Friday 13 September 2013

Budget Hotel

Kali ni aku nak kongsi sikit cerita dan tips untuk memilih budget hotel yang ok dan selesa untuk korang ..kalau2 lah mungkin boleh jadikan panduan untuk pilih hotel yang ok untuk korang duduk.

Almaklumlah nama pun budget hotel kan..mungkin ada antara korang yang memang suka duduk dekat hotel mahal sebab keselesaan dan poket korang yang sangat penuh..heheh

Tips untuk pilih hotel budget ni untuk orang yang melancong dan lebih banyak habiskan masa dekat luar atau orang yang tak berkira sangat soal bilik asal boleh tidur dan mandi je.


1) kalao korang ada masa bolehlah cek2 dekat agoda atau booking.com untuk tengok review pasal satu2 hotel tu..kalau rata-rata komennya bagus tu kira oklah..tengok jugak harganya..jangan tengok takde bintang tapi harganye mcam hotel bintang kejora pulak..

2) kalau korang tengok gambar2 dalam website tu..apa aku nak cakap eh..aku rasa 50% agak boleh dan tak boleh percaya sangatlah..sebab biasalah nak promote hotel kan..kenalah cantik2 korang nak upload gambar pun kena edit..haha review lebih dipercayai daripada gambar...

3) andaikata korang tak sempat nak tengok2 website atau nak baca blog..korang boleh tengok dengan cara tengok pada lobby hotel tu..kalau lobby hotel tu mcm ok..teratur..front officenya pun muda..kemas dan cantik..aku rasa bilik die pun ok..tapi kalau korang tengok front office pun..macam makcik2..atuk2 dengan pakai baju ala2 suke ati dieorg je..aku rasa korang rentikan jelah..

4) harga untuk budget hotel ni bergantung jugak pada tempat kalau kawasan yang jauh dari bandar harganya agak murah sikit..atau kawasan yang tak membangun sangat..tapi kalau hotel tu dekat dengan shopping mall atau tempat2 menarik lagi2 kawasan bandar harganya boleh tahan jugaklah..aku rasa rata2 dalam RM 90 ke atas..

5) hotel budget ni kalau orang fikir  mungkin selalunya tempat-tempat ada 'ayam' tempat urut..lah apa. Tapi tak semua macam tu..korang sendiri boleh tengok keadaan sekeliling sebelum korang cin..

6) korang jugak boleh tanya kaunter masa cin hotel tu ada lesen ke tak..sebab kalaulah terjadi pape yang tak diigini contohnya terbakar ke apa..kalau hotel tu ada lesen bolehlah cover insurance..dan kalau dah ada lesen tu..aku rasa ciri- ciri keselamatan tu agak tinggilah sebab untuk dapat lesen susah..kene bomba inspection..dan sebagainya

7) korang jgk boleh tanya kalau hotel ni ada menyediakan breakfast..wifi walaupun sekarang wifi mmg kebanyakannya dah ada..tapi kkdg tak ada jgk..apa salah tanyakan..untuk korang tak menyesal nanti..

8) kalau korang rasa tak nak rugi baik korang sewa untuk 1 malam dulu..kalau rasa ok korang bolehlah extend..kalau tak ok. Cout dan carilah hotel lain..sebab kebanyakan hotel die tak akan refund kalau korang dah bayar..biasalah business..tapi korang kena tanya jugak kot2 esoknya fully booked korang nak extend dah xboleh pulak..pepandai koranglah pk.

Aku rasa tu jelah yang aku boleh kongsi..setakat pengalaman aku duduk dekat hotel budget ni..ada yang ok dan ada yang menakutkan..hahah...

Hotel budget paling ok penah aku duduk : Smile Hotel (Krabi)-RM 60 ,Hotel jasmine (cameron highland) -RM 88, Sun Inns hotel (RM 70-RM 200), Anum Hotel (dekat dengan PWTC)- RM130.

Hotel budget paling teruk :Arang Inn (port dickson)- RM 50- kipas je..kameleon hotel (kuala lumpur)

Pape pun pilihan korang pastikan ianya berbaloi dengan jumlah duit yang korang
keluarkan..jangan menyesal sudah..pape pun..aku rasa banyak hotel budget yang ok sekarang ni..




















No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...