Monday 12 October 2015

Tukar Hak Milik Kereta(Dah Habis bayar)

Sebab dah tak tahu sangat nak buat entry ape aku pun buat jelah nak mengisi masa lapang ni(banyak sangat masa aku) dengan buat entry pasal macam mane nak tukar nama untuk kereta persendirian ni..ni kira tukar sukarela la..kalau tak suka dan tak rela tak payah nak nak ngade-ngade tukar nama eh. Minggu lepas dengan jayanya aku Berjaya menukar nama kereta makcik aku kepada aku selepas aku pujuk-pujuk(Ceh!! Tak adalah..memang janjinya macam tu) makcik aku dah beli kereta lain, jadi kereta ni die suruh aku sambung bayar dekat bank setahun..dari tahun 2014 bulan Oktober…jadinya dengan sahnya bulan Oktober 2015 habislah bayar dekat bank..fuh!!! legaaaaa.. tapi belum lega lagi aku kena bayar kat dia pulak pasni…dah habis bebel pasal sejarah kereta aku meh aku cerita macam mana proses nak tukar hak milik kereta ni. Nak kata susah tu tak lah juga, mungkin die macam leceh sikit lah.

Kalau korang nak tukar nama ni die melibatkan beberapa tempat lah, tempat-tempat korang kena pergi adalah…gitu!! Bank,Puspakom, Agent Insurans dengan JPJ.

Tu nampak macam gitu jekan, tapi kalau korang nak buat 1 hari boleh siap sebenarnye, Cuma kena keluar pagi lepas tu kena pastikan korang dah ambik geran dulu, sebab untuk proses puspakom dengan JPJ tu makan masa sebenarnye. Yelah kan, Bank tu bukak pukul 9AM..puspakom kalau korang datang pukul 10AM dengan tak buat appointmentnye entah  pukul bape korang punya turn. Lepas tu JPJ sedia maklum..memang selalu ramai orang. Tunggu …tunggu dan Tunggu.

Meh aku nak cerita details sikit pasal tukar nama ni.

1.    Bank(Clear).

-    Lepas korang dah buat bayaran settlement, kire yang last lah tu. Korang dah boleh suruh owner ambik geran dekat bank. Bank akan stamp BATAL dekat Bahagian bawah geran atas nama “Hakmilik Dituntut Oleh Nama Bank…” Yang ni tak perlu apa-apa. Free je.

2.    Lepas tu akan ade satu surat pengesahan e-Hakmilik JPJ-FIS (Yang ni aku tak pasti siapa keluarkan sebab ni yang Ayah aku yang buat dengan Makcik aku.)

3.    Puspakom (Lulus)

-     Kalau nak tukar nama ni korang kene buat puspakom, jadinya korang boleh check dekat website Puspakom, mana Puspakom yang terdekat dengan tempat korang untuk buat pemeriksaan ni. Paling senang korang boleh call untuk buat appointment dulu sebab kalau tak buat appointment lambat beb!! Korang kena beratur buatnya masa tu orang ramai..terkulat-kulat lah korang tunggu. Macam aku, aku dah buat appointment dekat Puspakom Bangi..pukul 8AM pagi ko!! Semangat tak semangat aku kan, walaupun penuh dengan kebluran..tapi aku gagahkan jugaklah buat ,kalau tak aku tak tahu lah bape lama nk tunggu proses ni nak siap. Aku tunggu sampai Puspakom tu buka lepas tu akan ada pegawai dia keluar untuk check kereta mana dah buat booking, terus je die suruh aku masuk dulu…jadinya aku org ketiga lah..pagi tu. Masuk-masuk..ikut jelah arahan dia. Berenti kereta kat tempat yang diesediakan , lepas tu kene pergi kaunter pembayaran tapi sebenarnye kene isi borang dulu. Jangan main beratur confident je macam aku, pastu die suruh isi borang pulak, ambik borang…pastu beratur lagi.  Lepas dah isi borang, jalan lupe bawa GERAN original. Korang jangan lenggang kangkung je datang. Untuk Puspakom ni die tak kisah sape-sape pun bawak kereta korang, kalau korang tak ada masa nak pergi…boleh lah suruh adik, abg, kakak…nak upah runner pun boleh. Tak ada hal tapi mungkin mahal sikitlah nama pun upah kan. Lepas dah isi borang, bagi geran tu kat die..bayar sekali RM31.80(Termasuk GST), lepas tu die akan..bagi korang resit..dengan segala geran, borang tu kat korang..korang kene letak kat wiper kete…lepas tu tolong duduk diam-diam dalam bilik menunggu. Tunggu jelah pegawai tu check kereta korang..dia akan check cermin korang..kalau yang tinted tak hengat dunia tu baik bukak dulu, kalau yang macam sah-sah lulus tu tak pe..jangan nak gelabah pergi bukak pulak. Kalau lulus cermin die akan tampal sticker hologram kat situ(Cermin depan, cermin tepi dengan belakang)..pastu..die akan check no. casis dengan no, enjin korang. Dan lagi satu die akan try nak bukak korang punya getah dekat pintu tu..tapi die pasang balik, tak adalah die biar je macam tu, kereta aku ok je..tak de buruk jadinye. Lepas dah siap semua, dia akan suruh korang drive ikut laluan dia..laluan tu macam ade lubang macam tu..ketar jugak lah aku kan, siap pesan lagi..BAHAYA!! LUBANG DALAM. Mati lah aku cam ni!!! Ketor lutut!! Ada orang Puspakom yang akan masuk dalam lubang tu tengok kereta korang dari bawah. Lepas tu…legaaa!! Boleh parking dekat luar..tunggu keputusan. Dalam 10min je tunggu keputusan tu. Untuk Puspakom ni.. dalam 40min dah siap semua dah, siap dapat keputusan. Legaaaaa.

**Keputusan Puspakom akan expired dalam masa sebulan. 


4.    Syarikat Insurans-Batalkan insurans lama .

-    Korang tengok sebelum ni owner lama tu pakai Insurans ape, tak ada masalah  kalau korang tak nak guna insurans yang same pun. Boleh je pilih ikut suka korang, tapi kalau nak batalkan contohnya korang nak pergi satu agen insurans ni..kebetulan die tak jadi panel untuk insurans tu..die tak boleh batalkan insurans lama tu. Jadinya sebelum pape korang kena tengok dululah dieorang panel ke bukan. Macam kes aku, insurans dengan roadtax kereta tu akan mati 16hb jadi dalam seminggu jelah. Jadi panel tu cakap tak payah batalkan biar je die expired sendiri. Lagi pun lagi seminggu je, kalau sebulan ke baik korang pergi batalkan mungkin jugak die akan bagi balance-balance ke ape. Macam tu lah.

5.    Buat Insuran  baru

-    Dulu makcik aku pakai AXA Affin General Insurance..sekarang ni ayah aku nak guna yang ade Takaful macam tu, aku ikut jelah. Aku kan blur sangat masa tu. Lastnye aku ambik Etiqa Takaful. Insurans ni die ikut nilai kereta tu..kalau makin lama, makin turunlah nilai kereta dan makin murah lah harga insurans kalau korang ade 2,3 kereta korang bolehlah ambik NCD kereta masuk kan ke dalam insurans ni tu lagi murah. Tapi macam aku ni, kira macam barulah NCD=0%, Nilai kereta aku RM33K, aku ambik Insurans Cermin(RM600)- RM90. Adalah kiraan die ade GST pastu umur korang pun effect jugak dengan tambah stamp ape tah total semua RM 1311.00 lebih kuranglah. Harga ni kire fully covered ikut nilai kereta. Contohnya korang tak ada budget korang bolehlah turunkan sikit dari RM33K tu korang cakap kalau cover RM20K ke…ikut budget koranglah. Makin sikit makin kurang lah korang boleh claim kalau lah ade apa-apa jadi tak ikut nilai kereta  korang.

6.    JPJ – Tukar nama, Buat roadtax.

-    Lepas dah buat insurant u die akan bagi korang Cover Note, bawak benda tu pergi JPJ. Ambik Nombor Sediakan Geran Original,Insuran dengan Puspakom. Tunggu jelah nombor giliran korang, macam aku special sikit sebab makcik aku tak sihat sangat, tak berapa kuat nak jalan. Jadi kena pakai kerusi roda, untuk warga emas dengan OKU ade kaunter khas. Jadinya tak payah lah tunggu lama-lama. Kejap je, siap berenti depan pintu lagi…malu iollss orang tengok ala-ala kerabat diraja gitu!! Hahahaahha. Siap rela datang bawakan kerusi roda..sabo jelah aku. Untuk tukar nama ni..korang kena charge RM100, lepastu nanti JPJ akan batalkan roadtax lama..jadi korang kena renew roadtax sekali..ikutlah roadtax korang kene charge berapa, macam aku RM90 (setahun). Lupa aku nak cerita kalau nak tukar nama owner kereta dengan bakal owner kena datang sebab dieorang nak buat biometric(Gitu!!) alah yang letak ibu jari tu lah Kak senah…jangan lupe bawak IC. Dah settle semua nama korang akan dicetak dekat belakang Geran..bahagian Petukaran milikan dan alamat.

-    Selain tu aku ambik jugak Geran kereta aku yang satu lagi, hilang sudah..jadi sekali gus lah aku settle kan. Kalau nak ambik Geran hilang kena isi borang, mintak borang dekat kaunter..korang isi lepas tu kena bayar RM50, tapi kena owner tu ambik.

7.    Siap semua…kereta itu  AKU YANG PUNYAA!! Hahahaahaha ok dah!!
Total Kehangusan duit nak tukar nama ni adalah: - RM 1532.80(Bergantung insuran..mahal ke murah dan juga roadtax).



Info:

* Korang boleh try check NCD korang dekat SINI

*Boleh try check berapa harga insurans dekat SINI

JPJ Website   

=================================================================================================================

New Update: 10/12/2018

Aku baru tukar nama kereta lagi sekali, kali ni aku jual kereta aku dekat orang pulak. Bank semua dah clear lama dah jadi tak ada hutang.
So bile orang tu dah bayar smeua dekat korang. Macam mana nak tukar nama?

Senang sangat nak tukar nama pemilik sekarang ni.

1) Puspakom
- Macam dekat atas tu jugak, kena pergi puspakom untuk inspect kereta. Korang atau pembeli boleh beli. Macam aku, aku bagi je gambar IC depan belakang dekat pembeli tapi aku ada cross dekat bawah IC untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Dah lulus puspakom.

2) Pergi JPJ
Yang ni Pembeli dengan Penjual kena ada, bawa IC dan ambil borang tukar nama. Isi siap semua just pergi kaunter cakap nak tukar nama.
Bagi IC korang dan borang yang dah diisi termasuk geran yg lama( geran besar warna pink tu) lampirkan sekali surat puspakom.
Korang kana thumbprint lepas tu dia kan print geran baru, geran sekarang ni kecil je tak macam dulu, dulu saiz A4 sekarang ni separuh je. Lepas print tu die akan ambil geran lama dan borang tu semua dan die akan bg geran baru. Dah siap..

Lepas tu pembeli tu bolehlah buat insurans dan roadtax ke apa yang patut.


Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

29 comments:

  1. Salam nak tanya kalau owner lama belum potong nama kat bank lg boleh bawa p puspakom tak,,,,,i mean dia sdah abis bayar ccm tp belum potong nama kat geran asal tu,,,,kalau nak g puspakom isi nama siapa untuk bahagian pemilik tu,,nama dalam geran tu ke atau nama owner dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,Boleh tak ada masalah pun nak pergi puspakom kalau nama tak potong lagi. Yang selalu pergi puspakom ni pun kkdg runner je bukan pemilik sebenar.Bahagian Pemilik tu kene letak nama pemilik kenderaan lah ikut dalam Geran jgn lupa IC number semua dan akan ada 1 bahagian dalam borang untuk siapa yang bawa kereta tu ke puspakom utk inspections.

      Delete
  2. Kalau kereta import taun 2007 brapa nilai insurans?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amigo, Kalau nak tau berapa anggaran nilai insurans, awk boleh pergi dekat mana-mana website insurans contohnya etiqa,AIA atau Myeg. Dekat situ biasanya ada link untuk dapatkan qoute insurans. Awk masukkan details-detials semua dan boleh calculate anggaran insurans.

      Delete
  3. Assalam, terima kasih info yg tuan beri, saya nak tanye utk kes kereta saya yg dah abis bayar dpd hutang bank atas nama saya. Saya nak tukar nama geran kereta dpd nama bank ke nama saya. Kereta saya tu kena gi buat ujian puspakom ke? Atau bawak je geran g jpj utk tukar nama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ahmad Lutfi, utk kes awk ni. Awk kene pergi bank dan bank akan keluarkan surat e-milik tapi skg ni ade bank yg paperless jadi die buat online je adan bank yang buat online dan print hardcopy untuk kite mana-mana pun boleh. Lepas nak cakap die dah buat e-milik tu awk bolehlah pergi JPJ untuk JPJ batalkan geran. Kene puspakom atau tidak tu sy tak berapa pasti, sy buat puspakom sebab tukar nama dari nama makcik ke nama sy.

      Delete
    2. 👍 terima kasih tuan, informasi sangat berguna

      Delete
  4. Slm..sy nak tanya psl surat settlement ni..prlu ke surat tu ade time kita nak tukar nama org lain ye??sy nak tukar hak milik keta ni n bank dah cop e batal kat geran tu..bank kata prlu tnggu 3 mnggu lgi..lama tu,hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Saya tak pasti pulak kene tunggu ke tak. haha maaf ya..

      Delete
  5. Slm..sy nak tanya psl surat settlement ni..prlu ke surat tu ade time kita nak tukar nama org lain ye??sy nak tukar hak milik keta ni n bank dah cop e batal kat geran tu..bank kata prlu tnggu 3 mnggu lgi..lama tu,hahahaha

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya , pintu belakang kereta saya xdapat buka dari blah luar , akan jadi masalah ke kat puspakom . Kereta saya kereta lama...1995 cmtu. Atau dia akan bg kelonggaran..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Utk inspection tukar hak milik kereta biasa die akan check no enjin,no chasis, tinted cermin dengan kereta potong atau sambung..jadi die akan buka pintu dan buka sikit getah dekat pintu tu. Kalau boleh buka dari dalam ok kot, jangan tak boleh bukak langsung..susah jugak nanti dieorang.

      Delete
  7. Salam, sy nk jual kereta sudah abis byr pd usecar (dh try carik buyer, tp x dapat).. kereta thn 1994.. bagaimana proses nyer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sy tak pasti tentang bab tu..mungkin boleh pergi sendiri dekat kedai kereta dan tanya proses macama mana.

      Delete
  8. Salam, mmg kena buat insurance baru sblm tukar nama ke leh je buat lepas tukar? Insurance keta mmg da mati jd x perlu batalkan insurance lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Boleh tukar nama dulu sebelum renew insurans sebab beberapa bulan lepas sy pun buat benda sama - tukar nama dulu sebelum renew insurans(insurans dah mati). Terima Kasih

      Delete
  9. assalam, saya nak tanya, berapa harga rodtax dan insurans untuk tukar penama baru? sbb penama lama telah meninggal dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Kalau roadtax dgn insurans harga tak sama setiap kereta, kalau roadtax ikut CC kalau insurans kena tgk tahun dan sbgnya..kalau nak tgk anggaran boleh lah pergi website mana2 insurans kereta dan try isi details dan dkt sana boleh nampak berapa anggaran untuk renew insurans. Untuk proses tukar nama penama yang dah meninggal dunia, saya tak pasti.

      Delete
  10. Salam dah tuko nsma,,,,saman majlis perbandaran akn ke owner baru ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mike, Kalau ikut logik...surat saman tu atas nama owner lama. Kalau kita buat pertukaran nama..kereta je jadi milik owner baru...saman tu tetap pada owner lama. Kalau bawa pergi mahkamah pun, tengok pada tarikh tukar nama dengan tarikh saman, tetap owner lama yg bertanggungjawab.

      Delete
  11. Salam tumpang tanya..saya nk bli kreta 2nd hand..dah thumbprint eauto jpj,bolehkah saya batalkan pembelian..downpayment lom bayar,agreement dgn bank pn blum sign

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Maaf sy xtahu kalau sy memandai kang..habis huru hara. Maaf ya

      Delete
  12. Salam. Bagaimana nak batal hak milik dituntut sekiranya company lama dah bankrupt ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ijoy, sy tak tahu jadi sy xboleh advise. Sorry

      Delete
  13. Kalau road tax kereta baru je renew.. Perlu ke owner baru renew balik road tax kereta tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya owner baru kena buat semula road tax dan insurans sebab road tax dan insurans skg atas nama owner baru, tapi sebelum buat pembatalan baik tanya pihak insurans dulu. Call pihak insurans terbabit sebab sy pernah dengar katanya boleh tuntut balik bayaran ikut pro rated.

      Delete
  14. Slm... Nak tanye ni, kalau nak buat test puspakom untuk tukar hak milik tapi surat pelepasan dari Bank bahawa kereta dah habis bayar boleh ke?? Geran masih nama owner lama tapi nak tukar ke nama owner baru.. Kena tunggu surat pelepasan dari Bank jugak ke..

    ReplyDelete
  15. Saya nak tnya ..klau husb beli kete dkt kwn dia ..tp still lg nama dia..Dan husb akan sambung byr smpai 7 tahun ..Apa surat y kita perlukan ? Ke nk sambung byr ..kna tukar nama jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sy tak pasti tentang tukar nama kereta sambung bayar.

      Delete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...