Sebelum aku teruskan dengan budget, aku kene cite jugak apa yang menyumbang kepada budget aku ni antaranya aku pergi cuma 2 orang je lagi ramai korang pergi lagi murah, lepas tu aku guna kereta kecik je 1.3 jadi kalau korang guna motorhome atau kereta yang besar sikit tu kena tambah sikitlah budget untuk minyak. Masa aku pergi ni rate currency 1NZD = 3.16-3.18
Oklah kite mulakan dengan:-
1) Flight
![]() |
Budget Flight |
Untuk Flight ni Dari KL-MEL dan AKL-KL aku naik Air asia, MEL-CHC dan CHC-AKL aku naik Jetstar. Harga yang tak ada seat add on tu maknanya samaada aku tak beli seat atau pun aku dah masukkan sekali masa beli tiket..kire harga tu dah termasuk sekali dengan harga tiket lah tu.
Flight ni biasalah bergantung pada kepandaian dan kecepatan korang untuk grab tiket murah. Kalau korang dapat tiket murah dan tak perlu add on apa-apa murahlah jadinya.
2) Admission Fees
Untuk admission fee, ikutlah aktiviti ape yang korang nk buat. Kalau nak murah cari yang free je...macam aku cakap budget aku ni ikut kehendak dan keperluan masing-masing. Macam Milford sound dengan Cadbury tu memang aku dapat harga murah sikit dari Website ataupun harga sebenar, harga sebenar die dalam kurungan tu macam Milford Sound Jucy sepatutnya $45 tapi aku dapat $40 beli online guna CC adelah CC charge die jadi $41.12 dan untuk Cadbury harga tiket sepatutnya $22 tapi aku dapat $11 bile tambah cc charge jadi $11.20.
![]() |
Admission Fees |
3) Hotel dan ETC
Yang ni paling banyak sekali budget antara lain-lain sebab campur semua sekali. Ini adalah budget aku..untuk Hotel + ETC yang lain.
![]() |
Hotel + ETC |
Habis travel masa nak balik tu kiteorang ade lagi balance untuk Makan dalam $100/sorang, ETC aku ade lagi $100 (Ni bergantung sebab aku tak banyak sangat beli souvenir), minyak masih ade balance $35/sorang.Jadi balik ni aku adelah lagi $235 = RM718.
Budget aku ni untuk aku share je, korang ikut keperluan, kehendak dan keadaan korang eh.
kena kumpul duit lebih lagi ni klau nk ke NZ ni
ReplyDeleteHi Zarul, Gitu lah nampaknya..tapi skg duit kite dah naik sikit dah. Kalau ade perancangan nak pergi dalam masa terdekat ke boleh dah tukar2 skg ni. Dulu ms sy pergi 1NZD = RM3.16-3.18, skg ni sy tengok 1NZD=RM3.09-3.12..
Delete