Saturday 11 May 2019

Turkey Trip (8H 7M) Istanbul,Cappadocia,Izmir,Pamukkale Part 1

Holla semua, dah lama aku tak menulis entry baru. Memang malas sangat tahap gaban rasa. Tapi kali ni aku nak share sikit entry pasal Turkey..
Aku akan tulis ikut pengalaman aku dan budget aku lah eh, ikhlas dan jujur sahaja. Aku tak ada nak buat entry dengan berbekal kan RM1000 boleh pusing Turkey dengan cara "pergi cari sponsor". Walaupun memang aku dapat sponsor tapi, dalam ni tak tulislah kang tak jadi benda berfaedah untuk korang pula kan?
Mula-mula sekali nak share pasal Turkey tu sendiri bagi korang clear lah sikitkan.

1) Turki adalah sebuah negara rentas benua dimana sebahagian besar negara Turki terletak di bahagian Asia dan sebahagian kecil terletak die bahagian eropah.
2) Turki ni berjiran dengan 8 buah negara iaitu Bulgaria,Yunani,Georgia, Armenia,Azerbaijan,Iran,Iraq dan Syria.
3) Bandar terbesar di Turki adalah Istanbul
4) Mereka ada matawang sendiri (Turkish Lira) walaupun kebanyakkannya suka guna Euro tapi Turkish Lira lagi murah dari duit kita(pada saat aku tulis entry ni)
5) Buat Masa sekarang ni flight direct dari KUL-Istanbul hanyalah Turkish Airlines, Pejalanan mengambil masa sekitar 10Jam
6) Flight lain seperti Qatar, Saudia,Emirates semuanya kena transit 1 ,2 stops atau pun lebih.
7) Istanbul ada tiga airport besar Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (Airport dekat benua asia) , Artartuk International Airport (airport dekat benua Eropah) dan satu airport baru (Istanbul Airport) agak jauh dari Sultanahmet
8) Perjalanan dari Istanbul Airport Baru ke Sultahnahmet/kawasan tarikan Istanbul lebih kurang 1Jam, kalau dari Sabihan ambil masa dalam 1Jam juga.
9) Rakyat Malaysia tak perlu memohon Visa untuk ke Turkey, kita diberikan 90hari untuk berada disana atas alasan social visit sahaja, jangan nak buat perangai pergi atas alasan melancong lepas tu melencong pulak. Macam sekarang ni sebab segelintir rakyat Malaysia yang beriye-iye sangat nak pergi Australia dan kerja petik buah lah mende, orang lain yang nak pergi holiday pun dah susah dah nak dapatkan Visa. (Bebel kejap)
10) Turkey adalah sebuah negara Islam. Tak susah nak cari makanan halal dekat sana tapi harga makanan dekat Restoran memang mahal. 

Tu baru pengenalan Turki. Belum masuk bab berjalan dan tips lagi, aku akan masukkan sekali tips-tips dari pengalaman aku, tapi secara jujurnya kalau korang nak tengok pasal makan memang kali ni aku tak makan sangat dekat Turki.

Day 1(KUL-IST)

Perjalanan aku pergi ke Istanbul yang sepatutnya hanya 14Jam dah jadi 19Jam sebab masa aku pergi tu airport Atartuk tutup sebab renovation dan sebenarnya dieorang dah tutup untuk commercial airlines dan semuanya berpindah ke Istanbul Airport yang baru,jadi dieorang terpaksa transfer semua flight arrival Atartuk ke Sabiha(pada masa tu) dan aku punya flight yg sepatutnya fly pukul 6AM terpaksa cancel dan reschedule dan reroute  pukul 10.40AM dan reroute ke Sabiha.

Lalu Maldives

Saudia Airlines

First time naik saudia, memang airlines ni tak termasuk dalam senarai antara airlines yang terbaik dunia tapi still ok pada aku.  Kiteorang bernasib baik sebab 1 seat kosong, jadi selesa lah sikit. Flight malam mmg nak tidur jelah kan kerjanya, tapi nak tidur macam mana lah sgt duduk macam tu je.  Flight saudia ni memang campur dengan jemaah Umrah jadi janganlah heran sgt kalau nampak orang pakai kain ihram. Secara keseluruhannya saudia ni ok jelah, not too bad not too good pada aku (masa pergi,masa balik tu nanti tungguu)  Dalam perjalanan 8jam tu kiteorang di beri makan 2 kali, sekali tu makan daging dgn mash potato,roti, Dan sekali lagi die suruh pilih pasta atau nasi.Tapi memang akan ada roti dan butter setiap kali hidangan dan juga lepas dah beberapa minit die serve makan tu dia akan lalu untuk offer teh atau coffee.


Makanan Kedua Saudia (KUL-Jeddah)

Cerita pasal saudia ni, masa kiteorang duduk tu adalah depan kiteorang ni laki arab sorang bau mmg dah menusuk hidung dah, lepas tu datang sorang lagi ppuan arab sekali die duduk perghhh bau die masyaAllah... Tak cukup dengan tu dtg lagi sorang ppuan dengan baby adoi terus nauzubillah. Kawan aku memang dah nak sawan dah masa tu, aku siap keluarkan perfume spray sebab tak boleh tahan bau die.  Memang boleh koma.  

Jeddah Airport

Sampai Jeddah airport, kena naik bas ke terminal.  Boleh tahan jauh juga lah,yang aku baca sebelum ni dia cakap kena naik bas lain-lain antara yang nak pergi umrah dengan yang nak transit.  Tapi masa aku semua naik bas yang sama dan turun tempat yang sama,cuma masa dekat immigresen tu kiteorang berpecah. Yang nak transit kena juga tunjuk tiket dan die akan stamp dekat tiket tu.  Korang akan kena scan juga macam biasa,  2 kali scan. 1 tu scan beg dan yang tu campur laki ppuan dan yang 1 lagi scan segala, hp,laptop dsb yang tu kena ikut signboard laki dan perempuan(asing). Kalau ppuan korang jangan terkejut sebab lepas letak je beg korang lalu dekat satu tirai ni dan ade org tunggu nak periksa korang.  Aku rasa macam misteri je dekat situ.

Airport Jeddah memang sedih sikit lah, dengan ramai orang dan packed sgt. Apa yang aku boleh cakap memang tak selesa langsung. Kalau setakat nak transit 3-4 Jam tu bolehlah, tapi kalau lebih memang tak disarankan sangatlah lagi-lagi kalau bawak budak kecil atau orang tua. Tempat solat padat tambah pula dengan orang yang baring dan tidur dalam tu. Toilet memang tak payah nak cakap lah, aku sanggup batu karang tahan kencing.

Alfusan lounge

Alfursan lounge ni mmg khas nya untuk pemegang tiket business, first class dan juga member Alfursan untuk silver dan gold tak silap aku.  Tapi die juga buka kepada orang lain untuk bayar dan guna facilities dia,  harga untuk max 6jam adalah 126SAR ≈ RM143 (Pemegang tiket saudia) kalau lain aku tak tahu. Dalam ni ada prayer room untuk perempuan, toilet dan juga light buffet. Jadi untuk yang transit lama macam aku ni sesuai sgtlah guna lounge ni.  Tapi kalau korang tak kisah, tak ada hal pun, Option je (xpayah nak mengelabah sgt) kang kalau aku tak tulis option ramai je yang nak komen itu ini bla bla bla... Ikut suka la nak ke idok(ttbe emosi) 

Jeddah - Istanbul (Sabihah)

4 jam lebih nak menempuh perjalanan dari Jeddah ke Istanbul,  dapat juga makan sekali.  Tapi sumpah memang dah tak boleh masuk dah.  Belum sampai lagi dah tak lalu, macam mana tu? Sampai airport Sabihah punya lama tunggu nak ambil luggage.

Jeddah To Istanbul
Banyak Negara lalu



Dah dapat luggage perkara pertama kiteorang tuju ke tempat beli simkad, yang paling utama adalah stay connected giteww!  So kiteorang ambil simkad Turcell yang internet sahaja untuk 8GB (180 TL ≈ RM127) mahey kan? Kalau korang ramai dalam 5,6 orang bolehlah ambil poket wifi sewa dari KLIA tapi sebab aku ni berdua je jadi tak berbaloi nak sewa poket wifi 8hari RM300++. Dah dapat simkad, terus sign up Uber, uber apps mmg aku dah siap-siap installed dari Malaysia, jadi sampai Istanbul tinggal sign up je.


Makan Saudia (Jeddah-Istanbul)

Uber

Sebab kiteorang ni pemalas tahap nak mati nak naik tram,train dah sebagainya jadi kiteorang decided untuk ambil uber je. Uber ni masalah utama die kalau harga first die tunjuk sebelum  gerak kkdg tak sama dengan dah sampai sebab  harga dia akan naik lagi-lagi kalau tengah jammed. Memang mencanak lah harga die nanti.  Dekat airport sebelum sampai harga die 175TL ≈ RM126 tapi sebab area kiteorang duduk tu jammed yang amat masa tu, sampai sana terus terkejut beruk sebab harga last 250TL ≈ RM180.  Ketar-ketar keluarkan duit,sebenarnya kalau korang contact hotel dieorang kebanyakkannye ada shuttle cumanya lambatlah sikit nak sampai hotel sebab dieorang akan hantar/ambil guest dari beberapa buah hotel. Kalau dari new istanbul airport tu dalam 13euro ≈ RM60, sama juga dengan sabihah 13euro ≈ RM60 juga, shuttle tu boleh muat dalam 16org.  

The Anthemis Hotel

Dekat Istanbul aku duduk dekat Anthemis hotel, walaupun bilik die tak besar tapi tetap selesa pada aku dan yang paling convenient sebab dekat dengan tram station(sultanahmet) jalan kaki mungkin dalam 5min tu kira jalan paling malas lah, selain dari tu kawasan-kawasan attractions dekat Istanbul ni boleh jalan kaki je dari hotel.  Contohnya Blue Mosque dalam 10min, Hagia Sophia Museum 15min, Topkapi Palace 20min, Grand Bazaar 15min, Spice Bazaar 15min memang aku banyak jalan kaki je sepanjang duduk dekat sini,  adalah sekali naik tram dari Eminonu ke Sultanahmet tu pun sebab aku dah tak berapa rasa kaki sendiri(rasa maca dah tak ada kaki). Staff hotel ni memang mesra lah dan dieorang memang akan tolong bagi info dekat korang apa sahaja yang korang nak, cuma ada sorang masa tu die kerja shift petang kot yang tu macam kekwat sikit. Sebok nak tengok movie je. Malas sikit nak layan customer.


Website hotel SINI


Big Bus Istanbul

Istanbul

Day 1

Yang atas tu mukadimah je sebenarnya, jadi Day 1 aku adalah jauh perjalanan weh!!!  Aku sampai je hotel, mandi solat.. Lepas tu lapar nak mati, kiteorang pinjam mangkuk,sudu dengan garfu dari hotel.  Bila die bagi tu.. Alah mak aihh mangkuk kecik betul mangkuk die!  Macam mana nak makan meggi macam ni,  mangkuk ala-ala letak sos je... Tak pelah sebab dah penat dan lapar. Redha jelah..lepas makan. Boom!!  Pengsan!  Hari pertama tu tidur 10jam ko!!  Dasat ke tak...

Kawasan sekitar Hotel

Day 2

Lepas dah recharged bateri dah full barulah boleh jalan, sebelum jalan tu kiteorang breakfast dulu.  Memang hotel siap breakfast.. Tengok-tengok breakfast culture shock sikitlah, macam mana nak makan ni eh?  Tapi view memang awesome lah,cafe hotel ni dekat rooftop jadi memang view die aku suka.  Boleh nampak Blue Mosque dengan Hagia Sophia.

View Dari rooftop


 
lepas breakfast semua kiteorang memulakan penjelajahan Istanbul. Perkara pertama cari Muze (Museum Pass )  kalau korang beli museum pass ni senanglah tak payah nak beratur panjang nak beli tiket.Ada macam- macam jenis museum pass korang boleh pilih, tengoklah mana yang sesuai dengan kehendak hati dan juga yang penting yang sesuai dengan budget korang.  Setahu aku die ada Museum pass untuk Istanbul, Cappadocia, The Aegen, Mediterranean dengan Turkey. Harga beza-beza ikut museum pass mana korang beli. Macam Museum Pass Istanbul, The Aegen dengan Mediterranean harga sama 185TL ≈ RM133, kalau Museum pass Cappadocia murah sikit 110TL ≈ RM79 atau kalau korang memang suka sangat museum dan nak pergi banyak museum bolehlah beli Museum pass Turkey 315TL ≈ RM226. Dalam pada tu korang kena tengok juga lah bukan semua museum korang boleh guna pass ni ada tempat yang tak boleh. Jadi kena study sikit, jangan malas.

Breakfast ditemani En Lingam




Tempat Beli tiket


Museum Pass - Istanbul



Topkapi Palace

Untuk Day 2 ni aku pergi Topkapi dulu sebab nak beli Museum Pass lagi pun Topkapi ni belakang sekali,  Untuk waktu operasi korang bolehlah selalu tengok dekat website dia sebab aku tengok selalu juga die akan update masa dan yang paling biasa dieorang akan buka pukul 9AM - 7PM tapi kaunter tiket tutup pukul 6PM. Pasal sejarah Topkapi ni korang baca sendiri kang kalau aku tulis korang skip je. Tahu sangatlah, sebab aku pun macam tu juga,aku bukan peminat sejarah dan muzium. Tapi dekat Istanbul ni aku pergi je tengok sebab perlu tengok sebenarnya. Harga tiket masuk 60TL ≈ RM43 tidak termasuk entrance Harem. Maklumat lanjut korang boleh tengok dekat link SINI

Topkapi Palace

Luar Topkapi Palace
Siling Setiap bagunan memang cantik macam ni
Macam Real
Antara barang yang dipamerkan di Topkapi Palace



Hagia Sophia

Lepas kiteorang dah pusing dalam Topkapi tu kiteorang terus ke Hagia Sophia masa kiteorang pergi tu boleh tahan jugalah orang  masa tu, tapi sebab kiteorang dah ada Museum Pass jadi tak payahlah nak beratur panjang sangat. Untuk pengetahuan korang setiap kali nak masuk dalam setiap museum even dalam Bazaar kite kena scan bag ya. Jadi janganlah bawa benda bukan-bukan, silap haribulan "kedalam" korang nanti.
Pada korang yang macam tak faham kenapa popular sangat Hagia Sophia ni eh??? Apa yang menarik sangat tempat ni? kalau korang nak tahu tempat ni dah berubah fungsi dia sebanyak 3 kali, pada mulanya tempat ni adalah Gereja untuk penganut Kristian Ortodoks tapi masa zaman Kerjaan Uthmaniyyah ditukar pula menjadi Masjid dan lepas tu sekarang ni Kerajaan Turki jadikan Muzium pula. Tapi aku dengar kerajaan Turki nak jadikan Hagia Sophia ni masjid semula nanti. Hagia Sophia operation hours: 9AM - 7PM dan kaunter tiket akan tutup pada pukul 6PM tapi kalau winter akan tutup awal iaitu seawal pukul 5PM dan kaunter tiket tutup jam 4PM. Harga tiket 60TL ≈ RM43 untuk kanak-kanak foreign umur 8thn dan kebawah adalah percuma. Maklumat lanjut tengok SINI

Beratur nak masuk Hagia Sophia
Fountain dekat Hagia Sophia


 Blue Mosque
Lepas keluar dari Hagia Sophia, kiteorang lepak depan Blue Mosque. Orang punyalah ramai masa tu. Tapi sebab cuaca dia sejuk mendamaikan jadi aku tak kisah sangat orang ramai macam mana pun, tak adalah rasa rengsa. Kalau masa tu panas peluh ketiak, aku rasa ngamuk aku kat situ. Sambil duduk-duduk tu kiteorang makan jagung bakar harga sebatang 4TL ≈ RM3 dengan buah berangan dieorang jual 100g 10TL ≈ RM7. Dekat mana-mana korang boleh nampak orang jual jagung, roti dengan buah berangan ni. Masa kiteorang pergi tu bunga tulip dah nak berbunga meriah, jadi depan-depan Blue Mosque tu memang meriah lah dengan bunga-bunga tulip.Masuk Percuma dan akan ditutup waktu solat 5 waktu dan solat Jumaat.

Air Pancut depan Blue Mosque
Blue Mosque - Ramai orang
Tulips
Bunga sama banyak dengan orang


Basilica Cistern

Sebelum tu kiteorang singgah dekat Basilica Cistern dulu, seberang jalan je dari Hagia Sophia. Tak jauh pun. Tapi yang ni tak boleh pakai Museum Pass kena beli tiket dan dieorang terima Lira sahaja. Tiket harga 20TL ≈ RM15, buka dari 9AM - 6.30PM sama juga dieorang akan scan bag sebelum masuk. Apa benda Basilica Cistern ni kan? dia ni sebenarnya adalah tempat simpan air terbesar bawah tanah tapi sekarang dah tak digunakanlah. Gelap gelita dalam tu, jadi pada sesiapa yang  macam ade trauma pada tempat gelap bawah tanah tu aku tak cadangkan korang masuk.

Dalam Basilica Cistern


Grand Bazaar

Kiteorang jalan kaki je ke Grand Bazaar ikut je laluan tram, nanti nampaklah signboard Grand Bazaar. Tapi masa aku nak pergi tu hari Ahad rupanya die tutup hari Ahad dan Public Holiday, jadi tak payah penat-penat nak jalan ke sana sebab tutup hari Ahad ya.

Orang tak ramai sebab Grand Bazaar tutup


Spice Bazaar

Sebab Grand Bazaar tutup, kiteorang pun berjalan ke Spice Bazaar. Sepanjang jalan tu banyak sangat kedai jual macam-macam jenis barang. Baju ppuan, baju laki, baju budak,Jubah,tudung, gelang, apa korang nak??semua ada. Tapi hari Ahad ni banyak kedai tutup jadi ok lah sikit tak delah sesak dengan orang. Sampai Spice Bazaar macam biasa dieorang akan scan beg dan ada Polis dengan Pintu masuk. Korang masuk je dalam tu jagan heran sangatlah sebab memang ramai akan tegur korang, korang akan rasa macam Instafamous gitu dalam tu. Sana sini panggil, Malaysia, mari..mari..murah ..murah..Malaysia...siap nyanyi lah apa.  Dalam Spice Bazaar ni kebanyakkannye jual benda sama je, jual rempah ratus, kacang,cheese,Turkish Delight, coklat. Jadi korang pandai-pandailah tengok mana yang murah, jangan dengar manis mulut je. Kalau korang cari Turkish Delight/lokum yang memang dieorang buat jual kilo-kilo tu yang paling murah aku nampak harga 59TL/kilo ≈ RM42/kilo tu dekat luar Bazaar kalau harga dalam Bazaar tu antara 80TL - 140TL/Kilo ≈ RM57 - RM100/kilo yang ni sumpah aku tak tahu macam mana nak bezakan yang betul-betul Premium katanya dengan yang biasa.Tapi kalau korang tengok yang dah sedia packed dalam kotak tu memang murah sikitlah sebab kualiti die kurang sikit berbanding dengan yang die jual panjang-panjang belum potong tu, kacang pun banyak dan dieorang gunakan Madu lebih berbanding gula.

Spice Bazaar
Turkish delight
Spices
Coklat


Kebab

Lepas dah berjalan habis satu round semua, kaki pun dah penat. Kiteorang balik dan sebelum tu singgah beli kebab. Kebab die tak sedap wey!! yang aku beli lah, aku tak nak cakap banyak tak adalah nak cakap kebab dekat sana tak sedap sebab aku tahu mesti ada yang sedap cuma terkena yang tak sedap dekat aku. Balik tu kiteorang rehat, makan, solat semua. Malam plan nak pergi Blue Mosque nak tengok dari dekat sebab siang tadi ramai sangat orang.

BIM

Malam tu kiteorang jalan pergi BIM, tapi BIM dah tutup lah pula. Jadi kiteoragn pergi lagi satu market dekat depan BIM beli coklat jajan dan sebagainya. Tapi malam tu hujanlah pula,terpaksa lah batalkan niat nak ke Blue Mosque. Balik tu singgah pula beli Bugger King, sebab kiteorang ada bawa sos cili, sedaplah sikit rasa makan tu. Badan pun dah penat esok sambung jalan lagi. Esok hari terakhir dekat Istanbul, kaki pun dah tegang habis dah ketul-ketul otot keluar. Kiteorang rehat dan tidur recharge apa yang patut.

Coklat Turki
Ni punboleh tahan


Day 3

Hari terakhir dekat Istanbul dah mula lemau-lemau biskut dah dua-dua. Hari ni kiteorang nak ke Eminuno station nak naik Bosphuros tour, konon-konon nak try naik tram sebab dah malas nak jalan tambahan dengan saje nak try naik tram dieorang. Sampai station Sultanahmet tu kiteorang biasalah blur-blur ayam kan. Tengok sana tengok sini, datanglah sorang ni start bercakap banyak tanya itu ini. Cakap die ni ada business lah ada kawalah dekat KL macam-macam lah dan die cakap boleh jalan kaki je dalam 10min sampai. Kiteorang pun jalan kaki dan die ni seboklah bercakap, naik pening kepala aku dengar apa die cakap pasal die punya business buat tour package. Makin lama makin rasa die ni adalah ni hujung-hujung mesti nak tarik aku dengan kawan aku g tengok die punya tour package.

Tram


Dia cakap dia akan tunjuk kiteorang jalan sampai satu junction lepas tu kiteorang jalan sendiri, kiteorang ok je sebenarnya jalan sendiri sebab ikut jelah laluan tram tu sampai lah nanti. Sebelum tu aku memang masih ingat dialog bab tanya nama:-

Suspect Scammer : What is your name?
Kawan aku: Siti ....Siti Nurhaliza
Suspect Scammer: oh Siti and your name madam??
Aku: Blur..siapa pulak aku nak guna ni? Dalam otak aku memang blur betul. 

Aku yang biasanya guna nama Siti tu kalau orang tanya nama dekat luar, tapi bila nama favorite aku dah diambil oleh bdk ni dah aku pun tak tahu nak guna nama apa. Hampeh betul!


wow sangat imaginasi kawan aku


Gulhane Park

Dalam perjalanan ke Eminonu tu aku nampak satu park ni macam banyak je bunga tulip dalam tu. Jadi kiteorang pun singgah. Masuk percuma ya cuma dalam tu adalah anjing-anjing, besar pula tu anjing dalam tu. Cuma die tak adalah kacau orang, tapi sebab kite tak biasakan jadi suspend lah juga masa tu. Gulhane Park ni sebenarnya dekat je dengan Hagia Sophia,  kalau dari Hagia Sophia tu turun kebawah sikit je lagi dekat selekoh boleh nampak dah Gulhane Park sebelah kanan.

Tulip
Bebungaan
Walaupun pokok togel tapi tetap menawan
Tulip lagi
Sejuk mata memandang
Free Park
Tulips


Bosphurus Tour

Sampai je dekat kaunter tiket, kiteorang memang tak nak ambil yang lama cuma yg short circle je dalam 2 jam macam tu. Short circle ni akan ada 1 je masa pukul 2.30PM, jadi kiteorang beli je ticket lepas tu terus ke Spice Bazaar lagi dan Grand Bazaar sebab semalam tak dapat pergi Grand Bazaar jadi hari ni boleh lah pergi. Dari tempat Bosphurus tu kiteorang lintas je jalan dekat je sebenarnya Spice Bazaar ni sebenarnya kalau dari situ.

Tour Ferry




Spice & Grand Bazaar

Semalam rasa sendu je area Spice Bazaar dan kawasan sekitar nak ke Grand Bazaar tapi hari ni penuh orang, hari Ahad memang banyak kedai tutup dan hari Isnin dah dibuka semula, meriah sangat sesak jalan. Kiteorang ke Spice Bazaar nak cari lagi Turkish Delight , kacang dan juga apa-apa lah yang boleh dibawa balik. Kiteorang tak singgah kedai yang sama semalam cari kedai lain yang lebih murah, jumpa kedai yang murah sikit dari semalam, kiteorang beli coklat almond sekali (walaupun rupa dia tak seberapa, tapi rasa die sedap) dan juga beli Teh Apple, Teh Apple ni memang popular dekat Turkey tapi yang ni bukan jenis celup-celup tu ni jenis macam "serbuk" dah siap berwarna dan berperisa. Dekat Spice Bazaar harga sekotak 10TL ≈ RM7 tapi kalau korang nak pergi ke Goreme/Cappadocia ada 1 kedai nama Sultan Gift harga die cuma 5TL ≈ RM4 je sekotak.


Kekacang
Lokum

Luar Spice Bazaar
Cheese jual Kilo
Roti popular - mana2 pun ada jual
Jagung,buah berangan


Lepas habis beli dekat Spice Bazaar, kiteorang ke Grand Bazaar orang memang ramai masa tu sebab kedai sepanjang jalan dari Spice Bazaar ke Grand Bazaar tu semua buka. Grand Bazaar kiteorang masuk kejap je sebab tak adalah nak beli apa pun dalam tu. Jalan-jalan kejap lepas tu keluar jumpa Masjid. Kiteorang singgah kejap sambil rehat-rehat dekat luar masjid tu, lepas tu terus turun balik ke Spice bazaar sebab dah nak naik cruise, sebelum tu singgah makan dekat kedai dekat dengan Spice Bazaar. Kiteorang memang dah craving nasi, jadi order nasi dengan daging dan kunafe .

Kunafe
Nasi daging - masin + kering

    


Laluan dari Grand ke Spice Bazaar penuh orang
Siapa minat princess-princess boleh beli

Masjid Nuruosmaniye
Pintu Masuk masjid


Cruise (short Circle Return)

Short Circle ni 2jam je, die akan bawa korang tengok dari hujung ke hujung(tapi tak adalah hujung sangat) kalau sampai hujung aku rasa setahun pun tak siap nak return. Dalam perjalanan tu die akan berhenti dekat beberapa jetty untuk turun dan ambil orang. Layan jelah view...
Kalau korang pergi musim tulip ada 1 park dekat bahagian asia yang korang boleh pergi untuk tengok sebab situ memang banyak sangat tulip nama dia Emirgan Park, kalau ikut darat memang jauh nak pergi dari bahagian Europe ni dalam sejam lebih kot. Tapi kalau korang google lebih sikit dapatlah cara terbaik nak pergi sana, yang aku baca korang tak payah beli tiket short circle cruise ni, beli tiket ke jetty yang dekat dengan Emirgan Park tu mengikut entry tu (aku rasa FB), lepas tu turun dekat Jetty tu dan ambil teksi untuk ke Emirgan Park.

Europe
Jetty
View dari atas jetty
Banyak Bendera sana sini
Asia


Tram

Nak balik tu kiteorang nak try lah naik tram, biasalah pertama kali nak beli tiket kan memanglah blur ayam sikit. Dengan nak pilih bahasa lagi. Tiba-tiba datang Pakcik ni dahlah cakap bahasa die entah apa die cakap, aku dah cakap dah nak beli tiket pergi sultanahmed. Dia ni cakap cakap cakap yada yada yada..last-last die cakap aku dengar kart kart kart..aku tak nak beli Istanbulkart tu sebab kiteorang dah nak pergi Cappadocia dah esok. Kiteorang nak beli 1 way tiket je. Lepas tu aku dengan kawan aku baca dekat pondok tiket tu boleh je beli tiket 1 way, oklah kite cuba lagi beli masa aku nak tekan tu die sebok datang lagi, aduhaiiii...aku tengah nak baca benda tu cakap cakap cakap cakap lagi. Serabut laaa weyyy!!

Lepas tu aku blah, kawan aku dah pot pet pot pet pot pet dah. Peninglah pakcik ni, aku tahu die nak tolong tapi masalahnya macam ayam dengan itik. Aku dahlah tak pandai, bagi aku masa baca natang tu aku tahulah nak buat apa. Lepas tu die datang cakap lagi. Aku ni dah geram dah aku pun cakap, aku nak beli 1 way tiket tu Sultanahmed, tu jeeeeeeee!(marah uolss) .

Keadaan aku masa tu

 Lepas tu die tak kacau dah aku, aku dengan kawan aku pergi cari mesin yang jauh sikit. Yang tak sesak tak ada orang, memanglah slow tapi kite berjaya membeli. mesin tu ada je instruction boleh tukar bahasa english, tak ada masalah pun. Masalah bile ada orang sebok kacau fikiran kau sampai kau tak boleh nak fokus dan die tak faham apa aku cakap dan aku tak faham apa dia cakap. Tu je masalahnye. Dan die bercakap bercakap bercakap....tak habis-habis. Kepada Pakcik berkenaan saya minta maaf ya Pakcik..

Balik tu kiteorang kemas-kemas esok dah nak bergerak ke Cappadocia... sambung next entry pasal Cappadocia.


Tips:-


1) Museum Pass jimat dan berbaloi kalau korang pergi banyak muzium. 
2) Email Hotel korang dulu tanya pasal shuttle dari airport/ke airport untuk lebih Jimat
3) Airport Atartuk dah tutup untuk commercial semua dah berpindah ke Airport baru yang lebih selesa dan besar. 
4) Airport Istanbul baru sangatlah besar, jadi janganlah datang lewat sangat ke airport sebab gate die jauh weh
5) Musim sejuk dan spring cuaca sejuk, bawalah lotion dan versaline supaya bibir dan kulit korang tak jadi ikan bersisik. 
6) Bawa panadol dan bam panas. 
7) Bawa bekal makan lebih sikit, makanan dekat Turki ni ada orang tak semua orang boleh terima dan juga makanan die mahal. Jadi kalau setakat bawa Brahim yang RM11-RM14 sepaket tu lebih murah dari beli makan dekat sana. 
8) Dekat Istanbul ada satu Restoran Malaysia boleh google nama dia Nur Muhammad Restaurant buka setiap hari dari 7.30AM - 10.30PM 
9) Pergi jalan pagi lebih elok seawal muzium dah buka untuk mengelakkan terlalu ramai pelancong. 
10) Sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling, mesra jangan mesra sangat kalau mesra lebih mungkin anda akan kena scam. Kalau dieorang dah cakap banyak dan ajak pergi tengok itu ini dan ajak ke office lah kedai dieorang korang tolaklah sebaik mungkin. 
11) Bawa air mineral masa pergi jalan, walaupun musim sejuk tapi korang kena kekal bertenaga. Minumlah air. 
12) Memang banyak Polis dekat mana-mana pun tapi korang janganlah takut. 
13) Kalau korang duduk area Sultanahmet memang tempat-tempat menarik dekat je boleh jalan kaki, cuma bentuk muka bumi die berbukit sikit jadi memang banyak kene naik turun bukit. 


No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...