Wednesday 14 December 2016

(12H 11M) Sapporo..Tokyo..Osaka..Kyoto

Kali ni cuti paling lama yang pernah aku berjalan,berjimba sampai rasa tak mampu dah nak masuk makanan dieorang dalam tekak ni.

Hajat hati memang lah nak pergi Jepun tapi entah macam mana tah, kiteorang beli tiket KUL-Sapporo balik dari Osaka. Tapi masa tu memang kiteorang beli asing-asing. Kiteorang punya plan kali ni lebih pada nak menunaikan hajat diri masing-masing. Kawan aku nak pergi tengok salji turun dengan nak pergi Jepun lagi sekali. Aku pulak nak pergi Jepun, nak tengok Salji dengan nak sangat tengok Gunung Fuji. Hati tu berdebar jugaklah, sebab sebelum nak pergi tu macam-macam pula berita, Kejap ade gempa lah, kejap ade lubang dekat Tokyo, lepas tu ade pulak bom meletup. Sebelum pergi tu memang tiap-tiap hari doa minta jauh dari segala bala bencana dekat sana. Alhamdulillah, semuanya ok je.

Day 1

KUL-Sapporo


Flight kiteorang malam, aku pulak memang tak pernah lagi naik flight lama. Paling lama pun dalam 2jam je kot. Kali ni memang lama lah 7 Jam ko!! aku memang asyik fikir macam manalah nak menempuh 7Jam dalam flight, tapi untungnya sebab flight malam. Jadi tidur jelah..flight kiteorang masa tu pukul 11.30PM.

Balik kerja, sempat lagi lah nak rehat-rehat kejap. Lepas tu dalam pukul 8.15PM kiteorang bertolak. Nak kena pergi cepat sebab kiteorang akan tinggal kereta lama. Tak nak bateri kong kiteorang bukak lah wayar bateri kereta. Tu pun memang masalah, dengan poyo-poyo tak tahu ape. Jadilah mekanik..macam-macam hal. Masa tu tak check dekat boot belakang kot-kot ade spanar, main bukak je pakai ape yang ade. Lepas dah bukak kereta pulak tak boleh nak kunci, ingatkan bolehlah kunci manual. Rupenya kunci manual tu pintu sebelah pemandu je kunci lain-lain tak kunci. Dah kene masuk kereta balik, kunci pintu satu-satu. Bila check balik..boot belakang pulak tak kunci. Pelik betul aku. Ape kejadahnya buat kereta macam ni..lepas tu kawan pun pasang balik wayar, aku kunci pintu semua. Ok bereh!!! berapa minit dah buang masa dekat situ.

Sampai dekat Putrajaya/Cyberjaya Sentral kiteorang jadi mekanik lagi untuk kereta kawan aku pulak. Dah skru ketat yang amat, nak bukak tak boleh. Memang dah putus asa dah masa tu. Tapi Ilham datang, kawan aku pergi bukak boot belakang jumpa spanar saiz 10. Senanglah nak bukak, dah siap tu. Macam-macam pulak ade yang tertinggal kunci lah, ade yang tertinggal itu ini. Macam-macam hal lah. Dah lah nak kejar train lagi.

Lepas dah berminyak hitam-hitam tangan dengan peluh-peluh bagai. Memang nasib sempat kejar train ke KLIA2. Kiteorang memang checked beg sebab banyak noo barang nak dibawaknye, brang makan lah yang paling banyaknye. Kononnye nak masak.

Print Tag Bag

Hari tu kiteorang checked beg tapi lupa nak print tag bag, sekarang ni jimat kan. Kalau checked beg korang kena print dekat kiosk atau print sendiri guna A4 lepas tu bawa pergi kaunter. Tapi aku preferred kiosklah sebab elok sikit. Awal-awal tu panik jugaklah sebab cari-cari dalam website tak ade pun boleh print ni dah lah lupa nak save. Nasiblah boleh print dekat kiosk, sampai tu kiteorang pergi drop beg terus, lepas tu makan. Lepas makan tu baru lah kitoerang masuk gate.

Airbus

First time pergi Jepun dan first time jugak naik Airbus, bapak beso kapal terbang die. Biase kan naik biase je. Ni ade 3 row..kite sebaris tu ade 9 kerusi lah..belah kanan 3, tengah 3, kiri 3..tapi pada aku tempat kaki die macam besar sikit lah dari flight biase. Sikit jelah tak besar mana pun. Masa pergi ni kawan aku sponsor Hot Seat, sponsor cakap ko!! hot seat depan sekali..tapi tulah masalah seat depan sekali ni, hand rest tu tak boleh nak angkat, sebab situlah die letak meja. Jadi macam sempitlah jugak kat kiteorang yang ala-ala model tak laku ni.

Kalau flight jauh-jauh biase die ada macam-macam seat, ade flat bed,ade yang quiet zone ade yang biase. Yang flat bed tu korang tau lah kan, kalau yang quiet zone ni kalau malam-malam die sentiasa tutup lampu. Beza dengan zone biase macam kiteorang ni lepas dah tak ada aktiviti baru die tutup lampu. Jadi kalau siapa yang macam aku ni susah nak lelap bila terang baik ambik quiet zone. Makan dieorang akan serve 2 kali, jadi kalau nak makan 2 kali tu belilah 2. Jangan beli 1 nak 2 pulak, yang sekali tu bagi makan penampo je.

Sapporo

Sampai je Sapporo dah nampak salji dah, putih-putih dari atas. Memang teruja sangat lah aku masa tu. Jakun katenye nak tengok salji..Alhamdulillah, dapat jugak tengok salji. Tapi aku memang tak boleh nak membayangkan macam mana rasa sejuk sampai 5,6 Darjah ni..even 0 Darjah. Maklumlah duduk Malaysia kan paling sejuk pun kar Cameron je. Bapak Jakun!!

Masa dalam flight Para-Para Sakura akan bagi korang VOA, jadi isi jelah dengan penuh keyakinan. Yang aku nak tekan kan isi alamat tu, Alamat tu kalau korang duduk Airbnb korang kena isi alamat penuh. Segala tok nenek yang ade dalam tu isi jelah. Bagi puas immigresen die, Jangan lupa letak nama Host sekali. Kalau yang duduk hotel tulis nama hotel.

VOA dan Declaration


Airport Sapporo- New Chitose Aiport

Sebutan tu pun dah buat korang confius kan nak sebut macam mana? Aku pun macam korang jugak, awal-awal tu biaselah kan sebut Chitos je, biase memang kite silent mode je E dekat belakang tu kan? Tapi kalau Jepun ni segala bapak huruf die nak eja dan kalau "E" dekat belakang tu die akan sebut sebutkan "Eee" E yang untuk sebutan Enak, bukan Emak..tapi Enak. Pepandai korang lah. Jadi sebutan Aiport tu Chi To Sey macam tu lah lebih kurang. Aiport die besar jugaklah, tapi yang paling takut die ade anjing buat cium-cium beg korang kalau-kalau lah ade bawa menda pape kan. Aku ni siap bawa serunding bagai. Dalam hati ni kalau anjing ni cium beg aku ade serunding die menyalak macam mana?? Dramatik betul kan aku?? Tapi memang besar anjing die.

Dari Atas dah teruja dah


Immigresen

Dekat Immigresen tu pun satu hal lagi, aku tulis pandai-pandai aku je nak short cut kan alamat Airbnb aku. Sampai dekat Immigresen tu die suruh tulis alamat penuh. Dah lah muka macam nak tak nak je, nasiblah muka macam Running Man si Zirafah tu, tapi ni toya lagi lah. Stress pulak aku ingat balik muka die. Dah terkial - kial kiteorang menulis, lepas tu aku tengok kawan aku kena tarik tudung ke belakang lagi dah  macam pelarian dah aku tengok muka die. Lepas ni aku pulak lah ni, sekali meamng betul kena. Suruhnye aku kebelakangkan tudung. Sampai keluar rambut-rambut, Buruk benoo rupe masa tu kalau ade yang crush dengan aku masa tengah beratur dari nak kenal jadi mati pucuk terus rasanya tengok aku macam tu.

Doreamon dah tunggu


Bermulalah Episod Penjelajahan Sapporo

Keluar je dari airport kiteorang dah siap-siap pakai baju sejuk bagai ni nak cari kaunter JR nak beli tiket dengan nak cari tiket Welcome Pass Sapporo-Otaru. Aiport die ni bersambung dengan train terminal memang besar sangat lah. Tapi ikut jelah Signboard ke JR Line. Ikut punya Ikut tiba-tiba hilang punca. Kiteorang tanya dekat Information kaunter, korang jangan risau kebanyakan Information kaunter pandai cakap English, kalau tak pandai pun memang dieorang akan cakap bahasa die jelah. Korang pandai-pandai lah angguk-angguk jelah dan biasenya dieorang akan ade photostat map untuk tunjuk jalan.

Mesin Tiket


Aku selitkan sikit preparation kiteorang kat sini, iklan sekejap. Sebabkan kiteorang nak pergi 3 tempat jadi memang makan bulan jugakan nak settlekan dengan Itinerary dengan Budget semua. Sebabkan aku dengan aku kawan aku je berdua jadi kiteorang bahagikan lah satu tempat sorang adlah sorang lagi ni konon nak tolong tapi kiteorang terpaksa gugurkan die sebab undi tidak percaya!! memang tak boleh dipercayai langsung. Jadi dari aku patutnye buat Sapporo, Kawan aku buat Osaka dan sorang lagi tu buat Tokyo terpaksa lah Tokyo tu dibahagikan kepada kiteorang jugak.

Apa yang sangat perlu bila korang ada dekat Jepun adalah korang install lah semua apps yang patut, contohnya macam Subway Line, JR Train, Halal Navi semua ni akan memabantu korang dekat sana.

Berbalik pada Sapporo, lepas dah jumpa kaunter JR tu. Otak aku dah mula blank dah. Macam mana bende alah ni?? Ade mesin ade kaunter. Aku dah blur sangat aku tanyalah orang yang jaga kat situ nak beli tiket. Die cakap pergi kaunter, aku pergi kaunter JR aku tanya nak beli Welcome Pass die tunjuk kaunter lagi satu. Memang blur sangat aku.

Mesin Beli Tiket


Welcome Pass Sapporo-Otaru

Disebabkan kiteorang nak ke Otaru esok, jadi kiteorang siap-siap beli dulu sebab nanti kalau beli esok dah rugi 1 Station sebab aku duduk dekat station subway bukan JR situ tak ada jual Welcome Pass ni. Korang boleh beli awal Welcome Pass Sapporo-Otaru sebab nanti die akan tanya korang bila korang nak pergi Otaru dan tiket hanya boleh guna sama dengan tarikh yang dieorang print dekat tiket tu. Welcome Pass Otaru ni harga die 1700 Yen(RM66.00)  korang akan dapat 2 tiket, 1 Tiket JR Sapporo ke Otaru lagi 1 Tiket subway dekat Sapporo. Jadi Bile dapat tiket ni pandai-pandai korang lah nak guna sehabis-habis nya.

Welcome Pass Sapporo-Otaru


Lepas dah dapat tiket tu, cabaran kedua bila nak beli tiket train nak ke Sapporo dari Airport. Aku kalau bab-bab beli tiket mesin ni aku bagi dekat kawan aku je. Die memang over confident bab-bab ni. Tiket mesin train Jepun ni lain sikit dari tiket train kita, kite kena tau mana destinasi kite dulu korang kena tengok dekat Map atas mesin tu, kadang-kadang ade station yang guna tulisan die je. Habislah korang masa tu,nganga-nganglah jawabnye. Jadi untuk tidak membuatkan korang jadi blur tahap ayam. Aku cadangkan korang check semua destination korang nak pergi dulu dengan google map, pilih option Train. Nanti google map akan tunjuk satu-satu, dari station A nak ke station B korang kena naik Line apa, train menghala kemana dan turun mana. Siap dengan harga tiket sekali. Jadi senang lah sikit korang nak buat budget. Tapi kalau korang macam ala-ala nak jadi tourist yang membaca peta train Jepun yang haru biru kelabu asap tu ikut korang lah. Kalau macam aku, aku dah siap-siap turun dan print ikut jelah bende yang dah siap tu. IsnyaAllah betul..dan jimat masa. tak adalah nanti orang tengah ramai berpusu-pusu korang bukak peta sebesar alam tu nak mencari nak kene transit dekat mana, nak berenti mana naik Line ape.

 Lepas beli tiket, dapatlah tiket kertas kecik. kalau dekat Malaysia tiket die besar tapi kertas jugak. Dah termanggu-manggu aku dekat sikit. Celah Bedah mane lah aku nak cucuk tiket ni?? Masa tu pulak train baru sampai berpusu-pusu lah manusia keluar dari gate tu. Aku tengok kawan aku gelak tu jelah kiteorang. Last-last kiteorang try jelah masukkan kat lubang tiket tu, bolehh gelak sakan lah lepas tu. Macam lah tak biase naik train dekat sini kan?? nak jakun sangat macam tu. Lepas dah lepas gate tu nak naik train pulak masalah. Station New Chitose ni memang last sekali kirenya, cuma blur sebab ade 2 platform dekat situ nak naik belah kiri ke kanan ke?? Nasib lah ade Makcik dekat situ tengok kiteorang blur ayam sangat die pun tanya Sapporokk?? Aku pun ha haa..die pun tunjuk haa naik lah nii agaknye lah aku pun tak paham ape die cakap. Aku pun naik lah, aku jadi confius sebab die macam banyak sangat train ade local lah, Limited Express, Express,Rapit macam-macam. kang salah naik tak boleh keluar pulak kang. Aku kan memang selalu dramatik sikit kalau fikir, kalau ikut kawan aku ni die memang over confident tahap dewa sikit.

Tiket Train
Masukkan Tiket tu dekat Lubang warna Kuning tu


Lepas dah masuk-masuk tu. Nasib ade annoucement dalam dwi bahasa jadi bolehlah paham sikit. Korang jalan salah masuk Gerabak pulak, kalau local tu tak apa tapi kalau yang rapit ke limited express ke yang tu ade gerabak yang memang khas untuk yang dah reserved seat.

Sapporo Station 

Aku memang ikut je arah yang aku memang dah siap print dekat A4 paper, jadi memang ikut situ jelah. Walaupun awal-awal ni memang blur sangat, tapi kiteorang redah jelah. Dari JR tu turun tukar ke Subway pulak, aku terus beli 1 Day pass harga die 830 Yen(RM32) sebab lepas ni nak keluar lagi jalan-jalan. Sebelum tu aku dah message Host Airbnb dah nak tanya pukul berapa boleh check in, die cakap aku boleh check in awal. Alhamdulillah. Boleh lah kiteorang rehat, solat makan ke ape yang patut.

1 Day Tiket


Internet Masalah 

Dah sampai station dekat Airbnb kiteorang tu. Ikutkan die punya direction macam senang. Tapi habis dah pusing-pusing tak jumpa dahlah masa tu sejuk tahap bapak gaban. Dengan internet nye tak ada, kiteorang habis masuk Lawson, 7 eleven dan kan internet free. Bila kiteorang tunjuk alamat dieorang ni Blur-blur je. Rupenye memang dieorang tak reti sangat baca kalau tulisan biasa ni. Kena bahasa die baru die pandai nak baca, rupanya punya lah dekat dengan station. Bila sampai je Airbnb nasiblah rumah tu ok. Besarlah dari rumah Airbnb yang lain. Ade hall dan ade pintu jepun tu nak bezakan katil dengan hall, die punya toilet jamban tu pun jauh. Kalau nak memberakkan diri tu tak risau lah bau bangkai ke ape confirm tak bau punya.

TV dan Wifi Di sediakan


Kalau korang nak senang siap-siaplah screen shot jalan ke ape nanti bile tak ada internet dekat sane dah susah dah.

Heater


Sampai je kiteorang rehat, mandi-mandi solat dah makan. Makanan pertama dekat Sapporo adalah..ce tekaa?? Mee Goreng sedapp. Tu je mampu, itu pun dah sedap sangat dah. Lepas dah kenyang, kiteorang rehat kejap. Rehat-rehat sekali terlelap siap berdengkur ko!! walaupun dapat lelap 10min tapi nikmat die tu macam dah tido 10 jam. Kiteorang terpaksa gagahkan diri jugak sebab dah beli 1 Day pass tu kang tak guna rugi, kiteorang siap-siap terus bangun dan destinasi pertama adalah Shiroi Koibito Park a.k.a Chocolate Factory.

Shower


                      

Koibito Park a.k.a Chocolate Factory 

Nak pergi sini kire jauh jugaklah dari kiteorang punya tempat, tapi sebab masa tu teruja lagi naik train 40 jam pun boleh sengih lagi. Dekat Koibito Park ni biaselah kan factory, die bukan factory besar mana pun. Nak kate kecik tu tak adalah kecik sangat nak cakap besar pun tak adalah besar mana pun. Tapi die kire ade lah sejarah-sejarah coklat semua, kalau bawa budak-budak tu oklah kot. Macam aku ni main jalan je. Baca pun gitu je, kalau korang memang peminat coklat ke boleh lah datang sini, tapi ade tiket harga tiket die 600 Yen(RM24) untuk dewasa. Ade 1 area tu korang boleh lah tengok dieorang buat biskut macam mana, ade cermin kaca korang skodeng  jelah pekerja-pekerja tu tengah buat kerja. Bila dah nak keluar tu ade cafe, orang memang cari yang duduk dekat dengan cermin sebab pemandangan die cantik. Aku tak masuk pun, lalu je. Itu pun berenti sekejap dekat tempat kek-kek, macam-macam jenis kek ade, yang tinggi yang gemuk yang meriah blink-blink. Lepas tu bila turun tangga tu adelah tempat jual coklat semua, kiteorang jalan-jalan kejap lepas tu dengar ade muzik-muzik dekat luar. Tengok-tengok macam ade pertunjukkan sikit, seronok jugaklah. Sebab dah gelap banyak lampu-lampu dengan salji-salji sikit, syok jugaklah.

Tu Dia chocolate factory
Bangunan Cantik

Kilang Biskut

Kek

Show Petang-Petang



Clock Tower 

Habis pusing dekat chocolate Factory kiteorang pergi ke Clock Tower pulak dengan Odori park. Odori Park ni memang aku nak tengok sangat. Bila musim sejuk ni Jepun memang banyak sangatlah buat Illumination ni, bukan benda karut eh. Die macam pesta Chaya lah kot, banyak lampu-lampu.. memang meriah sangat lah. Bile turun dekat Odori Park ni, station die kire besar jugak lah dan biasenye kalau station yang besar ni die akan bersambung dengan shopping complex. Itu lagi lah buat kiteorang confius, kalau korang dekat station besar. Korang kena pastikan nak keluar dekat pintu mana. Sebab kalau korang salah keluar confirm yang dekat boleh jadi jauh, lepas tu tah mana-mana korang keluar. Jadi sebelum keluar tu jangan lah segan nak tengok dekat signboard mana exit yang betul. Macam kiteorang memang dah biase dah salah, ikut google map cakap 5min sekali salah keluar mau jadi 50min berjalan. Tu yang bile pergi Jepun Syanie balik Jepun terus jadi Anzalna..rasa lah kurus sikit walaupun dekat jari je.

Odori Park


Kalau nak keluar dari Odori Station tu paling senang nak ke clock tower korang exit ikut no.9 atau 14 tu kire belah-belah situ lah tu. Keluar je dah Odori Park dah. Kene lintas jalan lah sikit.

Malam tu memang tak sesejuk pagi tadi malam ni cuma 11 Darjah je. Cewah jee tu!! sebab pagi tadi masa aku sampai tu 5 darjah tu, cakap je macam keretapi keluar asap. Bukak mulut keluar asap, ade rasa macam naga sikit lah. Terasa betul kejakunan masa tu. Dekat Odori Park masa ni memang meriah sangat lah dengan lampu-lampu Clock tower pun penuh dengan lampu. Orang pun boleh tahan ramai, ramai yang nak tunjuk skill ambik gambar lah ape lagi. Semua ala-ala cameraman tak bergaji je.

Lepas dah jalan-jalan kiteorang pun balik, rehat-rehat kan badan. Esok nak ke Otaru pulak. Badan Pun dan penat sebenarnye. Balik tu memang tidur tak ingat dunialah,

Berakhirlah Episod Day 1 aku dekat Sapporo. Esok akan ke Otaru Untuk Day 2, macam manalah Otaru kan???? tengoklah banyak lagi nak cerita ni. Entah berapa tahun aku nak siapkan entry pergi Jepun ni. Aku dah manepos pun belum tentu habis entry aku ni. Banyakk nookk!!

Aku tak bagitau kena naik train ape, Line ape sebab nanti lain-lain aku duduk area mane. Kang korang confius sangat. 

Tips:-

* Macam aku cakap tadi Jepun ni die tak pandai sangat baca tulisan biase, kalau nak senang korang screen shot je tulisan die. Cepat je die nak tunjuk arah.
* Walaupun die tak pandai cakap english, dieorang memang akan belasah je cakap bahasa Jepun. Jadi korang pandai-pandai lah eh. Gunakan segala tenaga batin korang nak paham ape die cakap tu.
* Bawa Moisturizer / Lip balm masa musim sejuk ni. Sebab korang memang akan kering kontang nanti. Kalau tak bawa nak beli dekat sana mahal baii. Bawa kemana saja korang pergi, kalau tak bibir korang memang macam jalan raya.
* Beli Pass bile Itinerary korang penuh seharian memang Jimat. Tapi kalau nak rehat-rehat baik beli tiket biase je.
* Naik naik train, bas atau escalator kena beratur beb. Jangan bawa budaya tolak-tolak korang tu dekat sana.
* Kalau naik Escalator berdiri sebelah kiri, sebelah kanan tu kosongkan untuk orang nak cepat. Janganlah nak berdua-duaan sangat sampai blocked orang yang nak cepat.
* Jangan duduk dekat tempat khas yang dieorang sediakan untuk Orang tua, mengandung, OKU tu semua. Walaupun kadang-kadang aku tengok ade jugaklah orang Jepun yang duduk situ. Tapi kite ni tak payahlah nak teruk sangat. Tapi biasenye walaupun sesak macam mane pun dieorang tak duduk dekat situ.
* Bawa air mineral sebab sejuk ni akan buat korang kering tekak.
* Dalam train dieorang memang tak sama macam dalam train kite yang macam ala-ala dalam pasar havoc-havoc ni. Dalam train dieorang senyap je. Nak cakap pun bisik-bisik, ape lagi nak cakap phone. Dieorang memang kalau boleh suruh silent phone dan kalau boleh jangan cakap dekat telefon pun. Bak kate orang jangan momokak lah!!
* Dieorang ni memang jenis tak kisah sangat dengan orang, jangan ingat korang akan jadi perhatian ke ape. Dieorang memang tak ada perasaan sangat. Melainkan kalau korang ni kawaiiii sangat!!!!
* Nak lintas jalan pun walaupun jalan tu tak ada kereta dieorang akan tunggu sampai lampu untuk jalan kaki tu tukar Hijau. Jangan buat macam dekat sini eh, main tahan pakai tangan je. Aku takut korang balik tangan korang tinggal kat sane kang.
* Information kaunter biasenya pandai cakap English dan dieorang akan tolong korang sehabis baik.
* Perkataan yang selalu korang akan dengar adelah Sumimasen..selain dari Arigato. Sumimasen tu boleh macam-macam maksud boleh jadi sorry, boleh jadi excuse me, boleh jadi minta maaf sebab susahkan. Contohnya kalau korang pegangkan pintu untuk dieorang dieorang tak akan cakap Thank You / Arigato dieorang lebih pada Sumimasen tu kire macam terima kasih, tapi dalam kate lain terima kasih tapi sorry sebab susahkan. Macam tulah lebih kurang.

14 comments:

  1. Salam..hi, sye plan utk ke jepun next year, kbetulan tempat & hari kt sne sama dgn trip awk ni, sapporo-tokyo-osaka..if u don't mind boleh share itinerary x? fayy.ashikin@gmail.com..tq in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ok sy dah sent iti dekat email awk..hehehe

      Delete
  2. Plan nk pg disember ni terus januari thn dpn..boleh share iti x..bajet nk g 14 hari..tq ya☺ yda5923@gmail.com..tqsm ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Yda Jeffrey,Boleh.Ok!! Sy dah sent ya. Selamat Berjimba

      Delete
  3. Salam, boleh x mintak share iternary.
    mardiah0606@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,Boleh. Sy share ya. Semoga bermanfaat. Terima Kasih

      Delete
  4. Salam , nice blog , saya plan untuk ke Japan , boleh share x iternary Sapporo & Tokyo & Osaka dengan saya , really appreciate that ,tq
    lonelycimo@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Sy akan email. Terima Kasih

      Delete
    2. boleh share itinerary pada saya jugak? terima kasih. izahudaaa@gmail.com

      Delete
  5. Boleh sy tanya. Tuan ada pergi ke osaka dari sapporo? Tuan guna transportation apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dari Sapporo - Tokyo - Osaka, semua naik flight PEACH. Japan punya low cost flight

      Delete
  6. Hi, sy berniat ke sapporo-osaka..maybe bole jugak sharekan itinerary buat panduan sy nanti..boleh email ke rozyyati@gmail.com 😄..1 lagi, flight Peach tu, website die kalau Kita nak tgk flight camana yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rozy, Ok..sy akan emailkan. Flight Peach boleh google je Peach aviation dan official website dia https://www.flypeach.com/en --- /en tu untuk english tapi kalau masa awk buka die tulis bahasa Jepun, awk boleh tgk tulisan paling kanan dan click dekat dropdown ada pilihan bahasa.

      Delete
  7. assalamualaikum, nk mintak itinerary juga boleh tak. minta tolong emailkan pada saya dekat fiezaally@gmail.com . terima kasih. lagi satu nk tye, naik peach to berapa rate yg awak dpt yee.

    ReplyDelete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...