Sunday 7 August 2016

Koh Samui/Ko Samui (7H 6M)

Part 1

Wowiii jalan lagii..moh ler kite. Kali ni aku akan ke Koh Samui atau pun Ko Samui ataupun orang tempatan cuma panggil Samui je. Panggilan manja sangat tu kan? Terletak di Pantai Timur Segenting Kra, Gitu!!! Ko Samui ni juga salah satu district dalam Surat Thani. Macam yang korang semua tahu Thailand ni memang banyak sesangat lah Pulau dan pulau dalam bahasa Thailand di sebut Ko/Kho kire kalau Ko Samui tu Pulau Samui lah tu kirenye.

Dalam Koh Samui ni ada 7 Sub-district kalau korang tengok Peta Koh Samui tu korang boleh nampak sub district tu . 1.Ang Thong 2.Lipa Noi 3.Taling Ngam 4. Na Mueang 5. Maret 6. Bo Phut 7. Mae Nam.

Peta Koh Samui


Kuala Lumpur ke Koh Samui Flight

Korang boleh pilih sama ada nak terus terbang dari KUL(KLIA/SZB) ke USM(Koh Samui) atau kalau korang nak murah macam biaselah azab sikit kena naik segala bentuk kenderaan dalam alam semesta ni. Pilihan untuk orang yang poketnye tebal ala-ala malas nak bersusah payah tu korang boleh naik Bangkok Airways ataupun fireflyz tapi biaselah kan mahal lah sikit. Mungkin harga die beza RM400++ dari flight yang kena naik segala bentuk kenderaan, tu nanti aku cite. Kalau korang naik direct flight perjalanan memang tak lama dalam 1 Jam 40min ke 2 Jam korang dah sampai Koh Samui Aiport dah. Dari situ macam biaselah korang boleh ambik airport shuttle atau pun teksi  ke hotel. Tapi ape yang aku perasan kalau korang nak pilih tiket direct ni korang kene tengok bende ni:-

1) Tiket MAS - Korang kene tengok dekat website MAS masa nak beli kadang-kadang die tulis operate by Bangkok Airways/Fireflyz. Jadi korang kene beringatlah eh.
**Kalau korang naik MAS kebanyakkannya kene transit samaada dekat Bangkok(BKK)/Phuket(HKT).  Bukak mata besoo sikit tengok,takut nanti Panik Attacked kat airport Bangkok..kesetanan tiba-tiba!! apehall aku kat Bangkok ni?? Pehal..Pehal?? Jawapan lepas aku sekeh pala korang adalah memang korang kene transit!!
2) Ada juga yang MAS dan Firefly ni die terbang atau arrival dekat Subang Airport. Jangan salah aiport, gaduh laki bini aku tak tahu eh.
3) Bangkok Airways/Fireflyz tiket macam murah tapi tax nye Mak datukkk mahal bebenoo komeee.. adoii lah..sakit pala weh!!.
4) Kalau korang pernah beli dengan expedia mungkin boleh check sebab aku tengok harga expedia macam lebih murah. Tapi masa aku tu lah, kalau masa korang aku tak tahu.
5) Boleh check dekat Skyscanner bezakan harga tiket direct mana lagi murah untuk jimat masa korang nak cari satu-satu.  

MAS


KUL-URT-Samui

Yang ni yang aku cakap tu, kalau korang ala-ala dah Osteoporosis tu aku cadangkan beli tiket direct jelah. Perjalanan dari  KUL (KLIA2) biaselah kan Air Asia korang kena naik flight, dalam 1 Jam 30 Min itupun flight memang limited eh, sehari 1 flight je pukul 12PM. Lepas tu korang kene naik bas pulak ke tempat nak naik ferry perjalanan 1 Jam 30min., dah tu tak habis lagii..korang kene naik ferry pulak 1 Jam 30 Min. segala bentuk udara, darat , laut korang kena naik kan?? sampai tu memang aku tak tahu lah nak mabuk ape?? mabuk todii gamaknye. Kalau korang beli direct dari KUL-Samui tu dengan AA korang tak payah risau dah nak cari-cari agent mana yang nak bawa korang ke Koh Samui . Kirenye memang dah siap semua, korang kena ikut je signboard. Tapi kalau korang beli asing macam mana asing tu?? kirenye korang beli tiket ke Surat Thani. Pastu sampai Surat Thani aiport tu korang kene cari agent lah nak bawa korang pergi Koh Samui. Buang masa lah kot kan pada aku, sampai nak cari-cari lagi. Pastu nak bandingkan harga lagi, jadi disebabkan aku dah malas sangat, dok memiqiorr nak tempuh perjalanan jauh ni, aku pun beli terus je dengan AA. Estimate masa dari AA dari naik flight sampailah ke Koh Samui tu 6 jam 30min...bertabahlah!! Die punya itinerary semua ada masa korang beli tiket, boleh tengok. Macam gambar dekat bawah tu, korang jangan ingat dah beli tiket tu suka-suka eh. Sebab die pun ada masa juga pukul berapa naik bas pukul bape naik feri. Tengok gambar dekat bawah tu. Sama juga masa nak balik  korang kena tengok pukul berapa korang kena naik feri dari Koh Samui. Jangan kene tinggal pulak.#jangancakapakutakkabo
**Flight Air asia ke Koh Samui bukan hari-hari dan Biasenye 4hari seminggu(Ahad, Isnin,Rabu dan Jumaat) Flight balik pun hari yang sama.

Air Asia Itinerary


Surat Thani Aiport

Airport die kecil je, tapi orang die ramai..masa aku tu kaunter immigresen die buka cuma 3 je, orang punyalah ramai slownye lah. Aku dah risau dah sebab takut kene tinggal bas kan. Lepas tu die buka 1 lagi..tak lama lepas tu die buka 1 lagi. Tapi memang lama lah walaupun dah buka 5 kaunter, aku rasa ada berdiri 40min kat situ. Lepas je dah stamp pasport semua, keluar dari pintu tu..terus je ke kiri. Tapi kalau korang blur-blur ayam macam aku jangan risau ade orang akan bagitau korang. Tapi antara paham tak paham jelah. Korang akan terus je ke kiri..sampai jumpa booth "EXCHANGE" tempat tukar duit . Sebelah booth tu korang akan nampak Air Asia Island Transfer, korang bagilah boarding pass korang dekat kaunter lepas tu die akan bg korang sticker tampal dekat baju dengan tiket bas sekali.


Sticker

Lepas dah dapat semua tu keluar dari pintu yang dekat-dekat dengan kaunter tu, korang dah nampak banyak bas dah dekat luar, korang cari jelah orang yang pakai baju sama dengan orang kaunter tu. Masa aku dieorg pakai baju coklat, jadi cari jelah mana yang pakai baju coklat tu, tapi biasenye dieorg dah tau dah sebab nampak sticker kan. Tiket bas tu korang boleh bagi dekat orang yang jaga bas tu. Lepas tu boleh dah naik bas. Masa aku pergi tu bas die memang ting tong sikitlah, dengan aircond tak berapa nak ade. Sabo jelah.

Bas Dua Tingkat



Donsak

Bas akan berenti dekat Donsak Pier, perjalanan macam aku cakap dekat atas tu 1 Jam 30 Min, sampai je bukan terus boleh naik ferry eh. Korang kene pergi ambil tiket dulu, kene pergi kaunter..dekat situ ade 1 je bagunan korang pergi jelah dalam tu. Nanti nampak ade 2 kaunter dekat situ, kaunter tiket 1 kaunter luggage 1. Korang cari je yang pakai baju sama macam orang kaunter dekat aiport..masa aku tu baju coklat, kot-kot lah die nak tukar kaler lain pulak kan pas ni, tu di luar kotak fikiran aku lah. Dekat dalam bagunan tu ade satu lagi kaunter tiket, tak payah pergi yang dekat situ yang tu mungkin yang beli on the spot kot. Yang dah sekali dengan AA ni, kaunter die kaunter kayu je macam gambar dekat bawah ni. Macam biase korang pergi bagi boarding pass untuk dieorg check name dengan booking number. Korang kene sign lepas tu die akan bagi korang tiket ferry, siapa-siapa yang bawa lunggage besar gabak tu, kalau malas nak angkut naik ferry korang bolehlah drop luggage, 1 luggage kene bayar 30baht(RM3.50). Kalau korang nak bawa sendiri pun tak apa, cuma kalau dah beso sangat kan susah jugak nak angkat.

Kaunter Luggage



Ferry ni pun ade masa-masa die depature, sejam sekali kalau tak silap aku, macam aku kene tunggu dalam sejam jugak lah baru boleh naik ferry, aku sampai sane dalam pukul 3PM , pukul 3.45PM macam tulah lebih kurang baru boleh naik ferry sebab ferry pun baru sampai. Tepat pukul 4PM ferry gerak dari Pier ke Koh Samui. Tapi korang kene alert sikit eh, dieorg ni macam ade tak ada je pegumuman nak suruh naik ferry. Jadi takut korang syok-syok sendiri sampai kene tinggal. Ferry ni besar, bawah sekali tu tempat kenderaan, segala jenis pickup, kereta, motor semua kat bwah sekali masa aku tu siap ade pickup bawah Babi lagi, kesian pulak aku tengok terkepit je babi-babi tu semua. Ferry masa pergi Koh Samui tu boleh dikatakan kecik sikitlah macam limited je tempat duduk, tak ada tempat duduk kiteorang pergi belah luar, duduk jelah kat lantai.

Beratur Nak Naik Ferry
Duduk jelah kat lantai
Babi Pun Naik Ferry
Selamat Tinggal Donsak


Koh Samui

Sampai je dekat Koh Samui/Lipa Noi Pier tu, belum habis lagi weh ,ade lagi yang menunggu.. korang kenalah naik satu lagi kenderaan nak sampai ke hotel korang. Kalau korang pilih hotel yang nunnnn jauh di hujung sana tambah lagilah 1 Jam..kalau korang pilih hotel yang dekat tambah sikit jelah masa. Untuk tak mendatangkan kemarahan baik korang check dulu sebelum book hotel, Gunalah google map check dari Lipa Noi Pier ke hotel korang tu berapa jauh. Aku ade buat jugak hari tu dari apa yang aku check  Big Buddha yang paling jauh dalam 51 Min dari Lipa Noi, Paling dekat kalau yang popular tu Lamai Beach lah dalam 20-30min macam tu. Kalau nak dekat lagi ade je hotel-hotel dekat Lipa Noi tu. Korang kene tahu berapa jauh tu sebab nanti nak balik  feri tu bertolak pukul 8AM jadi pukul berapa korang nak check out kalau korang duduk dekat Big Buddha atau Bo Phut?? Ade tertinggal feri kang..sebab benda ni berkait kan, kalau korang tertinggal feri tapi kalau korang boleh sampai airport sebelum 12.20PM bereh lah. Kalau korang dah tertinggal jauh..duduk jelah kat Surat Thani tu bang..

Jetty Lipa Noi

Jalan Ke Daratan

Hotel

Nak pilih hotel dekat Koh Samui ni pun masalah jugak untuk aku, hotel nye banyak bukan main. Tapi tulah..kalau murah tu tak berapa nak bernafsu aku. Mungkin jugak murah sebab die Kipas je tak ada air cond. kipas harga RM80 tiba-tiba bila air cond naik ke RM150/semalam. dasat sangat. Kalau dah mahal tu mak datukk mahaii bebenoo. Termenung aku tengok harga bilik, tapi kalau korang tak kisah sangat oklah..sebab banyak pilihan sebenarnye dekat Koh Samui ni. Bukan limited, cuma kalau macam aku ni kan, banyak noo nak fikir..aku nak dekat dengan pantai, nak review ok..nak toilet yang tak transparent..nak seaview..tak tahan nak seaview!!! budget ciput..g pacak khemah lah sane!!! belum habis lagi tu nak yang tak jauh sangat dari  tempat feri. payah noo lah ko ni!! aku separa gila nak cari hotel. Tapi korang jangan risau lah sebab hotel-hotel dekat sini memang die ade harga yang rendah sampai ke tinggi melangit ala-ala Neelofa je mampuu uolsss..Neelofa tu duduk hotel harga  berapalah semalam  gamaknye kan?? Sebok hal org pulak..Balik pada cerita hotel..disebabkan aku ni duduk kire lama lah jugak kan..jadinye mahal lah sikit, kalau harga bilik RM100/semalam pun dah RM600.


Akhirnye aku pilih Tropical Seaview Residence, nampak seaview tu?? harga boleh tahan mahal juga pada aku untuk 6 Malam 10,800Baht(RM1248), yang penting seaview dan die ni ala-ala apartment lah macam tu. Bilik aku tu ade 1 Bilik,macam mana aku cakap ni kan? apartment aku tu ade 1 bilik..ade lah dapur sikit, toilet..ade hall, TV 2 ko!! satu dekat dalam bilik satu dekat hall. Balcony besar gabak..tapi view memang awesome lah. Sebab die atas bukit, bukanlah depan pantai sangat. Tapi pada aku oklah tak ada lah semak sangat kalau seaview lepas tu buka pintu nak tengok pantai nampaklah pakej dengan kerang-kerang, sotong celup tepung, lobster tengah berjemur ,tu belum dengan ketam batu..dugong, anjing laut, peguin..segala macam lah. 

Bilik
Bilik Air
Dapur


Dari Lipa Noi ke Tropical Seaview dalam 20-30min macam tu je tak lama. Aku memang dah siap-siap booked transport sebab aku malas nak cari teksi dekat sana. Lagipun Manager tropical ni bagitau aku kalau ambik teksi dekat situ mungkin die charge mahal sikit dahlah mcm tu kan die tak nak naik bukit pulak. Tropical ni memang atas bukit bayangkanlah macam mane nak panjat bukit tu, tinggi jugaklah. Kalau nak bawak badan sendiri pun semput apatah lagi dengan beg bagai. Teksi dari Lipa Noi ke Tropical/Lamai 700Baht. Teksi dari Lipa Noi ke Lamai ni dalam 500-700Baht  lebih kurang tapi bergantung pada jarak jugak. Teksi memang tak ada meter eh, jadi tak payah nak mencari teksi yang ade meter, sampai kesudah tak bergerak kang. 

Bukit Nak Naik Hotel


Sampai je hotel dah petang, dekat Koh Samui masa 1 Jam lewat dari kita tapi dieorg cepat gelap. Dah settle check in semua, bayar hotel ni cash dieorg tak ambik card jadi memang kene sediakan duit kepok-kepok lah. Tengok bilik memang puas hati lah, mandi-mandi. Tengok-tengok tak ada air mineral pulak. Tekak memang haus sangatlah, biase duduk hotel air dah sedia. Sabo jelah kan, tak pasal-pasal kene turun bukit jalan kaki. Memang pecah lutut.

Hari-Hari tengok laut cantik macam ni


Misi pergi Koh Samui ni nak berehat je sebenarnye..tunggu esok jelah. Malam ni panaskan bekal makan nasi dengan rendang..kenyang, penat...boleh tidur dengan aman. 



No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...