Sunday 26 March 2017

15 Tips dan apa yang perlu korang tahu sebelum ke Phuket

Phuket bukanlah Pulau Thailand pertama aku pergi tapi Phuket dah membuatkan aku jatuh cinta klepek-klepek bukan sebab yang tak senonoh-senonoh tu semua eh, ada beberapa fakta dan tips yang korang perlu tahu sebelum ke Phuket. Ni apa yang aku boleh share mengikut pengalaman aku sendiri, lain orang lain pengalamannya..

1. Motor/Skuter kenderaan yang paling popular untuk korang guna masa pusing-pusing pulau. Harga pun tak mahal dan sangat mudah nak digunakan. Walaupun dieorang tak ketat sangat untuk tahan pelancong-pelancong yang naik motor/skuter tapi kalau korang langgar udang-undang jalanraya silap hari bulan tiada maaf bagimu. Sewa motor/skuter biasa dalam (250-350Baht/24jam) ikut saiz/cc motor.

2.Motor memang banyak atas jalanraya, tapi pemandu kereta/bas/lori kebanyakannya akan menghormati penunggang motosikal ni. Janganlah risau sangat, tapi kena hati-hati jugalah.

3.Hotel memang banyak dekat Phuket dari yang tak ada bintang sampailah yang luxury-luxury, korang boleh pilih mana yang korang suka ikut budget,ikut tempat dan keselesaan korang. Selain tu korang boleh pilih hotel ikut Pantai yang korang nak duduk,banyak sangat pantai dekat Phuket ni.Antara pantai yang ada dekat Phuket ialah Patong,Kata,Karon,Kamala,Surin,Bangto, Mai Khao..etc

4.Phuket orang cakap tempat yang tak berapa nak elok sangat sebab banyak sangat aktiviti-aktiviti sosial yang tak kurang hebatnya,tapi pada aku kalau korang pergi sana nak tengok keindahan alam ciptaan Tuhan tak payahlah nak pergi tempat-tempat yang bersosial sangat tu kalau boleh tak payah pergi terus. Macam lah dekat Malaysia ni tak ada tempat gitu kan? tapi korang pergi tak? tanyalah diri sendiri..

5.Makanan halal banyak kalau korang pergi area Masjid dekat Phuket ni banyak jugaklah Masjid atau korang boleh pergi ke perkampungan Islam area Bang Tao atau Kamala Beach. Area situ memang banyak jual makanan Halal. Dekat Kalim Beach setiap petang ada orang jual tepi jalan, dekat situ macam mini Pasar Malam dan yang penting semuanya Halal.

6.Tak perlu bawa Passport kemana-mana sepanjang aku pergi Phuket ni tak pernah lagi aku kena tahan suruh tunjuk Passport. Jadi tinggal jelah passport tu dalam Peti keselamatan dalam bilik hotel, kalau nak bawa pun bawa yang photostat je. Kalau Hilang satu kerja pulak.

7.Dekat mana-mana pun perlu berhati-hati,alert dengan persekitaran. Jaga nama baik Malaysia kalau pergi mana-mana. Jangan nak haprak sangat dekat negara orang.

8.Pergi jalan tu tak payahlah nak bawak segala kad yang ada, simpan je dalam peti keselamatan dekat hotel. Duit pun kalau boleh jangan bawa semua, kalau hilang tu tak adalah sampai tinggal bulu je.

9.Sebab ramai sangat yang bawa motor dekat sana, korang perlu hati-hati sebab kebanyakan orang yang bawa motor dekat sana tak ada lesen pun,lagi-lagi mat saleh dieorang main confident die je. Jadi jangan expect dieorang hebat sangat bawa motor.Ada tu pakai helmet pun terbalik.Jangan lupa bawa lesen kot-kotlah kena tahan.

10.Thailand memang food heaven!! tak pernah tak sedap makan dekat Phuket. Nak cari seafood segar-segar boleh pergi ke Bazaan Market dekat dengan Jungceylon Mall, Bazaan Market ada 2 tingkat,tingkat bawah macam pasar dan korang boleh beli seafood segar-segar dekat situ dan bawa naik ke food court tingkat dua untuk suruh dieorg masak. Ada 2 kedai halal dekat atas tu.

11.Banyak Viewpoint yang memang awesome dekat Phuket ni, jangan malas nak pergi sebab tak pergi rugi, antara yang popular Karon(Kata)  Viewpoint,Khao Rang (Rang Hill) Viewpoint,Laem Sigh Viewpoint,Monkey Hill,Panwa Viewpoint,Big Buddha,Plub Pla Viewpoint,Phromthep Cape,Patong Mountain Bar,Windmill Viewpoint..etc banyak lagi viewpoint lain.



12.Banyak aktiviti boleh buat dekat Phuket selain dari aktiviti air,korang boleh naik gajah. Ada flying fox,buggy jumping. Kalau tak nak buat aktiviti duduk tepi pantai pun dah best dah. Boleh cari pakej-pakej menarik dekat sana, berlambak-lambak tepi jalan boleh pilih ikut budget korang.

13.Jangan lupa bawa sunblock dan Cermin mata hitam bukan sebab nak nampak macam tourist tapi kalau korang bawa motor kebanyakan helmet tak ada visor nanti masuk habuk dekat mata baru padan muka korang.

14.Bagi traveller perempuan yang pergi Phuket baik elakkan keluar sampai lewat malam. Maklumlah kan kawasan sosial-sosial sangat ni macam-macam orang.Paham-paham sendiri lah eh kalau dah bergumbira tak hengat dunia.

15.Jalan dekat Phuket ni banyak kona-kona dan berbukit hati-hati bila naik motor dan pastikan tayar motor tu tak botak,periksa brek motor semua sebelum korang sewa motor. Kalau dah sewa, tiba-tiba brek tak makan..korang yang makan jalan nanti.



No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...