Kalau nak pergi KLIA 2 ni ada macam-macam cara, korang boleh pilih je mana korang nak. Ikut masa korang..ikut budget korang.
TBS ===> KLIA2
Kalau dari TBS ni korang boleh naik ERL atau korang boleh naik bas..
ERL
Kalau naik ERL dari TBS korang kena naik KLIA Transit..maksudnya train akan berenti2 lah dekat beberapa station (Putrajaya& Cyberjaya,Salak Tinggi,KLIA) last stop barulah KLIA2 masa perjalanan lebih kurang 32 Minit tiket dari TBS ke KLIA2 adalah RM 26.50. Tiket untuk kanak-kanak adalah separuh dari harga tiket biasa dan kalau Warga emas, OKU dan juga pelajar yang ada kad pelajar dapat potongan 30%. Kire sendiri jangan malas.
Train pertama dari TBS ke KLIA 2 pukul 4.40AM train terakhir pukul 12.12AM..masa dia pulak korang boleh tengok dekat SINI. Kalau masa puncak kekerapan die tu 20 minit sekali kalau tak puncak mana 30 minit sekali. Dekat link tu jugak korang boleh check pukul bapa korang akan sampai ke KLIA2..bagus benoo jadualnya.
Tips untuk Tiket Murah TBS-KLIA2
Yang ni aku nak share sikit lah macam mana nak beli tiket murah sikit kalau dari TBS ke KLIA2 tapi macam leceh sikit lah, tapi pada yang travel solo ataupun yang muda belia lagi tu mungkin boleh cuba...atau yg budget-budget sikit kan...apa yang perlu korang buat adalah korang kena check jadual dulu, Pukul berapa Train sampai..pukul berapa akan bertolak.. sebabnya korang kena naik dari TBS-Putrajaya/Cyberjaya(turun) pastu beli tiket Putrajaya/Cyberjaya ke KLIA2...macam yang aku cakap kalau terus TBS-KLIA2 harga tiket RM 26.50(Refer jadual kat bawah-dalam bulatan) . Kalau korang beli tiket dari TBS ke Putrajaya/Cyberjaya baru RM 5.30(Dewasa) dan harga Putrajaya/Cyberjaya ke KLIA2 RM 6.20(Dewasa) total semua RM 11.50..nampak beza??
korang boleh jimat RM 15.00 boleh simpan untuk balik pulak. Cuma tulah...korang kena check jadual train sebab takut terlewat pulak...
**Boleh try dari KL Sentral - Putrajaya/Cyberjaya - KLIA2 jugak yang ni boleh jimat RM 19.30...atau pun KL Sentral - Salak Tinggi - KLIA2 ni pun boleh jimat RM 19.30 jugak.
**Harga dalam entry ni semuanya sebelum kenaikan 1 Jan 2016, Harap maklum.
![]() |
Harga Tiket |
*** Harga untuk 1 Jan 2016 dah naik dan berubah, kalau boleh tengok jadual dekat bawah ni. Banyak benoo bezanya.
![]() |
Tiket Bermula 1 Jan 2016 |
Bas
Kalau korang ada masa yang banyak sebelum terbang korang boleh lah naik bas..sebab bas ni lama sikit nak sampai lebih kurang 1 jam 15 minit. Tu belum masuk jammed..orang accident..kete rosak lah..kan. Memang korang kena bertolak awal kurang2 pun 3,4 jam sebelum flight korang berlepas..Tiket memang murah RM 9 je. Korang boleh beli tiket dekat kaunter2 tiket dalam TBS tu. Bas yang pergi ke KLIA2 adalah bas JETBUS .
Bas pertama ke KLIA2 pukul 3.00AM..last bas 11.00PM..bas ni sejam sekali. Jadinya lepas bas pertama tu kirenya pukul 4,5,6,7,8,9...dan seterusnya lah. Jadual bas tu korang boleh check dekat SINI. Manja beno semua nak bagi link.
Parking kereta
Kalau yang nak parking kereta dekat TBS tu dalam TBS lah bukan yang dekat luar2 tu..parking die
RM 3/Hari ,kalau dekat luar tu dekat2 dengan station KTM/LRT tu RM 4/hari.
**Bermula 30 January 2015 parking kereta dekat TBS RM 4 Per entry/day
Teksi
Kalau naik teksi biasalah mahal sikit kan untuk teksi biasa aku dah tanya2 dalam RM 75 - RM 80, kalau Teksi Premiere lebih kurang RM 102 dan kalau Teksi Family lebih kurang RM 200 macam tulah harganya.
KL Sentral====> KLIA2
Tempat yang paling popular nak transit adalah KL Sentral, kalau korang dari KL Sentral korang boleh pilih sama juga. Sama ada naik ERL ( Ekspress atau Transit), Bas ataupun Teksi. Ada jugak yang naik KTM ke nilai..tapi yang tu aku tak pasti sangat.
ERL
KLIA Ekspress
Kalau naik KLIA Ekspress masa perjalanan 33 minit dan akan berenti dekat KLIA je lepas tu terus ke KLIA2..harga tiket RM 35 dewasa untuk kanak2 RM 15. Train pertama pukul 5.00AM dan train terakhir adalah pada pukul 12.40AM.
KLIA Transit
Kalau korang nak naik KLIA Transit pun boleh harga sama je. RM 35. Tapi die lama sikitlah 39 Minit berenti2 dekat 4 station. Jadinya lambatlah sikit. Harga sama baik naik KLIA Ekspress ek??. Tapi KLIA Transit train pertama dieorang pukul 4.33AM dan train terakhir dieorang pukul 12.03AM..
** Untuk Warga Emas, OKU dan Pelajar (kena ada kad pelajar) dapat potongan 30%.
** Harga untuk 1 Jan 2016 sudah naik.
Bas
Kalau naik bas pun boleh juga..Bas setahu aku yang biasanya AEROBUS. Tiket dari KL Sentral ke KLIA 2 RM 10. Bas pertama pukul 2.45AM last bas pukul 9.15PM..Masa perjalanan lebih kurang 1 Jam 15 Minit ..tu kalau jalan clean and clear. Kalau jammed..lama lah sikit. Selain dari Aerobus korang boleh naik SKYBUS. Harga tiket murah sikit RM 8 korang boleh beli online juga, boleh tengok dekat website dia tu aku dah bagi link.jangan malas sangat nak click. Masa perjalanan pun sama jelah 1 Jam 15 Minit lebih kurang, Bas pertama dieorang 3.00AM dan bas terakhir ke KLIA 2 adalah pukul 10.00PM. Dua-dua bas ni kekerapan dia 30 Minit sekali.
**Bas Aerobus- Ada juga perkhimatan dari Paradigm Mall ===> KLIA/KLIA2 dan juga dari Premiera Hotel ke KLIA/KLIA2.
Teksi
Kalau naik teksi harganya lebih kuranglah ni dalam perkiraan jelah eh..harga sebenar tu aku tak pasti lebih kurang RM 60 - RM 90. Lebih kurang lah, kalau salah jangan saman aku.
1 Utama===> KLIA2
Sini pun salah satu tempat yang popular juga untuk transit. Dari 1 Utama. Kalau korang pergi 1 Utama tu tempat bas dekat2 dengan Dataran Parking. Dekat dengan pintu masuk/keluar 1 Utama New Wing kot. Aku ni failed sikit bab New Wing dengan Old Wing. Tapi die dekat2 dengan Subway..BBQ Chicken..Old Town tu semualah..korang straight je sampai jumpa pintu keluar..pastu belok kiri..jumpalah.
Dari sini korang boleh naik bas lah dan biasanya bas yang ada SKYBUS. Tiket RM 13.50. Masa perjalanan aku tengok pun 1 Jam 15 Minit ye ke tak aku pun tak tahu. Tak pernah naik dari sini. Bas pertama dari 1 Utama pukul 3.00AM last bas pukul 11.00PM. Kekerapan bas 1 Jam sekali.
Tu jelah aku nak share. Yang paling penting, kalau rasa nak datang lewat sikit tak nak kelam kabut baik buat web check in dulu (cewah!!!) kalau rasa nak jalan2 dekat KLIA 2 ok jugak..boleh datang awal. Relax2 sikit kan..
**Parking kereta dekat One Utama korang boleh parking dekat dataran Car Park..bebtul sebelah tempat bas tu...sehari RM 4..kalau korang ade Kad One Card tu murah sikit aku rasa.
KTM nilai ke KLIA2.
Tambahan untuk yang menggole nak cari macam mana nak pergi KLIA2 dari KTM nilai..meh aku cite sikit.
Dari KTM nilai tu..ada bas untuk ke KLIA2/KLIA nama dia Aiport Liner. Tapi macam banyak berenti jugaklah bas ni..kira bas berhenti-berhenti. Kalau dr KTM Nilai tu dia akan berenti 6 kali (Desa jasmine,Desa Cempaka,Desa Melati, Inti College,Bandar Baru Salak Tinggi, KLIA last stop adalah KLIA2). Bas pertama pukul 5AM dan bas terakhir pukul 11.20PM. Bas ni kekerapan dia 20min lah macam tu..bergantung pada keadaan-keadaan tertentu macam jammed ke, rosak ke kan..biasalah.
****PEMBERITAHUAN---->> Kadar tambang ERL akan naik pada 1 JANUARI 2016. Sila rujuk SINI. Ape yang aku dah baca katenye...tambang dari KL Sentral ke KLIA naik dari RM35/Sehala kepada RM55/Sehala.(Matilah Nak!!) lepas tu ada lah kalau beli dua hala ade diskaun skit..kalau beli guna kad kedit pun ade diskaun sikit. Tepuk poket tanya Driver Bas lah gini jawapnye.
*** Ada jugaklah promo yang KLIA Express/Transit bagi. Tapi kalau dah naik tu..naik juga. Tak mampu mengubat luka di hati.
![]() |
Antara Deals yang ade Boleh tengok Website KLIA Ekspress |
Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK