Saturday, 11 March 2017

Kyoto (Day 11 & Last )

Wawiii nak habis jugaklah entry aku pasal Jepun ni akhirnye..lega rasa. Bape bulan dah kan tak habis-habis.

Day 11

Kyoto

Hari ke 11 dekat Jepun..kiteorang akan ke Kyoto. Energy masa ni memang dah tinggal sikit je, aku dengan kawan aku pun dah tak banyak cakap. Save mode on!! simpan bateri untuk jalan je.

Train

Dari Osaka ke Kyoto kalau korang nak cepat dah rasa duit tu tak tau nak buat apa boleh lah naik Shinkansen cepat memang cepat 15min je tapi tiket die 1420Yen(RM56) sehala. Kalau korang ada JR pass tu oklah jimat sikit. Macam aku,kiteorang naik special Rapid harga tiket dari Shin-Osaka Station ke Kyoto cuma 560Yen(RM22) masa die tak adalah lama sangat 24Min je. Ada lagi train-train lain yang pergi Osaka ni tiket lagi murah 400Yen-410Yen je tapi lama sikitlah lebih kurang 45min macam tu. Korang boleh baca dekat SINI kalau nak tau lebih lanjut.

Kyoto Station


Kyoto

Dekat Kyoto ni cara paling senang dan murah nak pusing-pusing naik bas. Dia ada jual 1 Day pass harga 500Yen (RM19) korang boleh naik bas seharian tu ikut suka korang. Beli dekat kaunter dan die akan bagi korang map sekali, kiteorang nak paham kan map tu jenuh jugaklah. Last-last kawan aku yang paham..die kan memang navigation aku, aku ni memang tak ada tenaga dah nak fikir. Sel-sel otak aku tak berhubung dah dekat Kyoto tu. Aku ikut die je..mana die pergi aku ikut je, naik bas ni bas ni..aku ikut je. Setiap bas tu ada nombor..jadi korang kena tengok betul-betul bas mana yang lalu tempat korang nak pergi tu. Tunggu dekat station bas mana..dekat bas stop tu ada papan tanda bas mana yang akan berenti dekat situ, jadi korang jangan syok-syok sendiri je nak tunggu dekat bas stop mana-mana yang korang suka. Check betul-betul dulu.
1 Day Pass
Nak Turun 1st time kena masuk dalam mesin utk cetak tarikh

Tadaa dah ade tarikh,lepas ni kena tunjuk je dekat driver bas


Baca Map Bas


Map Kyoto

Map ni dia ada warna-warna jadi senang nak tengok bas mana lalu , mana tak lalu tempat korang nak pergi tu. Senang tak senang aku tak paham jugak..aku cakap je senang sebab aku ikut je kawan aku tu, senang kan?? Bas ni bas awam, jadi bukan korang je yang akan gunakan bas tu. Kalau korang pergi masa puncak memang kene himpit-himpit lah dengan orang tempatan. Jadi be prepared!!

Masa sebenarnye banyak habis sebab tunggu bas dan nak sampai dekat satu destinasi tu lama lah jugak dengan jammednye,dengan bas berenti-berenti.Jadi faham-faham jelah eh..jangan expect korang boleh pergi banyak tempat.

Kinkajuki temple

Aku pergi tengok luar je tak masuk dalam pun, aku culture shock sikit bila naik bas tu..masa tu penuh orang sesak-sesak. Lepas tengok-tengok kiteorang ke tempat kedua nama die Arashiyama


Kyoto
Depan Temple

Arashiyama

Dekat sini memang cun lah pemandangan, aku memang suka gunung ganang dekat Jepun ni. Masa ni antara musim gugur nak ke musim sejuk. Dia sejuk tapi dalam masa sama masih ada lagi dedaunan oren menanti untuk gugur(Dasat bahasa aku) kiteorang pusing-pusing jalan tepi tasik konon-kononnya nak mencari tempat buluh-buluh tu. Tapi macam salah jalan je, dah macam nak naik bukit ke temple pulak..jalan-jalan tu jumpa pulak lah atuk sorang ni tengah sorong basikal.. borak-borak kejap. Umur dah 89thn wehh!! sorok basikal naik bukit..aku dah semput dia relax je lagi. Sambil borak sambik tanya last-last die cakap bamboo tu tempat lain..seberang tasik. Adoii!! salah lah pulak.

View memang Cantik

Layan Gambar jelah

View Dekat sini memang cun
Ala-Ala NZ uolss


Tapi still jalan lagi sebab atuk tu cakap view dari atas tu cantik, tapi jumpa pulak lah sorang ni die cakap tinggi lagi ni..kena ada stamina baru boleh naik atas tu. Aku pandang kawan aku, kawan aku pandang aku. Kiteorang pakai ilmu batin je masa tu nak memahami isi hati masing-masing, dari mata tu aku dah tau dah..kawan aku cakap dahlah wehh!! bateri tinggal 1 bar je ni, kalau kite naik atas tu rasa-rasa balik kene naik ambulans ni..jadi aku paham. Aku pun macam tu jugak sebenarnye..tak lalu dah aku. Jadi kiteoragn pun bye-bye atukk...see you again!!

Cunn

Pre Wedding ke??

Gion

Lepas dah jalan-jalan dekat Arashiyama tu pun dah nak gelap dah maklum jelah kan musim sejuk cepat sikit gelap. Kiteorang tak makan lagi jadi cepat-cepat nak ke Gion konon nak tengok Geisha tapi tulah, Geisha pun tak ada..kiteorang makan dekat 1 restoran dekat Gion tu, sumbat-sumbat je nak makan pun. Aku makan Udon kawan aku makan ape bende tah..tapi tak berapa sedap kalau nak dibandingkan dengan U-Don dekat Kansai airport tu. Lepas makan kiteorang terus nak balik sebab dah gelap dekat gion ni pun macam dah sunyi je menakutkan jugaklah lalu lorong gelap tu.

Autumn-Winter


Nak cari bas ke station ni memang kelakar, habis semua bas stop kiteorang pergi..seberang jalan bape kali. Salah manjang..last-last jumpa jugak..balik ke station lepas tu tunggu train. Tunggu train pun masalah die tulis lain..mana nak tau train tu pergi ke tak Osaka kalau tulisan pun dah lain.

Sungai Dekat Gion


Balik dari Kyoto, rehat..kemas-kemas esok dah nak balik Malaysia dah punyalah suka masa tu.

Last Day

Ok..dah last day!! yihuuu yabedabedooo...balik ni kiterorang beli luggage mahal weyy!! sebab beg berat nak mati!! tak lepas lah kalau 7kg tu..memang kene beli. oh lupa aku nak cakap sepanjang kiteorang dekat Osaka, Hikaru(host Airbnb) ada bagi poket wifi jadi senanglah nak mencari jalan kalau tak asyik sesat je.

Tak Sabar nak balik


Balik ni..tak payah cerita panjanglah..kiteorang beli tiket train yang mahal sikit sebab duit ada lagi. Berakhirlah percutian kiteorang dekat Jepun....legaa..dekat Kansai tu sempat jugaklah beli-beli sikit lagi. Dekat Kansai ni kiteorang kene naik 1 train khas untuk ke gate..jakun jugaklah aku masa tu. Kena naik train pulak..

Sampai dekat airport konon nak makan Udon lagi, sekali aku memang dah tak boleh nak masuk dah makanan dieorg..aku try sumbat tapi dah tak boleh. Lastnye aku tak habis makan, duit pun ada lagi kiteorang pusing-pusing tengok apa lagi boleh beli. Sempat jugaklah belikan apa yang patut..legaa wehh dah nak balik.

Korang jangan nak lambat-lambat sangat masuk gate sebab nanti kena naik train khas nak ke boarding gate tu.

Oklah habis dah cite..sama macam kat sana aku pun tak lalu jugak nak tulis banyak-banyak..
Alhamdulillah...habis sudah 




No comments:

Post a Comment