Saturday 19 October 2013

Hotel reviews

Part 1

Kali ni aku nak buat review sikit pasal hotel-hotel yang pernah aku duduk, review ni adalah hasil pandangan aku jelahkan..benda pun subjektif.. masa dan tarikh kejadian mungkin berbeza mengikut nasib aku jugaklah..manelah tau masa aku pergi hotel tu receptionist dia tengah mengila ke kan..jadi customer service dia outlah..masa korang pergi ok pulak..biasalah..kan..

Untuk gambar korang link ya..

1.Ancasa Hotel Kuala Lumpur(***)


Lokasi

Hotel ni terletak sebelah je dengan Puduraya dan jugak Petaling Street ( Chinatown) kira hotel ni tengah-tengah antara Pudu dan Petaling Street..

Tempat makan pun tak susah nak cari…banyak restoran dan warung-warung sebelah dan jugak depan hotel ni…

Pendek kata..lokasi hotel ni memang strategic sesangat dan berdekatan dengan tempat-tempat     menarik  sekitar KL antaranya adalahKotaraya Mall(0.3km) Central Market (0.4km),Dataran Merdeka(0.6km), Petaling Street (0.2km) dan Masjed Jamek(0.7km)…lebih kuranglah..kalau lebih ke terkurang ke maaf jelah..aku xbawak pita pengukur…

Pengangkutan Awam

Pasal pengangkutan awam tak payah risau sebab memang berlambak-lambak sangat dan dekat dengan hotel ni…Bas awam memang stesen dekat kotaraya tu..LRT station( stesen Plaza Rakyat & Masjed Jamek)…LRT Putra ( stesen Masjed Jamek) kalau nak bas express dekat sangat ke Puduraya…

Fasilitis    

1.Color TV (Satellite & Local Channels)    
2.Parking facility
3.24 hours security       
4.coffee & tea making facilities
5.24 Hours CCTV security system       
6.Major credit cards accepted
7.STD/IDD telephone system       
8.laundry services
9.Room service (F&B)        
10.Wifi internet access to selected floors
11.In-room individually controlled Air-conditioning
12.Attached Bathroom with Water Heater
13.Writing Desk
14.Wake-Up Call Service
15.Daily Complimentary Drinking Water
16.Electronic Room Key Card
17.Oku fasilitis
18. Restaurant
19.Salon
20.Spa
21.Fitness centre


Bilik

Bilik memang pada aku puas hatilah…bilik sangat bersih dan sangat puas hati..walaupun bilik tak berapa nak besar sangat…tapi tetap selesa itu yang penting..

Aku sangat puas hati dengan hotel ni…dan boleh recommend pada org sebab pada aku customer servicenya ok..dan bilik pun memuaskan..yang penting dekat dengan kemudahan-kemudahan dan tempat-tempat menarik yang ada dekat KL ni…

Harga

Masa aku pergi tu harganya RM 188.00 termasuk sahur..sebab masa tu bulan puasa daaa…haha…
Harga berbeza mengikut jenis bilik…kalau tak silap harga dari RM 188 –RM 518…ini masa low season..dan akan meningkat semasa High season…seperti biasa…

Maklumat lanjut : Ancasa Hotel

Agoda Review : Review

No: Telefon : 60 3-2026 6060

Summary
Value for Money: 4/5                :             
Location : 5/5   
Staff Performance : 4/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 4/5   
Room Comfort/Standard : 4/5   
Food/Dining : 4/5   


2.  Hotel Nova Kuala Lumpur ( ***)

Lokasi

Lokasi hotel ni..dalam segitiga emas..KL..jauh siki dari Puduraya tapi tetap boleh jalan kaki..dalam 15 minit jalan kaki…boleh jalan kaki je ke Berjaya times Square ( 15 minit ) dan jugak ke Low yat ( 10 minit) BB Plaza (0.3km),Sungai Wang Plaza(0.4km) semua boleh jalan kaki..asalkan kaki korg tak malas…

Pengangkutan awam

Kalau nak naik bas boleh kea rah low yat atau jalan besar memang tak jauhlah..dalam 5 minit jalan kaki..tapi teksi banyak..depan2 tu..

LRT kena naik dekat Plaza Rakyat dan kalau nak naik Monorail yang paling dekat pun stesen Imbi tapi kena jalan kaki jugak..

Fasilitis      

1.Color TV (Satellite & Local Channels)        
2.Parking facility
3.24 hours security       
4.Coffee & tea making facilities
5.24 Hours CCTV security system       
6.Major credit cards accepted
7.STD/IDD telephone system       
8.laundry services
9.Room service (F&B)        
10.Wifi internet access to selected floors
11.In-room individually controlled Air-conditioning
12.Attached Bathroom with Water Heater
13.Writing Desk
14.Wake-Up Call Service
15.Daily Complimentary Drinking Water
16.Electronic Room Key Card
17.Electronic Safe

Bilik

Bilik yang aku duduk untuk dua org tapi katil die size king…wah!! Gile besar..

Harga

Harga RM 145.00 ke atas...masa akulah skg aku tak tau pulak berapa...

Customer service dia tak berapa ok..masa aku nak check in tu sombong gile kot kaunter!!! Huh!

 Maklumat lanjut : Nova

Agoda review :  Review

Summary
Value for Money: 4/5                :             
Location : 5/5   
Staff Performance : 3/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 4/5   
Room Comfort/Standard : 4/5   
Food/Dining : 4/5   


3.    Cozzi Hotel ( Port Dickson) **

Lokasi

Hotel ni memang dekat dengan pantai dan juga dekat dengan dataran Teluk Kemang

Pengangkutan awam

Aku rasa kebanyakan org yang pergi PD ni naik kenderaan sendiri je kot..kalau ada pun kena naik bas lah..bas awam aku rasa jarang jumpa..kalau ada pun dekat area Bandar..kalau nak naik pun teksi jelah…

Fasilitis

Fasilitis yang ada swimming pool,air panas ambik dekat lobby, astro limited channel,  wifi dekat lobby…24 jam kaunter…

Yang lain xde apa aku boleh comment..aku pergi hotel ni pun sebab hotel ni je yang murah dan yang dekat dengan pantai..maintenance memang poor sesangatlah…siling toilet ade yang leaking dan wall mark pun banyak…lantai bilik melekit sebab macam banyak guna sabun je..ade juga bilik yang berbau…

Customer service boleh tahanlah..walaupun kalau nak diiuktkan tak berapa mesra sangat..

Bilik

Bilik kebanyakannya connecting room..bermaksud ada pintu dekat tengah2..kalau korg nak privacy memang taklah!! Lagi2 kalau hujung minggu..org sebelah cakap pun boleh dengar..

Katil size king..oklah..tapi agak lama sebab macam dah melendut je..

TV stail lama lagi tapi ada yang kecik ada yang besar..remote TV x dibagi..tu memang susah lah nak tukar2 TV kena bangun..tukar..remote A/C pun tak di bagi kalau sejuk kena tutup lah..A/C..

Ruang dalam bilik memang ok..besar jugaklah..ada space nak sembahyang…

Harga

Harga kalau untuk dua org start dari RM 90 untuk hari biasa dan meningkat pada hujung minggu….

Cozzi Hotel : Cozzi 

Review :  Review

Summary
Value for Money: 3/5                :             
Location : 5/5   
Staff Performance : 3/5   
Hotel Condition/Cleanliness: 2/5   
Room Comfort/Standard : 3/5   
Food/Dining : nil



** kalau ada hotel yang lebih murah atau mahal RM 10 dari hotel ni aku rasa hotel ni xboleh bertahan lama…



Follow IG : GEDEBAKGEDEBUK

No comments:

Post a Comment

Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...