Wednesday 16 October 2013

Ujian Bertulis SPA gred 41

Tak Layak


Kalau nak cakap pasal layak ke tak aku nk cakap pasal exam ni..memang taklah sebab?? akulah salah seorg yang asyik tak lulus je bila ambik exam..aku tak taulah nak salah mak mengandung ke..nak salahkan SPA ke..nak salahkan soalan ke..atau nk salahkan kepala aku yang ada tempurung kepala je..dalam kosong...rupanya..haha

tapi pengalaman aku memang banyaklah...jadinya aku nk kongsi la skit tips2 soalan..walaupun soalan die PnC tapi aku tak adelah ingat semua soalan...kira aku bagi pembayang jelah..kang tak pasal2 aku masuk penjara sebab bocorkan soalan kan?? sape nk jamin?? mak aku jugak!!

Jawatan

Jawatan tu memang aku pilih yang tah pape jelah..aku ni minat yang de uniform sebab senang tak payah fikir nak pakai pe..esok..lusa.. kene ke tak kene ke...jenama ke x jenama ke...kan?? sume same je..senang  hidup!

Yang aku pernah pergi exam tu untuk jawatan penguasa...haa cakap je penguasa apa?? semua aku pernah exam..bomba? penjara? kastam? imigresen? sampai tak kuasa aku..sebab semua failed!! mampu?? haha

 Soalan

Soalan untuk exam ni memang die tricky sikit..kalau bab pengetahuan am korang kene tau pasal jabatan yang berkaitan dengan jawatan tulah.
Contoh: Jawatan penguasa penjara
korang kenalah baca pasal penjara malaysia,jenis-jenis mahkamah,perlembagaan,undang-undang, penjara ni duk bawah kementerian apa?, siapa menteri? alah pendek kata semua yang berkaitan dengan jabatan tulah..

Selain dari tu korang jangan lupa baca hal ehwal semasa..sebenarnya skop die luas, tapi kebanyakkannya tanya pasal negara kitalah..kalaulah masa tu PM kita ada agenda dia mcm contoh masa aku tu sebok pasal 1 Malaysia...haa banyaklah soalan pasal 1 Malaysia....peninglah kejap. Jadinya korang kena uptodate lah...kena baca surat khabar selalu..

Combine jawatan

Dulu aku pernah jugak dapat yang combine jawatan penguasa...jadinya semua penguasa sekali exam..1 surat panggilan tu semua ada...masa tu adalah 5 jawatan kot..jadinya soalan die..lagi gilelah!! semua ada...habik ko!!!  aku rasa 2 kali kot aku kena macm tu lepas tu dah tak de dah..satu2 jawatan dia panggil jadi skop die kecik sikitlah..sikit2 pun tak lulus jugak..

Soalan Matematik

yang ni kena cepat..otak korang kene berfikir lebih laju dari biasa...kalau korang jarang fikir aku rasa boleh jammed otak korang..kalkulator jangan haraplah nak guna..memang tak boleh pun..walaupun soalan dia macam budak darjah 6 punya tapi panjang tu soalan die...korang nak baca lagi nak fahamkan lagi..haa cuba bayangkan..
contoh: Bas hoihoi mengambil masa 4 jam 15 minit untuk sampai ke Cameron highland...bas hoihoi memulakan perjalanan dari KL ke cameron pada jam 8 pagi..setelah bergerak selama 30 minit bas hoihoi berhenti di perhentian pertama slama 45 minit dan menyambung kembali perjalanan....bas hoihoi berhenti sekali lag setelah bergerak selama 1 jam di stesen B untuk mennurunkan penumpang selama 15minit...pada pukul berapakah bas hoihoi sampai ke cameron? haaa contoh...haha kalau aku buat soalan terus tak ada jawapan..haha

Tips-tips dia aku rasa ada dekat belakang surat panggilan tu korang bacalah dan fahamkan...apa bentuk soalannya...

Temuduga Inspektor

Jangan tak tahu aku pernah pergi interview inspektor..smpai interview dengan datuk2...takut wooo!!!

Isi Borang

Dulu masa aku...inspektor masih lagi ambik borang dekat IPD/IPK sekarang ni SPA dah ambil alih...dulu aku pergi IPD ambik borang sebelum ambik borang dah kena timbang dengan ukur tinggi kalau tak lulus memang tak dapatlah borang...kalau lulus bolehlah ambik borang...

lepas isi semua hantarlah..kalau short listed dia akan call untuk ambil surat dekat IPD untuk ujian fizikal..sekarang aku tak taulah macam mana proses dia..memula sekali kene ukur tinggi dengan berat lagi sekali...borang sama jugak dia akan guna..tinggi tu memang tak boleh tinggilah tapi kalau berat tu bolehlah nampak beza...kalau masa ambik borang berat korang 60 kg bila panggil ujian fizikal berat korang 67kg memang kena sound beb...haha silap2 kena balik...tapi kalau berat badan lebih sikit tak apa sebab nnt korang akan kurus bila training...tapi korang kurus sangat dia tak bagi..takut tinggal tulang je nanti...

bila dah lepas semua...dia akan pisahkan lelaki dengan perempuan...yang perempuan ada tempat khaslah sebab kena pakai seluar pendek dengan t-shirt..nak tengok korang kaki bengkok ke tak...tempang ke tak..tangan tu kalau bengkok memang tak lepas r beb..bek korang bedung tangan dulu sebelum datang ujian..

Ujian Fizikal

Masa ujian fizika ni korang kena kawat...lari-lari..lompat2..kena push up...kenalah macam2..jangan semput sudah...

kalau lulus terus dia suruh korang buat ujian air kencing...kencing tak boleh tutup pintu ok!!! hahaha

Interview last

Masa interview ni memang takutlah...sebab panel dia..fuuhhh!!! jangan cakaplah...bukan takat paku..bulan bintang semua ada beb..semua datuk2 je..ade 3 panel..salah sorang akan tanya bab agama, sorang undang-undang,kenegaraan...sorang kepolisian...haaa jawaplah ko!!!

aku xlepas...balik dengan hampa..lepa tu aku tak taulah pe jadi...

Exam Penerbit rancangan B41

Haaa...yang ni masih panas lagi..sebab aku baru exam awal bulan ni...dekat angkasapuri cakap ko!!! yang ni jugak first time lah..aku tak pernah lagi exam cm ni...dua lagi exam dia..amali dengan bertulis...ahhh!! aku belasah jelah...memang tak harap pape..

Ujian amali

apa pelah kan ujian amali?? tak paham aku...tpi aku kan belasah je...pergi jelah..walaupun tak pergi tak blacklist tapi bila lagi kan nak try...

ramai jugaklah masa aku tu...memula kena masuk bilik dulu...dia bagi soalan..kita kena buat skrip..

1) kena olah keratan akhbar jadi berita tv..
2) pilih antara 3 ke 4 soalan kena buat dalam bahasa inggeris.. soalan dia lintas langsung dari tempat kejadian masa aku tu kejadian kilang kot terbakar..., keduanya ulas sukan..sukan sukma pulak...mana aku tau sape masuk sukan sukma..ketiga kena buat tv atau radio show..untuk carta lagu...pilihlah antara tiga ni korang nak buat mana...hambik!! masa aku boleh aku tak ingat nama lagu dengan artis??? yang aku ingat SITI NURHALIZA je...jadinya dalam carta aku 3 kali lagu siti je..boleh??? hahaha

lepas korang buat skrip...dia akan bawa korang pergi studio...dia bagi balik kertas soalan...lepas tu korang pun pakailah headphone pastu cakaplah macam DJ radio..ade 2 panel 1 technician dalam tu...tengok je korang...ketar tak ketarlah aku masa tu...

Baca berita

Memula korang kena baca berita dulu...petikan dan di bagi baca jelah...memula berita bahasa melayu pastu bahas  inggeris...haaa baca jangan mcam bersajak pulak...korang rajin2 lah tengok orang baca berita macam mana...aku rasa aku macam bernyanyi je dalam tu...hahah

dah habis baca berita...korng start lah baca apa yang tulis skrip tu...haa baca jangan tak baca...

dah siap...haaa lega...orang yang dengar sakit telinga..hahaha korang syok sendiri...bajet sedap je suara kan??

Ujian bertulis

Ujian bertulis lebih kurang sama je...bila masuk pernebit rancangan mestilah dia banyak tanya pasal rancangan kan?? jadinya banyaklah soalan pasal RTM..rancangan TV pasal hiburan..sukan...isu semasa sikit..filem2..

Terjemah


Yang ni lain sikit sebab dia akan bagi petikan BM dan BI korang kena terjemah..lah..yang BM kena terjemah ke BI yang BI korang terjemah ke BM...

selesai...tunggu jelah keputusan...tak berharap mana...sebab memang rasa tak dapat pun..punyalah ramai manusia...

update: Ujian bertuis..DUKACITA dimaklumkan...lagi sekali. Boleh buat rekod...gagal ujian terbanyak.


**** Sekarang ni aku mendapat tahu..padahal dah berzaman dah..tak ada dah pergi exam kat pusat-pusat peperiksaan..exam online je..sambil makan-makan..dengan tak mandi boleh exam..siap boleh kumpul kawan ramai-ramai tolong jawab soalan..masa nilah korang nak uji tahap kelajuan korang mengoogle.. tapi aku dengar juga banyak masalah online ni. Ada yang tak masuk-masuk loading je.tak sudah-sudah loading, ada juga dah jawab tapi tak jwapan tak boleh di simpan?? macam mana tu? ada yang refresh-refresh pun tak boleh..macam-macam hal. Last-last GAGAL katenya..tapi boleh ambil lagi sekali...boleh gitu??






15 comments:

  1. Assalamualaikum, anda berjaya bagi temuduga penerbit rancangan B41 ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Nurul Iva, tak berjaya. hahaha cuma nak share pengalaman je. Terima Kasih

      Delete
    2. Tahun ni ada dapat panggilan exam online? Xapa good info btw :)

      Delete
    3. Tak dapat dah Nurul, hahahaah setelah gagal semuanya. Sy dah tua kot.hahaha

      Delete
    4. But your article writing inspired a lot. My husband lulus online exam, tgh tgu programme assessment centre PAC. Terjumpa blog u, terima kasih 👍🏻

      Delete
    5. wow!! Tahniah! Kalau ade rezeki InsyaAllah adalah tu..Good Luck ya. btw Thank You!! I take it as a complement

      Delete
    6. Hi gedebak gedebook, thanks for the info. Sedikit sebanyak membantu juga persiapan saya. Nervous habis ni. Tak tahu nak study apa sebenarnya.

      Hi Iva, btw haritu rasanya u yg ada tnya i dekat komen team kerjaya sama ada i've received PAC from them or not tu kan ? Until now i tak receive pun lagi. So yang lulus tu your husband ye. Goodluck to him.

      -Syahirah-

      Delete
    7. Hi Syahirah, tulah sbrnya kalau dah dapat panggil untuk ujian bertulis tu memang tak tahu nak baca ape pun.hahaha banyak sangat nak di bacanya, masa sekolah dulu pun dah malas nak baca..ape lagi yg ni kan. Ape pun Good luck!!

      Delete
  2. Terima kasih sebab berkongsi tip interview ni! Nak tanya, boleh tak Cik Puan/Tuan punya blogger ni explain lebih detail ttg apa task yang perlu dibuat ketika ujian bakat/amali tu? Mulanya kita kena tulis berita berdasarkan keratan akhbar. Kemudian wajib pilih satu task di dalam B.Inggeris di mana pilihan diberi antara lintas langsung, ulas sukan dan menjadi juruhebat rancangan. Dan kemudian kita dipanggil masuk studio dan dikehendaki membaca teks yg mereka sediakan dalam BM dan BI. Kemudian kita baca skrip yang kita tulis dari task-task yg diberikan tadi, betul ke macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-Sama, Betul lah tu. Tapi kene ada gaya dan intonasi yg betul lah nak baca tu. Apa yang sy boleh cakap berlatih banyak-banyak, sebelum pergi tu awak baca lah surat khabar, baca petikan-petikan dalam BM dan BI supaya nanti senang. Kalau nak kene buat rumusan berita pun senang kalau dah biasa dengan keratan akhbar. Rajin-rajin tengok berita dekat TV, tengok macam mana dieorang baca berita dengar intonasi die macam mana. Terima Kasih

      Delete
  3. Hi syahirah, yes saya la tu yang tanya, ni result PAC baru keluar semalam, alhamdulilah.. tgu next stage ujian bertulis dan terjemahan pula, kata a few member after raya eid tahun 2018 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam hai Iva...dah dpt trikh ujian..next week kan? ujian bertulis tu macamana ye..?
      tumpang selit ye tuan tanah gedebak gedebuk.hehee

      Delete
  4. Yup, betul next week 23 Mei 2018. Ujian bertulis tu terjemahan. Dari english ke bm, or bm ke english.. jenis soalan saya x pasti. Melalui rakan-rakan lain, ada yg beritahu.. akan diberi beberapa soalan terjemahan, dan kita pilih salah satu. Lebih kurang mcm tu... awak dapat lokasi exam next week nanti di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oic..bukan ke soalan yg berasingan,ujian bertulis:karangan dan terjemahan teks..?sya rasa lar..heee.next wk di kuantan

      Delete
  5. Uppss maaf. Betul, dua benda yg berbeza. Ada esei juga.. dan ada terjemahan juga.. seperti yg cik cakapkan tadi 😇

    ReplyDelete

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...