Wednesday 17 August 2016

Antara Phuket,Krabi dan Koh Samui

Q&A 


1.Mana yang senang nak pergi?
Mana yang senang eh? Paling senang pun tak senang sangat lah. Kalau tanya senag tu mungkin aku boleh pilih Krabi sebab sampai je Airport terus ambik teksi,minta die hantar ke Ao Nang atau mana-mana korang pergi. Phuket pun macam tu juga yang buat susah tu sebab jalan die naik turun bukit. Selekoh sana sini, tu yang buat pening kepala tu. Kalau Koh Samui direct flight paling senang lah kot antara tiga-tiga ni. Cuma kalau yang tak direct tu memang paling susah lah kot. Kena naik Flight,Bas,Ferry lepas tu Teksi.

2.Yang Paling Cantik?
Antara 3 ni aku pilih Phuket, kalau kita jalan naik motor memang akan lalu tepi pantai. Turun naik bukit pun die punya view memang paling awesome.

3.Jalan Raya mana paling sibuk?
Jalan raya paling sebok eh? Ikut kawasan jugak..kalau dekat bandar tu semua pun sibuk. Tapi Kalau yang area orang jalan-jalan tu yang paling sibuk aku rasa Koh Samui sebabnye jalan die tu je, lepas tu jalan die kecil sikit berbanding Phuket dengan Krabi.

4.Makanan Halal? 
Makanan halal memang ade dekat semua tempat tu. Cuma tahap kesukaran nak dapat tu pada aku paling susah dekat Koh Samui, walaupun ada tapi limited. Kalau korang tak duduk dekat area tempat makan yang ada halal memang kena pakai kenderaan untuk cari makan.

5.Kuasa Membeli?
Tak Kuasa nak membeli!haha kalau nak kata yang paling mahal..aku akan pilih Koh Samui, sebab die pulau..kalau dah pulau paham2 jelah kan. Barang semua datang dari darat..nak bawak tu kene naik ferry tentulah kena kos tambahan. Makanan, baju-baju kebanyakannya mahal sikitlah.

6. Tempat Snorkelling paling best?
Setahu aku Phuket dengan Krabi die akan pergi tempat snorkelling yang sama, cuma Koh Samui je yang lain. Tapi Koh Samui aku tak pergi snorklling jadi aku tak boleh nak cakap mana paling cantik.
Apa yang boleh aku cakap,pulau dekat Thailand ni memang cantik, sebab die ade batu-batu besar mcm tu. Air die pun jernih..

7.Mana yang paling aku suka? 
Mana eh?? Aku paling suke Phuket..sebab setiap kali jalan tu memang terasa kecantikannya..luas mata memandang. Makan pun sedap-sedap, kalau Koh Samui aku suka hotel yang aku duduk tu, tempat pun relax. Tapi makanan tak sesedap dekat Phuket atau Krabi.

8.Mana satu nak ulang lagi? 
Kalau boleh nak ulang Phuket lagi, sebab masa aku pergi tu hujan..jadi air laut tak membiru sangat. Tapi tetap menjadi Pujaaan hatiku.

9.Thailand Bahaya? 
Mana-mana tempat pun bahaya sekarang ni. Aku pun tak paham kenapa orang suka sangat nak bom-bom ni. Ape faedah pun aku tak tahu..nak membunuh orang tak bersalah. Apa pun, kena sentiasa berhati-hati. Aku pun terkejut dengan berita pasal bom dekat beberapa buah tempat dekat Thailand baru-baru ni..semoga semua ni akan berakhir.

10.Kos?
Kos yang paling mahal Koh Samui sebab aku duduk hotel mahal sikit. Phuket dengan Krabi aku duduk hotel murah-murah je. Apa pun terpulang pada budget korang..nak murah beli tiket promo, hotel murah..makan budget..aku rasa tak ada masalah. Kena pandai-pandai budget.

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...