Dulu aku rasa kalau nak ke LCCT tu transport xbanyak sangat kalau tak naik teksi, kena naik bas..kalau tak pun naik KLIA transit dari KL sentral ke Salak Tinggi dan dari sana kena naik teksi pulak ke LCCT tapi sekarang dah ada beberapa cara dan transport yang memudahkan kita untuk ke LCCT.
Terminal Bersepadu Selatan (TBS) - LCCT
Yang ni aku baru je tau hari tu bila aku nk balik kampung..ada ternampak banner bas ke LCCT..jadinya tak perlulah naik dari KL sentral lagi kalau nk naik bas ke LCCT. Harga tiket aku tak pasti berapa yang pastinya kena beli dekat kaunter lah..Bandar Tasek Selatan - LCCT
Kalau dari Bandar Tasek Selatan korang boleh naik KLIA transit ataupun teksi..Teksi memang mahal sikitlah, tapi kalau KLIA transit harga tiket sekali dengan tiket bas..RM 10.80 korang kena turun dekat Salak Tinggi dan dekat Salak Tinggi tu korang naik bas pulak ke LCCT.KL Sentral - LCCT
Bas
Kalau dari KL sentral korang tak payah risaulah sebab ni lah pusat segala pusat transport dekat KL ni..dari KL sentral kalau korang nak naik bas ke LCCT..kena turun bawah dekat luar sikit..kalau korang beli tiket masa korang beli tiket flight korang kena naik dekat KL sentral ataupun One Utama..bas yang disediakan adalah Skybus..tapi kalau korang belum beli tiket lagi jangan risau ada lagi bas lain dekat situ ataupun boleh jugak naik Skybus tu..tapi tiket dia mahal sikitlah dari beli Online..harga Online RM 8.50KLIA Transit
Klia transit pun korang boleh naik jugak..sama jugak macam dekat Tasek Selatan, Tiket sekali dengan bas..kalau korang nak beli asing pun boleh tak de masalah. harga tiket RM 12.50 dari KL sentral turun dekat Salak Tinggi dan naik bas pulak ke LCCT.Teksi
Teksi ni aku pun pasti sebenarnya sebab paham-paham jelah KL kan...ikut suka pakcik teksi tu je nak letak harga..kalau dari Serdang yang aku tau harga dari RM 70 -RM 80 harga biasalah kalau midnight mahal lagi.One Utama - LCCT
Ni pun aku tau bila beli tiket flight tgk Skybus ada jugak dari One utama ke LCCT..harga RM 13.50kalau nak maklumat lanjut boleh tengok dekat website2 di bawah..
Harga ke LCCT
KLIA transit harga tiket
SkyBus
No comments:
Post a Comment