Wednesday 13 September 2017

Pesediaan Sebelum Ke NZ

Nak pergi NZ ni adalah cabaran yang terbesar untuk aku, banyak benda nak kena tengok dan banyak benda baru yang aku kena belajar. Cabaran dia tu lain macam. Biasalahkan setiap kali pergi mana-mana pun mesti ada cabaran dia tersendiri. Kadang-kadang kita rasa dah cukup dan buat persediaan tapi bila pergi cabaran depan mata ni lain dari apa yang kite bayangkan. Antara cabaran yang aku hadapi masa nak buat persediaan ke NZ adalah:-

1) Budget Besar weh!!
2) Tiket Mahal
3) Cari Kereta Sewa
4) Aktiviti
5) Hotel Mahal
6) Immigresen
7) Kastam
8) Masa
9) Cuaca/Musim 
10) Memandu

Tulah antaranya, yang paling besar sekali adalah budget. Maklumlah kan duit kite ni tak berapa nak besar sangat. Bile convert jadi 3 lebih tu teramat lah sangatkan? walaupun sebenarnya ada benda yang boleh dikatakan murah dekat sana contohnya macam sewa kereta. Kalau dekat sini pun sewa kereta biasanya RM100 keatas jugak ada yang RM120/sehari dekat sana kita masih boleh dapat lagi RM90/Sehari. Yang paling trasa sekali adalah hotel, hotel dieorang kalau tengok NZD memang nampak biasa. Tapi bile dah convert..pening lalat jugak.

Berbulan-Bulan

Persiapan aku ni memang makan masa lama jugaklah, berbulan-bulan lamanya. Memang niat nak pergi NZ tu dah ada. Cuma duitnya je tak ada, kumpul-kumpul habis jalan tempat lain. Biasalah konon tak nak guna nak simpan, tapi bile dah rasa mereput sampai nak mengamuk pack-pack jalan tempat lain.

Persediaan aku ni dah bermula Bulan 1 lagi walaupun masa tu tiket belum beli. Tapi aku dah start mencari Kereta sewa dah bookmark itu ini. Bulan 3 check-check ada promosi KUL-MEL jadi lepas bincang-bincang dengan kawan aku.Kiteorang fikir nak stop dekat Melbourne dulu sebelum ke CHC (Christchurch), sebab dari KL ni pun flight terus ke Auckland sama juga kena transit. Jadi untuk tak mengulang tempat sama dua kali kiteorang pun ambil keputusan nak ke Melbourne dulu. Beli guna Big Point, masa aku beli tu aku tak include luggage, masa tu harga RM894.24/Dua orang jadi sorang dalam RM447.13, ok done tiket KUL-MEL. Untuk tiket-tiket lain tu, memang aku selalu check website AA lepas tu check skyscanner dan click untuk alert kalau harga turun naik,lepas tu selalu tengok website flight lain dari MEL-CHC,CHC-AKL dan yang biasanya murah adalah Jetstar. Jetstar ni flight tambang murah Australia. Tu pun aku set alert price, jadi setiap kali harga turun naik dieorang akan hantar email.

Tiket Flight

Tiket flight kedua yang aku beli adalah tiket AKL-KUL, aku dulukan tiket-tiket yang mahal dulu, gaji je simpan duit untuk beli tiket yang mahal dulu. Kalau tiket MEL-CHC atau CHC-AKL ni biasanya tak semahal AKL-KUL maklumlah dekat je kan. Tunggu punya tunggu akhirnye semuanya selesai dalam bulan 5. Aku memang kumpul duit setiap bulan dan kalau ada tiket murah-murah barulah beli. Selagi tak murah,selagi tulah kumpul jugak. Jadi jangan fikir orang yang jalan-jalan ni banyak sangat duitnya, kiteorang menyimpan lah weh!! ikat perut. Orang shopping aku tengok, orang bukak lazada aku tengok, orang beli HP baru aku tengok, semua ni gara-gara kamu NZ!! Total Kehangusan untuk flight tiket pergi balik dan segala luggage tok nenek adalah RM1785.77. Tips dekat sini beli jetstar beli sekali luggage kalau nak add on mahal wa cakap lu dan aku pun confius masa awal-awal nak beli option pertama dia ada yang bundle(seat+luggage+meals) tapi sebenarnya boleh je skip bundle ni, continue aje next page barulah ade seketul-seketul luggage,meal dengan seat boleh pilih mana nak add. Macam aku kiteorang ambik luggage 20KG dengan seat je. Luggage nak check in tak kira lah bape asalkan tak lebih 20KG(boleh combine) tapi max 1 luggage tak boleh lebih 32KG. Faham ke idok?

Skyscannner link ==> https://www.skyscanner.com.my/

Budget

Budget untuk pergi NZ ni memang lah banyak sangat pada aku,sebelum ni yang paling mahal masa aku pergi Jepun. Tapi kali ni dua kali ganda dar Jepun. Lagi pulak aku cuma pergi berdua je jadi kos tu lagi tinggilah. Kalau korang nak murah sikit boleh lah pergi ramai-ramai, jadi banyak benda korang boleh share, contohnya macam sewa kereta,minyak kereta,barang-barang makan dan sebagainya. Budget aku kali ni RM6500++ tak ingat amount sebenar. Tapi kalau ikutkan aku boleh kurangkan juga budget ni sebab ada beberapa benda yang aku dapat murah dari budget sebenar contohnya macam tiket Melbourne Star degan Cadburry Factory tu aku dapat 50% dari harga sebenar, kalau Melbourne Star Observation Deck tu harga sepatutnya AUD$36(RM118) tapi sebab aku beli ikut BOOKME.COM jadi dapatlah murah sikit, dari AUD$36 aku dapat AUD$18(RM60) murah kan?? aku tau pasal Bookme ni pun lepas aku dah habis mengoogle pasal NZ, disebabkan matawang dieorang ni beza sangat dari kita jadi usaha nak dapatkan benda murah tu lagi lah membuak-buak. Berbalik pada budget,bila aku dapat yang murah macam ni aku masukkan lebihan budget ni dekat ETC ataupun makan. Orang cakap biar lebih jangan kurang, jadi macam tak adalah effect sangat pada budget aku.

Bookme.com,Groupon dan ETC

Bookme ni macam yang aku cakap dekat atas tu macam 1 website yang ala-ala macam Groupon lah lebih kurang, tapi Bookme ni dia lebih pada tiket-tiket yang dah nak habis kire macam penghabisan stoklah kirenya, lagi dekat tarikh lagi murah dan space memang tak banyak lah. Contohnya kalau korang pegi tak ramai dalam sorang atau dua orang bolehlah nak tunggu tapi ni semua ikut nasib kalau dah habis tiket murah tu habis lah. Aku tengok ada yang jual tiket NZD$1. Biasanya tiket akan murah bila tarikh dah nak dekat, tapi korang boleh je search ikut tarikh korang nak pergi tu cuma mungkin discount dia tak banyak lah, tapi tak banyak pun aku dapat juga 50% oklah kan? Aku beli tiket Cadburry dengan Melbourne Star tu masa tu bulan 6 dan aku nak pergi sana bulan 9. Nak tunggu murah lagi takut habis pulak, tiket pun tinggal berapa je. Dari nak murah lepas tu tak dapat langsung, baik tak payah!! jangan tamak sangat. Selain tu ada lagi website yang boleh korang usha-usha nak tengok tiket,dining atau aktiviti yang ada discount antaranya adalah Grabone , Yazoom , Groupon NZ , Treatme

Email Email dan Email

Aku ni banyak sangat email orang sebelum pergi NZ dengan Melbourne ni. Segala benda yang aku dah penat google tak dapat jwapan aku akan email dan ape yang aku paling suka dieorang ni cepat balas email dan sabar je melayan soalan aku. Dari nak beli Pass Tram sampai lah nak tanya ingredient dalam Ice cream semua aku email dan semua dieorang balas.

Hotel/Airbnb

Dekat NZ ni hotel memang mahal lah sebab kite guna RM kan? walaupun kalau ikutkan harga dia standard lah dalam NZD$100 pun dah dapat hotel best dah cuma kalau ko convert memang pecah kepala lah sikit. Kiteorang fikir kalau duduk 2 hari kiteorang lebih suka ambil Airbnb sebab bolehlah masak jimat sikit dari nak makan dekat kedai je kan? Kalau setakat sehari kiteorang ambik hotel je,yang penting bagi aku adalah toilet dekat dalam.Kalau korang nak murah ada dorm dan hotel yang shared toilet. Ikut selera masing-masing. Jadinya..

Day 1 : Lake Tekapo - Lake Tekpo & Holiday Park Booking.com
 ** Hotel ni memang mahal sikit,tapi sebab view die sanggup je kiteorang. Hotel ni betul-betul depan lake tekapo, selain dari tu sebab boleh bayar Cash masa check in jimat sikit tak payah ade CC Charges. Harga Semalam NZD$165 (RM516)
Day 2 : Queenstown - Sunny, Warm & Cosy,Lake Hayes Estate (Airbnb) Airbnb
** Sebab 2 malam kiteorang ambik Airbnb,dekat dengan  Kawaru River dan dalam 15min ke Bandar Queenstown, bayar terus guna CC.Harga sebenar Airbnb ni untuk 2 mlm RM866,tapi sebab aku ada RM270 Travel Credit total aku kena bayar cuma RM596 untuk 2mlm.
Day 4 : Te Anau - Fiorland Hotel Booking.com
 ** Kiteorang duduk dekat Te Anau sebab esok nak ke Milford sound pagi-pagi, tak nak ambil risiko sebab kalau dari Queenstown ambil masa 5 Jam. Kalau dari Te anau ni dalam 2 Jam je. Hotel ni pun terima cash dan boleh bayar masa check in. Harga NZD$90(RM281)
Day 5: Invercargill - Ibis Style Invercargill Booking.com
 ** Hotel ni option sebab dari Milford ke Dunedin jauh sangat, kiteorang tak nak ambil risiko memandu bila dah gelap-gelap ni. Jadi berhenti rehat sekejap dekat Invrcargill, tak nak rush kitaorang ni bukannya muda lagi. ahaks!! Harga NZD$94 (RM294)
Day 6: Dunedin - Cosy Base For City & Peninsula (Airbnb) Airbnb
 ** 2 Hari dekat Dunedin,kiteorang duduk Airbnb, Airbnb dekat dengan bandar. Harga 1 Malam RM242.91
Day 8: Christchurch - Southwark Apartment Booking.com
  ** Lebih kepada service apartment,faktor utama pilih Hotel ni sebab dekat dengan airport. Flight kiteorang dari CHC-AKL pukul 9.40AM jadi eloknya ambil hotel yang dekat. Apa-apa boleh lagi nak rempit. Tapi hotel ni parking kene bayar NZD$10/sehari. Harga RM264
Extra Hotel : Sponsored- Kaka Point

Kereta Sewa

Ni pun satu benda paling susah pada aku nak mencari kereta sewa, walaupun aku dengan kawan aku dah bahagi-bahagi kan tugas masing-masing. Sorang cari Hotel, sorang cari kereta sewa. Lepas tu kalau dah dapat kiteorang akan bincang ok ke tak? sesuai ke tak? harga ok? semua benda kene bicang eh, macam aktiviti pun kiteorang bincang sebab yelah walaupun tugasan tu dah bagi dekat ko bukan bermaksud ko kene buat keputusan tanpa bincang dulu, tak boleh sangat macam tu. Bebel pasal lain pulak dah, jadi untuk kereta sewa ni memang antara yang last jugaklah. Apa yang aku belajar macam mana nak dapatkan company kereta sewa yang ok adalah beberapa faktor.

1) Jangan tengok yang popular, semua orang sewa,semua blog sewa tak semestinya itu yang elok dan murah.
 *Kebanyakan blog akan up kan company yang sama je dan bila buat perbandingan memang harga dieorang lebih mahal. Biasalah dah popular.

2) Buat bandingan harga,extra services,pick up dan drop dan juga insurans
* Ada company letak harga murah tapi ape pun tak ada,kena add itu ini last-last mahal. Pick up dan drop pun ada yang kena charge lagi kalau korang pick up dan drop luar waktu operasi dieorang,akan ada charge antara NZD$25-30 ikut company. Kalau korang nak ambil insurans tengok juga harga insurans tu berapa dah apa yang dieorang cover. Kebanyakkan insurans yang korang akan dengar adalah:-

A)Peace of mind/ stress free
Yang ni memang die tak akan hold CC korang tapi korang kene bayar certain amount/hari untuk cover kalau korang accident. Kira macam beli insurans lah lebih kurang. Kalau korang accident tak payah risau sebab semuanya ditanggung beres.
B) Reduced Risk/Chance it
cover kadang-kadang dieorang ni pakai nama macam-macam tapi bendanya sama je,kalau yang ni korang kena bayar juga certain amount/hari  tapi amount tu tak semahal Peace of  mind lah,cumanya ada excess amount(ikut company) dan dieorang akan hold certain amount dari CC korang. Jadi kalau korang accident dan kalau amount tu lebih dari apa yang dieorang cover korang kene lah bayar sendiri. 
C)Risk Taker 
Yang ni kira hati kering lepas tu jenis confident aku tak kan accident,cermin tak pecah,tayar tak meletop,kire bapak confident jelah die ni. Bolehlah ambik yang ni. Untuk ni memang korang  tak perlu bayar apa-apa atau tak payah beli insurans pun hari-hari cumanya dia akan hold CC korang NZD$1500-2500(ikut company) dan excess pun lebih kurang macam tulah amoutnya, kiranya kalau korang accident ko bayarlah sendiri. Macam aku CC memang tak adalah banyak sangat credit limit sampai RM6000. Idok ler awak! Paling selamat Peace of mind

3) Perlu tahu apa yang perlu apa yang tak perlu untuk add on contohnya tyre chain,windscreen dan tyre damage,GPS dan ETC
*Yang ni korang kene fikir sendiri perlu ke tak perlu,macam aku bila aku ambik Peace of Mind tu memang die dan cover semua termasuk windscreen dengan tyre damage,ada company tak include kene add on. Tyre chain perlu tak? perlu kalau korang pergi musim sejuk dan ada hati nak naik kawasan tinggi guna kereta. GPS? kebanyakannya blog suruh ambil,tapi aku memutuskan tidak ambil harga sehari sewa NZD$8 (RM25) kalau dah 8 hari dah RM200 dan dari advisor kiteorang die suruh aje kiteorang install Apps yg elok sikit dari Google play walaupun kena beli ke ape tapi at least tak adalah sampai RM200.

4) Pilih company yang ada review yang bagus walaupun tak popular
* Yang ni sama macam yang mula-mula, popular tak semestinya bagus.

5) Jangan terburu-buru nak book tanpa tengok TnC
* Jangan tengok 1 blog,1website banding gitu-gitu dah nak book . Fikir dulu, ambik masa bincang mana yg ok mana yang tak. Baru book

6) Kalau ada company yang boleh terima cash masa pick up lagi elok sebab kalau guna CC ada charge min 2% bygkan kalau total harga kereta tu RM1000, 2% dah RM20 beb!! Kalau korang tak kisah tak pe. Kalau aku, aku kisah!!
* Memang kebanyakan company sewa kereta ni dieorang tak nak ambik cash, alau boleh nak bayar guna CC sebab-sebab keselamatan, yelah sewa kereta kot! bukan sewa basikal. Tapi masih ade yang nak terima cash,jadi fikir-fikirlah ya.

7) Cari kereta yang sesuai dengan keadaan dan poket korang.
* Kalau korang tak nak jalan jauh,sewa kereta yang lama sikit pun tak apa sebab tak jalan jauh kan? biasanya kereta yang murah ni samada dia dah lama atau pun CC die rendah,tapi kalau korang berniat nak pusing 1 NZ baik cari kereta yang agak baru dan selesa. Tapi kalau korang tak kisah pakai jelah ape pun nak!!

8) Baca review
* Ni penting sangat eh, review dari customer yang dah pernah guna khidmat company ni. Tapi biasalah dalam 10 komen mesti ada yang tak elok. Kalau yang tak elok tu kite kene fikirlah kenapa 9 orang ok die je yang tak ok? Kalau dari 10 tu 5 orang cakap tak ok korang KIV dulu. Kalau majoriti tak ok, korang removed je terus!! walaupun harga die murah. Jangan lah ambik risiko, orang dah review tak ok ko nak jugak!!

Untuk kereta sewa aku pilih NZ Discount Car Rental sebelum aku book aku dah email-email dulu tanya itu ini. Kalau  book guna website ,dia ambil deposit guna CC. Tapi kalau book guna email bayar  masa pick up kereta dan boleh bayar cash!! yang tu #akusuka. Harga untuk 8 hari RM1013 termasuk insurans "Peace of Mind",pick up dan drop . Aku ambik dari 2hb Sept 9AM - 10hb Sept 6AM, disebabkan aku pulang luar waktu pejabat jadi aku kene charge RM78. Jadi untuk korang kena fikirlah nak pulang bila. Kalau waktu pejabat biasanya tak ada charge , cuma mungkin ada yang charge pick up and drop cuma tak adalah semahal tu,dan ada juga yang free dan biasanya yang free ni office dieorang dekat-dekat aiport je.

Kastam/Immigresen

Yang ni aku memang cuak sikit, sebab NZ ni antara kastam yang paling strict dan aku saran kan korang bacalah apa yang boleh dan apa yang tak boleh nak bawa masuk. Jangan main suka suki je, declare food tu penting!! kalau tak kena saman lah korang.  Kalau korang rasa apa yang korang rasa tu 50-50 kena declare ke tak ke korang tick je YES. Kalau korang tick NO lepas tu bende tu kene declare melayang NZD$400, kalau korang tick YES dan benda tu tak perlu declare tak apa dan kalau benda tu dilarang bawa masuk dia akan rampas dan buang je tak ada sebarang denda dikenakan. Baca betul-betul sebelum korang tick-tick ikut suka, jangan nak semua NO je pulak tak pun YES je. Jangan suka-suka eh, ko masuk negara orang kena ikut undang-undang dia.

Google Map

Kalau korang biasa buat itinerary ikut Google map dalam tu ada estimated masa dan KM kan? tapi untuk NZ ni kalau dia tulis situ 1Jam 4Min ke sebaiknya korang tambahlah sikit masa tu bukan sebab jammed ke ape, sebabnya korang akan ambil masa banyak sebab nak berenti ambil gambar je. Korang akan rasa rugi kalau tak berenti ambil gambar. Cantik weyyy serius!! Jadi kalau 1Jam 4min korang tambah lah jadi 2Jam ke at least bagilah sikit masa nak ambil gambar. Kalau tak nanti korang jugak kelam kabut kejar masa, jalan dia pun bukan macam highway kite yang korang boleh racing 140-200KM/H. Masuk-masuk bandar pun ade kadang-kadang ala-ala jalan lama macam tu jadi jangan expect akan cepat lah eh.

Musim/Cuaca

Yang ni salah satu daripada kekangan jugaklah sebab sedia maklum NZ ni pun antara negara yang ada musim-musim tertentu dan juga kadang kala ada juga bencana contohnya ribut,gempa dan sebagainya. Jadi kalau korang nak pergi mana-mana pun lah apa yang aku tengok selalunya kalau musim tu ambil masa 3 bulan untuk tukar ke musim lain biasanya bulan yang paling extreme adalah bulan yang tengah-tengah, ni ikut pemerhatian aku lah bukan kajian-kajian eh, aku sendiri yang buat kesimpulan(Pandai no kan??) . Contohnya NZ ni ada 4 musim:-

1) Spring - Sept, Oct, Nov
2) Summer - Dec,Jan, Feb
3) Autumn - Mar, Apr, May
4) Winter - June, Jul, Aug 

Kalau korang nak pergi Spring atau Autumn tu tak adalah masalah sangat cuma yang masalah bile summer dengan winter. Summer biasanya kalau panas awal-awal Dec tu ok lagi cuma bila dah masuk tengah-tengah Dec sampai awal Jan tu agak panas lah, macam tu juga dengan winter masuk bulan June(awal-awal) June sejuk, tapi bila masuk tengah-tengah July dah mula extreme(mungkin snow storm + Ribut + Hujan) , jadi pandai-pandai korang lah eh kalau nak pergi tu. Check dulu musim apa, jangan tengok tiket murah je beli. Sebab macam sekarang ni(masa aku tulis ni 13 July 2017) tengah ribut dekat North dengan South NZ, salji tebal, hujan  dan banyak jalan tutup sebab salji terlalu tebal dan bahaya untuk kenderaan jadi susah jugak korang nak travel kan kalau macam tu? Aku nasihatkan kalau lah korang dah terbeli tiket dan masa tu musim yang sangat extreme dekat NZ korang buat lah backup plan, jangan lupa ambil extra Travel Insurans kalau boleh yang premium sebab kalau apa-apa pun jadi korang boleh claim,contohnya accident masuk hospital ke medical siapa nak tanggung?? jangan nak jimat RM150 tapi kalau sekali kena beribu-ribu. Jangan lupa snow chain kalau tak ada memang berpusing jelah korang tengah situ, tayar pusing kereta tak gerak.

Apa pun kenalah berhati-hati apa-apa pun, banyakkan doa sebelum pergi tu. Jangan nak seronok sangat!! (Marah!!), kita memang kene fikir positif tapi positif-positif pun malang tak bebau kan? fikir masak-masak mana yang perlu mana yang tak. Ape pun keselamatan paling utama.

Memandu

Biasa memang orang akan memandu masa dekat NZ ni,tapi apa pun yang paling penting. Tolonglah jangan bawa perangai dan gaya pemanduan korang dekat Malaysia ni dekat sana. Mereka agak ketat pasal kesalahan lalu lintas ni semua. Jadi google sebanyak mungkin maklumat dan walaupun dieorang pun drive sama dengan kita tapi ada sign-sign dieorang yang tak ada dekat sini. Jadi sebelum pergi tu sila lah buat test ni dulu biar paham lah sikit tak adalah teruk sangat korang nanti TEST buat je banyak kali pun tak ada siapa nak marah pun, lagi banyak korang buat lagi paham korang. Apa aku boleh cakap ikut sign,kalau dia cakap had laju berapa tu ikut lah. Nanti korang jugak susah..

Aktiviti

Cari ikut ape yang korang suka dan tak membazir, aku suka coklat aku pergi cadbury factory tour..tapi aku kuciwa..jadi tak payah lah ikut tour tu. Setakat nak cerita-cerita baik aku baca je. 

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...