Thursday 17 September 2015

Hotel Reviews


Odua Ozz, Kuta

Lokasi

Lokasi Odua Ozz ni walaupun macam ke dalam sikit dari jalan utama..tapi sebenarnya dia ada jalan belakang shortcut untuk ke Kuta dan juga Pantai Kuta..memang sangat strategic bagi aku sebab lokasi hotel ni sangat-sangat tenang..dan strategik. Kalau korang ikut shortcut tu..jalan kaki Cuma 3-5min ke Kuta dan 10min untuk ke Pantai Kuta. Keadaan memang sangat tenang dekat sini sebab korang tak akan dengar bunyi kereta, motor..orang lalu lalang pun tak dengar. Sangat sesuai kalau nak berehat dan tenangkan fikiran.

Lokasi hotel ni juga sangat dekat dengan warung makan muslim, mini market dan  kedai-kedai untuk sewa motor, T-shirt dan sebagainya. Reviews untuk hotel ni memang tinggi dekat website utama macam Agoda, Booking.com salah satu sebabnye adalah lokasi..reviews dia semuanya Very Good..Fantastic..korang boleh view dekat link yang aku bagi dekat bawah nanti.

Pengangkutan Awam

Sangat senang nak dapat, lalu je jalan short cut tu untuk ke Kuta..boleh tunggu teksi dekat situ. Selain tu Hotel ni juga ada sediakan airport transfer(ada charge dikenakan).

Fasilitis

-    Hotel ni ada 52 bilik, 36 bilik standard dan 16 bilik superior.
-    Writing desk
-    Direct Dial Telefon
-    LCD TV 32” dengan 60 channel
-    Safe deposit
-    Mini bar
-    Mineral water(free)
-    Wifi
-    AC
-    Iron & Iron board (kena minta)
-    Hairdryer (Kena minta)
-    Restoran & Bar
-    Parking Lot
-    Swimming Pool
-    Tempat-tempat duduk berpayung
-    Intenet corner

Bilik

Bilik dia tak besar sangat, tapi selesa dan ada ruang untuk solat dan makan-makan (duduk bawah)..bilik bersih, dan setiap hari akan tukar towel dan linen, TV channel memang banyak..semua clear. Wifi laju..katil empukk dan selesa..Cuma mungkin untuk bilik air tu dia tak sediakan pipe untuk membasuh selepas membuang hajat..die Cuma ada bidet ke ape bende die panggil yang kena pulas kat bawah tu..keluarkan pipe kecik dari VC tu. Rasa tak berapa nak membuang sangat..yang lain semuanya ok. Aku suke!! Kalau datang Bali lagi aku akan datang sini lagi. Tanda arah kiblat pun ada..good!! Dinding dia memang kedap bunyi(Ye ke panggil macam tu) kirenya kalau korang dekat dalam..korang takkan terganggu dengan bunyi-bunyian dari luar..tenang je. Cuma dalam dalam tu..kalau orang lalu luar bilik korang boleh lah dgr..

Pihak hotel ada juga sediakan kerusi dan meja dekat luar untuk santai-santai. Siap sedia kan plug lagi dekat luar.




 Staff

Yang paling aku suke dekat sini adalah staff dia yang sangat awesome!! Sangat baik..bagus, professional, kalau korang tengok review dekat Booking.com, Agoda dengan tripadvisor pun memang semua komen pasal staff yang sangat awesome. Hari terakhir aku jumpa owner hotel ni..baik. Good Job Bapak!

Harga

Harga Dari Official Website
 Harga mungkin berbeza ikut promosi dari website-website dekat bawah ni..

 Website

Official Website , Agoda , Tripadvisor , Booking.com
 
Summary
Value for money : 4/5
Location: 5/5
Staff Performance: 5/5
Hotel condition/Cleanliness:4.5/5
Room Comfort/Standard:4/5
Food/Dining: 3/5


No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...