Saturday 11 May 2019

Turkey Trip (8H 7M) Istanbul,Cappadocia,Izmir,Pamukkale Part 2

Day 1

Istanbul - Cappadocia

Dari istanbul ke Cappadocia aku naik flight Turkish Airlines dan kitoerang akan terbang dari New Airport Istanbul. Dari hotel ke Airport Istanbul aku naik shuttle dieorang ambil 13Euro ≈ RM60/person. Dieorang akan ambil orang dekat hotel-hotel lain jadi korang kena tanya hotel pukul berapa yang sesuai untuk korang sebab ambil masa juga lah. Jangan memandai sendiri, kang terlepas flight padan ngn muke!

Awan Tebal


Airport - Naik Shuttle


New Airport Istanbul

Airport baru ni memang cantiklah dan aku rasa memang cukup lengkap semuanya. Masa aku pergi tu tak ramai orang lagi, jadi selesa lah sikit. Airport ni kalau korang tengok memang macam airport Turkish Airlines, banyak betul kaunter Turkish airlines berbanding flight lain. Airport baru ni memang besar lah, nak ke gate pun lenguh lutut. Dapat pula gate last..mak aihhhh baru aku tahu ranggup rupanya lutut aku (kriuk kriuk bunyi die)

Airport Baru - lantai bersinar sinar
Tempat menunggu


Cappadocia

Pengalaman aku naik flight, jujur aku cakap jantung tak boleh nak kawal dah naik flight dari Istanbul ke Cappadocia ni. Die punya angin + turbulence + awan tebal. Memang kau rasa dahlah cukup, jantung aku berapa kali gugur. Kalau korang jenis trauma teruk naik flight, aku rasa boleh fikir untuk cari alternatif lain. Bergoncang teruk dari awal lepas tu tenang kejap masa nak sampai lagi suspen.Dekat Cappadocia ni memang terkenal dengan angin yang agak kuat, jadi memang kena tahan lah macam mana pun. Nak touch down pun berapa kali pusing, sambil pusing tu sambil gegar boleh bayang?Aku segala surah dah baca, doa makan, doa iftitah semua aku dah baca dah. Istifar jangan cakap lah, mengucap semua dah. Aku nak cepat-cepat touch down tolonglaaaaa....

View Dari Hotel


Bendera Turkey sentiasa berkibar dekat mana-mana



Shuttle Airport - Hotel Goreme Kaya

Aku awal-awal dah email hotel tanya pasal macam-macam, jadi memang kalau dengan aku ni memang aku akan email hotel tanya itu dan ini sebelum sampai jadi dekat Cappadocia kebanyakkannye akan naik shuttle dari airport ke Goreme/Cappadocia sebab kalau nak naik private shuttle atau taxi mahal sebabnya?? jauh..perjalanan ambil masa dalam sejam (51KM) kalau shuttle ni biasalah kan kena campur dengan orang dan die akan singgah dekat hotel-hotel berkenaan untuk turunkan orang. Tapi harga sehala memang agak murah iaitu 40TL ≈ RM29/person.

Bandar Goreme


Goreme Kaya Hotel

Nama tu bukan melambangkan orang kaya atau hotel ni mahal. Dalam bahasa Turki Kaya tu bermaksud Batu, kire macam Hotel berbatu di Goreme gitu ayat die(pepandai je). Hotel ni boleh dikatakan convenient juga lah sebab dekat dengan pekan, jadi boleh jalan kaki je tak payah nak susah sangat walaupun kena naik bukit sikit tapi kalau nak dibandignkan dengan hotel lain aku tengok nak kena panjat bukit tinggi wooo. Tapi cons hotel tinggi-tinggi ni view die awesome!

Goreme Kaya Hotel


Aku ok je dengan hotel ni tak ada masalah apa sangat, cuma Breakfast die memang aku dah tak boleh terima dah dan kalau nak tak puas hati pun macam ala-ala puas tak puas gitu dengan staff die. Nanti aku cerita bab Hot air ballon, tu memang ada kena mengena lah tu.

Awan mendung berarak
Depan Hotel


Hot Air Ballon

Masa check in tu aku tanya dia ada tak company Hot Air Ballon call untuk pick up aku esok, sekali dieorang jawab semua Hot Air Ballon cancelled untuk dua hari. Aku dengan kawan aku ala-ala kene stroke beberapa minit, tak tahu nak cakap apa. Memang main reason kite nak ke Cappadocia sebab Hot Air Ballon je kan, selain dari nak tengok batu batu tu semua. Jadi bile cancelled kau rasa apa??? apaaaaa woii! (Menggila), kawan aku memang dah tak nak bercakap dah sebab stress + sedih sangat dah macam zombie dh die melangkah ke bilik. Tapi aku tetap kekal positif (wekkk! Muntah hijau), jadi aku message pihak Hot air ballon tanya dieorang dah reschedule ke hari masa aku check out (omg!!) flight aku dari Cappadocia ke Izmir pukul 11.05AM hot air ballon pick up 5AM terbang dalam pukul 6AM dan akan hantar balik dan sampai hotel dalam pukul 7.15AM katenye, risiko jugak kan?? aku dok memikir, memikir, memikir...lebih dari biasa aku punya otak berkerja masa ni.

Mampu google je gambar


Banyak benda nak kena fikir takut tertinggal flight kang satu hal juga, jadi kiteorang pun tanyalah pendapat receiptionist hotel sebab dieorang lagi faham kan situasi, tapi receiptionist sorang ni cakap tak sempat, jadi dengan berat hati aku pun cakap dekat Hot air Ballon company tu aku nak cancelled. Tapi walau dah cancelled sekali pun, aku punya hati still lagi rasa tak best macam nak juga cari jalan, yelah kan bukan senang nak datang sini dan bukan murah. Aku pun bukannya kaya raya..

pekan Goreme


Sultan Gift

Kalau korang join BBM group dalam FB - BBM Backpackers Buddies Malaysia mesti korang pernah nampak orang pos pasal kedai souvenir termurah dekat Cappadocia, tapi korang jangan terkejut tengok dekat situ memang banyak tempat nama Sultan, Hotel pun hotel Sultan, kedai pun Sultan, kedai Sultan gift ni kalau dari station bus tu belah kanan, korang akan nampak deretan kedai souvenir jalan jelah cari Sultan gift. Owner kedai ni memang atuk atuk sikit, tapi dalam kedai die memang serabut tahap dewa lah, nak cari apa korang kena sabar nak mencari. Tapi harga memang dijamin murah. Contohnya Ali Baba Apple tea dan sewaktu dengannya kotak kecil 5TL ≈ RM3.50, fridge magnet 3TL-5TL ≈ RM2 - RM3.50/sebiji

Sultan Gift
Luar kedai
Wish dari pelbagai negara


Namaste Indian Food

Masa kiteorang jalan nak ke Sultan Gift shop ni terjumpalah Namaste Indian Food restaurant, perghh tak boleh aku kalau nampak kedai India ni, teringat masa makan dekat NZ dulu die punya briyani..memang terangkat lagi lah masa tu aku memang kebulur nasi dengan makanan yang ala-ala Malaysian gitu kan. Jadi kitoerang pun terus pergi kedai tu, dekat luar ada lah menu saje je nak suruh orang tu keluar sebab nak tanya halal ke idok kedai ni. Lepas tanya dan dieorang cakap halal, kiteorang pun masuk dah try Mutton Briyani, Roti Naan, apple tea. Sekali bila masuk mulut terus rasa macam disyurga(dramatik), roti naan die besar jadi kiteorang kongsi jelah semua. Tak payah convert lah eh kalau nak makan sebab kalau convert memang rasa tak masuk tekak. Lepas dah kenyang kiteorang balik bilik.

Namate Indian Restaurant


Day 2

Dekat Cappadocia ni memang aku tak pergi mana sangat sebab keadaan tak mengizinkan,  pagi ni konon-konon nak pergilah breakfastkan. Tengok-tengok macam menarik sekali rupanya aku memang dah tak boleh nak terima makanan sana dah. Walaupun ada En.Ligam still tak boleh.

Jadi pagi tu breakfast ala kadar je, dalam fikiran memang dah teringat Namaste dah. Lepas breakfast kiteorang dah siap-siap nak keluar konon nak tengok Pasar Pagi

Pasar Pagi 

Ni memang orang local yang jual tapi masa kiteorang pergi tu macam sendu sangat, aku tak tahulah situ ke bukan tempat die, tapi bila tanya receiptionist macam betul je. Tapi kawan aku tetap beli kacang buat tambah-tambah nak bagi orang, kacang dekat situ tak adalah murah sangat.

Pasar Pagi


Hot Air ballon..bersambung

Sebelum kiteorang keluar tu sempat jugaklah tanya lagi sekali dekat sorang lagi receiptionist pasal hot air ballon, sekali die punya jawapan macam sempat rupanya dan die bagi macam-macam option yang buatkan kiteorang yakin untuk naik sebelum fly. Tapi malangnya semua company dah penuh dah mungkin sebab dah banyak hari dieorang pospone jadi makin lama makin ramai orang. Jadi nama kiteorang ni jadi macam waiting list jelah, oklah walaupun macam waiting list tapi at least nampaklah sikit sinar harapan dihujung gua.


Aku lupa nak cakap yang pengakhiran cerita hot air ballon aku adalah...cancelled sampai lah aku balik. Jadi tak adalah kecewa sangat.


Saje nak jadi artistik sikit


Sultan Gift

Hari ni lagi sekali pergi Sultan Gift sebab kawan ni tak habis lagi shopping dan main reason sebenarnya nak pergi Namaste nak melantak je sebenarnya. Jadi lepas beli-beli semua kiteorang pun terus pergi Namaste, kali ni kiteorang order macam orang tak makan setahun, tapi tetap tak menghampakan. Memang puas hatilah..boleh lah hilangkan craving.

Hari kedua Namaste Restaurant


Hari ni hari last, esok kiteorang dah nak ke Izmir, Izmir ni konon-konon tempat persinggahan sebelum ke Pamukkale. Dekat Cappadocia ni memang kiteorang tak buat apa sangat lagi pun cuaca tak berapa mengizinkan. Apa kiteorang buat? makan,shopping, makan tidooooooo



Tips:-

1) Bau kapur agak kuat dekat sini, kalau korang yang tak tahan dengan habuk dan bau kapur bawalah mask. 
2) Biasa pihak company hot air ballon akan email korang untuk reschedule flight kalau cancelled flight pada tarikh terdahulu. 
3) Kalau korang nak beli tiket ke mana-mana lepas dari Cappadocia ni baik beli lewat sikit macam tengahari atau petang sebab kalau lah cancelled hot air ballon, korang masih sempat untuk catch hot air ballon sebelum korang meninggalkan Cappadocia. 
4) Kalau terlepas hot air ballon dekat Cappadocia, korang boleh naik dekat Pamukkale. 
5) Kawasan Goreme tu kecil je korang boleh jalan kaki, kalau tak sewa motor, kereta atau basikal pun ada. 
6) Biasa kalau tanya hotel yang ada company hot air ballon sendiri korang akan dapar harga lebih murah berbanding dengan website. 
7) Biasa untuk terbang hot air ballon mesti dapat permission dari Aviation Department dan kalau cuaca tak baik dieorang memang tidak akan benarkan sebarang hot air ballon untuk terbang. 
8) Harga untuk hot air ballon bergantung pada musim dan juga company, makin peak season makin mahal harga. 

8 comments:

  1. hai..nak tanya..booking.com boleh deduct duit kita tak walaupun kita tak bg cvv or cvc kod?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..setahu saya tak boleh, biasanya kite kena bagi CVV atau CVC code baru boleh charge Credit atau Debit card. Tapi tak pasti kalau ada process lain.

      Delete
  2. hahahah aduii.. sedey jugak tak dpt naik hot air balloon tu kan. insyallah nak p bulan nov2019 nih... mmg biasa dengar hot air ballon kena cancel. Moga time kita orang pergi dapatlah hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Die gelakkan kite lakk..leh naik hot air balloon..hahahaha. InsyaAllah ada rezeki boleh naik.. sy doakan Azni dipermudahkan ke sana dan enjoiiceeeee

      Delete
  3. Saya nak tny, mcm mana nak beli tiket2 dari istanbul-cappodocia tu ? Dalam plan in sya Allah ke sana bulan 4 tahun depan. Smoga x da turbulence mcm tu, sya jenis gayat takut teruk. Tekena sikit masa balik dari japan pun x sangga dh. Tq in advance !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy check dekat skyscanner dulu flight mana yg ada direct flight dan check harga. Bila dah tahu mana satu sy book direct dari website airlines berkenaan. Terima Kasih.

      Delete
  4. Berbaloi tak pergi cappadocia just untuk jalan2 je, sebab tanak pun naik airballoon tu. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pergi untuk jalan-jalan je, tak payah duduk lama mungkin 2 malam dah cukup kot, dekat sana banyak view dan juga aktiviti tour kalau nak pergi sebab kalau tak pergi pun rugi juga sebab view dia lain dari yang lain dan kalau tak naik ballon pun tapi masa tu ada balloon tu pun dah awesome dah pemandangan dari bawah.

      Delete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...