan tu aku rasa aku awal2 nak tolak pangkor sebab..memang tak terbanding dengan Krabi dengan Perhentian..jadi aku comnpare krabi dengan Perhentian jelah..Kalau Krabi apa yang kita tahu kat sane pernah kena Tsunami jadi banyak batu karangnya mati dan ikan2 yang ada pun agak kurang juga dari jenis2 nya dan jugak size2 nya..masa aku snorkeling tu ikan sama je aku nampak..kalau ada yang besar pun tak banyak..airnya tak boleh nak cakaplah sebab memang jernih..pemandangan dekat sana pun cantik..itu memang aku tak boleh nak sngkal...tempat snorkelling pun banyak..banyak pulau2 yang boleh kita pergi..
Kalau Perhentian tempat snorkellingnya memang tak banyak..tapi isi perut laut tu yang membuatkan aku teruja..berbanding dengan Krabi..Perhentian ada banyak batu karang yang sangat cantik..rumput2 laut yang warna warni...luar dari kotak fikiran kitalah..ikannya pun banyak dan berjenis2..jerung, penyu semuanya ada..Perhentian pada aku Syurga isi lautan(wah!! gitu)..

6. Perbezaan ketara antara tiga?

 - Ketara?? yang ketaranya adalah namannya..haha..Apa ek?? Krabi memang uniklah sebab negara luar..selain dari pantai dekat Ao nang boleh ke bandar dia...kiranya korang boleh buat macam lagi selain dari duduk dekat pantai...Kalau Pangkor..bandar dia kecik sikit..tapi bolehlah nak jalan2..walaupun..tak berapa sangat...Perhentian..erm..pada org yang suka nak buat banyak aktiviti memang tak sesuai sangat sebab memang tak ada aktiviti apa sangat..selain dari berjemur, mandi..snorkelling..makan..korang memang kena campak dekat pulaulah kiranya..kalau nak berdansa2 pun tunggu malam jelah ke long beach..
kalau nak happening korang pilih Krabi...kalau nak habiskan duit Pangkor..kalau nak privacy..tenang2..Pilihlah Perhentian.

7. Mana paling senang nak pergi?

 - Semuanya kena naik sekurang nya dua kenderaan...Kalau Krabi flight..pastu teksi..kalau Pangkor..mungkin naik kereta atau bas pastu feri..kalau Perhentian sama jugak kereta atau bas lepas tu kena naik bot..tak de yang senang dalam dunia ni..tapi tak ada ah smpai susah sangat. Biasa je..same.

8. Berapa budget boleh pergi?

- Rata-ratanya RM 500.00 cukup..kalau aku. Terpulang pada poket masing2..tapi RM 500 pada aku dah cukup sangat untuk 3H 2M.

9. Baik pergi sendiri atau ikut agent?

 - Pergi sendirilah!! tak payah agent...mahall ikut agent sedangkan kita boleh direct terus dengan hotel,pengangkutan tanpa bayar extra untuk agent dapat untung..boleh?? pendapat peribadi,..jangan marah haaa...

10. Perkara penting perlu tahu tentang ketiga2 nya?

  - Panas...jangan lupa bawak sunblock dan juga aloe vera gel!

Alright itu aje..semoga korang mendapat pengetahuan sikit2 pun..sebenarnya kalau mana pun kita pergi tak ada yang merugikan sebab setiap apa yang kita nampak dan lalui itulah pengalaman dan pengajaran yang paling berharga untuk kita...

2 comments:

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...