Saturday 11 March 2017

Osaka (Day 7,8 & 9 )

Hari ni aku cuti jadi aku gigih nak siapkan entry Jepun ni sebelum aku nak sambung entry ke Phuket lagi sekali.Benda fresh kena cepat-cepat nanti dah jadi macam Jepun ni semua aku nak short cut je. Banyak benda dah lupa.

Tokyo - Osaka

Dari Tokyo ke Osaka pun aku naik Peach Airlines jugak, sebab ada duit lebih jadi kiteorang pun guna untuk naik train mahal sikit + reserved seat harga tiket 2970Yen(RM116) tapi oklah sebab tak lama sangat dalam 40min dah sampai dah. Train ada wifi, selesa dan ada plug nak charge HP.

Sampai Airport terus cari kaunter Peach sama juga macam dekat Sapporo kena tunggu 90min sebelum baru lah boleh nak check in, jadi kiteorang pun rehat-rehat dulu dekat airport cari sushi dengan air panas nak alas perut. Penat tu memang penat lah, rasa rindu dekat Malaysia membuak-buak. Selalu tak nak balik kali ni memang rasa nak balikkkk...tolonglaaa nak balikkk!! hahaha

Beli tiket train dalam Peach Airlines.

Bila naik peach ni belek-belek poket seat tu tengok-tengok ada promosi train tiket macam murah dari budget kiteorang jadi kiteorang pun beli tiket train dalam flight je. Dieorang bagi resit nanti kene pergi kaunter train tukar tiket.

Sampai je dekat Osaka Airport pelik tengok, rupanya kiteorang turun dekat terminal 2. Jadi untuk ke Main terminal kenalah naik shuttle bas. Bas free je, berenti dekat bagunan utama tu situlah tempat makan, situ juga tempat nak naik train. Kiteorang pergi makan dulu.

U-Don

Makan tengahari ni kiteorang makan dekat U-Don perghh sedap gile udon mee die sup die tu buat kita segar je ambil tempura sekali. Boleh cuba kalau pergi Osaka. Lepas makan terus ke kaunter train nak tukar tiket train.

Kena Cuba Tempura
Udon

Udon Sanuki

Limited Train

Kiteorang naik limited train jadi kejap jelah dah sampai Namba dalam 45Min, train ni tak berenti dekat banyak station. Dari Kansai ke Namba harga tiket 1030Yen(RM40) ni harga beli dengan Peach.

Namba-Kitagaya

Namba ni memang station besar gile, penat nak mati jalan. Dari hujung ke hujung nak ke Subway, waduh-wadih capekk bukk!!! Tapi dalam Namba ni memang banyak tempat makan cuma halal tak halal jelah.

Pasmo

Kiteorang nak guna Pasmo tak boleh pulak tak tahu kenapa dahlah masa tu dah topup sekali tup-tup tak boleh. Beli jelah tiket biasa 240Yen(RM10), nak ke Airbnb kiteorang kene naik Yotsubashi Line.
Tapi nak dijadikan cerita masa dekat station Kitagaya tu kiteorang try lagi guna Pasmo tapi tak boleh, bila pegawai tu check dia tanya kiteoran gbeli dekat Tokyo ke Pas ni? Kiteorang ngaku je, lepas tu die pun dah buat ape tah dekat Pasmo kiteorang siap suruh syhhh!! rahsia katenye..tapi aku dah cite pulak dekat sini.Maaf jelah ehh

Airbnb

Kali ni Airbnb senang sikit sebab Hikaru (Nama Host Airbnb) die memang details gila dah siap bagi direction semua jadi senang sangatlah nak pergi Airbnb kiteorang.

Sampai Airbnb, rehat mandi...penat sangat. Esok memang tak ada plan lagi sebab sepatutnya kiteorang tak lama dekat Osaka ni. Tapi sebab flight mahal, jadi kene extend lagi sehari , jadi banyaklah masa dekat Osaka ni. Sampai ade masa free bolehleh berehat-rehat.

Malam Pertama dekat Osaka kiteorang masak je. 

Day 8

Hari ni kiteorang plan nak rehat je sebab dah tepu naik train, tak boleh move on lagi dengan train dekat Jepun ni. Otak tepu naik train, tak lalu dah rasanya.Jadinye kiteorang pun nak rehat-rehat jelah seharian.

Rehat-rehat punya rehat dari pagi ke petang lama-lama duduk dalam bilik pun tepu bukan ape sebab tau jelah rumah Jepun ni kecik, kalau nak besar tu mahal lah sikit. Dekat Osaka ni memang rumah tak ada kerusi, jadi bergolek jelah atas katil. Golek-golek sampai otak dah beku.

Sebab dalam Plan dah tak ada apa, jadi kiteorang pun mencarilah apa yang boleh kiteorang buat nak hilangkan rasa bosan. Kiteorang kat sana dah bosan sangat layan tengok 7hari mencintaku...gile lah!!! kat Jepun tengok lagi cite Melayu, masalahnye best kan cite tu??? kan kan??


Tour Bus

Cari punya cari dapatlah yang dapat menambat hati kiteorang, nak naik bas yang tak ada bumbung pusing-pusing Osaka malam-malam. Idea tu macam best kan? tengok Osaka malam-malam dengan lampu-lampu, nanti aku cerita macam mana dan ape yang terjadi nanti.

Hop On Hop Off



Namba Station

Kiteorang turun dekat Namba kena menapak lagi ke kaunter nak beli Tiket Osaka Amazing Pass untuk lusa dengan nak beli tiket tour bas sekali.

Amazing Pass


Osaka Amazing Pass tu nanti aku cerita. Bas yang kiteorang naik ni memang lah syok, pusing-pusing tengok bandar tapi masalahnye aku pegi tu musim sejuk, bayangkan lah dengan musim sejuk tu malam-malam. Angin pulak tu perghh!! die punya sejuk beku tahap beku kepala beb. Awal-awal boleh lagilah ambil gambar, dah lama-lama simpan tangan semua tak lalu dah wehh nak ambil gambar.

Balik dari pusing-pusing bandar Osaka dah beku habis dah, kiteorang pergi makan dekat Karakus.

Balik rehat..esok nak ke Osaka/Tempozan Ferris Wheel dengan Aquarium

Day 9

Osaka/Tempozan Ferris Wheel!! untuk ke Osaka/Tempozan Ferris wheel korang kena turun dekat station Osakako. Lepas turun tu korang tengok lah map ada juga signboard lepas gate, ikut jelah labu..keluar je dari station tu korang dah boleh nampak dah besar gabak Ferris wheel. Kalau korang nak tau Tempozan Ferris wheel dengan Aquarium ni berdepan je, jadi tak payah nak panik sangat kan. Boleh jalan sekali hari yang sama, kiteorang hari tu pergi ke Aquarium dulu lepas tu barulah singgah Tempozan tu tapi tak naik pun, kononnya nak naik masa beli Osaka Amazing Pass.

Tempozan Ferris Wheel
Besar


Osaka Aquarium Kaiyukan

Harga tiket untuk dewasa(16thn keatas) 2300Yen(RM89) boleh tahan mahal juga lah kan, tapi apa boleh buat ni This Is Japan yoo!!! hahahaa maheyy tu dah biasa dah. Tapi mahal-mahal pun pada aku berbaloi lah sebab aquarium die besar weyy!!! siap ade ikan paus 3 ekor lagi dalam tu. Bapak aaaa!!
Diaorg buka dari pukul 10AM-8PM jadi pandai-pandai koranglah nak sampai waktu mana. Tapi dalam ni sila peruntukan dalam 1-2jam lah lebih kurang kalau korang bawa anak yang obses dengan ikan kena lebih lagi lah, kalau boleh siap berkelah dalam tu pun boleh jugak.

Entrance Gate Aquarium


Tempat die memang besar lah, dari atas sampai ke bawah kot aquarium die, yang paling best tempat tu ada 3 ekor ikan paus beso beso ko!! paus yang berbintik-binti ape kenama bende tu aku pun dah lupa meh lah aku google kejap..Rhincodon typus nampak?? copy paste je. Aku pun dah confius die ni ikan jerung ke ikan paus? hahhaa xpelah lantok situ!!! yang penting die besar lah..lalu lalang depan mata. Ikan pari pun banyak weyyy!! kalau buat asam pedas tuu perghhh!! sejuk-sejuk dekat Osaka masa tu, teringat asam pedas bile tengok ikan pari..rasa nak balik dah masa tu. 

Sejuk Juga die duduk dalam tu

Tu Diaaa





Ikan Pari Makan tak habis ni
Cantik wehh
Ketam ke Udang ni??

 
Dekat dalam ni dia ada sediakan kerusi untuk kite duduk-duduk, tapi sebab kaca aquarium tu tebal nak mati sampai aku pun pening tengok lama-lama. 

Kalau korang suka ikan, suka laut-laut, sila lah ke sini. Best lah pada aku, dekat luar aquarium ni ada laut..tapi sebab aku pergi musim sejuk, angin die tu tak mampu nak menahan. Menusuk sampai tulang walaupun aku ade 7 lapisan kerak lemak tapi tetap rasa jugak. 


Makan

Lepas tengok-tengok ikan kiteorang keluar pergi makan dulu tepi pantai tu, sampai angin sejuk-sejuk kan sedap jugaklah. Kawan aku pakar spaghetti dah masak spaghetti  sardin..memang layan masa tu. Bila dah kenyang, kiteorang ke Tempozan market, dekat betul dengan Ferris Wheel tu. Jalan-jalan dalam tu beli lah juga fridge magnet sebutir dua buat kenangan. Jalan-jalan lepas tu balik. 

Dalam perjalanan balik tu kiteorang singgah dekat 1 kedai ni, nampak macam ye tak ye je kan kedai tu sebab die lepak-lepak macam tu je barang. Aku tengok ada lah makcik sorang ni relax je duduk kat situ duduk dalam timbunan barang(Dasat sangat). Aku rasa makcik ni pernah masuk FB kot adalah orang bagitau pasal makcik ni..makcik ni lagi popular dari aku!! Die pandai cakap melayu sikit-sikit, bahasa lain pun die pandai jugak..dekat situ kawan aku beli baju macam biasalah 1 Love Japan..love Tokyo..love Osaka..love PM(mata ke atas). Makcik ni jual tak mahal pun 1000Yen je (RM39) tak mahal kan??? Pengsan!!! kalau dekat F.O.S ni dah dapat 3 helai. Tapi kalau nak dibandingkan kat tempat lain ni dikire murahlah..selalunye orang jual 1500Yen-2500Yen pun ada. Tu aku tak taulah apehal mahal sangat aku tengok sama je Made In Banglades. Kalau baju dekat Jepun biase memang Made in Bangladesh..kalau barang-barang biase Made in China, tapi kalau korang nak beli yang Made In Japan tulisan die cari yang dekat Daiso yang tu memang die tulis Made in Japan atau kedai 3 Coin 

Makcik ni Pandai cakap Melayu


T-Shirt I Love PM Japan

 

Dah bebel pasal Made in pulak dah, lari sangat dari cerita sebenar ni. Balik dari aquarium tu semua kitaorang terus balik rumah rehat-rehat. Malam ni makan masak je. 


Day 10

Amazing Pass

Hari ni kiteorang akan jalan gunakan Amazing Pass Osaka dan memang kebanyakan orang yang pergi Osaka ni memang akan beli Amazing Pass sebab senang. Selain dari tiket train(subway) + bas unlimited seharian korang jugaka kan dapat free adminsion fee untuk beberapa tempat dan kalau tak free pun akan dapat diskaun tiket. Best kan? Tiket ni ada yang untuk 1 day pass dan juga 2day pass nak tau lebih lanjut pasal Amazing Pass bolehlah check dekat SINI Pass ni korang boleh beli dekat Kansai Aiport  atau pun dekat Namba Station. Harga dia kalau 1 day 2300 Yen(RM90.78) atau 2 days 3000Yen(RM118) . Kiteorang ambil 1 day pass je. Dia akan bagi korang map sekali dalam map tu ada voucher-voucher diskaun jugak. Kalau korang nak jimat korang kena guna segala apa  yang die bagi tu pada tahap maksimum kalau tak. Rugi jugaklah. 

Hari ni Itinerary kiteorg 
1) Tsūtenkaku Tower
2) Osaka Castle
3) Shinsaibashi
4) Dotonbori

 Kalau ikutkan banyak lagi nak pergi tapi sebab hari tu aku tak sihat sangat kesakitan di perut. Jadi terpaksalah cut banya tempat, kesian kawan aku nak pergi jalan. Sorry lah eh..nasiblah aku jalan berdua je kalau aku jalan ramai-ramai memang kene kecam dah aku masa tu. Kalau korang nak tau nak mencari panadal atau seangkatan dengannya memang susah lah dekat Jepun, bukan macam kita kan 7E ke mana-mana ade je. Kalau dieorang tak ada weh!! ko kena pergi cari dekat Farmasi atau pun drug store baru ade itu pun maheyy nya ya ampun!! jadi nasihat aku bawak jelah dari Malaysia.

Tsūtenkaku Tower

Dekat Jepun ni memang banyak benoo tower setiap tempat mesti ada Tower, aku pulak dah suka naik tower sebab boleh nampak semua. Takut tu memang takutlah tapi die ada keseronokkan die tersendiri. Tsutenkaku ni buka dari 9AM-9PM setiap hari, Kalau korang beli Amazing pass tu masuk Tsutenkaku ni free je. Masa nak masuk tu tunjuk je pass tu die akan scan bar code dekat pass tu.
Add caption

Bandar Osaka


Dekat sini kiteorang siap ambil gambo dalam kotak ape bende aku pun tak tahu lah nama die dah tua-tua ni kan baru nak bercute-cute ambil gambar macam tu. Belasah jelah labuu..

Dah tengok semua, kiteorang pun turun dan destinasi seterusnya adalah Osaka Castle.

Osaka Castle

Masa dekat Osaka Castle ni memang perut aku dah sakit dah. Tak lalu dah aku nak jalan, jadi aku duduk je dekat luar kawan aku sorang-sorang masuk dalam. Tak tahulah die sorang-sorang tu jumpa tak Putera Raja Jepun dalam tu. Aku nak macam patung cendana dekat luar tunggu, musim sejuk-sejuk ni perut pun makin sakit. Aku tak boleh nak cerita banyak sebab aku tak masuk pun Osaka Castle. Kalau korang beli Amazing Pass sini pun free weh..masuk je

Sungai Depan Castle

Castle

Balik Rehat

Dalam perjalanan balik tu jumpa lah sekeluarga ni tanya kiteorang mana Osaka Castle. Dieorang ingat kiteorang ni student dekat situ..amboii nampak sangat muka budak U lagi kan + nampak bijak lah belajo sampai je Jepun uoolsss!!! dah-dah lah perasan tu, sebabkan sakit perut aku ni melampau-lampau nak mencari ubat pun tak de. Jadi aku balik jelah rumah dulu rehat. Petang nanti sambung jalan lagi.

Farmasi

Sebelum balik Airbnb kiteorang tu,kiteorang singgah dekat satu kedai ni. Tak tahulah tu farmasi ke ape. Tapi pakcik yang jaga tu pakai baju macam orang kerja farmasi. Cakap pun macam ayam degan itik...siap pakai google translate nak beli ubat ape. Aku rasa dah macam main teka teki dah, aku buat gaya pakcik tu teka..macam -macam gaya aku buat. Sakit kepala lah, sakit urat lah. Lepas tu kiteorang ni nak macam-macam nak beli mintak urut lah nak apelah. Tulah siapa suruh tinggalkan minyak urut dekat Hokkaidoo!! naik give up dah buat gaya. Aku rasa nak buat gaya B2B dah pasal nak beli minyak urut tu, nasib aku dalam pertimbangan lagi je. Kalau tak nangis awek-awek tengok aku.

Ali's Kitchen

Petang tu keluar jugaklah nak menacari makan konon-konon nak makan nasi briyani. Terasa nak makan benda yang berempah sebab rasa dah lama tak rasa rempah. Cari punya cari ada 1 lah kiteroang berkenan nama die Ali's Kitchen. Dekat Shinsaibasi..kalau tak salah jalan cuma 10min je tapi kalau salah jalan tu memang berejam-rejamlah. Kalau korang nak pergi Shinsaibasi ni baik pergi bukan waktu habis kerjalah..memang ramai nak mati orang. Sesak beb!!

Jangan order ni


Ali's Kitchen ni die ada 2 waktu operasi, secara amnye die buka 11AM-11PM setiap hari tapi waktu die macam ni 11AM-3PM lepas tu die tutup buka balik pukul 5PM-11PM. Kedai die macam bawah tanah sikitlah, kena naik lift turun..kedai memang kecil je sempit kalau penuh tu.

Si Ali ni memang peramah yang amatlah, asyik bercakap je. Naik muak pulak aku dengar, sampai lupa nak ambil order kiteorang. Awal-awal sampai ni semua pun tak siap. Aku nak makan nasi briyani pun tak siap lagi. Jadi kiteorang pun makan benda lain, kawan aku makan kabsha aku makan ape tah..tak sedap sampai tak ingat nama. Kawan aku punya tu sedap, aku punya tu tak sedap weh. Makan je cepat-cepat lepas tu terus keluar. Lagipun sesak dengan orang-orang tak pape tah, adelah sekumpulan orang Malaysia ni naik bosan aku tengok dahlah berlagak je muka..lepas tu nak cakap kuat-kuat pasal plan dieorang esok lusa. Tolonglah wehh kite semua pun tengah jalan ni, tak payah lah nak cerita kuat sangat. Senyum pun payah..sepak kang!!(tiba-tiba emosi). Korang tu kalau jalan mana-mana tolonglah senyum sikit kalau jumpa orang-orang Malaysia ni. Kalau tak pun senyum jelah kalau nampak sesama Muslim ni. Tak payahlah nak kekwat sangat!! Tapi ada jugak yang baik bagi salam, senyum..tapi ramai yang sombong je. (sesi luahan perasaan)

Shinsaibasi

Habis makan kiteorang berjalan dari hujung ke hujung Shinsaibasi ni, sini memang tempat shopping jadi memang ramailah orang. Ada kedai-kedai branded, ada kedai biase. Dekat sini ada Daiso 2 tingkat, ada 3 Coin bolehlah nak beli barang kalau nak beli.

Daiso

3 Coins
Beg tu Cantik

Dontonbori

Kiteorang pergi Dotonbori juga sebelum balik tu, ramai gile orang!! tapi sempat jugalah ambik gambar Glico tu.

Glico
This Is Osaka


Balik

Kiteorang ni punyalah nak elak dari Namba Station sebab jauh nak jalan kaki, tapi terpaksa jugak lah pergi Namba sebab masa tu dah dekat dengan Namba. Namba dan kiteorang memang tak dapat dipisahkan dah ni. Balik tu kiteorang singgah beli strawberry..perghh!! sedap gile weh!! manis..korang kena cuba strawberry dekat Jepun..very very strawberry..

Balik tu kiteorang rehat...esok nak ke Kyoto pulak..Malaysia I missss uu

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...