Wednesday 8 August 2018

Danau Daun Chalet, Janda Baik

Olla oli diberinama saudara saudari cikebom!..Apehal lak kan?? tulaa aku pun tak tahu lah apelah sebenarnya nak opening macam tu. Oklah..seperti tajuk post aku..Danau Daun Chalet, sangat unexpected nak pergi ke Janda Baik ni sebenarnya..takut belum apa-apa dah janda lak(Tak ada kene mengene), kenapa mesti Janda Baik?? Duda baik tak ada??

Janda Baik

Mengikut sejarah nama Janda baik ni bermula apabila..jeng jeng jeng..gitew! aku singkatkan jelah eh, kang aku cerita panjang-panjang kang masuk cerita aku sekali kang dalam sejarah Janda Baik ni. Tapi kalau aku jadi Janda aku tak jadi janda baik..mungkin Janda berhias kot! ok back to the story..kisah dia apabila ada pasangan suami isteri ni berpisah sebab adalah perselisihan faham sikit(aku tak nak tau apa masalah dieorang) tak baik masuk campur hal rumah tangga orang. Jadi bila dah lama berpisah tu,isteri dia ni setia lah kirenya dan bila ex hubby die tu nak balik dekat dia, dia pun terima. Gitu je citenya..tu lah jadi nama Janda Baik tu. Sebenarnya panjang cite die, korang google jelah sendiri.
Kawasan Janda Baik ni sebenarnya dekat Banjaran Titiwangsa dengan kawasan yang masih terpelihara(aku haraplah) dengan hijau dedaun, udara yang masih segar tu yang membuatkan ramai orang-orang KL ambil kesempatan untuk weekend gateaway dekat sini .Hari-hari sedut asap je kan,nak jugalah sekali sekala sedut udara segar. Lagipun perjalanan tak jauh dari KL dalam 45min-1Jam dah sampai dah.

Chalet atau resort Persendirian

Kebanyakkan resort atau chalet dekat sini adalah resort persendirian, diaorang beli tanah atau dieorang ada tanah sendiri dan dieorang buatlah resort-resort atau homestay. Tapi macam semakin banyak resort dan homestay yang dibuat semakin banyaklah pokok yang ditebang. Kesian kan?? Kalau korang cari banyak resort yang korang boleh pilih untuk staycation hujung minggu dan aku memilih Danau Daun Chalet.

Kehijauan Alam
Sejuk Mata memandang

Danau Daun website ===> SINI

Danau Daun Chalet

Danau Daun ni antara Chalet yang agak mahal juga lah tapi disebabkan sponsor jadi aku dengan rela hatinya pergi. Kiteorang stay dekat Cottage. Dia memang tak berapa banyak sangat jenis penginapan yang ada tapi yang bestnya ada bilik yang ada private pool ko!!! Cuba korang bayangkan duduk dalam kawasan hijau-hijau ada pula private pool, tak ke fefeling like a boss??

Danau Daun ni menyediakan pilihan 6 jenis chalet:-
1) Danau Daun Cottage
  • RM300/Malam  (Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti sekolah/Cuti Umum
  • RM260/Malam  (Isnin - Khamis) 
  • Rate untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak - Lebih 2 orang ada extra charge RM50/Person (Max 3 orang dewasa 4 orang kanak2)
  • Studio Chalet dengan 1 katil Queen 
  • Ada Garden 
  • Add on Option - Danau Daun Annex RM150/malam (Weekends),RM(Weekdays) untuk 2 orang dewasa sahaja.
2) Hillside cottage
  • RM1200 /Malam (Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti sekolah/Cuti Umum
  • Rm1000/Malam  (Isnin - Khamis) 
  • Rate untuk 6 orang dewasa 2 orang kanak-kanak - Lebih 6 orang ada extra charge RM50/Person (Max 10 orang dewasa 4 orang kanak2)
  • 3 Bilik tidur dengan 1 katil queen setiap bilik
  • Private Pool (4 Kaki dalam)
  • Licing room
  • More info SINI
3) Teratak Air
  • RM1100/Malam (Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti sekolah/Cuti Umum
  • RM1000.Malam (Isnin - Khamis) 
  • Rate untuk 5 orang - Lebih 5 orang ada extra charge RM50/Person (Max 8 Orang) 
  • Private Pool (4 Kaki Dalam)
  • 2 Bilik tidur dengan 1 Queen Bed setiap bilik dan 1 Bilik dengan 1 katil single
  • Living Room
  • Basement boleh mancing dekat sungai 
  • More Info SINI
4) Danau Daun I
  • RM300/Malam  (Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti sekolah/Cuti Umum)
  •  RM260/Malam  (Isnin - Khamis) 
  • Rate untuk 3 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak- Lebih 2 orang ada extra charge RM50/Person (Max 3 orang dewasa 4 orang kanak2)
  • 1 Bilik dengan 1 katil queen, living room dengan 1 single bed
  • More Info SINI
5) Danau Daun II
  •  RM500/Malam (Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti sekolah/Cuti Umum)
  • RM460/Malam  (Isnin - Khamis) 
  • Rate untuk 4 orang dewasa dan 2 kanak-kanak Lebih 4 orang ada extra charge RM50/Person (Max 7 orang dewasa 4 orang kanak2)
  • 2 Bilik dngan 1 katil queen setiap  bilik, One living room.
  • More Info SINI
6) Danau Daun III
  •  RM800/Malam (Jumaat,Sabtu, Ahad dan Cuti sekolah/Cuti Umum)
  • RM740/Malam  (Isnin - Khamis) 
  • Rate untuk 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak - Lebih 4 orang ada extra charge RM50/Person (Max 4 orang dewasa 2 orang kanak2)
  • Studio chalet dengan 1 katil queen, 2 katil single. 
  • Private Pool 
  • More Info SINI 
Microwave, Mini Fridge,Electric Kettle, HD TV, Ceiling Fans, Electric Mosuito Repellents, Shampoo & Shower gel, Towels, Astro 

Korang boleh pilih mengikut kehendak hati,kemahuan dan nafsu serakah korang. Tapi yang penting fulus kena adalah kan, no money no talk! Setiap bilik memang akan ade BBQ pit cuma aku tak pasti arang disediakan ke tak yang tu korang kena tanya sendiri dengan Dieorang.
Kawasan Danau Daun ni memang agak besar juga, aku hari tu duduk dekat cottage dekat dengan rumah owner tapi yang seram sejuk tu bila nak naik bukit, mak aihh tinggi beno bukitnya,tapi jangan risau sebab dieorang akan guide korang. Siapa yang pakai auto tu sila lah letak gear dekat L , off aircond dan buka tingkap. Kalau tak mengaum tak kemana lah korang. Kalau manual aku rasa gear satu je kot..kalau masuk gear dua tu mungkin boleh juga kalau nak try.

Chalet yang kena naik bukit jenis cottage dengan Hillside dan  yang Teratak air tu dekat bawah je. Danau Daun I,II dengan III agak jauh sikit dari receiptionist tapi tak payah naik bukit curam.

Hillside Cottage

Setiap bilik memang tak ada aircond cuma ada kipas, tapi korang tak payah risau dengan kepanasan sebab tak adalah panas pun, chalet ni konsep die open jadi kalau pakai aircond macam membazir juga lah. Kate nak hirup udara segar.

Garden Cottage
BBQ Pit



Kalau korang nak book, boleh contact Mr.Zain +6010 239 7400 atau Mr.Nik Zaid +6016 329 0124 (Call dari 9AM-7PM) dieorang tak pakai whatapps bagai eh, sila lah call atau kalau korang malas nak cakap bolehlah email danaudaunchalets@gmail.com . Kalau weekend aku cadangkan call dulu atau book awal sebab yelah kan bilik tak banyak, tapi kalau hari Ahad dan hari biasa tu boleh je nak walk in tapi sebelum tu baik call dulu. Untuk bayaran dieorang cuma terima cash, bank in atau transfer je. Segala card tak diterima mesin card pun dieorang tak ada nak cucuk kat mana masalahnya. Nak tau lebih lanjut macam mana nak book boleh click SINI

View dari pintu Masuk Cottage

Tu jelah aku nak review pasal Danau daun ni..ade tips skit kat bawah. Harapnya membantu:-
1) Bawa lah brang nak BBQ, rugi ooo x BBQ.
2) Dieorang dah tulis tak benarkan Pork n alcohol dibawa masuk. Tak bolehlah nak pork BBQ
3) Kedai makan dekat chalet buka sampai pukul 7PM je, kedai makan ada dekat luar. Simpang 3 belok kiri, banyak kedai makan situ.
4) Kalau korang ada anak kecil, kalau dia main dekat luar tu tengok-tengoklah bukan apa sebab hutan kan biasalah ada binatang-binatang yang mesra alam kang tak memasal pulak.
5) Public Pool pun ada dekat dengan Danau Daun I.
6) Bawalah pelampung ke ape2 untuk anak korang sebab private pool ni memang utk dewasa. 
7) Tak ada breakfast
8) Enjoysss!!

3 comments:

  1. kalau belum janda..boleh pergi jugak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan ape gini ni?? Nak kene kecam ke ape ni?

      Delete
  2. Sambunglah sikit lagi cerita hubby n wife tu. Malas lah nak google.

    ReplyDelete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...