Wednesday, 13 September 2017

Pesediaan Sebelum Ke NZ

Nak pergi NZ ni adalah cabaran yang terbesar untuk aku, banyak benda nak kena tengok dan banyak benda baru yang aku kena belajar. Cabaran dia tu lain macam. Biasalahkan setiap kali pergi mana-mana pun mesti ada cabaran dia tersendiri. Kadang-kadang kita rasa dah cukup dan buat persediaan tapi bila pergi cabaran depan mata ni lain dari apa yang kite bayangkan. Antara cabaran yang aku hadapi masa nak buat persediaan ke NZ adalah:-

1) Budget Besar weh!!
2) Tiket Mahal
3) Cari Kereta Sewa
4) Aktiviti
5) Hotel Mahal
6) Immigresen
7) Kastam
8) Masa
9) Cuaca/Musim 
10) Memandu

Tulah antaranya, yang paling besar sekali adalah budget. Maklumlah kan duit kite ni tak berapa nak besar sangat. Bile convert jadi 3 lebih tu teramat lah sangatkan? walaupun sebenarnya ada benda yang boleh dikatakan murah dekat sana contohnya macam sewa kereta. Kalau dekat sini pun sewa kereta biasanya RM100 keatas jugak ada yang RM120/sehari dekat sana kita masih boleh dapat lagi RM90/Sehari. Yang paling trasa sekali adalah hotel, hotel dieorang kalau tengok NZD memang nampak biasa. Tapi bile dah convert..pening lalat jugak.

Berbulan-Bulan

Persiapan aku ni memang makan masa lama jugaklah, berbulan-bulan lamanya. Memang niat nak pergi NZ tu dah ada. Cuma duitnya je tak ada, kumpul-kumpul habis jalan tempat lain. Biasalah konon tak nak guna nak simpan, tapi bile dah rasa mereput sampai nak mengamuk pack-pack jalan tempat lain.

Persediaan aku ni dah bermula Bulan 1 lagi walaupun masa tu tiket belum beli. Tapi aku dah start mencari Kereta sewa dah bookmark itu ini. Bulan 3 check-check ada promosi KUL-MEL jadi lepas bincang-bincang dengan kawan aku.Kiteorang fikir nak stop dekat Melbourne dulu sebelum ke CHC (Christchurch), sebab dari KL ni pun flight terus ke Auckland sama juga kena transit. Jadi untuk tak mengulang tempat sama dua kali kiteorang pun ambil keputusan nak ke Melbourne dulu. Beli guna Big Point, masa aku beli tu aku tak include luggage, masa tu harga RM894.24/Dua orang jadi sorang dalam RM447.13, ok done tiket KUL-MEL. Untuk tiket-tiket lain tu, memang aku selalu check website AA lepas tu check skyscanner dan click untuk alert kalau harga turun naik,lepas tu selalu tengok website flight lain dari MEL-CHC,CHC-AKL dan yang biasanya murah adalah Jetstar. Jetstar ni flight tambang murah Australia. Tu pun aku set alert price, jadi setiap kali harga turun naik dieorang akan hantar email.

Tiket Flight

Tiket flight kedua yang aku beli adalah tiket AKL-KUL, aku dulukan tiket-tiket yang mahal dulu, gaji je simpan duit untuk beli tiket yang mahal dulu. Kalau tiket MEL-CHC atau CHC-AKL ni biasanya tak semahal AKL-KUL maklumlah dekat je kan. Tunggu punya tunggu akhirnye semuanya selesai dalam bulan 5. Aku memang kumpul duit setiap bulan dan kalau ada tiket murah-murah barulah beli. Selagi tak murah,selagi tulah kumpul jugak. Jadi jangan fikir orang yang jalan-jalan ni banyak sangat duitnya, kiteorang menyimpan lah weh!! ikat perut. Orang shopping aku tengok, orang bukak lazada aku tengok, orang beli HP baru aku tengok, semua ni gara-gara kamu NZ!! Total Kehangusan untuk flight tiket pergi balik dan segala luggage tok nenek adalah RM1785.77. Tips dekat sini beli jetstar beli sekali luggage kalau nak add on mahal wa cakap lu dan aku pun confius masa awal-awal nak beli option pertama dia ada yang bundle(seat+luggage+meals) tapi sebenarnya boleh je skip bundle ni, continue aje next page barulah ade seketul-seketul luggage,meal dengan seat boleh pilih mana nak add. Macam aku kiteorang ambik luggage 20KG dengan seat je. Luggage nak check in tak kira lah bape asalkan tak lebih 20KG(boleh combine) tapi max 1 luggage tak boleh lebih 32KG. Faham ke idok?

Skyscannner link ==> https://www.skyscanner.com.my/

Budget

Budget untuk pergi NZ ni memang lah banyak sangat pada aku,sebelum ni yang paling mahal masa aku pergi Jepun. Tapi kali ni dua kali ganda dar Jepun. Lagi pulak aku cuma pergi berdua je jadi kos tu lagi tinggilah. Kalau korang nak murah sikit boleh lah pergi ramai-ramai, jadi banyak benda korang boleh share, contohnya macam sewa kereta,minyak kereta,barang-barang makan dan sebagainya. Budget aku kali ni RM6500++ tak ingat amount sebenar. Tapi kalau ikutkan aku boleh kurangkan juga budget ni sebab ada beberapa benda yang aku dapat murah dari budget sebenar contohnya macam tiket Melbourne Star degan Cadburry Factory tu aku dapat 50% dari harga sebenar, kalau Melbourne Star Observation Deck tu harga sepatutnya AUD$36(RM118) tapi sebab aku beli ikut BOOKME.COM jadi dapatlah murah sikit, dari AUD$36 aku dapat AUD$18(RM60) murah kan?? aku tau pasal Bookme ni pun lepas aku dah habis mengoogle pasal NZ, disebabkan matawang dieorang ni beza sangat dari kita jadi usaha nak dapatkan benda murah tu lagi lah membuak-buak. Berbalik pada budget,bila aku dapat yang murah macam ni aku masukkan lebihan budget ni dekat ETC ataupun makan. Orang cakap biar lebih jangan kurang, jadi macam tak adalah effect sangat pada budget aku.

Bookme.com,Groupon dan ETC

Bookme ni macam yang aku cakap dekat atas tu macam 1 website yang ala-ala macam Groupon lah lebih kurang, tapi Bookme ni dia lebih pada tiket-tiket yang dah nak habis kire macam penghabisan stoklah kirenya, lagi dekat tarikh lagi murah dan space memang tak banyak lah. Contohnya kalau korang pegi tak ramai dalam sorang atau dua orang bolehlah nak tunggu tapi ni semua ikut nasib kalau dah habis tiket murah tu habis lah. Aku tengok ada yang jual tiket NZD$1. Biasanya tiket akan murah bila tarikh dah nak dekat, tapi korang boleh je search ikut tarikh korang nak pergi tu cuma mungkin discount dia tak banyak lah, tapi tak banyak pun aku dapat juga 50% oklah kan? Aku beli tiket Cadburry dengan Melbourne Star tu masa tu bulan 6 dan aku nak pergi sana bulan 9. Nak tunggu murah lagi takut habis pulak, tiket pun tinggal berapa je. Dari nak murah lepas tu tak dapat langsung, baik tak payah!! jangan tamak sangat. Selain tu ada lagi website yang boleh korang usha-usha nak tengok tiket,dining atau aktiviti yang ada discount antaranya adalah Grabone , Yazoom , Groupon NZ , Treatme

Email Email dan Email

Aku ni banyak sangat email orang sebelum pergi NZ dengan Melbourne ni. Segala benda yang aku dah penat google tak dapat jwapan aku akan email dan ape yang aku paling suka dieorang ni cepat balas email dan sabar je melayan soalan aku. Dari nak beli Pass Tram sampai lah nak tanya ingredient dalam Ice cream semua aku email dan semua dieorang balas.

Hotel/Airbnb

Dekat NZ ni hotel memang mahal lah sebab kite guna RM kan? walaupun kalau ikutkan harga dia standard lah dalam NZD$100 pun dah dapat hotel best dah cuma kalau ko convert memang pecah kepala lah sikit. Kiteorang fikir kalau duduk 2 hari kiteorang lebih suka ambil Airbnb sebab bolehlah masak jimat sikit dari nak makan dekat kedai je kan? Kalau setakat sehari kiteorang ambik hotel je,yang penting bagi aku adalah toilet dekat dalam.Kalau korang nak murah ada dorm dan hotel yang shared toilet. Ikut selera masing-masing. Jadinya..

Day 1 : Lake Tekapo - Lake Tekpo & Holiday Park Booking.com
 ** Hotel ni memang mahal sikit,tapi sebab view die sanggup je kiteorang. Hotel ni betul-betul depan lake tekapo, selain dari tu sebab boleh bayar Cash masa check in jimat sikit tak payah ade CC Charges. Harga Semalam NZD$165 (RM516)
Day 2 : Queenstown - Sunny, Warm & Cosy,Lake Hayes Estate (Airbnb) Airbnb
** Sebab 2 malam kiteorang ambik Airbnb,dekat dengan  Kawaru River dan dalam 15min ke Bandar Queenstown, bayar terus guna CC.Harga sebenar Airbnb ni untuk 2 mlm RM866,tapi sebab aku ada RM270 Travel Credit total aku kena bayar cuma RM596 untuk 2mlm.
Day 4 : Te Anau - Fiorland Hotel Booking.com
 ** Kiteorang duduk dekat Te Anau sebab esok nak ke Milford sound pagi-pagi, tak nak ambil risiko sebab kalau dari Queenstown ambil masa 5 Jam. Kalau dari Te anau ni dalam 2 Jam je. Hotel ni pun terima cash dan boleh bayar masa check in. Harga NZD$90(RM281)
Day 5: Invercargill - Ibis Style Invercargill Booking.com
 ** Hotel ni option sebab dari Milford ke Dunedin jauh sangat, kiteorang tak nak ambil risiko memandu bila dah gelap-gelap ni. Jadi berhenti rehat sekejap dekat Invrcargill, tak nak rush kitaorang ni bukannya muda lagi. ahaks!! Harga NZD$94 (RM294)
Day 6: Dunedin - Cosy Base For City & Peninsula (Airbnb) Airbnb
 ** 2 Hari dekat Dunedin,kiteorang duduk Airbnb, Airbnb dekat dengan bandar. Harga 1 Malam RM242.91
Day 8: Christchurch - Southwark Apartment Booking.com
  ** Lebih kepada service apartment,faktor utama pilih Hotel ni sebab dekat dengan airport. Flight kiteorang dari CHC-AKL pukul 9.40AM jadi eloknya ambil hotel yang dekat. Apa-apa boleh lagi nak rempit. Tapi hotel ni parking kene bayar NZD$10/sehari. Harga RM264
Extra Hotel : Sponsored- Kaka Point

Kereta Sewa

Ni pun satu benda paling susah pada aku nak mencari kereta sewa, walaupun aku dengan kawan aku dah bahagi-bahagi kan tugas masing-masing. Sorang cari Hotel, sorang cari kereta sewa. Lepas tu kalau dah dapat kiteorang akan bincang ok ke tak? sesuai ke tak? harga ok? semua benda kene bicang eh, macam aktiviti pun kiteorang bincang sebab yelah walaupun tugasan tu dah bagi dekat ko bukan bermaksud ko kene buat keputusan tanpa bincang dulu, tak boleh sangat macam tu. Bebel pasal lain pulak dah, jadi untuk kereta sewa ni memang antara yang last jugaklah. Apa yang aku belajar macam mana nak dapatkan company kereta sewa yang ok adalah beberapa faktor.

1) Jangan tengok yang popular, semua orang sewa,semua blog sewa tak semestinya itu yang elok dan murah.
 *Kebanyakan blog akan up kan company yang sama je dan bila buat perbandingan memang harga dieorang lebih mahal. Biasalah dah popular.

2) Buat bandingan harga,extra services,pick up dan drop dan juga insurans
* Ada company letak harga murah tapi ape pun tak ada,kena add itu ini last-last mahal. Pick up dan drop pun ada yang kena charge lagi kalau korang pick up dan drop luar waktu operasi dieorang,akan ada charge antara NZD$25-30 ikut company. Kalau korang nak ambil insurans tengok juga harga insurans tu berapa dah apa yang dieorang cover. Kebanyakkan insurans yang korang akan dengar adalah:-

A)Peace of mind/ stress free
Yang ni memang die tak akan hold CC korang tapi korang kene bayar certain amount/hari untuk cover kalau korang accident. Kira macam beli insurans lah lebih kurang. Kalau korang accident tak payah risau sebab semuanya ditanggung beres.
B) Reduced Risk/Chance it
cover kadang-kadang dieorang ni pakai nama macam-macam tapi bendanya sama je,kalau yang ni korang kena bayar juga certain amount/hari  tapi amount tu tak semahal Peace of  mind lah,cumanya ada excess amount(ikut company) dan dieorang akan hold certain amount dari CC korang. Jadi kalau korang accident dan kalau amount tu lebih dari apa yang dieorang cover korang kene lah bayar sendiri. 
C)Risk Taker 
Yang ni kira hati kering lepas tu jenis confident aku tak kan accident,cermin tak pecah,tayar tak meletop,kire bapak confident jelah die ni. Bolehlah ambik yang ni. Untuk ni memang korang  tak perlu bayar apa-apa atau tak payah beli insurans pun hari-hari cumanya dia akan hold CC korang NZD$1500-2500(ikut company) dan excess pun lebih kurang macam tulah amoutnya, kiranya kalau korang accident ko bayarlah sendiri. Macam aku CC memang tak adalah banyak sangat credit limit sampai RM6000. Idok ler awak! Paling selamat Peace of mind

3) Perlu tahu apa yang perlu apa yang tak perlu untuk add on contohnya tyre chain,windscreen dan tyre damage,GPS dan ETC
*Yang ni korang kene fikir sendiri perlu ke tak perlu,macam aku bila aku ambik Peace of Mind tu memang die dan cover semua termasuk windscreen dengan tyre damage,ada company tak include kene add on. Tyre chain perlu tak? perlu kalau korang pergi musim sejuk dan ada hati nak naik kawasan tinggi guna kereta. GPS? kebanyakannya blog suruh ambil,tapi aku memutuskan tidak ambil harga sehari sewa NZD$8 (RM25) kalau dah 8 hari dah RM200 dan dari advisor kiteorang die suruh aje kiteorang install Apps yg elok sikit dari Google play walaupun kena beli ke ape tapi at least tak adalah sampai RM200.

4) Pilih company yang ada review yang bagus walaupun tak popular
* Yang ni sama macam yang mula-mula, popular tak semestinya bagus.

5) Jangan terburu-buru nak book tanpa tengok TnC
* Jangan tengok 1 blog,1website banding gitu-gitu dah nak book . Fikir dulu, ambik masa bincang mana yg ok mana yang tak. Baru book

6) Kalau ada company yang boleh terima cash masa pick up lagi elok sebab kalau guna CC ada charge min 2% bygkan kalau total harga kereta tu RM1000, 2% dah RM20 beb!! Kalau korang tak kisah tak pe. Kalau aku, aku kisah!!
* Memang kebanyakan company sewa kereta ni dieorang tak nak ambik cash, alau boleh nak bayar guna CC sebab-sebab keselamatan, yelah sewa kereta kot! bukan sewa basikal. Tapi masih ade yang nak terima cash,jadi fikir-fikirlah ya.

7) Cari kereta yang sesuai dengan keadaan dan poket korang.
* Kalau korang tak nak jalan jauh,sewa kereta yang lama sikit pun tak apa sebab tak jalan jauh kan? biasanya kereta yang murah ni samada dia dah lama atau pun CC die rendah,tapi kalau korang berniat nak pusing 1 NZ baik cari kereta yang agak baru dan selesa. Tapi kalau korang tak kisah pakai jelah ape pun nak!!

8) Baca review
* Ni penting sangat eh, review dari customer yang dah pernah guna khidmat company ni. Tapi biasalah dalam 10 komen mesti ada yang tak elok. Kalau yang tak elok tu kite kene fikirlah kenapa 9 orang ok die je yang tak ok? Kalau dari 10 tu 5 orang cakap tak ok korang KIV dulu. Kalau majoriti tak ok, korang removed je terus!! walaupun harga die murah. Jangan lah ambik risiko, orang dah review tak ok ko nak jugak!!

Untuk kereta sewa aku pilih NZ Discount Car Rental sebelum aku book aku dah email-email dulu tanya itu ini. Kalau  book guna website ,dia ambil deposit guna CC. Tapi kalau book guna email bayar  masa pick up kereta dan boleh bayar cash!! yang tu #akusuka. Harga untuk 8 hari RM1013 termasuk insurans "Peace of Mind",pick up dan drop . Aku ambik dari 2hb Sept 9AM - 10hb Sept 6AM, disebabkan aku pulang luar waktu pejabat jadi aku kene charge RM78. Jadi untuk korang kena fikirlah nak pulang bila. Kalau waktu pejabat biasanya tak ada charge , cuma mungkin ada yang charge pick up and drop cuma tak adalah semahal tu,dan ada juga yang free dan biasanya yang free ni office dieorang dekat-dekat aiport je.

Kastam/Immigresen

Yang ni aku memang cuak sikit, sebab NZ ni antara kastam yang paling strict dan aku saran kan korang bacalah apa yang boleh dan apa yang tak boleh nak bawa masuk. Jangan main suka suki je, declare food tu penting!! kalau tak kena saman lah korang.  Kalau korang rasa apa yang korang rasa tu 50-50 kena declare ke tak ke korang tick je YES. Kalau korang tick NO lepas tu bende tu kene declare melayang NZD$400, kalau korang tick YES dan benda tu tak perlu declare tak apa dan kalau benda tu dilarang bawa masuk dia akan rampas dan buang je tak ada sebarang denda dikenakan. Baca betul-betul sebelum korang tick-tick ikut suka, jangan nak semua NO je pulak tak pun YES je. Jangan suka-suka eh, ko masuk negara orang kena ikut undang-undang dia.

Google Map

Kalau korang biasa buat itinerary ikut Google map dalam tu ada estimated masa dan KM kan? tapi untuk NZ ni kalau dia tulis situ 1Jam 4Min ke sebaiknya korang tambahlah sikit masa tu bukan sebab jammed ke ape, sebabnya korang akan ambil masa banyak sebab nak berenti ambil gambar je. Korang akan rasa rugi kalau tak berenti ambil gambar. Cantik weyyy serius!! Jadi kalau 1Jam 4min korang tambah lah jadi 2Jam ke at least bagilah sikit masa nak ambil gambar. Kalau tak nanti korang jugak kelam kabut kejar masa, jalan dia pun bukan macam highway kite yang korang boleh racing 140-200KM/H. Masuk-masuk bandar pun ade kadang-kadang ala-ala jalan lama macam tu jadi jangan expect akan cepat lah eh.

Musim/Cuaca

Yang ni salah satu daripada kekangan jugaklah sebab sedia maklum NZ ni pun antara negara yang ada musim-musim tertentu dan juga kadang kala ada juga bencana contohnya ribut,gempa dan sebagainya. Jadi kalau korang nak pergi mana-mana pun lah apa yang aku tengok selalunya kalau musim tu ambil masa 3 bulan untuk tukar ke musim lain biasanya bulan yang paling extreme adalah bulan yang tengah-tengah, ni ikut pemerhatian aku lah bukan kajian-kajian eh, aku sendiri yang buat kesimpulan(Pandai no kan??) . Contohnya NZ ni ada 4 musim:-

1) Spring - Sept, Oct, Nov
2) Summer - Dec,Jan, Feb
3) Autumn - Mar, Apr, May
4) Winter - June, Jul, Aug 

Kalau korang nak pergi Spring atau Autumn tu tak adalah masalah sangat cuma yang masalah bile summer dengan winter. Summer biasanya kalau panas awal-awal Dec tu ok lagi cuma bila dah masuk tengah-tengah Dec sampai awal Jan tu agak panas lah, macam tu juga dengan winter masuk bulan June(awal-awal) June sejuk, tapi bila masuk tengah-tengah July dah mula extreme(mungkin snow storm + Ribut + Hujan) , jadi pandai-pandai korang lah eh kalau nak pergi tu. Check dulu musim apa, jangan tengok tiket murah je beli. Sebab macam sekarang ni(masa aku tulis ni 13 July 2017) tengah ribut dekat North dengan South NZ, salji tebal, hujan  dan banyak jalan tutup sebab salji terlalu tebal dan bahaya untuk kenderaan jadi susah jugak korang nak travel kan kalau macam tu? Aku nasihatkan kalau lah korang dah terbeli tiket dan masa tu musim yang sangat extreme dekat NZ korang buat lah backup plan, jangan lupa ambil extra Travel Insurans kalau boleh yang premium sebab kalau apa-apa pun jadi korang boleh claim,contohnya accident masuk hospital ke medical siapa nak tanggung?? jangan nak jimat RM150 tapi kalau sekali kena beribu-ribu. Jangan lupa snow chain kalau tak ada memang berpusing jelah korang tengah situ, tayar pusing kereta tak gerak.

Apa pun kenalah berhati-hati apa-apa pun, banyakkan doa sebelum pergi tu. Jangan nak seronok sangat!! (Marah!!), kita memang kene fikir positif tapi positif-positif pun malang tak bebau kan? fikir masak-masak mana yang perlu mana yang tak. Ape pun keselamatan paling utama.

Memandu

Biasa memang orang akan memandu masa dekat NZ ni,tapi apa pun yang paling penting. Tolonglah jangan bawa perangai dan gaya pemanduan korang dekat Malaysia ni dekat sana. Mereka agak ketat pasal kesalahan lalu lintas ni semua. Jadi google sebanyak mungkin maklumat dan walaupun dieorang pun drive sama dengan kita tapi ada sign-sign dieorang yang tak ada dekat sini. Jadi sebelum pergi tu sila lah buat test ni dulu biar paham lah sikit tak adalah teruk sangat korang nanti TEST buat je banyak kali pun tak ada siapa nak marah pun, lagi banyak korang buat lagi paham korang. Apa aku boleh cakap ikut sign,kalau dia cakap had laju berapa tu ikut lah. Nanti korang jugak susah..

Aktiviti

Cari ikut ape yang korang suka dan tak membazir, aku suka coklat aku pergi cadbury factory tour..tapi aku kuciwa..jadi tak payah lah ikut tour tu. Setakat nak cerita-cerita baik aku baca je. 

Cara Untuk Jimat Di New Zealand

Memandangkan NZ ni salah sebuah negara yang matawangnye lebih tinggi dari Kita, jadi seboleh-bolehnya kita nak berjimat cermat dan kalau boleh nak cut budget supaya bolehlah nanti menunjuk dengan orang budget ciput je pergi jalan (opps) . Oklah marilah aku share sikit macam mana nak kurangkan budget korang untuk pergi ke NZ ni. Aku tak janji untuk korang dapat budget paling murah..tapi boleh lah kalau nak kurangkan apa yang patut.

1) Pergi Ramai-Ramai
- Yang option paling senanglah , ajak jelah sekampung ke. Lagi ramai lagi murah. Kalau korang pergi berdua dengan pergi berempat memang jauhlah beza budget tu. Lagi kalau korang pergi lebih dari 4 orang, lagi ramai lagi murah, sebab korang boleh share-share lah budget, bak kata orang tong-tong Minyak, makan, sewa kereta, hotel. Contohnya kalau sewa kereta tu RM1000,kalau korang pergi berdua sorang RM500 tapi kalau 4 orang baru RM250 separuh dah jimat!! Tinggalnya bila dah ramai ni biaselah macam-macam perangai.

2) Buat Raw Budget
- Sebelum korang mencari apa-apa yang patut korang buat lah raw budget dulu, buat summary. Hotel total berapa, sewa kereta, etc.. jadi bile korang nak mencari tu korang dah ada gambaran. Contohnya Budget untuk hotel total untuk 5 Malam RM 1000 jadi masa korang mencari hotel tu fokus jelah pada harga bilik yang RM200 kebawah dah tak payah gatal nak mencari bilik-bilik lain. Filter je harga bilik senang nak cari. Budget pun tak lari dan korang bolehlah tolak tambah sendiri asalkan under budget.

3) Compare harga
- Aku nak tekankan dan selalu aku nak tekankan popular tak semestinya bagus, viral tak semestinya sedap, establish tak semestinya murah. Jadi kalau korang mencari apa-apa sekali pun jangan cepat sangat terpegaruh dengan blog-blog ni, blog ni kiteorang buat untuk bagi gambaran dan panduan je. Tak semestinya bagus pada dia bagus jugak untuk kita. Kalau pada dia RM500 sehari hotel tu murah beum tentu pada kite murah jugak kan?? tepuk poket sendiri lah eh. Google lah sehabis mana info, jangan stick pada 1 Blog je. Cari sehabis mungkin, jangan buat last minute!! Korang akan menyesal bile buat itinerary atau pun mencari maklumat saat-saat akhir.

4) Isi Minyak Guna Voucher discount
- Dekat NZ ni banyak sangat voucher discount untuk isi minyak, Contohnya kalau korang pergi sesetengah pasaraya contohnya Park n Save korang akan dapat voucher discount untuk isi minyak tapi dengan TnC tertentulah. Kalau jumpa promosi sign stesen minyak ade off off tu..silalah isi.

5) GPS Perlu ke tak?
-Pada aku tak perlu, sekarang kita zaman Apps, zaman IOS Android. Jadi dari korang sewa GPS tu 8NZD (RM25)/Sehari baik korang download jelah apps kalau kena beli pun tak adalah sampai beratus-ratus. Aku guna Google Map je, sebab apa aku pilih Google map? sebab free lepas tu dia tetap berfungsi kalau tiba-tiba korang offline. Maksud aku offline tu bukan tiba-tiba tak ada line masa tu korang nak search jalan!! memang tak dapatlah bro! maksud aku masa tu Google map memang tengah ON tiba-tiba tak ada line, Google tetap berfungsi ya. Jangan risau. Waze pun boleh jugak nak guna offline, ada cara-cara nak download map offline. Macam tu jugak Google map kalaulah korang takut data korang habis kan boleh guna cara ni. http://mashtips.com/get-google-map-and-waze-offline/

6) Masak
- Kalau rajin masaklah, sebab makan memang boleh tahan dekat sana nak-nak kene convert kan memang pedih hati. Kalau kebab je dah RM28 macam mana cik adik? Macam aku kalau aku duduk sehari dekat tempat tu aku tak masak lah aku cari hotel, tapi kalau duduk dua hari aku akan cari Airbnb yang boleh masak. Jadi aku akan bangun awal untuk buat bekal nanti.

7) Bookme
- Aku rasa dah banyak kali dah cakap pasal Bookme ni, website ni ada macam-macam tiket aktiviti dan biasenya ade promosi, lagi dekat tarikh korang nak pergi dan kalau ade kekosongan lagi makin murah lah harga tiket tu. Contoh aku dapat tiket murah Cadbury Factory harga biasa $22 tapi dekat bookme aku dapat $11 separuh harga. Untuk Milford sound pun aku dapat murah jugak  ikut website Jucy $45 tapi aku beli dekat Bookme dapat $40.

8) Tengok Promosi
- Korang kene banyak mengoogle mana-mana promosi yang ada, contohnya kalau korang sewa kereta/Motorhome dengan Jucy dia akan bagi half price untuk tiket Milford sound Jucy Cruise. Tapi yang dapat tu sorang jelah..tapi at least dah kurang separuh kan?

9) Parking Free
- Cari parking Free kalau parking dekat area bandar tu kalau boleh lah, kalau tempat tu ramai orang biasanya parking free cuma untuk 30min atau kurang. Jadi pandai-pandai korang lah eh.

10) Jangan Over budget
- Kalau dah buat budget ikutlah budget yang sepatunya..jangan semua benda nak beli. Beringat sikit..

11) Chocolate
- Yang ni memang murah dekat NZ kalau convert dengan duit kite pun still murah. Tapi kalau korang tengok cadbury dekat factory die lagi mahal dari PaknSave..Cadbury dekat Factory die jual $2.90 tapi dekat PaknSave cuma $2.75. Cuma dekat factory die banyak pilihan..

12) Aktiviti Free
- NZ ni kalau korang pergi je tengok tempat pun dah cantik dah, kalau korang tak nak lansung buat aktiviti pun tak ape. Tak jadi masalah pun, view die pun dah cukup nak penuhkan memory card korang.

13) Hotel/Airbnb/Dorm
- Yang ni tricky sikit sebab kadang-kadang korang ingat sewa hostel murah, tapi kalau korang dah pergi ramai kan satu kepala dah $30 contohnya memang nampak murah . Tapi korang kene share bathroom share kitchen semua. Kalau korang combine $30 X 4 dah $120 dengan $120 tu boleh cari Airbnb yang entire home..tak payah nak share-share dengan orang dah.

14) Tiket Flight Promosi
- Yang ni memang kene tunggu promosi lah, aku beli tiket pun satu-satu tak beli sekaligus. Tiket pergi aku guna big point aku, balik aku beli guna big point kawan aku. Lepas tu aku tick alert price untuk Jetstar jadi setiap kali ade promosi harga turun naik dieorang akan hantar dekat email. Masa harga drop kalau korang rasa murah je terus jelah beli..kalau Jetstar aku cadangkan korang add on terus luggage sebab kalau nak add on nanti mahal beb!

15)  Kurangkan guna cc dekat NZ
- CC ni macam aku cakap korang bawa untuk cover kot-kot ade emegency je sebab CC ni die akan convert ikut convertion semasa dan iut rate bank. Lepas tu ada jugaklah charge CC jadi bertambah-tambah lah mungkin beberapa ringgit, jadi tak perlulah guna. Baik guna cash je.

Tu je setakat ni kalau ade aku akan tambah..kalau ade yang korang nak share boleh komen dekat bawah. Pengalaman orang kan berbeza, kadang-kadang aku tak hadapi pun benda tu tapi korang kene hadapi..jadi baik share.

20 Perkara yang Perlu Anda Tahu sebelum ke New Zealand

New Zealand antara Negara yang menjadi pilihan ramai kaki-kaki travel untuk pergi sebab keindahan pemandangannya, yang tu memang aku sendiri tak boleh nak tolak. Tapi biasalah kan setiap negara ada do and Don't dia tersendiri dan sebagai pelancong korang perlulah ikut. Bak kata orang masuk kandang kambing mengembek masuk kandang ayam berkokok..

Dibawah ni aku senaraikan apa yang perlu korang tahu sebelum korang ke NZ..

1) Kalau hp korang memory tak besar,baik bawak backup memory card. Kalau tak aku tak tahu macam mana korang nak ambik gambar banyak-banyak.

2) Kastam NZ lagi strict dari Australia,orang cakap kastam Australia strict kan? Tapi sebenarnya Kastam NZ ni lagi strict dari kastam Australia. Tolong baca apa yang boleh dan tak boleh untuk korang bawa masuk ke NZ. Jangan main tarap semua benda boleh bawa masuk negara orang.

3) Declare-Kalau korang tak pasti nak tick ke tak dalam borang declaration tu baik korang tick jelah YES. Kalau korang tick NO tiba-tiba dia check benda tu sepatutnya kena declare sedia jelah duit nak bayar denda. Kalau tick YES dan sepatutnya benda tu tak payah tick YES tak pe tak kena denda.

4) South NZ ni population dia lebih banyak binatang a.k.a kambing dari orang. Jadinya sunyilah sikit dan lebih tenang berbanding North NZ walaupun North NZ ni lebih kecil dari South tapi penduduk die lagi ramai dari South.

5) Warganegara Malaysia yang nak bercuti,kerja atau pun ambil short course study kurang dari 3 bulan tak perlu visa ke NZ.Kalau lebih kenalah apply Visa.

6) Lesen Malaysia valid untuk digunakan dekat NZ dengan syarat lesen tu hidup lagi dan korang boleh drive guna lesen tu sampai lah 12bulan, kalau orang rasa nak duduk lama lebih dari 12bulan korang dah kena convert kepada lesen memandu NZ. Lesen baru kita dah ada dwi bahasa Melayu dan English jadi tak payah susah-susah nak pergi JPJ suruh buat translation. Kalau Lesen yang tak ada English tu memang kena pergi JPJ minta translation. Kalau korang memandu tanpa lesen yang sah contohnya tak bawa lesen atau pun lesen korang tu tak ada dwi bahasa dan tak bawa pulak translation korang boleh kene denda 400NZD - 1000NZD (RM1200-RM3000).

7) Tak perlu ingat macam-macam nombor kalau emergency, call je 111. Walaupun dah tak ada credit still boleh call lagi nombor ni kalau emergency. Kalau korang tak tahu nak call Polis ke Bomba atau ambulance jangan risau operator akan tolong korang.

8) Sewa kereta atau campervan adalah wajib bagi yang nak travel pusing satu NZ sebab tu cara paling senang nak pusing satu NZ. Bnyak caompany sewa kereta kalau korang search, kena pandai-pandai cari mana yang sesuai dengan budget korang. Ada macam-macam cara nak dapatkan sewa kereta murah antaranya adalah dengan cara relocation, bermaksud korang sewa sambil hantar kereta tu dari 1 destinasi ke 1 destinasi yang dah di tetapkan. Contohnya Company akan bagi destinasi dan tarikh pada korang dah benda ni adalah fix. korang tak boleh ubah, kalau kena dengan tarikh dan masa dan destinasi apa salahnya cuba sebab harga untuk relocation ni boleh dapat 1NZD/Sehari siapa tak nak kan? Contoh paling senang Chistchurch ke Queenstown (1hb-3hb) kereta kena sampai Queenstown 3hb pukul 8am harga 1NZD/Sehari , jadi korang macam sewa sambil tolong dieorang hantar kereta lah kirenya,kereta tak boleh pilih dan masa tak boleh ubah. Cuma dekat Queenstown tu korang kena cari kereta lain pulak. Leceh tapi murah

9) Kalau korang suka sangat aktiviti extreme NZ memang tempat yang sesuai dari buggy jumping,naik bot laju, naik heli,water rafting sampailah ski semua korang boleh buat dekat sini.

10) Terlalu cantik, yang ni aku memang tak boleh nak cakap apalah. Apa yang ada dekat NZ ni adalah Syurga Dunia.

11)Bookme.com,groupon NZ adalah salah satu website yang korang kena survey selalu untuk dapatkan tiket aktiviti dekat NZ dengan harga ang berbaloi-baloi. Biasanya kalau korang pergi tak ramai bolehlah tunggu sampai saat akhir,tapi bergantung juga pada tarikh dan tiket yang masih ada. Kalau masa tu tiket dah habis, kirim salah jelah nak tunggu murah-murah.

12) Untuk pilih company kereta sewa, memang banyak sangat company kereta sewa dekat NZ ni. Untuk dapat yang murah dan service yang bagus korang kenalah rajin-rajin google dan bezakan harga dan juga  extra service contohnya breakdown service,insurans dan sebagainya. Kalau korang tengok harga murah belum tentu dia dah cover semua dan janganlah ikut 1 blog sahaja sebab kadang-kadang company yang dah popular ni harga die boleh tahan mahal.

13) Insurans kereta-Yang ni aku awal-awal pun dah pening dah, perlu ke ambil? ada pula bond sampai NZD$2000 manalah aku punya Credit card limit sampai NZD$2000. Bila aku dah baca betul-betul barulah faham. Jadinya untuk memudahkan aku dan aku malas nak fikir kalau apa-apa jadi dengan kereta aku masa dekat sana nanti aku ambil full covered insurans memanglah mahal sikit,biasa diaorg akan charge NZD$10-NZD$19/Sehari tapi andai kata korang accident,kereta kena curi atau cermin pecah,tayar rosak ke semua dah covered. Kalau korang tak ambil insurans lebih rela dieorang Auth CC korang terpulanglah. Tapi kalau accident ke ape, memabayarlah korang.

14) Email untuk kepastian, kalau korang rasa tak pasti korang boleh hantar email untuk buat pertanyaan lanjut. Tak kiralah hotel, retsurant,company sewa kereta. Aku banyak juga email dieorang ni sebelum pergi sana dan rata-rata 90% balas email aku dalam masa yang cepat biasanya hari yang sama. Contohnya aku confius dengan Pantagonia Chocolate cafe tu, orang cakap sedap nak mati ice cream, aku rasa tak boleh jadi kene pergi tapi dalam hati ada risau sikitlah dengan die punya ingredients, aku email tanya ingredients dan mereka balas dan aku pun senang hati nak pergi sana.

15) Jangan terburu-buru buat pilihan apa pun. Hotel, Airbnb, tiket aktiviti dan juga kereta sewa. Cari sebanyak maklumat yang boleh sebelum korang booked apa-apa, Popular tak semestinya bagus dan jimat!! baca reviews cari maklumat sampai lebam, barulah buat pilihan. Murha tak semestinya jimat!!

16) Setiap kali korang guna Credit card, sama ada bayar online ataupun dekat sana akan ade CC charge ya dan biasanya 2%. Jangan ingatbile korang beli online harga contohnya RM120 dia kan charge RM120 jugak biasanya akan lebih RM2-RM4 prepared jelah, tapi ada juga webste yang memang dah tulis berapa charge CC jadi amount tu memang dah masuk amount CC charges dah contohnya masa aku beli tiket Jetstar sebelum bayar tu die dah tulis total sebenar termasuklah segala GST dan extra charges.

17) GST dekat NZ ni 15% ya adik-adik. Jangan nak buat-buat terkejut beruk pulak.

18) Kalau boleh cari company sewa kereta,hotel yang boleh terima cash jimat sikit dari kene bayar CC charge ni. Kalau 1 tak pelah, kalau dah banyak kumpul-kumpul berpeluh jugak nak bayar. Buat budget pun kena lebihkan sikit sebab ada yang kite tak boleh elak dari bayar guna CC.

19) Dekat NZ memang CC diterima banyak tempat tapi cash pun dieorang terima juga, ada sesetengah company sewa kereta memang tak terima cash alngsung jadi bersiap sedia dengan CC anda. Pastikan dah activated dekat NZ (Call Bank CC) untuk activated kan Card dekat NZ, tapi sekarang dah pakai Pin kan jadi masalah jugaklah sebab Pin biasanya tak boleh guna dekat NZ sebab pin dieorang cuma 4 digit dan Pin kite 6 digit. (Upadte: Mengikut feedback yang aku dapat- Dieorang cakap tak ada masalah 6 digit Pin, dieorang ok je guna) jadi kesimpulannya pengalaman setiap orang berbeza macam aku dekat Cardno's nak check in tu memang tak boleh guna cc aku dengan pin. Mungkin dekat tempat-tempat yang besar tak adalah masalah.

20) Walaupun musim sejuk matahari tetap bersinat terang, jadi sediakan Sunblock mana yang  menjaga kecantikan tu.

Aku ade jugak bagi Tips dekat setiap entry aku..kalau malas ni summary je kot. Ada jugak yang duplicate..sabar jelah eh

Day 3 & 4 : Lake Tekapo - Queenstown

Day 3 dan 4 sekali gus je aku buat, sebenarnya baru lah aku paham kenapa orang kalau buat blog NZ macam tak banyak cerita sebab banyak masa korang akan dapat free view je dalam perjalanan. Setiap perjalanan memang akan ade view yang cantik dan lain, kiri kanan cantik, depan belakang. Tak pernah tak cantik view dekat NZ ni.

Antara View NZ


Sebelum aku membebel tak habis-habis ni, kalau korang taulah NZ ni ada 2 belah. 1 North 1 South, kalau North tu Auckland, Wellington.. yang ada Hobitton tu semua dan belah North ni agak padat dengan pembangunan, orangnya pun ramai jugak. South lebih pada nature..banyak kawasan yang masih kekal hijau dengan gunung ganang orang pun tak ramai. Kambing lagi banyak dari orang.

Lake Tekapo - Lake Lake Lake


Banyak kan Lake hari ni kiteorang nak pergi, kalau pergi untuk tengok view dan rasa kehebatan ciptaan Allah, kiteorang memang nak keluar lewat sikit. Check out pukul 10AM..jadi lepas dah kemas-kemas semua, kiteorang pun check out dan meninggalkan Lake Tekapo yang indah nan permai dekat situ..supaya korang boleh tengok betapa cantiknya Lake Tekapo tu..kalau tak aku nak bawa balik dah bungkus siap-siap..tapi kesian nanti korang tak dapat tengok pulak.

Lake Tekapo Nan Indah

Amacam View die??

Biar Gambar Berbicara


Perjalanan nak menuju ke Queenstown ni memang banyak Lake korang boleh singgah, dari Lake Pukaki, Lake Wanaka..boleh tengok Twizel tmpat Lord of ring tu..dari gunung-gunung yang ada salji lepas tu tukar ke gunung ganang warna ala-ala lumut kering..memang cantik. Tapi aku tak tahulah kenapa mungkin sebab mendamaikan sangat jalan situ, setiap kali aku nak kereta mesti aku nak tidur..masa aku tidur tu lah aku naik kereta. Bila sampai hotel tak ada pulak sebok nak tidur-tidur..FYI, untuk roadtip NZ ni kawan aku yang drive..sebab aku tak pandai bawa auto..
Pehal? dah start nak kecam aku lah tu!! dah aku tak pandai macam mana?? aku pandai manual je der..jangan nak ngate aku eh!! Tapi sebab die dah drive aku bertindak sebagai Chef dalam roadtrip kali ni, jadi sampai je hotel atau Airbnb aku akan masak dan hidangkan pada cik driver aku tu. Fair kan?? huh!! at least aku masak!! (Emosi tiba-tiba).

Walaupun Kecik Tapi Banyak Jasa

Lake Pukaki

Ingat nak pergi ke Mt Cook tapi bile fikir-fikir yang kite boleh tengok Mt Cook dari jauh, jadi kiteorang pun ubah sikit itinerary ke Lake Pukaki terus, perjalanan memang view sangat awesome dengan gunung ganang pakai topi putih, kambing masih bersepah-sepah dekat ladang kiri kanan. Dekat sini tak peduli pun kambing sepah-sepah sampai NZ sebok nak berhenti ambik gambar kambing. Tapi yang kelakarnya kambing dekat sini kan, bila kite berhenti nak ambil gambar die, die boleh usha semacam je kite...amboi kekwat sangat mu!! Tasik-tasik dekat NZ ni memang tak pernah nak mengecewakan lah, memang cantik air die biru hijau-hijau tambah lagi dengan background gunung ganang tu..tak boleh nak cakap apelah awk oii! cantik bebeno..Sampai Lake Pukaki kiteorang berhenti ambil gambar kejap, lepas tu teruskan perjalanan ke Lake Wanaka.

Lake Pukaki


Salmon

Sebelum pergi ke Lake Wanaka kiteorang singgah dekat High Country Salmon dulu nak tengok Pak Cik Salmon, dekat sini tak makan Salmon dekat NZ semua sedap!! gitulah kan?? nilah namanya mengade-ngade..dekat sini ade sangkar Salmon. Ada 1 sangkar tu boleh lah kite nak bagi makan campak-campak makanan dekat Pakcik Salmon tu..berebut-rebut die makan. Lepas tu kalau korang nak makan Salmon Segar-segar bolehlah. Aku makan jugak dekat situ. Aku bukan minat Salmon pun jadi tak tahu rasa ape Salmon tu sebenarnya..main makan je. Kalau korang tanya aku sedap ke?? aku tak tahu nak jawab ape. Aku macam tak boleh nak rasa..sebab aku bukan makan Salmon tu semata-mata. Makan sandwich Salmon..jadi aku tak tahu natang tu rasa ape.

Free Feed The Salmon

Aku Rasa macam biasa je

Antara Yang Dijual

Segar Beb!!

Sangkar Salmon


Twizel - Lake Wanaka

Laluan nak ke Lake Wanaka melalui Twizel ni dah bergunung ganang dah, korang akan lalu yang cantik sangat dengan gunung ganang macam rumput warna ala-ala hijau tahik kambing..kiteorang berhenti dekat Omarama untuk isi minyak sebab dari ambil kereta kiteorang tak isi minyak lagi. Dia dah bagi full tank dan kereta kiteorang guna pun 1.3 je, jimat lah sikit. Kalau korang pakai kereta 1.5 ke atas tu mungkin tak sampai omarama nak isi minyak..Isi full tank masa tu tinggal 3 bar je..isi full dalam $47 tak silap aku. Masa aku pergi tu minyak dalam range 2.30-2.40/liter
Perjalanan diteruskan ke Lake Wanaka untuk tengok The Tree Wanaka, dalam perjalanan tu adalah jumpa ladang lavender tapi masa tu tak ada bunga pun kering kontang je aku tengok, bukan musim lah tu..lepas tu jumpa pulak Puzzling World..Puzzling world ni aku tak masuk pun sebab kalau korang ada budak-budak bolehlah bawa masuk, kiteorang ni mak budak jadi tak payahlah.. kiteorang ambik gambar kat luar je. Lompat-lompat kat luar je sampai tercabut lutut aku lompat..

Omarama ohhh marama

Puzzling World
Wop Wop


Habis buat lompatan kiteorang terus ke Lake Wanaka untuk tengok The Wanaka Tree..ape bende lah kan nak ambil gambar pokok nan sebatang tu kan? gini ceritanya..pokok ni selain dari nama die The Wanaka Tree orang panggil die sebagai Lone tree of Lake Wanaka..die memang lonely je sorang-sorang dekat situ, biarlah badai melanda ke apa..die tetap dekat situ dan di khabarkan pokok nan sebatang ni adalah pokok yang paling banyak orang ambik gambar dalam NZ ni..mampu?? jangan main-main..

Signboard

Jernih tak air dia??

Tu Dia Idaman Hati


Aku gagah jugaklah berjalan pergi dekat dengan pokok tu, kawan aku die buat photographer die sorang-sorang entah ape die ambil aku pun tak tahulah dah macam sarkas dah aku tengok die ambil gambar bukan main lagi.

Lake Wanaka


Dari Lake Wanaka, kiteorang terus ke Queenstown. Jalan nak ke Queenstown dari Lake Wanaka ni ada yang mak aih bukan main die punya bengkang bengkok boleh tahan. Naik bukit turun curam jugaklah..ketar jugaklah kepala lutut aku, dahlah die tak ada penghadang jalan. Nasib baiklah aku punya driver ni power, die relax je ambik kona kona..

Area Twizel


Tapi pemandangan dari atas tu memang cun lah, ape lagi kan nak cakap memang cun!! kalau letak Fazura tepi jalan tu aku rasa orang pun tak perasan..ralit tengok view je. Sampai je bawah tu lega dah aku masa tu, sebelum pergi Airbnb kiteorang pergi lah membeli-beli dekat PaknSave dulu. Kononnya nak mencari ayam ke kambing ke..tapi dekat situ tak ada pulak yang halal. Jadi kiteorang beli jelah makanan yang boleh dijamin halal iaitu udang..dengan sardin..telur ape lagi tah aku beli macam-macam dengan aiskrim tiptop lah ape semua.

Airbnb

Kiteorang pilih Airbnb untuk Queenstown ni sebab dua malam, jadi mana-mana tempat yang kiteorang tidur dua malam kiteorang akan ambil Airbnb je..kalau tak kiteorang duduk hotel jelah. Airbnb kiteorang pilih ni dalam 15min jugaklah nak ke Bandar Queenstown dekat Lake Hayes Estate. Tempat die background gunung ganang..tapi masalahnya host lupa nak cakap nombor rumah. Kiteorang dah pergi jalan yang betul dah cuma nombor rumah tak ada, jadi penat jugaklah nak pikir macam manalah nak mencari, aku dok cari rumah yang ala-ala dalam gambar. Nampak macam ya, aku pun pergi ketuk rumah orang..rupenye salah orang daa..nenek dengan atuk pulak. Tapi nasib aku baik kali ni, die tolong aku cari kan host tu..die pun tak kenal jiran tetangga..adoi laa..die mencari guna facebook tak aktif pulak, lepas tu die tolong call kan..akhirnya jumpa!! Terima kasihlah pada Atuk dengan Nenek yang dah tolong kiteorang tu..aku lupe pulak nak tanya siapa nama. Baik nau kalian!!

Lapang je kalau tengok


Rupenye tak jauh pun Airbnb Lauren dengan rumah atuk dengan nenek tu, dah berkenalan bagai..kiteorang tengok Airbnb tu..cun jugak. Lengkap dengan Washing machine boleh lah basuh baju yang busuk-busuk tu semua. Ada dapur, peti ais 2 pintu uols..ada hall, TV, Wifi (yang ni aku suka) , bathroom, katil yang empuk..wauwii sedap benaa. Host pun baik dan paling aku suka die buat Airbnb ni memang Airbnb betul-betul sebijik..jadi kite adalah privacy sikit..

Makan Malam

Kiteorang rehat-rehat dan aku pun mulalah masak..menu hari ni Udang Asam pedas pakai Pes je Uols Brahims tapi pes die masam beno lah..aku buat telur dadar..nasi. Bereh!! licin makan..sedap dimasak enak dimakan..driver aku masa ni dah mula menunjukkan tanda-tanda nak demam dah. Yelah kan, sejuk + Penat + tak cukup rehat memang demam lah jawabnya. Siap makan semua, nasib kiteorang dah bawa ubat siap-siap, siap dengan surat doktor bagai.

Habis Malam Ketiga dengan perjalanan yang agak lama jugaklah..esok pulak.

Untuk esok kiteorang akan pergi Naik Gondola Skyline + Luge, Bob's Peak, Queenstown Mall, Cromwell ,Arrowtown, Suspense Kawarau River itu jelah.

Day 4


Untuk Hari ke 4..Kiteorang akan pusing-pusing area yang dekat dengan Queenstown je, tapi tengok pada keadaan driver aku jugaklah. Kalau dia tak larat kite akan skip je..mana yang tak perlu.

Salji


Gondola Skyline

Aku pergi sini pagi-pagi lagi pukul 9AM dah terpacak dah dekat bawah tu punyalah semangat kan? Aku beli tiket online Gondola + Luge 2 kali korang bolehlah search dekat website die..tapi kalau korang jenis macam aku ni takut tinggi fobia katenya..baik korang tengok lah dulu keadaan macam mana, kalau tak rugi je. Aku naik jugaklah sampai atas cuma luge tu aku tak naik..Gondola tu mak aih..die punya curam boleh tahan weh!! aku memang pandang lantai jelah, punyalah ketar kepala lutut. Sampai atas luge tu buka pukul 10AM jadi sempatlah kiteorang jalan-jalan dekat Bob's Peak tu dulu tengok pemandangan, memang cun!! awesome sangat!! Aku tengok kerusi yang cable tu aku tak lah panggil ape bende bende tu..macam menakutkan, sebab duduk macam tu je kan. Aku cakap dengan kawan aku suruh die jelah naik..aku memang tak berani. Aku tukang ambil gambar jelah..jadi die pun naik jelah sorang.Aku standby jelah jadi cameraman..aku tengok bukan main die duduk sorang atas tu. Siap bergaya sakan..die ingat die duduk dekat atas sofa ke ape??

Parking Area 4Jam Free
Bob's Peak

Cantik Ke tak view macam ni?

Luge

Mengikut kata kawan aku best gile naik luge ni, senang je lah nak control tolak dengan tarik je..sebelum korang naik die akan bagi penerangan sikit. lepas tu suruh test kalau ok..bolehlah korang meluncur dengan lajunya.

Benda ni yang aku takut nak naik

Tak Mampu lah aku


Queenstown Mall

Lepas dah main-main lapar lah pulak kan?? kiteorang ke Queenstown mall. Die ni nama je Mall tapi bukanlah macam shopping complex kite dekat sini..tak jauh pun dari Gondola tu. Perkara pertama nak cari Parking..kalau korang dekat kawasan bandar, korang kene tengok singboard Parking tu..kalau die tulis P 5 maksudnya korang boleh parking 5Min je..kalau 30 tu 30Min lah..kalau 120 maksudnya?? bape?? 2 jamlah..free parking eh. Kalau korang nampak P$ maksudnya kena bayar dan ikut lah rate die berapa ada tu sejam $2 ade yang $1 dan yang paling mahal aku tengok ade $3 sejam..dan ade pulak maksimum die walaupun berbayar tapi ade maksimum hour pulak..boleh sejam atau 4 jam ke..tu korang kene tengok dekat meter die. Meter die macam meter kite jugak cuma yang ni tak perlu nak masukkan nombor plat kerete, cuma pilih method bayaran nak bayar guna card ke coin ke..lepas tu masukkan duit. Nanti die akan keluar resit tu korang letak jelah dekat dashboard.

Dalam Bandar

Bab parking juga korang kene tengok kadang-kadang ade kawasan yang free masa weekend dan ade yang free lepas pukul 6PM. Jadi tak payahlah rajin sangat nak bayar masa die bagi free tu.

Kebab

Kiteorang nak mencari kedai souvenirs sebenarnye dan macam yang semua tahu DF Souvenirs yang paling popular sekali kan? die dekat je dengan signboard Queenstown Mall tu..jalan sikit je dah jumpa..kiteorang pusing-pusing dulu dalam tu tengok apa yang patut. Lepas tu pergi mencari Kebab...Kebab ni ada 2 kedai satu betul-betul dekat area DF Souvenirs tu satu lagi kena jalan ke belakang sikit. Tapi memang sedaplah kebab die..cuma die tak ada sos cili..kalau korang ade sos Mc D tu boleh lah bawak..simpan dalam beg. Baru umppp!!

Kedai Kebab

Sedap


Lepas dah kenyang kiteorang pergi balik kedai DF nak pergi memborong barang pulak..banyak jugaklah borong. Sengih orang kedai tu tengok. Biasa tshirt dalam $9.90 sehelai..kalau keychain tu 10keychains $9.90 jugak..fridge magnet dalam $4 keatas.

DF Souvenirs

Cromwell

Lepas dah kenyang semua kiteorang fikir-fikir nak kemana sebab dalam itinerary kiteorang akan ke Cromwell lepas tu ke Arrowtown, tapi macam tulah kan kite merancang dah Allah tentukan semuanya, kawan aku tak sihat. Macam mana pun dalam keadaan yang tak berapa nak sihat ni kite kene timbang rasa sikit lah kan. Kalau ada antara kawan korang yang tak berapa sihat janganlah terlalu selfish sangat nak pergi sini sana juga, walaupun aku pun paham dan keluar duit banyak tak kan tak nak pergi kan? kesihatan travel partner korang lagi penting sebenarnya.

Memang aku suka Queenstown
Best
Terbaik lah


Dekat Cromwell ni ade ape?? ade lah tak boleh bagitau  dekat Cromwell ni banyak ladang buah-buahan jadi main reason kiteorang nak pergi sini bukanlah nak makan buah sangat pun!! nak makan Aiskrim je pun..kiteorang ni kan makan makan makan je!! Kiteorang singgah je mana-mana yang kiteorang jumpa. Beli -beli buah sikit nak rasa lepas tu beli aiskrim buah. Masa tu die ade berries dengan pisang je, jadi kiteorang ambil lah berries..die campur aiskrim vanilla tip top lepas tu die masukan berries beku dalam mesin tu die pun putar-putar. Keluarlah aiskrim sedap weh!! beli 1 cup je $5..bolehlah nak rasa-rasa kan. Sebenarnye kalau korang dari Tekapo nak ke Queenstown ni korang lalu Cromwell dengan Arrowtown kire korang boleh lah singgah kalau ade masa. Macam aku ni dah buat hari kedua dekat Queenstown macam patah balik jelah kirenye.

Fruit Test

Yang Ni sedap

Kawarau River

Balik dari Cromwell tu kiteorang singgah dekat Bungy Jumping Kawarau River, perghh!! dapatlah tengok orang terjun. Aku?? idok ler weyy!! kalau aku lompat jugak..memang balik aku masuk tempat barang lah jawabnye siap bungkus cantik je..balik-balik tinggal tanam je. Tapi memang aku pelik jugak dekat NZ ni air sungai die cantik lah, jernih bukan main!! geram pulak aku..rasa nak mandi manda je, nasib baiklah musim sejuk kalau musim panas tu aku dah terjun dah dari ketinggian 10cm.😅

Jernih Betul lah Sungai
Bungy Berani ke idok?


Balik dari Kawarau tu kiteorang ke PaknSAve sebab nak sangat makan ayam, semalam kawan aku gigih mencari jawapan ayam mana halal selain dari Brinks..sebab dekat PaknSave Queenstown ni tak ada pulak Brinks, lepas aku search rupenye tak semua PaknSave ade jual Brinks ni dia ikut tempat jugak. Selain dari Brinks kawan aku cakap lepas die buat research yang mendalam siap bermessage dengan orang muslim yang dah duduk dekat NZ ni die cakap ayam Tegel katenye halal, jadi kiteorang ke PaknSave semata-mata nak beli ayam.

Ni pun Favorite jugak ni


Balik dari PaknSAve aku rehat jelah dan macam biasa atas jalan kawan aku on duty tapi bila dekat rumah aku pulak kene punch card. Ape lagi kan..masaklah wehh!! nampak tak ada ciri-ciri isteri soley soley SOLEHAH HAAK TUI!! aku ni???

Menu hari tu ayam bakar pakai oven uolss!! dengan kenyang goreng..western sangat kan??? aku ni dahlah tak pernah guna oven asyik panggil-panggil je kawan aku macam mana nak guna oven..kenyang hari tu. Kiteorang berehat sebelum esok..misi sterusnya..kiteorang akan ke Te Anau
Dari Queenstown ke Te Anau sejauh 173KM dalam 2Jam 7Min

Arrowtown kene skip..untuk hari ke 4 ni.

Tips:


1) Kalau korang perasan PaknSAve selalu ade bagi fuel save 6Sen off dekat resit die tu dan ade sesetengah PaknSave ade Petrol station die sendiri. Tapi petrol station die ni guna card je. Macam Credit card + Pin atau pun yang popular dekat sana EFTPOS. Tapi CC kita yang guna Pin biasanya tak boleh guna sebab Pin dieorang cuma ade 4 digit je pin kite 6 digit uols!! 

2) Aku cadangkan sebelum korang drive dekat sana korang ambillah Test drive dekat website https://www.drivingtests.co.nz/ aku tau korang hebat, tapi ade sign road ataupun cara pemanduan yang lain sikit dari kite dekat Malaysia ni. 

3) Memandu dekat NZ ni korng tak payah risaulah sebab dieorang berhemah, lori atau pun kenderaan berat yang besar dieorang sanggup untuk berhenti tepi kalau nampak ade kereta dekat belakang dieorang. Mampu?? Idok ler dekat sini kan?

4) Pasal Driving jugak, dekat bandar korang kena mahirkan diri kalau korang nak belok ke kanan atau ke kiri sebab traffic light depan korang untuk jalan terus pun akan hijau jugak!! haiyokk!! tak tahu..tu aku cakap baca dan ambil test tu. Belagak tak aku?? 😈

5) Pejalan kaki wwajib diutamakan lagi-lagi kalau dekat bandar tu, korang nak belok pun kalau ade perjalanan kaki dekat Zebra crossing tu korang kene berhenti beb!! kalau dekat Malaysia lagi nampak Zebra crossing tu pastu nampak orang berdiri korang buat tak tahu je kan? Melainkan orang tu cantik macam aku Model. Tau sangat dah muke korang tu. 

6) Sentiasa bawa mineral dalam kereta sebab walaupun korang pergi jalan musim sejuk korang kene minum banyak air sebab sejuk pun buat korang rasa kering. Kalau lah sejuk tu boleh sedut lemak kan bagus ek?? 

7) Salah satu website kalau korang nak book atau beli online tiket-tiket murah yang selalu ade promosi untuk aktivit adalah Bookme website ni memang selalu ade promosi-promosi, lagi dekat tarikh nak pergi kalau ade kekosongan lagi, lagi murah tiket. Aku pun banyak beli dari sini ari tu. banyak Jimat..

8) Korang ingat eh mana pun korang pergi korang adalah duta kecil untuk Malaysia dan Islam. kalau macam pergi negara bukan Islam macam ni at least korang tunjuklah perangai tu helok sikit, kalau die tengok boleh lah die nilai walaupun sikit macam mana orang Malaysia dan Orang Islam tu sebenarnya. Contoh paling senang kalau korang duduk Airbnb kemas-kemas lah sikit sebelum keluar tu janganlah sebab korang dah bayar cleaning service bermaksud korang boleh sepah-sepah kan rumah tu. Kalau Host tengok at least die akan fikir bersih orang Malaysia ni, bagus orang Muslim. Sebab yelah korang sendiri tau kan ade sesetengah host dieorang akan banned guest dari sesetengah negara sebab?? sebab nila setitik rosak susu sebelanga..walaupun negara C tu tak semualah huru hara, pengotor ke..tapi sebab satu tu dieorang dah cop terus semua macam tu. Jadi nasihat aku jagalah adab, jaga nama baik Malaysia dan Muslim sebab dekat sana dieorang bukan nak puji mak bapak korang ke ape..die akan cakap orang Malaysia atau Islam/Muslim. 

9) Airport yang ade surau/Prayer room Airport Auckland dekat luar ade dekat Departure pun ade 1 tapi korang jangan terkejut masuk die ade sejadah lepas tu ade jugak Cross( Salib) dalam tu sebab die tulis prayer room kan dekat Auckland tak ada telekung jadi bawalah sendiri eh. Christchurch tak ada prayer room dan dekat Melbourne ada 1. Prayer room ni antara T2 dengan T3 dekat sini ade telekung tapi macam biasalah campur laki perempuan. 

10) Sebelum pergi tu korang doa jelah banyak-banyak semoga semuanya ok. NZ ni antara negara yang kerap juga ada gempa bumi. Jadi ape pun korang doa jelah itu yang terbaik.


Sunday, 10 September 2017

Day 1 & 2: Melbourne - Christchurch

Hi All..gitu!! kalah orang putih..biasalah kan kalau orang Malaysia ni baru pergi obersea kejap dah slang lain macam. Termasuk lah aku, cakapnye tak pandai slang je lebih..

Nak cerita dari day 1 sampai lah hari aku menaip ni dah hari keberapa dah ni?? Ingatkan bolehlah nak tulis entry setiap hari, tapi al kisahnya penatnya lah. Tak terkira penat uols..bukan apa. Dari Kul sampai Melbourne tidur dalam flight, lepas tu dekat Melbourne pun belasah jalan semacam. Malam naik flight ke Christchurch pulak tu, malam tu dekat airport tunggu nak boarding pun aku boleh terlelap sampai kawan aku kena kejut 2,3 kali baru aku bangun..itu ikut cakap dielah kot die saje je nak kenekan aku kan??

Melbourne-Christchurch


Melbourne ke Christchurch ni aku naik Jetstar, kira flight tambang murah Australia lah. Macam Airasia juga, tapi dengan bangganya aku cakap Air Asia lagi selesa dari Jetstar, tapi macam mana pun dalam tu aku tidur tak hengat jugak..aku ambil flight pukul 11.55PM kiosk bukak untuk check in pukul 8.25PM sebelum tu aku lepak-lepak dulu charge hp semua. Bateri memang masing-masing dah habis tak boleh nak cakap ape lah. Sambil tunggu tu kiteorang gilir-gilir pergi solat dekat Prayer room. Akhirnye kiosk dah boleh check in, tapi yer-yer je aku check in dekat Kiosk tapi last-last kene jugak pergi check in dekat kaunter, katenye nak check dokumen aku sebab nak tengok tiket aku keluar dari NZ.

Selesai semua check in dekat kaunter dengan makcik yang tak berapa nak mesra pelanggan tu. Kiteorang masuk gate, tunggu sampai lah aku tertidur, kepala memang dah blur habis dah masa tu, tak boleh fikir dah. Semua dah shut down otak aku pun dah tak boleh nak fikir sangat. Badan memang letih, mula-mula ingat nak mandi lah ape dekat public toilet last-lastnye tak mandi pun, faktor utama sebab penat dan sejuk.

Christchurch

Aku sampai Christchruch dalam pukul 5.50AM macam tu lah, cuaca memang sejuk gile sebab pengalaman aku dekat Melbourne semalam aku dah paham lah sikit nak declare barang macam mana. Jadi tak adalah susah sangat pun cuma kita kenalah jadi jujur, jangan semua nak tanda NO je ingat kalau tanda NO tu senanglah tak payah nak check bagai?? dekat NZ ni aku kena scan dan masa beg aku die nak bukak pulak sebab nampak ade botol kecik, bila die tanya ape bende tu? aku blur..yelah die tunjuk botol tu dalam screen je mana lah aku nak ingat ape yang aku bawa. Last-last aku ingat yang benda tu Balsem..maklum lah hakak-hakak suka sakit urat kan?? bawak lah minyak urut.  Tapi masa die nak buka beg aku tu aku punya ubat gigi boleh pulak terkeluar habis beg aku. Jadi die pun macam malas nak kotorkan glove die. Die pun cakap oklah boleh pergi..die pun dah malas nak layan aku agaknye..tak kuasa lah aku budak ni!! (Dah lah tak mandi).

Tempat kiteorang sewa kereta tu buka office pukul 8.30AM jadi nak tak nak kenelah tunggu dekat aiport dulu, pergi toilet bagai lepas tu cari soket nak charge bateri HP semua. Pagi tu memang sejuk nak matilah dekat situ, tak boleh nak cakap macam mana sejuknya, kawan aku pusing-pusing aiport die jumpa 1 port baik nak rehat siap ada sofa semua. Kiteorang pun berangkat lah pindah ke situ pulak, aku tengok ada orang tidur sedap je, kawan aku pun ape lagi ambil 1 sofa die pun kroiihh menamatkan penantian. Aku konon-konon nak update blog cerita pasal Melbourne, last-last aku pun layu di tasik madu. Sedap wehh tidur situ sebab panas-panas dengan sofanya, orang pun tak ramai..memang syok betul lah!! dapatlah lelap kejap. Bila aku terjaga dah pukul 8.40AM.

Phone Free

kalau korang book kereta dia akan bagi korang nombor untuk call dan nombor tu biasanya dalam dua digit jelah. Korang boleh call dekat phone yang dieorang sediakan dekat dengan information counter..tekan je nombor yang die bagi.

NZ Discount Car Rental

Aku punya kereta sewa ni office die jauh sikit dari airport, kalau korang sewa dari sesetengah company yang memang dekat dengan aiport tu senanglah. Macam aku, aku kene tunggu dia datang dalam 10Min jugaklah. Tunggu-tunggu sampailah amoi ni, die bawa kiteorang pergi office die untuk sign-sign semua dan kiteorang bayar masa dekat situ. Settle semua destinasi pertama adalah...Pak N Save

Pak n Save

Kiteorang bukan nak beli barang sangat pun sekadar nak tengok-tengok dengan nak beli makanan yang boleh kiteorang makan masa dekat Lake Tekapo. Tapi cari-cari last-last google map bawa kiteorang pergi Countdown, ape ke pelik betul..tapi tak apalah boleh jugaklah nak beli roti ke ape yang patut.

PaknSAve


Lake Tekapo

Perjalanan dari Christchurch ke Lake Tekapo dalam 2Jam 51Min (224KM) , tolak tambah dalam 3Jam jugaklah. Tapi kalau korang nak bandingkan 3Jam jalan highway Malaysia dengan dekat NZ ni memang jauh beza dekat NZ ni maximum had laju 100KM/H ade setengah-setengah jalan 80KM/H dan ade jugak yang 50KM/H. Kalau korang tengok tu memang kene lah ikut had laju, tapi aku tengok orang NZ sendiri bawa laju je. Tapi dieorang tak adalah bawa sampai laju nak mati tu. Susah nak tengok dieorang ni bawa kereta terlampau laju macam kita. Jadi kite ni pandai-pandailah eh dekat tempat orang. Jagalah adab, jangan nak viral je kan?? Kalau korang baca blog dieorang ada cakap yang ade dua jalan nak ke lake tekapo ni, tapi aku ikut je google map..ikut Orari-Geraldine-Fairlie highway-Ashburton semua tu. Mana-mana pun tak pelah ikut suka korang.
Dalam perjalanan kalau ada view yang cantik biasanya akan ade tempat untuk berhenti, korang kene tengok signboard ada gambar pokok dengan kerusi itu kire tempat rehat atau view die cantik lah tu. Banyak jugak lah viewpoint dan juga tempat rehat, walaupun tak adalah macam RnR kita tapi cukuplah ada tandas, tempat rehat dan view yang cantik.

Viewpoint

Sepanjang jalan tu pemandangan memang syiok sangatlah, maklumlah first time kan semua cantik semua jakun!! tapi mata memang ngantuk sangat. Kawan aku yang drive lagi lah tak tahu lah die macam mana. Walaupun view awesome tapi mata aku dah tak boleh tahan, aku tidur kejap tinggal kan kawan aku drive sorang..ade ke patut kan????

Hijau Terbentang Luas


Memang tak patut sangat lah kan nak tinggal die drive sorang..tapi kawan aku ni gamble sikit, die bukan kisah pun. Tak kisah konon!! dalam hati tak tahu ape die maki aku kan?? hahah...Peringatan pada yang nak drive dekat NZ baik korang pergi download banyak-banyak lagu masuk dalam thumbdrive nanti bosan weh!! memang pemandangan dekat south ni cantik tapi tulah kan kalau korang sorang-sorang bosan jugak weh! lepas tu bila semua dah penat, masing-masing dah tak boleh nak proses perkataan nak borak memang senyap sunyi je, jadi kalau ade lagu tu at least boleh lah memecah kesunyian korang.

Lake Tekapo Signboard


Sepanjang perjalanan ke Lake Tekapo tu pemandangan memang tak boleh nak cakaplah, dengan gunung ganang yang ade salji. Macam beruk mak ye dua-dua ketul. Sana cantik sini cantik..susah nak gambarkan perasaan tu macam mana. Berbulan-bulan menghitung hari nak pergi NZ ni bukannya senang wey!! sop...sop ..sop..

View sebelum sampai Lake Tekapo


Lake Tekapo Motel and Holiday Park 

Hotel ni betul-betul depan Lake Tekapo memang cun habis lah die punya view, kiteorang sampai masa tu dalam pukul 1.45PM tak silap aku, nak check in die cakap kene tunggu pukul 2PM. Oklah kiteorang yang tak rupa orang ni memang tak adalah nak pergi jalan-jalan mana dah. Tangki dah penuh dengan tak mandi, memang kalau berhenti dekat ladang kambing pun aku rasa tuan die tak kenal dah mana aku mana kambing. Sementara tunggu dapat check in tu kiteorang pergilah ambil gambar kejap depan Lake Tekapo masa ni air tak berapa nak banyak sangat. Lepas tu awan banyak jadi tak nampak sangat lah kehijauan dan kebiruan tasik tu. Tapi gunung ganang memang superb habis, sejuk tak terkata dah. Lepas habis lompat-lompat depan tasik tengok jam dah pukul 2PM kiteorang pun terus serbu receiptionist balik.

Pergh view die


Unit 11

Masa aku tengok-tengok unit lain tu macam tak nampak unit 11, jadi aku tak boleh nak fikirlah unit 11 ni dekat mana. Sekali bila die tunjuk map aku dah dapat rasa dah unit aku ni menghadap tasik. Bila dah sampai tu peghh!!! memang terbaik lah unit 11 ni. Memang bukak je langsir, Lake Tekapo depan mata cumanya masa tu musim sejuk, memang tak lah aku nak duduk dekat luar sangat. Sebelah unit aku ni ade lah camp side.

Unit 11 View


Lepas dah siap bersih-bersih badan semua, kiteorang pun makan. Makan hari pertama tu, kiteorang makan Nasi briyani Kambing Brahim jelah. Dalam bilik ni ade microwave jadi senang lah sikit nak panaskan. Kalau nak masak-masak kena pergi dekat kitchen, jauh lah sikit nak jalan.
Lepas dah perkena Nasi briyani kambing, teguk air teh o panas..ape lagi??? Tido laa membuta tak hengat...sebelum tutup mata camp side sebelah tu kosong je. Bila bangun tengok-tengok dah penuh dah. Malam tu memang sejuklah, kiteorang pun tak ada nak buat apa sangat. Ingat nak tengok Aurora..tapi tulah kan, kalau pergi tak study macam mana nak tengok Aurora..makanya. Ko bukak jelah IG Diana Danielle tengok jelah anak die Aurora tu..

Lake Tekapo nan Indah


Bilik Unit 11

Aku tak review kan bilik die macam mana,aku booked bilik standard studio..attached bathroom.Memang semua yang aku booked hotel dekat NZ ni aku memang cari yang ade bilik air dalam. Bilik ni ada 1 katil single + 1 katil queen kire untuk 3 orang. Jadi sebab aku dah buat salah dekat driver aku tu kan, aku tinggal die drive sorang-sorang jadi aku bagi lah die katil queen. Bilik ni ada basic facilities macam peti ais,microwave,toaster,electric kettle,peralatan nak masak,TV,meja bulat makan..tapi yang penting view die memang awesome lah. Kalau korang nak buat BBQ, tempat BBQ ade dekat sebelah unit 12. Bilik memang selesa, katil pun best..bilik air bersih. Tapi biasalah kan mahal lah sikit, cuma aku puas hati lah dengan ape yang aku dapat. 1 jelah hotel ni kedekut sikit dengan wifi. Die bagi 100MB je untuk 1 password, aku dapat 2 password kite boleh lah guna 200MB. Cuma slow ya ampun wifi die...

Camp Side

Penuh 


View Lake Tekapo Motel & Holiday Park

Cantik tak uols??



Malam tu kiteorang memang charge habis bateri pastikan esok full sebab esok perjanan agak jauh ..Lake Tekapo - Lake Pukaki - Twizel - Puzzling World  - Lake Wanaka - Queenstown Perjlanan untuk hari kedua ni sejauh..271KM (3H 32Min)

Tips: 


1) Lesen baru Malaysia yang ada gambar korang tu yang macam IC tu boleh guna dekat NZ sebab die ade dwi bahasa. Kalau korang masih guna lesen yang lama yang kertas pink tu tak boleh eh. Tu ape pun tak de!! sila tukar..atau kalau korang tak nak tukar kenalah pergi JPJ pergi suruh JPJ tu translate. 

2) Untuk warganegara Malaysia, tak perlu Visa. Kita cuma perlu isi VOA je + declaration masa masuk NZ. 

3) Masa check in dekat NZ biasanya pukul 2PM dan check out 10PM. 

4) Isi minyak selain card credit dieorang terima je cash dan cara nak isi korang isi je dulu. Lepas tu baru pergi kaunter bayar, dieorang ni jenis amanah. Jadinye janganlah nak membongak pulak eh. 

5) Aku tengok dalam banyak-banyak petrol station yang paling murah biasanya Mobil tapi Mobil tak semua tempat ada dan yang best Mobil ni die suka buat promosi 6sen/ liter off bila korang isi minyak $40 keatas. Jimat lah sikit, ada jugak petrol station yang buat promosi sama tapi kene ade card member pulak. 

6) Aku tak sewa GPS dekat sana, aku beli sim Hello1010 RM158 ade 4G. Boleh tethering..kiteorang dekat sana dalam 8 hari tak habis pun. Pakai pun bukan gila-gila nak upload gambar setiap saat. Kiteorang guna nak google-google dengan cari jalan je guna google map. 

7) Sepanjang jalan dekat sana kiteorang cuma berpandu pada google map dengan signboard je. Google map sangat membantu, kalau pun tengah-tengha jalan tu tiba-tiba tak ada line..google map tetap on je. Cuma bila nak mula perjalanan tu tak ada line, yang tu sakit sikit lah..nak mencari tak boleh. Tapi apa yang kiteorang buat siap-siap adalah download google map offline siap-siap. Jadi walaupun tak ada line masa tu boleh guna yang offline punya. 

8) Dekat NZ ni orang die peramah, jadi janganlah nak sombong sangat eh!

9) Beli air mineral botol besar sebab nanti senang korang nak membuang, sebab yelah kan dieorang ni bukan ade air nak basuh-basuh atau pun beli wet tisu.  

10) Kalau nak berhenti kena cari tempat yang sesuai, pastikan korang berhenti dan park betul-betul jangan suka-suka hati berhenti ganggu orang.


Jalan-Jalan ke Taiwan (8H 7M) - Day 2

Day 2 (Keelung - Heping Island)  Hari kedua, kiteorang akan ke Keelung dan Heping Island naik public transport. Kiteorang naik MRT dan bas...